Tuesday, May 15, 2012

Kejayaan Kita Bermula Dari Didikan Seorang Guru





Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Di Sampaikan Adik Puteri Nurlyana Lokman Hakim
Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Huda, Gombak

Pemberian Elaun Kerajaan PR, Kurang Beban Guru



Selayang : Rata-rata semua guru KAFA dan SRA berpuas hati dengan pemberian elaun kenaikan guru yang telahpun di terima  seperti yang dijanjikan oleh kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) sebanyak RM1300.

Elauan  dibayar  beserta tunggakan dari bulan Januari, 2011 (4 bulan) seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Pemberian elaun  kepada semua guru KAFA, SRA di negeri Selangor menyebabkan Negeri-negeri lain merasa irihati  kerana  kami   telah menerima elaun sebanyak 2 kali semenjak kerajaan PR Selangor memerintah”, kata Mohd Hafiz Tajudin, 25, yang telah berkhidmat sebagai guru di Sekolah Rendah Agama (SRA) Nurul Iman, Masjid Al-Taqwa Bandar Baru Selayang.

“Justeru, saya merakamkan terima kasih kepada semua pucuk pimpinan kerajaan negeri Selangor kerana membela nasib semua guru KAFA dan SRA.  Pemberian ini merupakan satu penghargaan kepada kami sebagai pendidik.
Sikap keperihatinan kerajaan PR,  telah membuktikan negeri Selangor mengamalkan konsep negeri berkebajikan”.
 
Ujarnya lagi, “rata-rata   ramai sahabat saya yang mengajar di SRA dan KAFA dinegeri lain rasa tidak puas hati  dan mempertikaikan “mengapa tempat mereka tidak menerima kenaikan seperti negeri Selangor berikan kepada  semua guru”.

Sehubungan itu,  saya juga mengharapkan agar pihak JAKIM dapat memberi contoh terbaik seperti yang ditonjolkan oleh kerajaan Negeri Selangor membantu guru-guru.

Ini disebabkan kita merasa kesal kerana guru-guru telah dikenakan mengambil ujian terlebih dahulu bagi membolehkan mereka untuk mendapatkan kenaikan elaun tersebut.

Ramai guru-guru merungut apabila dikenakan ujian sedangkan tidak dinyatakan oleh Perdana Menteri (PM), Datuk Sri Najib  Tun Razak ketika mengumumkan pemberian kenaikan elaun guru KAFA dan SRA dalam pembentangan budget   tahun lepas.

“ PM tidak menyatakan semua guru perlu ambil ujian terlebih dahulu sekiranya mereka ingin mendapatkan kenaikan elaun, tetapi mengapa tiba-tiba kami perlu menduduki ujian kelayakan, soal Hafiz?”.

“Sepatutnya ujian seperti membuat tahsin Al-quran tidak perlu dilakukan kerana sebelum kami dilantik menjadi guru, rata-rata kami semua telah menduduki ujian terlebih dahulu. Kami  sebagai pendidik mempertikaikan tindakan mereka”.
 
Pada masa yang sama “kita berterima kasih dan puji atas tindakan yang diambil oleh Pejabat Agama Daerah Gombak (PAID) dengan kerjasama Persatuan Guru Besar Agama Daerah Gombak telah membuat bantahan mengenai perkara tersebut terhadap kerajaan Pusat dan akhirnya bantahan diterima.

“Tindakan Kerajaan Pusat sekaligus memberi tekanan kepada semua guru dan diharap mereka tidak menambahkan bebanan kami dengan memanjang waktu kerja.

 Jika mereka tambah waktu kerja dibayar tidak mengapa, tetapi bayaran tidak diberikan”, kata hafiz kepada wartawan jejak ilmuan.
 
Editor : khaulah Azwar

Monday, May 14, 2012

Hargai Mereka Selagi Ummi, Emak, Ibu Masih Hidup

Bangi: Saya rasa tak tahu nak ucapkan pada insan-insan yang bergelar ummi, ibu dan emak. 
 Betapa tak romantiknya saya ni.. Namun jauh di sudut hati saya amat menyayangi mereka. 
Saya akui sifat saya yang sukar untuk meluahkan kata-kata cuma dengan perbuatan saja yang mampu saya lakukan sebagai tanda penghargaan, kasih saya pada mereka.

Meraikan Hari Ibu bukan sekadar sempena hari ibu 13 Mei setiap tahun tetapi kalau boleh ingin bersama mereka sentiasa meraikan mereka.Sungguh keadaan tidak mengizinkan.


Ummi ku memang hebat.. mereka berjaya dalam kehidupan, dapat melahirkan insan-insan yang beriman, beribawa dan disegani sehingga kadang-kadang saya rasa terlalu kerdil untuk berada disini.


Ummiku juga boleh dikatakan insan yang menjadi role model terbaik untuk ku. walaupun mereka sering berleter, namun saya sedar kerana mereka sayang kepada anak-anak.


Tanpa ummi saya rasa sunyi, tanpa ummi rasa hidup tak bererti. 
Bila berjauhan wajah, kata-kata ummi sentiasa bermain di fikiran.

Apatahlagi ibuku yang melahirkan saya.. semua tak mampu saya ungkapkan..
Ummi-ummi ku adalah Temanku yang penuh bermakna buat ku.


Kata Ummi Hjh Norehan "jaga mak baik-baik selagi emak masih hidup.. 
Mak tidak boleh ditukar ganti.. buat saya menangis sms yang dikirim (sememangnya hati saya terlalu sensitif).
Insya-Allah sememangnya saya sentiasa menjaga emak dengan baik walaupun saya sibuk".
Insan ini, sering tempat berkongsi cerita ketika jaga wan sakit, insan ini juga tempat saya kongsi pengalaman hidup kerjaya susah dan senang,
Insan ini juga sentiasa "supported" saya dalam apa juga saya lakukan.. tanpa insan ini, tanpa kata semangat nya, tanpa ketawanya saya menjadi sepi.. itulah Ummi, Mak.
Ummi memang hebat..
Kadangkala saya segan sgt dengannya  kerana kehebatan yang ada padanya.. Rasa terlalu kerdil untuk bersamanya:(
syukran ummi kerana menjadi guru, ummi yang bermakna pada saya.
 Harap ukhwah ini sentiasa diberkati Allah SWT walapun wan telah tiada lagi,

Saat ini Ummi tau tak, rasa sukar untuk saya lupakan pada 12 Mei, 2012 ketika saya sedang breakfirst sorang2 dekat Dapur,  fikiran melayang-layang fikirkan wan dll.

Melucukan saya dan rasa bukan Ummi, Maklong dan ummi Azian yang terkejut dapat bunga dan hadiah lain.

Entah mcm mana ummi norehan dan ummi azian cakap.. "siapalah orang yang bagi bunga ni??

Ummi azian pula cakap, kalau nak bagi kenapa tak bagi tahu awal2 boleh beli jug besar.. (adui.. tersembur air kopi sue, tak sempat saya makan apa-apa pagi tu) rasa nak menyorok muka ni dibuatnya.. hhhhaaaa malunya.. 
Very supprised coz.. nak buat hias 4 bunga dengan aunty habis jam 8 malam..  selepas urusan Usrah, Hospital terus pergi kedai aunty

Kata Aunty,  mungkin hantar petang.. tapi dihantar seawal pagi.. Aunty Janji cuba hantar before ummi flight K.K. 
Saya percaya dengan Aunty coz dia sentiasa tepati janjinya..

Tetapi, seperti tak disangka lain pula jadinya.. Malu yang amat sangat dekat ummi..

"Ye..kita merancang Allah, merancang, dan perancangan Allah adalah sebaiknya"..

Doa saya agar ALLAH memberkati kehidupan kalian dunia akhirat. 'Selamat Hari Ibu Buat Ummi semua.

Sarah Kanu, Hjh Norehan Md Shariff, Norazian Md Shariff, Norsiah Md Shariff. Dan semua insan bergelar ummi, emak, ibu, bonda. Maafkan insan ini.

Ya-Allah hambamu merindui kasih sayang mereka, wan tak akan kembali lagi, saya benar-benar kehilangannya. :(

Apabila membaca Tafsir Quran ini, bahawa saya harus menerimanya dengan sabar dan tenang..
Insya-Allah, doakan  saya moga diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini. 
 
Doa saya,   ummi sekeluarga sentiasa  tabah hadapinya juga. Semalam tak dapat fokus pada kerja, teringatkan arwah wan.. semenjak wan tinggalkan saya, hanya kain batiknya menjadi selimut pengubat rindu saya. 
Semua teman yang menziarahi blog saya, ku pohon sudi kiranya menghadiahkan Al-fatiha buat Wan (Selamah Ismail) yang pulang kerahmatuallah 9 Hb Mei, 2012. 
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada Hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.
Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga, maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di Dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” – Surah al-Baqarah, ayat 185
 
Suara hatiku menjerit:(


Sunday, May 13, 2012

Koleksi Video Himpunan Bersih 3.0 Siri Ku Li Sokong Bersih



Nice Video untuk di sebarkan. Keganasan Polis lagi Bro..


video ke-2  Tengku Razalegih Sokong Bersih 3.0



Apa lagi den Nak Kato Kan lagi..:)

Roboh Yayasan Selangor Demi Kepentingan Pendidikan Dan Keselamatan Pelajar Selangor.


Shah Alam :Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali menjawab propaganda yang dimainkan UMNO-BN mengenai  isu keputusan  merobohkan asrama Tun Dr Ismail dan Toh Puan Norashikin milik Yayasan Selangor yang terletak di Kampung Pandan. 
 
Beliau berkata , “keputusan yang  telah dibuat sudah mengambil kira pelbagai aspek dan telah dikaji dengan telitik.
 


Penyerahan memorandum oleh pihak Gerakan Selamatkan Asrama Yayasan Selangor (SAYS) yang diterajui oleh Badrulzaman Baharudin. kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membantah cadangan merobohkan asrama terbabit”.

"Dakwaan bahawa keputusan merobohkan adalah untuk tujuan komersil dan keuntungan semata-mata adalah tidak tepat kerana kita masih mengambil kira faktor pencapaian akademik, kebajikan serta keselamatan pelajar. Mereka adalah kepentingan utama.

Saya harap pihak yang mencari populariti murahan tidak perlu mempolitikkan isu ini demi melahirkan pelajar yang beriman, berilmu dan berakhlak mulia serta berjaya dunia akhirat," katanya ketika ditemubual media di SUK, Shah Alam, disini.

Dr Halimah juga memaklumkan, terdapat perancangan bagi memindahkan pelajar-pelajar ini ke sekolah sekitar kawasan Kuala Lumpur yang mempunyai asrama harian. Pihak yayasan juga akan memberikan derma siswa kepada pelajar-pelajar terbabit.

"Yayasan Selangor tidak pernah lari dari matlamat asal. Ia masih lagi mengutamakan pendidikan namun kini keadaan sudah berubah. Kedudukan Kuala Lumpur itu sendiri bukan lagi di bawah negeri Selangor.
 
"Dari segi pencapaian akademik, untuk dua tahun terakhir ini, pencapaian terbaik pelajar Yayasan Selangor bukan lagi dari sekolah-sekolah di kawasan Kuala Lumpur sebaliknya di kalangan pelajar-pelajar sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) di sekitar Selangor," ujar Dr Halimah.
 
Selain itu, Dr Halimah menerangkan bahawa peranan dan tugas Yayasan Selangor menyemarakkan nilai pendidikan di negeri ini adalah menerusi dana yang dijana sendiri oleh yayasan tanpa menerima bantuan kewangan kerajaan negeri.

"Yayasan Selangor perlu memikirkan cara untuk mendapatkan sumber kewangan bagi menjana segala bentuk bantuan yang disalurkan bagi tujuan pendidikan termasuk memberi bantuan kepada pelajar-pelajar miskin yang berpotensi dalam akademik,'' katanya.
 
Difahamkan, kedua-dua asrama itu menempatkan lebih kurang 465 orang pelajar sekolah sekitar Kuala Lumpur seperti Convent Bukit Nenas, S.M Victorian, S.M Aminudin Baki dan S.M.P Sri Aman. Kebanyakan pelajar-pelajar ini berasal dari kawasan luar bandar dan dari keluarga miskin.
 
 
Editor : Khaulah Azwar

Kecam kekerasan polis: 16 daripada 1,270 tentang




KUALA LUMPUR: Majlis Peguam semalam membuat usul tergempar mengutuk kekerasan melampau polis ketika menyuraikan perhimpunan Bersih 3.0 April 28 yang lalu di dalam satu mesyuarat agung luar biasa (EGM).

Hanya 16 peguam daripada 1,270 ahli majlis peguam yang membantah resolusi tersebut.

Dalam resolusi yang diluluskan dengan cara undian itu, Majlis Peguam turut menuntut permohonan maaf daripada Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara kepada orang awam dan ahli media atas tindakan polis ketika perhimpunan tersebut.

Pengerusinya Lim Chee Wee berkata kehadiran EGM kali amat memberangsangkan – melebihi mesyuarat agung tahunan (AGM)nya.

“Ini menandakan bahawa ahli majlis melihat insiden Bersih 3.0 dengan serius,” kata beliau.

Aman sehingga diganggu


Faktanya, kata Lim ialah laporan terhadap kekejaman polis, dan penggunaan gas pemedih mata dan meriam air yang berlebihan hanya selepas penghadang Dataran Merdeka diceroboh pada pukul 3 petang.

“Sebelum itu, situasi (perhimpunan) adalah seperti karnival,” kata beliau.

Lim berkata Majlis Peguam telah mengerahkan sebanyak 78 ahli untuk memerhati perhimpunan Bersih, dan hanya keadaan di Kuala Lumpur menjadi kelam-kabut manakala situasi di Kuantan, Johor Bharu, Melaka dan Ipoh aman kerana polis telah bertindak secara terkawal.

Beliau turut menambah bahawa 100,000 hadirin yang membanjiri Kuala Lumpur pada April 28 yang lalu tidak diberikan ruang dan masa secukupnya untuk bersurai di mana gas pemedih mata dan air berasid terus dihalakan pada mereka walaupun mereka dalam keadaan hendak melarikan diri.

“Ini membawa kepada satu soalan mudah. Mengapa polis masih tidak membaca dan melaksanakan apa yang dicadangkan Suhakam?” kata Lim, merujuk kepada laporan siasatan terhadap perhimpunan aman yang lepas.

Lim turut menegaskan bahawa kekerasan yang ditunjukkan polis adalah tidak memadai dengan tindakan penyokong yang mengejek mereka kerana semua peserta adalah tidak bersenjata, dan tanggungjawab menjaga keamanan adalah jatuh di bahu pihak berkuasa yang bersenjata.

Majlis Peguam Malaysia turut menuntut agar anggota polis yang melakukan keganasan dikenalpasti dan didakwa.


Pulau penal bebas kerajaan
Selain itu, Lim berkata Majlis Peguam turut memulau panel bebas yang ditubuhkan kerajaan untuk menyiasat dakwaan keganasan polis dalam perhimpunan BERSIH 28 April lalu.

Majlis Peguam mencadangkan agar wakil Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyiasat insiden Bersih 3.0 dan bukannya bekas ketua polis negara Tun Hanif Omar.


Video Himpunan Bersih 3.0, Ana Punya



Video Yang Dirakamkan Berkaitan Himpunan Bersih 3.0 Yang Berlaku Ketika saya menjalankan tugas di KLCC. Anda Berhak Menilai Siapakah punya angkara Himpunan Bersih 3.0 Yang bersih menjadi Kotor..

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI