Friday, April 5, 2013

PRU-13 : Anwar Cabar Najib Debat - BULETIN 13

PR Gesa UMNO Ikuti Etika Berkempen PRU13


SHAH ALAM, 5 APR : Sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti Pakatan Rakyat (PR) menggesa semua pihak terutamanya Umno-BN  sama-sama berjanji mematuhi etika kempen yang betul dan menghormati proses demokrasi sepanjang tempoh berkempen .

Ketua Pembangkangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekiranya semua pihak mematuhi piawaian pilihan raya yang ditetapkan, keselamatan dan keamanan negara dapat dipertahankan dan amalan tidak bertanggungjawab tidak dapat diatasi.
Malah tegasnya, peralihan kuasa kerajaan juga dijamin akan berlaku secara aman sekiranya PR memenangi PRU-13 nanti.
“PR sememangnya mempunyai keyakinan bahawa pasukan keselamatan akan bertindak secara profesional dan adil dalam memastikan kepentingan ketenteraman awam dan keselamatan sepanjang tempoh berkempen.
“Ini adalah selaras dengan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan mereka oleh Perlembagaan Persekutuan untuk melindungi proses demokrasi dan memastikan rakyat terus mempunyai kebebasan untuk menentukan kerajaan pilihan mereka,” katanya dalam  sidang media.
Sehubungan itu, beliau turut menyeru rakyat Malaysia untuk menggunakan peluang keemasan ini dengan memilih kerajaan baru yang bukan hanya berupaya memajukan negara, malah bertekad untuk membersihkan negara daripada amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Ujarnya, beliau yakin rakyat akan memilih kerajaan yang bertindak adil dalam semua perkara merentasi setiap lapisan masyarakat.
Malah beliau sekali lagi melanjutkan jemputan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melibatkan diri dalam perbahasan bagi membolehkan rakyat membuat pilihan yang betul sebelum memilih kerajaan baru.
“Sepanjang Parlimen ke-12, Pakatan Rakyat telah membentangkan pilihan yang jelas untuk rakyat dengan tawaran blue print yang komprehensif untuk reformasi ekonomi, politik dan sosial.
“Malah keempat-empat negeri yang ditadbir Kerajaan Pakatan Rakyat juga mempunyai rekod yang membanggakan dari segi kemajuan ekonomi dan sosial, kebertanggungjawaban dan ketelusan.
“Kami percaya rakyat mampu menilai perubahan positif yang telah dan akan terus dibawa oleh Pakatan Rakyat,” katanya lagi.

Editor : Khaulah Azwar

Tazkirah Jumaat: 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

 
Selepas baca SILAKAN SHARE.....

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Kajian UM : 80 Peratus Tidak Percaya Fitnah Terhadap Anwar - BULETIN 13

Wednesday, April 3, 2013

PAS Jangka PRU13, 27 April

KUALA LUMPUR: PAS menjangkakan tarikh pembuangan undi pilihan raya umum ke-13 pada 27 April, manakala 13 April sebagai tarikh penamaan calon.

Justeru, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr. Mohd Hatta Ramli menggesa semua jentera parti di setiap peringkat menggunakan tarikh tersebut bagi memandu gerak kerja.

Tambah beliau, biarpun PAS sudah lama bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum, dengan tarikh jangkaan ini diharapkan jentera parti akan lebih giat dlakukan.

"Tarikh-tarikh ini boleh jadi mungkin akan berubah.  Tetapi, sehingga kini, saya seru semua jentera agar bergerak berpandukan tarikh ini," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Dalam pada itu, Dr. Hatta berkata PAS akan mengumumkan senarai calon yang akan bertanding pada PRU13 ini sebelum tarikh penamaan calon yang akan ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau percaya, akan ada pengumuman awal bagi calon-calon yang diputuskan, yang dilihat boleh membawa impak positif kepada kempen Pakatan Rakyat.

PAS Perlis merupakan negeri pertama yang mengumumkan bakal calon yang akan bertanding di kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun).

Pengumuman itu dibuat kira-kira 15 minit sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran parlimen, pada 11.35 pagi tadi.

pengumuman bubar parlimen malaysia, pm


MB Selangor Mengadap Sultan Bubar Dewan


DYMM Sultan Selangor Perkenan Upacara Pembubaran Dewan Negeri Selangor Esok


Saya telah mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di Istana Alam Shah pada 1.30pm tadi untuk memaklumkan kepada baginda bahawa Parlimen telah pun dibubarkan oleh YAB Perdana Menteri berkuatkuasa hari ini.


Setelah berbincang mengenai status Dewan Negeri Selangor, Tuanku Sultan telah berkenan untuk mengadakan satu upacara pembubaran Dewan Negeri Selangor esok 4 April 2013 di Balai Rong Seri, Istana Alam Shah Klang pada jam 2.30 petang.


Acara pembubaran ini akan juga disaksikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor serta Ahli Majlis Dewan Di Raja.


YAB TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Suka · · Kongsi · 35 minit yang lalu

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI