KOTA BHARU: Sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan diadakan pada 12, Januari ini, seluruh rakyat Malaysia di jemput hadir bagi menyokong penuh menjayakan himpunan tersebut sebelum menghadapi Pilihanraya umum ke-13, kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Menurutnya, perhimpunan itu amat perlu bagi menyatakan bantahan terhadap ‘penderaan’ dan kezaliman yang telah dilakukan oleh kerajaan pada rakyat di negara ini. Kata beliau dalam sidang media bagi mengulas program himpunan besar-besaran pertama tahun ini.
Pada masa yang sama beliau menyeru semua pihak turun untuk menjayakan himpunan itu walaupun dengan berkerusi roda demi untuk menyatakan bantahan terhadap pemerintah yang zalim. Katanya, mudahan dengannya juga dapat membuktikan Islam itu kuat.
Tuan Guru juga turut memberitahu kesediaannya untuk turut serta dalam perhimpunan itu nanti. “Moga ketika itu kesihatan saya sihat, insya Allah,” ujarnya sebaik pulang dari enyampaikan kuliah Jumaat pagi semalam.
Beliau memberitahu, perhimpunan berkenaan amat penting untuk menyatakan bantahan rakyat pada kerajaan berhubung pilihan raya yang bersih dan adil, bantahan terhadap Lynas, penindasan terhadap Felda termasuk ISA.
“Orang Melayu kita ni hanya menyedari menzalimi orang lain sahaja dianggap zalim, walhal kita membiarkan diri kita dizalimi juga sudah tidak boleh,” ujarnya.
Editor : Khaulah Azwar
Friday, January 4, 2013
Tuesday, December 25, 2012
Hubungi Kami Untuk Atasi Serangan Serangga Perosak
Video streaming by Ustream
Salam, jika sahabat2 mempunyai masalah serangan serangga perosak anai-anai, tikus, semut, lipas, hubungi kami 013-6893185 di Terminex Pest Control Sdn Bhd.
Masalah anda kami akan selesai segera.
Wednesday, December 19, 2012
TGNA-Tukar Dasar Maaf UMNO Baru Di Terima
KUALA LUMPUR: Umno boleh dimaafkan atas segala kesalahannya selama ini dengan syarat Umno harus tukar dasarnya terlebih dahulu kata Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Katanya, Umno harus tukar dari dasar berjuang atas nama kebangsaan Melayu kepada Islam yang syumul selari dengan tuntutan biro Ulama Umno tahun 1951 dulu.
Nik Aziz berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak meminta maaf atas segala kesalahan dilakukan sebelum ini, dalam Perhimpunan Agung Umno 2012 yang berakhir baru-baru ini.
Syarat kedua, kesemua peruntukan pembangunan hendaklah disalurkan kepada kerajaan negeri bukannya Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).
Dan syarat ketiga, hak rakyat Kelantan hendaklah ditunaikan dengan membayar royalti kepada kerajaan negeri, ujar Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.
"Jika tidak sanggup buat tiga perkara ini, maka tiada maaf bagimu," katanya dalam satu kenyataan melalui Setiausaha Politiknya Wan Nik Wan Yussof.
Beliau turut menyifatkan Perhimpunan Agung Umno kali ini dijadikan medan memaki hamun apatah lagi ucapan perwakilannya yang bernada permusuhan, kebencian dan mengguris perasaan kaum lain.
"Persidangan kali ini jadi medan segala maki hamun. Lagak dan isi ucapan perwakilannya 'sikit habuk' orang tak boleh tumpang. Apatah lagi masyarakat bukan Islam, lebih-lebih masyarakat Cina, kerana ada ucapan bernada permusuhan, kebencian dan mengguris perasaan kaum lain. Yang pasti akhlak Islam sudah diketepikan," katanya.
Malah dalam ucapan pimpinan Umno sewaktu penggulungan juga mengajak rakyat mengenang jasa-jasa Umno selama ini.
Bagaimanapun soal Nik Aziz, apakah Umno sahaja yang berjasa? Seolah-olah memberi gambaran Umno sahaja yang berjasa.
Katanya, PAS di Kelantan pun banyak berjasa antaranya pengurusan kewangan kerajaan Kelantan yang acap kali mendapat pujian Ketua Audit Negara.
Sekali gus katanya, membuktikan jasa PAS yang mentadbir amanah rakyat tanpa ketirisan, rasuah dan penyelewengan apatah lagi menerusi pendekatan pentadbiran Islam, PAS berjaya mengubah pemikiran rakyat Kelantan berpandukan agama iaitu "orang-orang yang diberi nikmat oleh Allah" (allazina an'am ta'alaihim)
"Kesannya ramai wanita sudah mengamalkan ajaran agama termasuklah Wanita dan Puteri Umno pun sudah ramai bertudung (tutup aurat), berkat jasa Kerajaan Negeri di bawah PAS melaksanakan kempen berpakaian menutup aurat. Seharusnya pemimpin Umno bersikap terbuka, kenanglah juga jasa pihak lain," katanya.
Editor : Khaulah Azwar
Pembinaan Projek Kondominium Bt Caves, 5 Profesional Di Lantik
SHAH ALAM : Kerajaan Negeri Selangor melantik seramai Lima profesional untuk menganggotai jawatankuasa bebas bagi meneliti kelulusan projek pembinaan kondominium di Batu Caves dan kawasan sekitarnya.
Mereka yang terlibat adalah Orang Besar Daerah Klang, Datuk Setia Diraja Datuk Abdul Ghani Pateh ; Pakar bedah neuro, Dr M Nachiappan ; bekas Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ranita Hussein ; pakar undang-undang pembinaan, Harbans Singh dan Pakar Geologi, Tan Boon Kong.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besarnya berkata tujuan melantik jawatankuasa itu untuk mengkaji isu tersebut dengan bebas dan profesional. Disamping itu bagi mendapat nasihat tentang isu itu.
Dalam masa terdekat, Jawatankuasa tersebut akan memulakan mesyuarat rasminya pertama.
“Kerajaan Negeri berterima kasih kepada lima profesional ini kerana kesediaan mereka untuk membantu menyelesaikan perkara ini,” kata Abdul Khalid dalam sidang media selepas mesyuarat exco Selangor di ibupejabat SUK di sini.
Sebelum ini, Projek Dolomite Park Avenue oleh pemaju Dolomite Properties Sdn Bhd di Batu Caves mendapat tentangan yang behat kerana kawasan tersebut merupakan tumpuan masyarakat Hindu beribadat.
Ekoran itu, ratusan penganut dan aktivis Hindu mengadakan perhimpunan untuk membatah pembinaan tersebut.
Manakala, sesetengah pihak menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor meluluskan pembinaan kondominium itu.
Bagaimanapun, Majlis Perbandaran Selayang (MPSp) kemudiannya mendedahkan minit mesyuarat penuh bulanannya yang menunjukkan projek tersebut diluluskan pada 2007 ketika pentadbiran Umno-BN lagi.
Editor : Khaulah Azwar
Monday, December 17, 2012
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Jangan Berat Sebelah
SHAH ALAM : Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) diingatkan supaya bersikap adil terhadap semua mahasiswa bertanding dalam pilihan raya akan datang.
Aktivis Mahasiswa, Adam Adli berkata, banyak kejadian sebelum ini KPT memberi layanan yang tidak adil khususnya kepada mahasiswa yang terlibat menyokong pembangkang.
Secara peribadi beliau tidak mempunyai sebarang masalah terhadap beberapa mahasiswa yang menyertai dan menjadi ahli kelab penyokong mana-mana parti politik.
Tambah beliau lagi “bagi saya apa yang sedang berlaku kini adalah KPT tidak faham apa tujuan dan tuntutan sebenar pelajar iaitu membebaskan mahasisiwa itu untuk berpolitik.
“Kita boleh lihat hari ini apabila yang menyertai kumpulan-kumpulan menyokong lebih kepada pembangkang (Pakatan) mereka ini selalunya akan didiskrminasi dan menjadi satu kesalahan kepada mereka berada di dalam parti tersebut.
“Tetapi kalau berada didalam kumpulan yang menyokong kerajaan ini adalah satu kelebihan buat mereka,” katanya ketika dihubungi media.
Minggu lalu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, mengumumkan kerajaan membenarkan mahasiswa bertanding dalam PRU-13 sebagai mengiktiraf fungsi dan sumbangan serta kematangan daya pemikiran mahasiswa di negara ini sekarang.
Menurut Khaled, perkara ini juga selari dengan langkah kerajaan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) baru-baru ini yang membenarkan mahasiswa aktif dalam aktiviti dan parti politik di luar kampus tanpa sebarang sekatan.
Sebelum ini, kebangkitan mahasiswa menyaksikan beberapa pelajar menzahirkan suara mereka melalui demonstrasi bagi mendesak kerajaan memberikan perhatian kepada mahaiswa yang ingin aktif dalam politik termasuk meminda AUKU.
Editor : Khaulah Azwar
Subscribe to:
Posts (Atom)






