Monday, December 3, 2012

Cukai GST (21/22) - Miskinkan Lagi Rakyat Miskin - YB Saifuddin Nasution


10 Sebab Belanjawan Selangor 2013 Untuk Anda - Laporan Khas


Tiada Pilihan Lain Jika Parlimen Di Bubar Bulan Mac, 2013

SHAH ALAM:Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan  Kerajaan Negeri tidak mempunyai pilihan lain selain turut membubarkan Dewan Negeri Selangor (DNS) sekirannya Kerajaan Pusat memilih membubarkan Parlimen pada Mac 2013.
 
 Menurut Abdul Khalid, beliau tak nampak Parlimen dibubarkan pada Disember ini.  Jadi kalau dibubarkan pada Mac depan Selangor tiada pilihan lain.

Terdahulu, Abdul Khalid dalam satu kenyataannya berkata, Kerajaan Negeri tidak ikut membubarkan DUN sekiranya Parlimen dibubarkan sebelum keputusan kajian dari program ‘Selangorku Bersih’ diperolehi.

Program Selangorku Bersih merupakan satu program yang mengkaji kesahihan pengundi-pengundi yang berdaftar di Selangor.

Sementara itu, Speaker, Datuk Teng Chang Kim ketika menutup persidangan berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi dan kerjasama yang ditunjukan Adun-adun Negeri Selangor.


Editor : Khaulah Azwar

Thursday, November 29, 2012

MB : Tanah Selangor Bukan Untuk 'Tauke Sewa' - Detik Semasa


Mengapa Deligasi Israel Hadir Sidang Gas Sedunia Di K.L, Dr M Perlu Jelaskan

SHAH ALAM, 30 Nov: Badan NGO Jingga 13  mendedahkan  delegasi dari Israel telah menghadiri Persidangan Gas Sedunia (WGC) yang diadakan di Kuala Lumpur Jun lalu.

Ketua Kordinator Jingga 13, Fariz Musa dalam sidang media yang diadakan di lobi Bangunan Annex Dewan Negeri Selangor semalam  berkata,  Jingga 13 mendakwa terdapat bukti dalam senarai pendaftaran delegasi WGC  ke persidangan itu  antaranya  Pengurus Pembangunan Komersial LNG dari syarikat Noble Energy, Doorneweeret, Hans Peter. Beliau merupakan salah seorang delegasi Israel, ujarnya dengan menunjukan bukti nama  delegasi dari Israel.

Menurutnya, Jingga 13 membuat desakan agar  Penasihat Petronas, Tun Mahathir Mohamad menjelaskan pendirian mereka mengenai hal tersebut. 

Kata Fariz, “Kami desak Wisma Putra dan Penasihat Petronas, Tun Mahathir Mohamad menjelaskan pendirian mereka berhubung perkara ini kerana ia bertentangan dengan dengan solidariti rakyat Malaysia yang memperjuangkan hak rakyat Palestin dan tidak mahu sebarang hubungan diplomatik dengan Israel".

Jingga 13 juga mencabar kerajaan, Petronas dan MGA untuk mendedahkan maklumat sebenar senarai delegasi khususnya selepas 15 April 2012.

Fariz juga mendakwa MGA pernah menulis surat kepada persatuan gas di Israel bagi merayu sokongan mereka terhadap pencalonan Naib Presiden Urusniaga Gas Petronas, Datuk Abdul Rahim Hashim bagi jawatan Presiden International Gas Union (IGU) bagi sessi 2009-2012.


Editor : Khaulah Azwar

Wednesday, November 21, 2012

Kemelut Air Selangor (SYABAS), Jangan Tolong ORang yang tak tolong rakyat


Kerajaan Negeri Wajar Segera Laksana Pilihanraya PBT

SHAH ALAM 22 NOV :  Kerajaan Negeri Selangor   seharusnya tidak menangguhkan perlaksanaan Pilihanraya Kerajaan Tempatan (PBT), kata Hannah Yeoh,  ADUN Subang Jaya.

Beberapa tahun yang lalu, Kerajaan Negeri sudah membelanjakan wang untuk membuat kajian perlaksanaan pilihanraya Kerajaan Tempatan di negeri ini.

Bagaimanapun, hasil kajian itu dan anggaran kos untuk perlaksanaan itu tidak diketahui.

Tambah Hannan lagi,  Pulau Pinang sudah dalam proses melaksanakan pilihanraya Kerajaan Tempatan dalam bulan Januari tahun depan.

“Justeru,  wajar sekiranya Kerajaan negeri yang merupakan negeri yang kaya dan maju tidak menangguhkan perkara itu kerana penduduk setempat mempunyai kuasa untuk memilih ahli majlis mereka.

“Pilihanraya Kerajaan Tempatan akan memastikan ‘the best person is picked’ untuk berkhidmat di dalam Pihak Berkuasa Tempatan.

“Oleh itu, janganlah Kerajaan Negeri menangguh perlaksanaan pilihanraya kerajaan tempatan,” katanya dalam sidang Dewan Negeri Selangor, semalam.


Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI