Dalam kesibukan kita mari kita rest seketika untuk hilangkan migrane .
Merenungi Kisah Nabi Muhmamad SAW. jika baginda masih hidup, pasti baginda sedih kehidupan umatnya yang semakin jauh mengamal sunahnya, menolak islam, bertelagah antara satu sama lain, suka memutus ukhwah, sering menghambakan org lain.
Sahabat sedangkan Nabi Muhammad SAW amat menyayangi umatnya. baginda sanggup korbankan apa sahaja untuk Islam dan umatnya, tapi mengapa kita tidak??
Marilah kita kembali kepada fitrahnya.. :(
Tiada cinta yang paling indah melainkan cinta kepada Allah dan Rasulnya. Mari kita sentiasa basahi lidah kita dengan Selawat dan istigfar.
sila klick :
Tuesday, April 17, 2012
Monday, April 16, 2012
Isu Sampah DUN Batu Caves 70% Selesai
Kampung Baru Batu Caves : Isu
masalah sampah yang di politikkan oleh Kerajaan Pusat di sekitar negeri
Selangor bakal selesai setelah pencapaian kata putus dibuat oleh Menteri Besar
Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tahun ini tidak mahu menyertai Skim
Penswastaan Perkhidmatan oleh Kerajaan Pusat melalui Alam Flora Sdn Bhd.
“Keputusan dibuat berdasarkan
pelbagai aduan diterima kesal sikap lepas tangan Alam Flora tidak mengutip
sampah sedangkan rakyat dikenakan cukai pintu setiap tahun”, kata AhlI Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shaari.
Tambahnya lagi, “begitu juga
masalah sampah yang tidak dikutip oleh Alam Flora secara berkala. Akibatnya
terdapat bau yang tidak menyenangkan, lalat, tikus menjadi raja dikawasan
perumahan penduduk sehingga terdapatnya demam denggi dan malaria.
Masalah yang diberikan Alam Flora
sedikit sebanyak mencemarkan imej negeri Selangor. Saya beranggapan ianya satu
sabotaj antara kerajaan Pusat yang melantik Alam Flora Sdn Bhd terhadap negeri
Selangor”, ujar beliau.
Menurut Amir, isu masalah sampah
di DUN Batu Caves telah selesai sebanyak
tujuh puluh peratus sebaik sahaja menerima aduan rakyat.
Katanya, “antara tindakan kita
lakukan mengadakan mesyuarat dengan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) untuk
memungut sampah dan sisa domestic secepatnya”.
Justeru, untuk memupuk kerjasama
dalam mengatasi kebersihan setempat, maka kita adakan Gotong Royong Perdana,
Bersih dan ceria,beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Gotong Royong
Perdana, Ceria dan Bersih peringkat Kawasan Kampung Baru Batu Caves dengan
kerjasama Surau Al-Ehsan.
Ujar beliau lagi, program Bersih dan ceria telah kita adakan setiap
tahun semenjak kerajaan Pakatan Rakyat (PR) memerintah negeri Selangor.
Gotong royong kali ini amat
berbeza kerana kita adakan pertandingan bagi menggalakkan semua rakyat setempat
rasa sikap bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan persekitaran mereka.
Harapan saya semoga usaha murni ini untuk memastikan DUN
Batu Caves terpilih kawasan bersih dan ceria dapat kerjasama semua pihak tanpa
kira pemahaman poliktik”, kata Amir.
Di fahamkan, antara yang dinilai adalah Hiasan dalaman, Ladskap,kreativiti
dan kebersihan kawasan persekitaran setiap kawasan, ziro sampah, bebas nyamuk
aedes. Tempoh diberikan dua bulan.Keputusan
akan kita umumkan dalam satu majlis Program ceria dan bersih.
Hadir sama, Ahli Majlis
Perbandaran Selayang Zon 13, Azizul Abu Bakar.
Editor : Khaulah
Azwar
MCA Pula Beri Kad Pengenalan Warga Asing
SHAH ALAM, 17 APR : Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh dalam sidang media petang semalam mendakwa
cubaan MCA memberi kad pengenalan kepada
warga asing melalui program MCA Road Show & Free Medical Check-up semalam.
Hannah berkata, “kerajaan Barisan Nasional (BN) semakin
terdesak untuk memenangi piliharaya akan datang dengan cubaan memberikan kad
pengenalan kepada warga asing”.
“MCA cuba berselindung disebalik program kemasyarakatan yang
dijalankan dengan menawarkan kad pengenalan kepada warga asing yang datang
berkunjung ke program itu.
“Kebanyakan penduduk yang berada disini merupakan warga Indonesia dan mereka diberi kad pengenalan dengan syarat mengundi BN dalam pilihanraya akan datang,” katanya.
Terdahulu, MCA menganjurkan Road Show & Free Medical Check up yang berlangsung semalam di Jalan SS19/1, Off Jalan SS19/7A, Subang Jaya.
Sementara itu, ADUN Kota Alam Shah, Manoharan Malayalam pula menegaskan pemberian kad pengenalan sewenang-wenangnya menunjukkan UMNO-BN adalah pengkhianat kepada negara dan rakyat negara ini.
“Kebanyakan penduduk yang berada disini merupakan warga Indonesia dan mereka diberi kad pengenalan dengan syarat mengundi BN dalam pilihanraya akan datang,” katanya.
Terdahulu, MCA menganjurkan Road Show & Free Medical Check up yang berlangsung semalam di Jalan SS19/1, Off Jalan SS19/7A, Subang Jaya.
Sementara itu, ADUN Kota Alam Shah, Manoharan Malayalam pula menegaskan pemberian kad pengenalan sewenang-wenangnya menunjukkan UMNO-BN adalah pengkhianat kepada negara dan rakyat negara ini.
“Kita kesal, pemberian kad pengenal sewenang-wenangnya
kepada warga asing sedangkan masih ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak
mempunyai kad pengenalan.
Ramai rakyat Malaysia terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk
mendapatkannya tetapi kerajaan UMNO-BN memberikan sesuka hati kepada warga
asing,” katanya.
Hadir sama dalam sidang media itu, Saari Sungip ADUN Hulu Klang berpendapat,
tindakan yang dilakukan oleh Umno-BN ini merupakan tindakan yang keji bagi
mempastikan mereka akan menang di pilihanraya ke-13 nanti.
Katanya lagi, tuntutan yang terkandung dalam Bersih 3.0 meminta Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) membersihkan senarai nama pemilih ternyata tidak membawa kesan kerana UMNO-BN berterusan menjalankan taktik kotor ini.
“Tindakan ini bukan pertama kali didedahkan tetapi sudah banyak kali terjadi namun pihak SPR masih berdiam diri dan tidak mengambil apa-apa langkah yang sewajarnya,” jelasnya lagi.
Sehubungan itu, adalah wajar bagi seluruh rakyat untuk turun pada Bersih 3.0 dan menunjukkan tanda protes terhadap ketelusan SPR untuk menjalankan pilihanraya yang bersih dan adil.
Hadir sama dalam sidang media itu, Saari Sungip ADUN Hulu Klang berpendapat,
tindakan yang dilakukan oleh Umno-BN ini merupakan tindakan yang keji bagi
mempastikan mereka akan menang di pilihanraya ke-13 nanti.Katanya lagi, tuntutan yang terkandung dalam Bersih 3.0 meminta Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) membersihkan senarai nama pemilih ternyata tidak membawa kesan kerana UMNO-BN berterusan menjalankan taktik kotor ini.
“Tindakan ini bukan pertama kali didedahkan tetapi sudah banyak kali terjadi namun pihak SPR masih berdiam diri dan tidak mengambil apa-apa langkah yang sewajarnya,” jelasnya lagi.
Sehubungan itu, adalah wajar bagi seluruh rakyat untuk turun pada Bersih 3.0 dan menunjukkan tanda protes terhadap ketelusan SPR untuk menjalankan pilihanraya yang bersih dan adil.
Editor : Khaulah Azwar
Sunday, April 15, 2012
RM 3 Juta Bina Bangunan SJKT Ladang Midlans
SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor besar hati
menyediakan sumbangan sebanyak RM 3 untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
Ladang Midlans untuk membina bangunan sekolah baru. Manakala RM.17 pula dikumpul oleh jawatankuasa PIBG.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam
ucapan perasmiannya berkata, “pembinaan bangunan sekolah serba moden bernilai
lebih RM3 juta itu merupakan hadiah buat rakyat menerusi perolehan hasil
kekayaan negeri”.

“Saya difahamkan sekitar 50 tahun murid-murid sebuah sekolah Tamil di sini belajar di dalam bilik darjah dinding papan dan lantai simen”.
Menurutnya, pembinaan sekolah dan dewan serbaguna itu adalah bukti kesungguhan dan ketelusan kerajaan Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat (PR) dalam membantu nasib rakyat tidak kira bangsa dan agama untuk merasai pembangunan negeri.
“Pembinaan bangunan sekolah dan dewan ini merupakan satu penterjemahan daripada hasil negeri yang kita beri kepada rakyat dan pertama kali dalam sejarah.
“Polisi kerajaan PR, kalau hendak beri bantuan, sediakan dahulu baru cakap.
“Di bawah Belanjawan Selangor, kita memperuntukkan berjuta-juta ringgit untuk pembangunan sekolah Tamil dan kita akan teruskan pemberian hasil negeri ini sekiranya diberi mandat untuk memerintah Selangor lagi, ” katanya.
Beliau berkata demikian semasa menghadiri upacara perasmian bangunan SJK(T) Ladang Midlands dan Midlands Concention Centre di sini.
Bangunan dan kemudahan baru seperti makmal komputer dan perpustakaan yang tidak pernah dirasai murid-murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Midlands itu sebelum ini, dibina dengan lebih RM4.7 juta.
Pembinaan sekolah tersebut tidak menggunakan satu sen pun dari Kerajaan Pusat, ujar Andul Khalid.
Difahamkan, bangunan sekolah baru itu boleh menempatkan kira-kira 2,000 murid-murid, sementara bangunan lama di kawasan bersebelahan akan dirobohkan untuk dijadikan padang bagi aktiviti kokurikulum.
Sekolah yang didirikan atas tanah seluas empat ekar itu memiliki 24 buah kelas, dewan perhimpunan, bilik mesyuarat, bilik komputer, perpustakaan, kantin dan bilik guru.
Pada masa yang sama, Abdul Khalid turut menyelar kegagalan kerajaan Umno-BN untuk memberi pembelajaran selesa kepada pelajar khususnya anak-anak ladang sehingga mengakibatkan mereka tercicir dari aspek pendidikan.
Ujarnya, peruntukan pendidikan yang sepatutnya disalurkan kepada rakyat juga gagal diurus dengan baik sehingga hari ini.
“Kerajaan pusat menjanjikan tanah untuk pembinaan
sekolah, tetapi mereka tidak buat malah peruntukan yang sepatutnya ada untuk
pendidikan juga tidak sampai kepada rakyat.“Kerajaan pusat mengutip cukai daripada rakyat untuk membuat kemajuan di negara ini, tetapi ke mana hasil itu pergi?
“Walaupun kerajaan Selangor berbelanja besar untuk diberikan kepada rakyat, tetapi simpanan tunai kita tetap meningkat,” jelasnya.
Hadir sama, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar, MP Shah Alam, Khalid Samad, MP Subang, R.Sivarasa, MP Gombak Azmin Ali, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan.
Editor : Khaulah Azwar
Himpunan PTPTN, Kalung Bunga Untuk Najib dan Khaled Nordin
KUALA LUMPUR : Demonstrasi mansuh Pinjaman Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyaksikan upacara kalungan bunga di
letak ke atas potret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak
dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Upacara tersebut dilakukan di hadapan lebih 500 mahasiswa yang berhimpun di hadapan Kompleks Membeli Sogo di sini petang tadi.
Tindakan itu menurut Timbalan Presiden (KAMI), Khalid Mohd Ismath
sebagai tanda pemerintahan rejim Umno-BN yang mengepalai negara ini
harus berakhir.
“Ini menunjukkan kemuncak kekecewaan dan kemarahan kami golongan
mahasiswa terhadap segala kepincangan dan kegagalan kerajaan yang ada
sekarang ini.
“Jadi, kalungan bunga itu sebagai kemuncak tanda protes terhadap
pemerintahan Najib yang dilihat tidak bersungguh-sungguh membela rakyat,
memajukan negara apatah lagi untuk memberikan pendidikan percuma.
“Begitu juga dengan Menteri Pengajian Tinggi yang tidak peduli dengan
desakan mahasiswa,” jelas Khalid ketika ditemuramah media di
Dataran Merdeka.
Disamping kalungan bunga, sebuah replika batu nisan dengan perkataan
“Demokrasi by KPT” di letakkan di antara potret kedua pemimpin Umno-BN
itu.
Khalid menjelaskan upacara tersebut sekadar upacara simbolik dan tidak seharusnya dijadikan isu utama.
“Itu cuma simbolik bahawa kerajaan yang ada ini harus dikuburkan
kerana telah banyak menyusahkan rakyat samada golongan pelajar atau
bukan.
“Perbuatan mereka sebenarnya yang melampau dengan pelbagai
penyelewengan, rasuah, pembaziran dan sebagainya yang mana rakyat yang
menjadi mangsa sikap rakus dan tamak mereka,” tambah Khalid.
Komen Nurul Izzah Anwar, Tian Chua dan Pimpinan Himpunan PTPTN
Semua Mahasiswa berhak mendapat ilmu percuma seperti yang dijalankan oleh negeri-negeri lain, suka saya ingatkan kepada semua rakyat.
Apa yang dijanjikan kerajaan Pakatan Rakyat, Untuk Hapuskan PTPTN akan dilaksanakan sekiranya Pakatan rakyat Menang dalam PRU13 Nanti.
Jangan keliru statement dalam televisyen, media milik umno yang telah tukar fakta. Mereka pertikai kenapa negeri Selangor tidak hapus PTPTN spt di Unisel yang dimiliki kerajaan pembangkang.
Mcm mana nak hapus sebab PTPTN untuk dihapuskan bukan janji dalam manisfesto PRU12 tetapi akan dilaksanakan dalam PRU13.
So pencacai umno please jangan jadi orang munafik dalam berkata-kata.
PR janji akan laksanakan sekiranya menang dalam PRU13 nanti.
Justeru orang muda maka jangan teragak-agak untuk pilih Pakatan Rakyat (PAS, PKR, DA) Asalkan bukan UMNO.
Video Himpunan PTPTN-Adam Adli
Mahasiswa Bukan Spt Lembu, kini anak muda semakin sedar untuk bangkit atasi kezaliman UMNO. Pak Najib dan Kuncu2nya akan lihat kebangkitan rakyat.. Ayuh mara kehadapan Anak muda, masa depan kita bukan ditentukan oleh UMNO laknatuallah.
Subscribe to:
Posts (Atom)




