Tuesday, April 8, 2014
Pas membantah penganjuran pesta liar, 'Topless Friday Beach Party'
KUALA LUMPUR – Pas membantah penganjuran pesta liar, 'Topless Friday Beach Party' dan menyifatkan penganjurnya tidak sensitif dengan perasaan masyarakat yang masih berdukacita dengan kehilangan MH370.
AJK Pas Pusat, Noridah Salleh berkata, pesta liar seperti itu tidak seharusnya dibiarkan berlangsung.
“Mengambil kira perkara-perkara buruk berlaku ketika penganjuran konsert Future Music Festival Asia di Bukit Jalil baru-baru ini, maka penganjuran program liar ini tidak seharusnya dibiarkan berlangsung.
“Iklan acara yang digunakan cukup provokatif dan tidak mencerminkan norma dan budaya ketimuran yang ingin kita tonjolkan kepada dunia,” katanya semasa menyerahkan memorandum kepada DBKL, semalam.
Memorandum itu diserahkan kepada Pegawai Khas Timbalan Ketua Pengarah Perancangan, D Rao, jam 4.30 petang.
AJK Pas Pusat, Noridah Salleh berkata, pesta liar seperti itu tidak seharusnya dibiarkan berlangsung.
“Mengambil kira perkara-perkara buruk berlaku ketika penganjuran konsert Future Music Festival Asia di Bukit Jalil baru-baru ini, maka penganjuran program liar ini tidak seharusnya dibiarkan berlangsung.
“Iklan acara yang digunakan cukup provokatif dan tidak mencerminkan norma dan budaya ketimuran yang ingin kita tonjolkan kepada dunia,” katanya semasa menyerahkan memorandum kepada DBKL, semalam.
Memorandum itu diserahkan kepada Pegawai Khas Timbalan Ketua Pengarah Perancangan, D Rao, jam 4.30 petang.
Berkaitan
Kalau tak Mampu beli kek buat kek sendiri :(
KUALA LUMPUR: "(Jika) berpendapatan rendah, buat sendiri kek," demikian sanggahan Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin terhadap Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin semasa sesi perbahasan Dewan Rakyat, semalam.
Hanipa (gambar) membangkitkan kesulitan yang dihadapi rakyat berpendapatan rendah apabila terpaksa membayar mahal untuk membeli kek apabila Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan dalam perbahasan mengenai cukai itu di Dewan Rakyat.
"Ini lagi satu hujah yang paling... Apa punya hujah ini?
"Ini (jenis) hujah tidak setuju dengan lebuh raya, guna jalan raya. Inilah hujah BN," Hanipa terus menempelak.
Tidak berpuas hati dengan hujah wakil BN itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad turut melemparkan kecaman.
"Ini yang dikatakan penghujahan yang regresif. Yang sekarang ini orang mampu beli kek dekat kedai, tetapi bila laksana GST, kata jangan beli dekat kedai, buat kek dekat rumah sahaja.
"Inilah regresif. Harga minyak naik, naik basikal. Kalau tidak hendak bayar tol naik, pergi jalan kaki.
"Inilah pemikiran BN. Kalau macam ini, kerajaan hendak naikkan kadar enam peratus jadi 10 peratus, ingat dia orang akan bantah tidak?" kata Khalid.
Bila Ahli Parlimen Kapar, G Manivannan mencelah dan menyifatkan kenyataan seperti "buatlah kek sendiri, buatlah air sendiri, tidak payah pergi makan dekat luar" adalah kenyataan yang menghina rakyat berpendapatan rendah, Hanipa berkata, golongan tersebut (BN) memang sudah terbiasa dengan hujah-hujah begitu.
"Sebenarnya, mereka sudah biasa cakap dekat kampung macam itu.
"Oleh sebab itu mereka ingat kita di sini pun macam dekat kampung... dia bukan kira, dalam Parlimen, luar Parlimen itu dia cakap.
"Dia sudah biasa bohong orang kampung, dia ingat dekat sini pun dia boleh bohong. Inilah masalahnya," kata Hanipa ketika berbahas di Dewan Rakyat semalam.
Ketika itu, dewan riuh dengan bantahan Ahli-Ahli Parlimen BN terhadap kenyataan itu.
Tidak peduli dengan bantahan itu, Hanipa terus mencabar hujah sedemikian diulang di dalam TV.
"Saya cabar kalau hujah yang sama ini kita buat dalam TV, gunakan hujah yang sama... Hujah depan ramai-ramai di dalam TV berani tidak?" katanya.
Ahli Parlimen Jelutong, Ooi Chuan Aun pula menyifatkan mentaliti BN itu sama dengan mentaliti penindas-penindas rakyat menjelang Revolusi Perancis yang bermula pada abad ke-18 dahulu.
"Saya rasa ini ialah satu mentaliti dan juga falsafah hidup, falsafah politik sebelah sana.
"Apabila kita kata GST akan datangkan impak negatif terhadap golongan yang berpendapatan rendah, mereka kata "kalau dahulu beli kek sekarang buat kek dekat rumah".
Beliau menyamakan mentaliti itu dengan mentaliti Marie Antoinette menjelang tercetusnya revolusi tersebut apabila bangsawan itu berkata, "if they cannot find bread, let them go and eat cake".
Setelah dikritik bertalu-talu Zahidi bangun memberikan penjelasan: "Saya sebenarnya sebagai BN, saya menyokong kalau kek, kita galakkan rakyat membuat sendiri di rumah.
"Begitu juga makan, daripada makan di kedai mamak ataupun makan di kedai-kedai, saya sokong untuk buat makanan sendiri di rumah kerana ianya lebih halal, lebih bersih dari segi Islamnya lebih baik."
Bagaimanapun, kenyataan itu disanggah oleh Ahli Parlimen Batu, Tuan Chua.
"Ini yang mereka keliru. Dahulu SST, kita tidak mahu makan di hotel jangan bayar tax tetapi sekarang kalau hendak masak di rumah atau buat kek sendiri di rumah (pun) kena bayar GST, tidak adaescape.
"Hendak buat macam mana pun di rumahkah, di luarkah, terpaksa kita bayar GST yang membebankan. Ini yang kita maksudkan there is no escape kalau kita ada GST," katanya.
Thursday, April 3, 2014
Rebut Piala Liga Paintball RM 1500 dan Piala
Salam Jumaat.. Semoga kita semua dalam peliharaan Allah SWT..
Kenapa ni,, nampak muka boring je.. asyik belajar, kerja sehingga tiada masa beriadah bersama kawan dan keluarga. Rapatkan ukhwah kita kembali dengan riadah bersama.
Jom sertai kami dalam Liga Paintball anjuran Tuisyen Lasak. Terbuka kepada semua peringkat usia, lelaki dan wanita.
1) Tarikh : 27 April, 2014 (Ahad)
Tempat : Dusun Ali King, Berdepan UIA Gombak
Umur : Terbuka (Remaja, Belia dan beliawanis.. ibubapa
juga digalakkan masuk)
Masa : 9 pagi
Yuran : RM 150 (Pakaian, Topeng, 400 butir peluru, senapang, sarapan pagi dan makan tengahari disediakan oleh penganjur).
Daftar Awal : RM 130. 00
1 Kumpulan 5 orang
2) Tarikh : 11 Mei 2014 (Ahad)
Tempat : Dusun Ali King, Berdepan UIA Gombak
Umur : Terbuka (Remaja, Belia dan beliawanis.. ibubapa
juga digalakkan masuk)
Masa : 9 pagi
Yuran : RM 150 (Pakaian, Topeng, 400 butir peluru, senapang, sarapan pagi dan makan tengahari disediakan oleh penganjur).
Daftar Awal : RM 130. 00
Daftar Awal : RM 130. 00
1 Kumpulan 5 orang
HADIAH MENARIK J
Juara : RM 1500 wang tunai dan piala
Tempat kedua : RM 1, 000 dan hadiah
Tempat ketiga : RM 500 dan hamper
Berminat hubungi kami 013-6893185 / 017-2436875 / 019-7547574
Tuesday, April 1, 2014
PAS sahabat sejati kami - Ikhwanul Muslimin
KUALA LUMPUR: Ikhwanul Muslimin Mesir menyifatkan PAS sebagai sahabat sejati di waktu suka dan menghargai sokongan dan dokongan tidak berbelah bahagi PAS kepada Ikhwan selama ini, ujar Timbalan Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin Mesir, Sheikh Jumaah Amin.
Dalam satu pertemuan dengan Pengerusi lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, beliau mengharapkan ahli PAS mendoakan kesabaran kepada anggota Ikhwanul Muslimin yang sedang menghadapi ujian.
"Kepimpinan PAS di bawah Ustaz Abdul Hadi dan Ustaz Nik Abdul Aziz ialah sahabat sejati kami di waktu senang dan susah. Kami amat menghargai sokongan dan dokongan yang tidak berbelah-bahagi dari PAS kepada Ikhwan.
"Doakan kesabaran kami dalam menghadapi ujian ini," ujar beliau.
Menurut Sheikh Jumaah, ramai kalangan pemimpin Ikhwan yang dibunuh dan gugur di jalan Allah dan ribuan kini ditahan di penjara seluruh Mesir sebaik selepas rampasan kuasa (kudeta) tentera yang mengguling presidan Mohamad Morsi.
Kudeta yang didokong Barat dan beberapa negara Teluk itu, jelasnya telah menumbangkan kerajaan demokratik pimpinan Morsi yang dipilih rakyat dalam proses pilihan raya yang telus dan adil.
"Kami sudah biasa di penjara. Malah saya sendiri sentiasa keluar masuk penjara sejak zaman pemerintahan bekas presiden Sadat dan Mubarak lagi. Hanya kesabaran dan keyakinan kepada janji-janji Allah SWT menjadi senjata kami," tegas beliau.

Sheikh Jumaah menambah, ketidakadilan, penindasan dan dendam kesumat pihak junta hanya akan menguatkan keazaman di hati anggota Ikhwan dan menggandakan tekad mereka untuk menewaskan junta tentera pengkhianat dan mengembalikan kebebasan, maruah dan kedaulatan rakyat.
"Kami yakin dgn janji-janji Allah SWT dan detik-detik kemenangan akan pasti datang dengan kesabaran dalam ujian yang amat mencabar ini," ujarnya.
Sheikh Jumaah turut mengirimkan salam buat seluruh pejuang kebenaran dan rakyat Malaysia.
Monday, March 31, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)




