Wednesday, October 2, 2013

Prestasi buruk kebebasan media M'sia, k'jaan jangan salahkan rakyat


Shah Alam : Kerajaan Umno BN perlu bermuhasabah dan beriltizam memperbaiki layanan mereka kepada pengamal media, bukannya mengheret dan menyalahkan rakyat apabila kedudukan kebebasan media di Malaysia diletakkan di tangga 145 yang merupakan kedudukan terburuk tahap kebebasan media sejak tahun 2002.

Maklumbalas Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan dan Komunikasi di Parlimen semalam mendakwa peserta Bersih 3.0 yang memukul wartawan sebagai punca kejatuhan tersebut dan tidak ada kena mengena dengan tindakan kerajaan.
Amir_Sari 
Jawapan beliau bukan sahaja menutup fakta tetapi juga menampak sikap tidak bertanggungjawab kerajaan, jauh dari laungan transformasi yang BN tawarkan.

Shabery sewajarnya mendapatkan fakta tepat tentang peristiwa Bersih 3.0 apabila terdapat aduan daripada sebilangan wartawan tempatan dan antarabangsa yang mengadu dipukul secara berkumpulan, ditangkap dan peralatan mereka dirampas serta rakaman peristiwa di Bersih 3.0 dipadam oleh pihak polis.

Malahan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri ketika itu turut ziarah di hospital Saudara Radzi Razak salah seorang wartawan yang mengadu dibelasah oleh sekumpulan 7 orang polis.

Menteri Dalam Negeri ketika itu juga menjawab kepada media bahawa merampas dan memadam kad memori wartawan adalah sebahagian daripada prosedur operasi piawai (SOP) pihak polis.

Seharusnya Shabery muhasabah dan melihat secara menyeluruh kedudukan kebebasan media di Malaysia bukan terus membuat kesimpulan dangkal beliau. Tahun 2008, 2009, 2010 tiada perhimpunan Bersih tetapi tahap kebebasan media ketika itu tetap buruk.

Jangan Takut Menyatakan Kebenara-Tq K. Wardina Buka Mata Rakyat

Pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang menyakitan hati dan jiwa rakyat yang berfikiran waras dan jiwa merdeka mengenai pelbagai penyelewengan dan salah guna kuasa menyebabkan seorang selebriti tanah air yang terkenal, Wardina Safiyyah telah menulis dalam akuan twitternya yang berbunyi:...


" Korang baca tak mcmana duit cukai kita,,, ye yg kita penat2 keja tu pastu bg kat gomen diselewengkan? Baca tak AG report? Koran x kisah ke?

Yang tidak kisah hanya rakyat yang memiliki hati batu dan otak tepu, sanggup diperlembu walaupun terang-terang Kerajaan UMNO/BN menipu.

Saturday, September 28, 2013

Dokumen Sebar Syiah di Sri Gombak Di Rampas JAIS

GOMBAK 29 SEPT: Berbagai Dokumen ajaran Syiah telah dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) malam tadi. 

(Jais) menyerbu ke sebuah premis di Pusat Bandar Sri Gombak di sini kira-kira jam 11.30 malam. Penguatkuasa Jais membuka pintu gril rumah kedai dianggap ‘surau’ menggunakan pemotong besi.

Penolong Pengarah Penguatkuasa Jais, Mohd Shahrom Maarof, berkata serbuan dibuat berdasarkan risikan dan aduan awam sebelum mendapat waran geledah daripada Mahkamah Rendah Syariah Petaling.
 
“Kita menyita beberapa buku, poster dan yang lain dengan fahaman Syiah termasuk kertas kerja yang dibuat di Universiti Malaya (UM).

“Mereka dipercayai membuat ‘post mortem’ hasil kertas kerja dan ada penyebaran fahaman itu di kalangan mahasiswa,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu.

Tiada tangkapan dibuat dalam operasi yang disertai 23 petugas termasuk penguatkuasa Jais itu.
Fahaman Syiah difatwa haram oleh Jabatan Mufti Selangor sejak 1998.

Mohd Shahrom berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 12C iaitu menghina pihak berkuasa agama (mengingkari arahan daripada Jabatan Mufti Selangor) dan Seksyen 7 Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

“Kita menyerahkan notis salinan kepada pihak premis mengenai bahan yang disita dan meminta mereka tampil untuk memberi keterangan,” katanya.

Editor : Khaulah Azwar

Surau Selangor Akan Dinaiktaraf Ke Masjid Lebih Banyak Lagi




SHAH ALAM : Kerajaan Selangor akan menaiktaraf lebih banyak lagi surau-surau di seluruh negeri bagi membolehkan lebih ramai penduduk Islam menunaikan Solat Jumaat.
 Exco Hal Ehwal Agama, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi berkata, masjid-masjid yang sedia ada belum dapat menampung kira-kira tiga juta penduduk Islam Selangor untuk menunaikan Solat Jumaat dalam keadaan selesa.
Katanya, masjid di Selangor tidak dapat menampung jumlah umat Islam yang besar sehinggakan ada yang solat di luar kawasan masjid dalam keadaan kurang selesa.
“Rakyat yang berugama Islam di Selangor adalah kira-kira 3 juta orang dengan lelakinya adalah 1 juta maka setiap masjid secara puratanya perlu menampung lebih 1,800 orang.
“Jika sesuatu kawasan itu kurang kemudahan maka kerajaan Selangor akan membina masjid bagi memudahkan jalannya untuk pembinaannya.
“Maka jika di sesuatu kawasan itu juga ada surau yang boleh dinaiktaraf menjadi masjid maka kerajaan negeri akan membantu usaha itu bagi memudahkan masyarakat,” kata beliau kepada pemberitadi Masjid Negeri selepas solat jumaat bersama Sultan Selangor.

Editor : Khaulah Azwar

Bangunkan Desa Dengan Kaedah Pendekatan ABCD


SHAH ALAM : Pelan terperinci untuk pembangunan kawasan luar bandar dan peningkatkan pendapatan masyarakat desa akan dibentangkan semasa Belanjawan Selangor 2014 pada November ini.
Exco Hal Ehwal Islam Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi  berkata, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid  dalam mesyuarat Exco telah memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri akan menggunakan pendekatan ABCD (Asset Based Community Development) bagi merangka pembangunkan kawasan luar bandar.
Sallehen ziarah pesakit di Hospital bertanya khabar
Buat masa ini, Unit Perancangan Ekonomi Negeri sedang mengendalikan bengkel untuk para ketua kampung dan ketua kampung tradisi untuk mendapat maklumbalas dan mengenalpasti aset di dalam komuniti mereka yang boleh dibangunkan.
Kerajaan Negeri juga akan memberikan membangunkan infrastruktur yang sesuai di kawasan luar bandar bagi mencapai tujuan pembangunan itu, katanya.
Menurut Sallehen yang merupakan ADUN Sabak “ Kerajaan negeri  akan menjemput pakar untuk berkongsi pengalaman dari mereka seperti antaranya daripada negara Chile dan Bangladesh,”  
Beliau berkata demikian semasa menjawab usul ‘Go Rural’ yang dibawa oleh Adun Kampung Tunku Lau Weng San yang dibangkitkan dalam sidang DUN lepas selepas menziarahi pesakit di Hospital.
Usul tersebut mendesak kerajaan negeri merancang pembangunan berjangka pendek dan panjang untuk membangunkan infrastruktur dan ekonomi di kawasan luar bandar.
Jelas Sallehen lagi sebelum ini, Abdul Khalid mengumumkan bahawa penggal kedua pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor akan tertumpu kepada pembangunan kawasan desa agar masyarakat luar bandar dapat merasa tahap kehidupan yang setimpal dengan masyarakat bandar.
Editor : Khaulah Azwar

Thursday, September 26, 2013

Projek Wilayah Persekutuan Jejas Keselamata Penduduk Kg Laksamana



Dengan pembinaan projek yang tidak diketahui apakah  perancangan projek yang hendak dibuat sering membuatkan penduduk rasa tertekan bukan kerosakan harta benda yang ditanggung tetapi masalah bau yang kurang enak akibat air perparitan juga sering naik.

Sepanjang projek ini dibuat pihak kontraktor Mainkon ROL, melalui subkon unggul bersama Sdn Bhd dan wakil daripada kerajaan persekutuan  pernah membuat pertemuan dengan JKKK, Ketua kampung untuk membincangkan projek yang hendak dilaksanakan. Tetapi hanya mesyuarat sahaja tanpa membuat tindakan yang sewajarnya untuk atasi isu banjir.

Menurut Syafek demo bantahan ini diketuai oleh Mahmad Bin Ismail ketua Kampung Laksamana dan penduduk Kampung Laksamana yang terdiri berbagai bangsa dan parti politik.

Beliau menambah lagi, tujuan Demo bantahan ini diadakan adalah sebagai protes kepada pihak yang terlibat  seperti  Jabatan Saliran  dan Perparitan (JPS), Kontraktor dan Kerajaan Persekutuan kerana membuat projek tanpa memikirkan risiko yang ditanggung oleh penduduk sehingga menelan kos kerugian yang besar, ujarnya.

Mahmad Bin Ismail mangsa banjir berkata, projek yang sepatutnya siap sepenuh pada bulan Mac 2013 telah tertangguh sebanyak beberapa kali tanpa sebarang alasan yang munasabah. 

Penduduk kerap berhubung dengan pihak Pemaju dan JPS untuk mendapat keterangan dan kerjasama tetapi amat mengecewakan apabila tiada sebarang kerjasama yang diberikan oleh semua pihak berwajib seperti JPS, Pemaju dan Kontraktor yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan. Sampai bilakah penduduk harus menanggung risiko ini, katanya.

Mansor Abdullah pula berkata, projek tersebut juga sehingga ke hari ini masih tidak menaikkan sebarang papan tanda dan menjadi tanda tanya semua penduduk. Sikap tidak bertangungjawab oleh kerajaan persekutuan yang banyak menabur janji kepada rakyat untuk selesaikan isu ini juga diselar oleh penduduk. Inilah Janji capati. Apabila musim pilihanraya macam-macam janji  yang ditabur tetapi apabila kalah mereka tidak tunaikan janji kepada rakyat.

Justeru saya berharap masalah banjir besar ini dapat diselesaikan dengan segera oleh pihak terbabit jika tidak kami akan membuat protes besar-besaran dalam masa terdekat ini menuntut semua ganti rugi yang menelan ratusan ribu ringgit, katanya.

Editor : Khaulah Azwar

 

Wednesday, September 25, 2013

Surau Dan Masjid Perlu Di Imarahkan Agar Tidak Di Ganggu Bangsa Lain

Shah Alam : Exco Hal Ehwal Islam Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi menyeru agar umat islam dan semua ahli jawatankuasa masjid dan surau aktif mengadakan berbagai aktiviti bagi mengelak berlakunya insiden yang tidak diingini berulang kembali.

Beliau berkata, peristiwa penganut agama lain yang menggunakan surau telah berlaku di sebuah resort Sedili Besar Johor benar-benar mengejutkan kita dan saya berharap perkara ini tidak berulang lagi dan dijauhkan berlaku dinegeri Selangor.

Perkara ini boleh dapat dielak jika masyarakat Islam, ahli jawatankuasa masjid surau memakmurkan surau dan masjid dengan mengadakan pelbagai akitiviti keagamaan, program kemasyarakatan sepanjang waktu, katanya.

Menurut Sallehen kejadian yang berlaku di Negeri Johor berlaku berkemungkinan surau berkenaan tidak dimanfaatkan sebaiknya. Justeru beliau menyarankan semua masjid dan surau bukan sahaja dinegeri Selangor tetapi seluruh negeri perlu memakmurkan surau dan masjid agar tidak diganggu oleh pihak lain.

Jelasnya, sebelum ini penduduk sekitar perkampungan nelayan Sedili Johor gempar selepas premis yang didirikan di sebuah resort sebagai surau telah dicemari upacara agama lain.

Surau yang dimiliki secara persendirian pula perlu di pantau supaya tidak disalah guna oleh pihak lain yang mencemarkan kesuciannya.


Justeru beliau menyarankan surau di premis perniagaan dan kompleks membeli belah perlu menyediakan kemudahan yang lebih baik dan selesa bagi menampung jemaah pada satu-satu masa.

Surau dan Masjid perlu diurus dengan baik supaya dapat di gunakan jemaah yang bukan penduduk setempat tetapi masyarakat islam luar yang datang ke kawasan itu dengan selesa untuk beribadah, Sallehen kata demikian selepas upacara perasmian Konvoi “peache of thailad” daripada Masjid Negeri Shah Alam ke Thailand selama 4 hari.

Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI