Tuesday, October 18, 2011

Himpunan Bantah JPN 24/10/11 Bangunan parlimen

KUALA LUMPUR, 18 Okt: Dewan Pemuda PAS Malaysia telah mengambil keputusan mempercepatkan penganjuran himpunan khas bagi membantah tindakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung Mykad klon dan kad pengenalan palsu kepada 24 Oktober ini, Isnin, di bangunan Parlimen, bermula jam 10.00 pagi.

Sebelum ini himpunan tersebut dijadualkan pada 25 Oktober, seperti yang dinyatakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan yang turut dilaporkan Harakahdaily pada 8 Oktober lalu, tetapi terpaksa dipercepatkan sehari sebelum itu bagi mengelakkan kesulitan ekoran perayaan Deepavali.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, perubahan tarikh itu dilakukan dengan persetujuan Nasrudin sendiri hasil perbincangan yang diadakan baru-baru ini.

Menurut beliau, himpunan tersebut akan turut disertai Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, barisan kepimpinan tertinggi Dewan Pemuda PAS Malaysia, Keadilan dan DAP dari Pakatan Rakyat seperti yang dinyatakan oleh Nasrudin pada 8 Oktober lalu.

Katanya, perhimpunan tersebut diadakan bagi menyerahkan memorandum kepada Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussin berkaitan isu kad pengenalan palsu, MyKad klon dan tindakan mempermudahkan pemberian kad pengenalan kepada warga asing oleh JPN bagi tujuan-tujuan tertentu.

"Memorandum itu akan diserahkan sekitar jam 11.00 pagi, manakala perhimpunan besar-besaran pula akan diadakan sebelum penyerahan memorandum dilakukan pada jam 10.00 pagi di bangunan Parlimen," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, pihaknya berharap agar penduduk di kawasan Kuala Lumpur dan dari negeri-negeri lain di seluruh negara hadir pada perhimpunan itu bagi mendapatkan pendedahan lanjut berhubung isu tersebut yang jelas mengancam keselamatan negara.

Menurutnya, Dewan Pemuda PAS Malaysia cukup serius dalam menangani isu berkaitan dengan mempermudahkan pemberian kad pengenalan kepada warga asing, MyKad klon, kad pengenalan palsu dan isu berkaitan kod 71.

Katanya, namun dalam menjawab persoalan-persoalan berbangkit berhubung isu itu pula, para pemimpin Umno BN kelihatan banyak memberikan kenyataan yang menyalahkan kenyataan-kenyataan Dewan Pemuda PAS Malaysia.

"Sebelum ini, Dewan Pemuda PAS Malaysia telah menghantar beberapa memorandum kepada pihak kerajaan berhubung perkara itu, tetapi jawapan yang diterima tetap tidak menyelesaikan masalah yang berlaku," katanya.

Katanya, dengan itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia terpaksa bertindak tegas untuk mengatasi masalah itu bagi ketelusan proses dan perjalanan pilihanraya di negara ini.

"Himpunan yang akan kami adakan itu adalah sebahagian dari tindakan tegas yang akan kami lakukan ekoran masalah itu yang perlu diberikan perhatian serius oleh JPN dan Kerajaan BN," tegasnya.

Menerusi himpunan tersebut, kata beliau, pihaknya akan mendedahkan segala dokumen yang berkaitan dengan isu tersebut dengan jelas kepada para peserta dan pihak media untuk didedahkan kepada umum.

Katanya, tindakan mempermudahkan pemberian kad pengenalan kepada warga asing sebenarnya sudah lama dilakukan oleh pihak-pihak tertentu bagi tujuan-tujuan tertentu di negara ini.

"Antaranya termasuklah yang berlaku pada 11 dan 12 Oktober lalu di Istana Dugang Country di Sepang, Selangor yang melibatkan 240 orang warga asing," katanya.

Sejak tahun 2008 hingga tahun ini, jelas beliau, sebanyak 27,293 MyKad telah diberikan oleh JPN kepada warganegara asing dan perkara itu dijelaskan sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz pada persidangan Parlimen baru-baru ini ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Rakyat dibebankan dengan kenaikan Tarif Elektrik-Nurul Izzah Anwar

Tmn Sri Sentosa : Kenaikan bil tarif elektrik secara mendadak yang berlaku akhir-akhir ini dibimbangi oleh penduduk di sekitar Jalan Kelang Lama.

John Paul Netto a/l John Alex Netto menetap di alamat 24-02-10 Pinang Apartment, Tmn Sri Sentosa kerap menerima kenaikan tarif elektrik melahirkan rasa tidak puas hati dengan kenaikan tersebut ketika bertemu dengan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Katanya , “saya kerap menerima bil elektrik yang tidak masuk akal kerana saya jarang berada dirumah. Bulan Ogos 2011 bil elektrik RM223.14 dan pada bulan September, 2011 berjumlah RM334.95. Jumlah kenaikan ini membuatkan saya sekeluarga rasa curiga dan rasa benar-benar terbeban”.

Kenaikan tarif elektrik yang saya terima semalam sebagai 'rompakan di siang hari' kerana ia hanya menguntungkan kapitalis dan membebankan rakyat”, kata John.

Lim Cheng Hock yang menetap di alamat 23-00-01, Taman Sri Sentosa, Jalan Kelang Lama rasa terkejut dengan kenaikan bil elektrik yang di terima semenjak meter elektrik di tukar 3 bulan yang lalu.

Katanya , Apabila kita perhatikan, meter tersebut jalan begitu laju tidak seperti meter elektrik yang lama. Semua penduduk disini melahirkan rasa kebimbangan kenaikan tariff elektrik.

Di kawasan ini terdapat 7 buah block Apartment, bilangan penduduk disini lebih kurang seramai 590 penduduk yuang rata-ratanya berpendapatan rendah. Jika semua penduduk mempunyai masalah yang sama dengan kenaikan sebuah rumah RM102 sebulan saya rasa keuntungan yang TNB dapat sebulan lebih kurang RM 60,180.00 yang boleh dikongsi dengan Kerajaan Pusat. Apakah ini dinamakan kerajaan UMNO-BN lebih mengutamakan rakyat atau lebih utamakan kroni-kroni mereka.

Menurut Lim lagi, sebelum meter ditukarkan pada bulan Jun, 2011 bil elektriknya hanya berjumlah sekitar RM80 sebulan sahaja tetapi sekarang sudah melebihi jumlahnya iaitu pada bulan Julai sebanyak RM182. Jumlah kenaikan diberikan setiap bulan oleh TNB sebanyak RM102. Saya tidak faham mengapa penekanan diberikan kepada rakyat dengan kenaikan bil elektrik begitu tinggi. Kata Lim ketika ditemubual oleh media.

Pegawai TNB Pengurus Cawangan Lembah Pantai, Baharuddin berkata, isu kenaikan bil tersebut adalah sementara waktu bagi membuat penyelarasan tariff baru.

Sementara itu, Nurul Izzah pula berkata, perkara ini akan dibuat siasatan terlebih dahulu dengan pegawai TNB berikutan dengan kenaikan tarif elektrik kepada pengguna setiap bulan yang begitu ketara. Kenaikan sekitar RM111.81 yang sudah pasti akan memberi bebanan kepada pengguna yang rata-rata bukan golongan berada. Selepas membuat siasatan kita adakan sidang media antara penduduk dan TNB untuk menjawab isu yang berbangkit.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah kenaikan kos yang ditanggung oleh pembekal tenaga bebas akan dipindahkan kepada TNB yang kemudian menyalurkannya kepada pengguna.

Lebih malang, katanya, mekanisme baru itu juga akan menyaksikan tarif elektrik dinaikkan sebanyak dua kali kerana kos arang batu dan gas yang digunakan bagi menghasilkan tenaga akan disemak setiap enam bulan.

"Kedudukan kewangan TNB pada status quo, rakyat yang menanggung kenaikan tarif dan IPP langsung tidak menerima sebarang kesan daripada langkah ini kerana kos bahan api disalurkan melalui mekanisme itu. Ini benar-benar merompak rakyat bagi menyuap kroni dan kapitalis.

IPP membeli gas PETRONAS mengikut harga pasaran; Kemudian IPP menjual tenaga bersama kenaikan kos kepada TNB. Kos arang batu (TNB) dan gas (TNB dan IPP) disemak setiap enam bulan. TNB menjual tenaga kepada pengguna dimana harga jualan termasuk kos sendiri dan juga kos IPP.

Kesimpulannya yang untung IPP. TNB status quo dan yang rugi sememangnya kita….. RAKYAT!

Pada pendapat saya, pihak yang paling beruntung adalah kerajaan pimpinan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib yang begitu bangga dengan laungan Rakyat didahulukan sedangkan kebajikan rakyat di pinggirkan.

Nurul Izzah yang juga merupakan Naib Presiden Keadilan berkata lagi, “Apa tak untungnya! Subsidi dihapuskan kerajaan dapat jimat dana. Bila IPP dapat untung kerajaan pun akan menikmati cukai yang lebih banyak”.

Saya jangkakan begitu juga yang kerajaan dapat dari PETRONAS.

Sebelum ini kita dimaklumkan juga bagaimana Kerajaan Pusat (UMNO-BN) lebihkan syarikat-syarikat swasta menyebabkan pengguna terpaksa bayar elektrik jika 700 watt meter keatas tetapi bukan pihak IPP.

“Insya-allah, isu ini akan saya atasi sebaiknya. Untuk mengukuhkan aduan ini, saya harap penduduk dapat mengumpul beberapa bukti bil elektrik bersama beberapa penduduk lain yang mengalami masalah yang sama dengan mengemukakan surat aduan”.

Justeru itu bagi membela nasib rakyat disini, saya akan mengeluarkan surat aduan rakyat dan sokongan kepada TNB mengenai isu berbangkit, kata Nurul Izzah pada media.

Editor : Khaulah Azwar

Sunday, October 16, 2011

PR akan bela nasib bekas tentera jika menang PRU13



Lembah Pantai : Naib Presiden Keadilan, Nurul Izzah Anwar akan membawa usul ke Parlimen bagi membela Kebajikan Bekas Tentera terutamanya di kawasan Lembah Pantai. Hal ini berbangkit apabila salah seorang bekas tentera menyatakan Nasib Bekas Tentera di abaikan oleh Kerajaan Pusat.

Nurul Izzah berkata, untuk memaklumkan kepada kerajaan pusat, pimpinan kebajikan angkatan tentera memerlukan solusi yang perlu di dokumenkan. Sehingga setakat ini bekas anggota tentera yang pencen hampir 290,000 orang.

Saya difahamkan pencen yang diterima bekas anggota tentera lebih kurang RM1500 sebulan sudah pasti tidak mengcukupi untuk menjelaskan bayaran sewa rumah, kereta dan tangunggan. Pendapatan yang diterima dengan keadaan ekonomi Negara yang semakin meningkat akan memberi tekanan kepada mereka.

25% sahaja dikalangan bekas tentera yang pencen, manakala seramai 70% tamatkan perkhidmatan dibawah 17thn.

Bayangkan mereka yang tidak punya pencen, sudah pasti akan mencari pendapatan dengan cara kedua pula. Mereka terpaksa berlumba dengan graduan.

Jelasnya lagi, sehingga kini saya dimaklumkan oleh bekas tentera, Kementeran Pertahanan berikan bantuan kepada semua bekas tentera ibarat “touch and go” untuk kepentingan semasa.

Hal ni tidak wajar berlaku kerana tentera telah banyak berjasa kepada Negara dengan sanggup berkorban untuk menjaga keamanan negara. Ini amat mendukacita mereka semua.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, dalam Majlis Angakatan Tentera, perintah majlis yang di pertuan agong telah menitahkan semua tentera berhak menerima tanah pertanian dan 2 lot tanah perumahan dimana-mana sahaja sepanjang mereka berkhidmat.

Malangnya khidmat mereka diabaikan oleh Kementerian Pertahanan, hal ini menyebabkan semua tentera terpaksa hidup menumpang dengan ibubapa atau saudara mara mereka.

Kita rasakan tindakan Kementerian Pertahanan kepada semua bekas tentera ibarat seperti Jasa pengorbanan mereka tidak di hargai oleh pihak berwajib.

Justeru itu saya harap kerajaan dapat memikirkan semula kebajikan semua bekas tentera.

“Kerajaan sekarang tidak peduli nasib tentera, insya-Allah jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah dalam PRU13, kita akan membela nasib bekas tentera seperti yang termaktub dalam buku jingga”, kata Nurul Izzah pada media selepas Mesyuarat AgongTahunan Cabang Keadilan Lembah Pantai di Pejabat Keadilan Tmn Sri Sentosa 8A.

Editor : Khaulah Azwar

Tuesday, October 11, 2011

Umno yang selama ini melaungkan slogan membela Melayu kini menjadi pengkhianat Melayu.



PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPMM) mahu menjadikan isu Kampung Baru termaktub di dalam manifesto Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Hasrat itu disuarakan Ketua Penerangan DPMM, Riduan Mohd Nor yang menyifatkan cadangan itu penting bagi membuktikan Pakatan Rakyat adalah parti yang mampu melaksanakan kata-kata dan bukan berlandaskan retorik.

DPPM juga katanya menyambut baik hasrat Pakatan untuk membatalkan Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru 2011 yang diluluskan Dewan Rakyat minggu lalu.

“Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru 2011 menjadi saksi dan bukti bahawa Umno yang selama ini melaungkan slogan membela Melayu kini menjadi pengkhianat Melayu.

“Rakyat sudah tidak boleh memaafkan kesalahan pemimpin Umno yang sanggup menggadaikan tanah warisan orang Melayu di Kuala Lumpur ini kepada Perbadanan yang akan menentukan nasib orang Melayu Kampung Baru.

“Jika masyarakat India boleh berbangga dengan adanya Little India di Brickfields, bangsa Cina boleh bangga dengan adanya Petaling Street khusus untuk orang Cina, apakah salah orang Melayu memiliki Kampung Baru?,” soalnya.

Menurut beliau, pemimpin Umno yang sebangsa dengan orang Melayu hanya membela golongan elit sahaja.

“Orang-orang Melayu pasti akan berduka memikirkan nasib mereka yang semakin samar dan tidak menentu. Beberapa kampung di sekitar Kuala Lumpur bakal menjadi mangsa seterusnya ‘pembangunan’ hasil kegopohan sang penguasa.

“Tidak ada jaminan kampung-kampung Melayu yang lain tidak diambil alih dengan sewenang-wenangnya. Orang Melayu Kuala Lumpur dianggap merempat dan tiada nilai disisi masyarakat.

“Mereka yang bersetinggan sejak sekian lama bukan setakat tidak dibantu, malahan habis dibersihkan. Orang Melayu hanya layak duduk dikampung-kampung dengan mengusahakan kerja-kerja pertanian dan penternakan sahaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Perkara itu turut disokong Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan Titiwangsa (DPPKT), Mohamad Suhaimi Abdul Aziz yang menjelaskan mengenai kegagalan Umno dalam membela nasib orang Melayu dan sanggup mengenepikan suara sebangsa mereka.

Tanah Kampung Baru seakan ‘berhantu’ yang mesti dibersihkan dan dipindah milik. Bagi Umno, tidak ada jalan lain melainkan ia mesti diambil dan rakyat mesti menerimanya,” katanya.

DPPKT juga berharap agar Pakatan melaksanakan janji memandangkan isu Kampung Baru bukan untuk dipolitikkan mahupun meraih sesuatu kepentingan.



Editor : khaulah Azwar

Monday, October 10, 2011

Kebajikan SRA di pinggirkan oleh Kerajaan Pusat



S.Alam : Pengumuman Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membantu pendidikan tidak ikhlas, kata Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Modal Insan, Dr Halimah Ali.

“Kerajaan Pusat dilihat tidak ikhlas untuk memperjuangkan nasib orang Islam dan orang Melayu terutama di negeri Selangor kerana dalam pembentangan bajet tersebut jelas tidak dinyatakan untuk membantu 250 buah Sekolah Agama Rakyat (SRA).

SRA di ngeri ini apa yang kita lihat serba kekurangan dan memerlukan bantuan tetapi mengapa kebajikan SRA dipinggirkan.

Jelasnya lagi, Kerajaan Pusat seharusnya mengadakan bantuan Khas kepada SRA bukan sahaja dinegeri Selangor malah di seluruh Negara, memandangkan sekolah SRA langsung tidak mendapat peruntukan Kerajaan.

“Saya benar rasa kesal kerana selama ini pendidikan anak-anak yang belajar di SRA tidak pernah diberikan perhatian yang serius dan oleh Kerajaan Pusat (UMNO-BN). Ini pendidikan asas, kalau PM, Najib ingin membantu dan mempertahankan orang Melayu dan Orang Islam, bantuan mesti diberikan kepada SRA tetapi sebaliknya.

Tindakan ini menggambarkan UMNO-BN tidak bersungguh dan tidak ikhlas memperjuangkan SRA".

Seperti di negeri Selangor, SRA bukan di bantu Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat, sebab itu kita berikan RM6 Juta setahun. Inilah menyebabkan ramai yang mengatakan Bajet 2012 dibentangkan oleh PM, Najib adalah undi pilihan raya, kata Dr Halimah.

Beliau berkata lagi, SRA sepatutnya dibantu sebagaimana peruntukan tambahan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Sekolah Mubaligh dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang masing-masing menerima peruntukan RM100 juta.

Dalam pada itu, Dr Halimah mengalu-alukan permansuhan bayaran Yuran Persekolahan pada tahun hadapan bagi Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah berjumlah RM150 Juta.

“Saya harap pemansuhan itu benar-benar dilaksanakan bukan cakap kosong sahaja tanpa menaikkan bayaran lain yang boleh mengurangkan bebanan ibubapa terutamanya berpendapatan rendah dan fakir miskin”.

Saya suka ingin ingatkan rakyat Malaysia agar tidak lupa dengan pengumuman yang pernah di umumkan oleh Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi) semasa beliau menjadi PM dahulu hal yang sama telah di umumkan tetapi tidak dilaksanakan.

Akhirnya ibubapa terpaksa membayar yuran lain seperti ko-kurikulum, sukan, computer sehingga menjadi jumlahnya lebih besar dari yuran asas.

Sekiranya dilaksanakan , ini satu kemenangan untuk rakyat sebab pendidikan adalah satu keperluan asas. Tetapi jangan lain diumumkan lain pula di laksanakan sedangkan rakyat melekatkkan harapan yang tinggi dengan pengumuman yang di buat.

“Jangan cakap tak serupa bikin semata-mata untuk umpan rakyat dalam PRU13”, katanya kepada media.


Editor : Khaulah Azwar

Sunday, October 9, 2011

Bajet 2012 , kerajaan tidak fikir untuk menambah kewangan Malaysia -Nurul Izzah Anwar


Tmn Sri Sentosa : Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menyifatkan Bajet 2012 adalah memberi gula-gula yang menyeluruh kepada rakyat.

Katanya, pemberian yang diberikan oleh UMNO dalam pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini adalah satu tektik yang diamalkan oleh UMNO-BN sejak turun-temurun apabila semakin hampir menjelangnya pilihanraya umum.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kini baru sedar perlu untuk membantu mengurangkan bebanan rakyat. Jelas ternyata UMNO telah menceduk idea cadangan daripada Pakatan Rakyat (PR)”.

Saya benar-benar merasa bimbang, tiadanya reformasi “business as usual” kedepan, ianya akan memberi kesan majoriti tiga perempat Bumiputera yang memerlukan kekal dalam perangkap kemiskinan.

Kerajaan juga bercadang untuk membelanjakan sebanyak RM 230 billion jumlah subtotal Bajet dengan kadar deposit dijangka 14.7% .

Apabila bercakap tentang belanjawan yang bertanggungjawab, kerajaan seharusnya bertanggungjawab untuk membantu rakyat.

Jelasnya lagi, apa yang saya lihat kerajaan tidak umum langsung usaha untuk fikir menambah sumber kewangan Malaysia. Fokus penambahan kewangan Malaysia langsung tidak diberi. Itu yang kita kesalkan.

Apa yang mereka berikan adalah pengenalan mengenai cukai RPGT kembali dengan menambah 5% untuk menjual rumah kurang daripada 2 tahun daripada pembelian.

Namun begitu, kita juga merasa gembira dasar –dasar untuk membantu subsidi pendidikan, kakitangan kerajaan, persara telah diangkat dan diceduk pakai oleh UMNO daripada idea belanjawan yang dibentang oleh PR.

“Ini satu usaha yang baik tetapi dalam masa yang sama saya nampak PM, Najib bercadang untuk “rewards” beri kepada kroni mereka seperti dalam projek di Langkawi yang di teruskan kepada semua pengusaha hotel. Begitu juga kakitangan JASA yang sibuk menyebarkan fitnah di surau, masjid dan pusat-pusat awam yang lain.

Saya benar rasa janggal dengan apa yang berlaku dan tidak rasional bagi mereka. Kalau benar nak bantu rakyat jangan diberi bantu kroni. ”, kata Nurul Izzah.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parli Lembah Pantai mempertikaikan kedai rakyat 1 Malaysia Mydin. Kerajaan memberi bantuan sebanyak 40% lebih kurang harga pasaran.

Dengan tindakan yang dilakukan oleh Kerajan, apakah kesan kepada semua kedai peruncit ?. Jika benar kerajaan ingin membantu rakyat, kita galak mereka beri baucer kepada rakyat seperti yang dilakukan oleh kerajaan PR.
Rakyat boleh pilih barang keperluan yang mereka suka dengan menggunakan baucer tersebut. Tetapi kenapa kerajaan nak subsidi harga barang dengan memiliih Mydin?. Apakah akan berlaku kepada semua kedai runcit ini?. Sudah pasti mereka akan lingkup.

JIka kerajaan nak menang undi pun, bukan ini caranya dan mereka perlu bertanggungjawab. Saya benar rasa bimbang, justeru itu saya desak agar Kerajaan fikir semula dengan imbuhan yang hendak di berikan.

Kami tidak kisah apa sekali kerajaan nak ceduk idea daripada PR, perkara itu memang baik tetapi jangan buat untuk kepentingan kroni mereka.

“Saya juga ingin menegaskan kerajaan seharusnya memikirkan Kebajikan rakyat yang dalam kesempitan ekonomi dan pada masa yang sama rakyat seharusnya tidak terpedaya dengan janji manis UMNO dalam bajet yang dibentangkan kerana ianya bersifat sementara untuk meraih undi dalam PRU13”, katanya kepada Harakahdaily ketika mengadakan program pemberian buah-buahan di Pasar Pagi Sri Sentosa bersama rakyat tanpa mengira parti dan bangsa disini pagi semalam.


Editor : khaulah Azwar

Thursday, October 6, 2011

Kesal Pemberian Hak Milik Tanah Buluh Akar tidak diketahui statusnya


Gombak : Seramai 32 orang peneroka telah membuat bantahan dengan mendesak Pejabat Tanah Daerah Gombak (PTDG) mengeluarkan status permohonan hak milik tanah yang telah sekian lama diterokai menjadi Kawasan Pertanian Dusun Tradisional Buah-buahan yang dikenali sebagai perkampungan Kampung Jaya.

Ibrahim Hj Bakri, Setiausaha Jawatankuasa Penduduk Kampung Jaya (JKPKJ) berkata, “Tanah seluas 35 hekar telah di beri kepada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Negeri Selangor tanpa pengetahuan penduduk semasa pemerintahan kerajaan terdahulu (UMNO-BN) oleh Mantan Menteri Besar Selangor dahulu, Dr Mohamad Khir Toyo”.

Beliau juga mendakwa, PERKIM gagal menunjukkan sebarang bukti semua dokumen yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri terdahulu 2008 semasa dibawah pengurusan MB negeri Selangor, Datuk Khir Toyo bagi mengesahkan tahah tersebut hak milik PERKIM yang diluluskan oleh Dr Mohamad Khir Toyo dengan pajakan 99thn yang berlaku pada 2010.

Ibrahim juga mempertikaikan mengapa tanah tersebut diluluskan dan diberikan kepada PERKIM sedangkan yang mengusahakan tanah tersebut adalah semua pengusaha dusun disini. Apa yang berlaku ini seolah-olah ingin membebankan kepada Kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) untuk menyelesaikan isu sekian lama tidak diatasi semasa zaman Datuk Khir Toyo.

Apabila ditanya kepada Pejabat Pegawai (PTDG) Huzaimi Samsi dan Pembantu Pegawai Shamsul Arshad semasa pemerintahan kerajaan UMNO-BN terdahulu, mereka menyatakan PTDG tidak mempunyai hak kuasa sepenuhnya untuk memberi kelulusan hak milik kepada pemohon. Semua pemberian adalah dibawah kuasa pemerintahan kerajaan UMNO – BN terdahulu.

Menurutnya lagi semua pengusaha mempunyai dokumen yang sah bersama pejabat tanah semenjak 1980 sehingga kini yang sedang dalam proses permohonan dan telah mendapat sokongan daripada Pejabat Penghulu Mukim Setapak dan Menteri Besar Selangor, Datuk Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Kami benar-benar rasa terkejut dan terkilan, tanah yang dahulu merupakan kawasan hutan tebal dan berbukit-bukau yang telah diusahakan secara bergotong-royong dengan tujuan menyahut seruan kerajaan negeri menggalakkan Bumi Hijau ketika itu dengan mengusahakan tanah yang terbiar telah diberi kepada PERKIM tanpa perbincangan kepada ahli jawatankuasa penduduk disini”,katanya.

Baru-baru ini, PERKIM telah mengeluarkan notis kepada kami agar semua pengusaha keluar daripada tanah ini dan mendakwa semua pengusaha dusun telah menceroboh kawasan tersebut.

“Walau apa pun terjadi kami pengusaha dusun enggan keluar kerana tiada hitam putih menyatakan tanah tersebut milik mereka”.

Dalam masa yang sama semua penduduk sentiasa berusaha membuat proses permohonan Hak milik tanah namun permohonan sehingga kini tidak diketahui statusnya, katanya.

Jelasnya lagi, kawasan tersebut adalah kawasan pertanian Bulu Akar, Mukim Setapak Daerah Gombak bagi lot tanah 3329, 3330, 3331, 3333, 3334, 3336 dan 3341 yang telah diusahakan kawasan Pertanian Moden semenjak 1980. Sebanyak 12 buah rumah kediaman juga telah di dirikan oleh penduduk di atas tanah lot 3330 dan lot 3341 dengan disediakan bekalan air dan elektrik oleh semua pengusaha di sini.

“Kami rasa sudah bosan dengan pengurusan PTDG yang tidak tulus kerana mengambil masa begitu lama untuk meluluskan permohonan kami tanpa sebarang jawapan walaupun sudah banyak kali berulang –alik ke PTDG".

"Kami rasa seolah pendatang haram dan di anak tirikan oleh PTDG”.

Terdahulu penduduk telah membuat permohonan kepada Pegawai (PTDG) Huzaimi Samsi dan Pembantu Pegawai Shamsul Arshad namun masih tiada jawapan.

Walaupun silih berganti tahun dan pegawai, namun penduduk tidak berputus asa untuk terus membuat permohonan hak milik tanah mereka.

Kami semua meletakkan harapan yang tinggi agar kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) menerusi MB Selangor, Datuk Tan Sri Khalid Ibrahim yang tulus membantu rakyat dapat membantu kami menyelesai isu yang sekian lama tidak dapat diatasi oleh Pejabat Tanah.

Pihaknya juga telah membuat permohonan kepada Pegawai Tanah, Ahmad Zaharin Mohd Saad pada 7hb Mac, 2011 Bil (57) PT/MKS/BA/90 agar tanah yang telah di usahakan dapat diberikan kepada kami. Seperti yang telah di jangkakan permohonan kami sehingga kini tidak dimaklumkan statusnya.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali telah mengadakan mesyuarat bersama penduduk dengan pegawadi PERKIM.

Katanya, dalam mesyuarat tersebut Datuk telah meminta agar tanah yang telah diusahakan penduduk diberikan sebidang tanah atas belas ehsan kepada semua pengusaha. PERKIM bersetuju tetapi sehingga kini PERKIM memungkiri janji untuk menyerahkan sebidang tanah kepada kami, ujar Ibrahim.

Dengan desakan yang diberikan semua pengusaha maka saya usulkan surat kepada Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali pula. Beliau telah mengeluarkan surat kepada Pegawai Pejabat Tanah, Ahmad Zahrin Mohd Saad pada 18hb Mac, 2011 (PAR/DPTG/03-03/2011 (11) dengan meminta agar Pejabat Tanah memaklumkan status tersebut dan diberikan salinan kepada pejabat Ahli Parlimen Gombak dalam tempoh dua minggu. Tetapi sungguh mengecewakan kami semua kerana Pejabat Tanah hanya memberi salinan surat yang dikeluarkan oleh AhlI Parlimen dan tanda menerima surat tersebut tanpa sebarang maklum balas sehiingga sekarang.

Justeru itu, kami mendesak agar Pejabat Tanah (PTDG) dapat mengeluarkan status hak milik tanah secepatnya .

Sekiranya pihak PERKIM ingin juga tanah tersebut seharusnya mengemukakan bukti semua dokumen yang sah menyatakan tanah tersebut milik mereka yang di beri semasa pemerintahan UMNO-BN dahulu oleh Mantan MB Selangor Dr Mohamad Khir Toyo.

“Kami juga ingin menuntut ganti rugi kepada PERKIM dengan menggantikan sebidang tanah yang terlibat kepada semua pengusaha.

Selama ini kami semua bergantung harap dengan semua hasil jualan tanaman ini sebagai pendapatan harian untuk menampung sara hidup keluarga dan tidak mempunyai tanah sendiri dimana-mana”,

“Kemanakah kami hendak pergi jika sekiranya PERKIM menghalau keluar semua pengusaha dusun tanpa memberi sebarang pampasan”, kata Ibrahim kepada media petang semalam ketika ditemui di Kawasan Pertanian Tradisional (Dusun Buah-buahan) perkampungan Kampung Jaya selepas membuat bantahan bersama semua pengusaha dusun disini.

Sementara itu, Pegawai (PTDG) Ahmad Zaharin Bin Mohd Saad melalui pesanan SMS nya berkata, pihaknya masih mengumpul maklumat dengan membuat siasatan sehingga kini mengenai isu berbangkit.



Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI