Tuesday, March 22, 2011

Majlis Tilawah Al-Quran mendapat sambutan golongan pelajar


Gombak - Majlis Ujian Tilawah Al Quran Peringkat Mukim Setapak telah diadakan baru-baru ini di Masjid Simpang 3. Pertandingan yang bersejarah ini dirasmikan oleh Hj Abd Rahim Md Nasir, Nazir Masjid Simpang 3 dan majlis penutup pula telah dilaksanakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves Y.B Amiruddin Shari.

Seramai 11 peserta (5 Peserta Muslimin dan 6 Peserta Muslimat) yang telah menyertai pertandingan ini yang terdiri daripada 6 buah masjid di sekitar zon Gombak Setia. Antaranya Masjid As-Syakirin Batu 6, Masjid Lama Batu 6 3 1/2, Simpang 3, Sg Chincin Batu 7, dan Masjid Zakaria. Setiap masjid telah menghantarkan wakil seramai 3-4 peserta.

Tn Hj Zainal Abidin Abd Ghani, Timbalan Nazir Masjid Simpang 3 berkata, "tujuan diadakan majlis tersebut adalah untuk memilih peserta dari daerah gombak yang akan masuk pertandingan ke peringkat Negeri Selangor tidak lama lagi''.

"Kami telah menerima notis daripada Pejabat Agama Islam Daerah Gombak (PAIDG) sebulan yang lalu mengenai pertandingan tersebut dimana setiap kawasan di Negeri Selangor akan mengadakan pertandingan ujian tilawah Al-quran. Mereka yang berjaya akan terus mengikuti di peringkat daerah pula sebelum diperingkat Negeri Selangor".

Alhamdulilah pertandingan ini telah mendapat sambutan yang sangat baik. Kebanyakkan peserta yang menyertainya adalah terdiri daripada golongan muda terutamanya para pelajar. Namunpun begitu golongan warga emas juga tidak ketinggalan untuk sertai bersama bagi menjayakan program ini".

Dengan adanya program ini terdapat beberapa pendapat iaitu ada yang bersetuju dengan mengadakan pertandingan tilawah namun ada yang segelintir tidak bersetuju kerana menurut mereka membaca al-quran tidak perlu dibuat pertandingan kerana pada masa zaman dahulu tidak berlakunya pertandingan seperti ini. Namun ada pula yang menyatakan perlu ada mengadakan program ujian tilawah al-quran kerana untuk memperbaiki mutu bacaan qari dan qariah, selain daripada itu menguji bakat-bakat peserta yang terpendam. Bahkan dengan adanya program ilmuan seperti ini, ianya mengeratkan siraturrahim dan mengimarahkan rumah-rumah ALLAH.

Kita juga ingin menjadikan Masjid sebagai Wahana Transformasi seperti yang didambakan oleh Exco Kerajaan Negeri Hal Ehwal Islam Adat-adat Melayu merangkap ADUN Gombak Setia, Y.B Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, dimana beliau ingin melihat masjid-masjid ini didatangai berbagai golongan tanpa mengira umur.

Beliau ingin jadikan masjid sebagai universiti dimana akan adanya pusat riadah, klinik, perpustakaan dan sebagainya demi menggalak umat islam menghadirkan diri ke rumah ALLAH. Kita tidak mahu rumah ibadah ini menjadi kubur walaupun dibina dengan gah sekali tetapi tiada penghuni yang hadir untuk mengimarahkan rumah ibadah.

" Menurutnya lagi ahli penel hakim terdiri daripada Pejabat Agama Daerah Gombak, Pengira Markah dan masa pula panel terdiri daripada Kawasan Gombak. Antara terma dan syarat untuk memenangi pertandingan tilawah ini adalah dilihat dari sudut Tajwid, taranum, fasoha, suara", katanya.

Sementara itu pula, Tok Penghulu Mukim Setapak, Zuraimi Muhaini pula berkata, " pertandingan ini perlu diadakan. Masyarakat kena mengikut peredaran zaman. Pada zaman masa ini ramai masyarakat inginkan majlis-majlis ilmu. Rumah-rumah ALLAH adalah tempat yang terbaik untuk kita menimba ilmu dan mengeratkan siraturrahim walaupun siapa dan apa pangkat kita. Apabila kita berada dirumah ALLAH, kita adalah hamba yang kerdil dan tiada yang lebih besar pangkatnya melainkan ALLAH swt".

"Jadi tidak perlu kita pertikaikan program-program yang bermanfaat ini walaupun siapakah yang penganjurnya. Mungkin zaman dahulu kita lihat ibubapa/penjaga boleh mengajar anak-anak mereka dirumah sahaja namun pada masa sekarang bagi memastikan anak-anak mereka mendapat ilmu yang mantap , memperbaiki bacaan mereka, maka ibubapa/penjaga akan memastikan anak-anak mereka mempelajari di tempat yang lebih baik".

Jadi Masjid atau surau adalah merupakan satu tempat yang sesuai untuk kita menimba ilmu dengan dihadiri oleh ustaz-ustaz yang bertauliah. Mereka yang mengajar sudah pasti yang telah dilantik oleh Pejabat Agama dan mempunyai kelulusan mengajar. Kita kena berlapang dada dengan menerima pendapat semua pihak dan cara pentadbiran kerajaan pada masa ini yang ingin menjadikan negeri yang menjadi ketenagan apabila dipimpin oleh orang-orang yang beriman untuk menerajui negera dengan baik. Jika ianya mendatangkan kebaikan semua pihak maka kita perlu meneruskannya daripada melihat golongan belia atau pelajar ini terlibat dengan aktiviti yang kurang sihat maka ianya sudah pasti akan menimbulkan fitnah buat pimpinan, ibubapa dan peranan AJK-AJK yang dilantik di peringkat masjid, surau yang pasti akan menyatakan kami tidak menjalankan tanggungjawab sebaiknya kepada golongan tersebut. Kena berpandangan positif dari semua aspek."

Sebenarnya pertandingan membaca al-Quran merupakan satu tradisi dan peristiwa tahunan bagi kebanyakan negeri. Menurut sumber dan catatan tertentu, pertandingan membaca al-Quran telah bermula di Negeri Kedah oleh Tunku Abdul Rahman Putra dalam tahun 1951. Kemudian pada tahun 1959 pula beliau telah mengambil daya utama menganjurkan pertandingan membaca al-Quran antara Johor dan Kedah.

Tujuan diadakan pertandingan ke peringkat Negeri Selangor ini adalah untuk meletakkan asas keimanan yang kukuh dan pembangunan rohani umat Islam yang berpandukan kitab suci Al-Quran. Amalan ini pula adalah selaras dengan semangat yang terkandung didalam perlembagaan yang menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Zuraimi berkata pertandingan tilawah ini telah dimenangi oleh Zulkeflee Muhamad (Qari), yang telah menerima wang tunai RM400 dan Qariah pula Noriyah Mat Terudi dengan menerima wang tunai RM300 dan bagi pemenang tempat ke 3 menerima wang tunai RM200. Manakala tempat ke 4-11 RM50 setiap seorang. Peruntukkan program tilawah ini telah mendapat kerjasama daripada Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR), Ahli Parlimen Gombak, Y.B Azmin Ali, ADUN Gombak Setia, Y.B Datuk Hasan Mohamed Ali, Ahli-ahli Majlis MPS Zon Gombak, ketua-ketua kg dan Semua Nazir Masjid peringkat gombak. Insya-ALLAH mereka yang telah mememangi pertandingan ini akan memasuki ke peringkat daerah yang akan berlangsung di Rawang pada 2hb April, 2011, katanya.


Editor : khaulah azwar

Kenapa dedah video hari Dun Sarawak bubar

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat tidak menolak pendedahan video seks yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang semalam merupakan konspirasi jahat pihak tertentu untuk kepentingan politik.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ianya memandangkan video itu ditimbulkan pada hari yang sama dengan pembubaran Dun Sarawak.

"Rakaman (video seks) timbul pada hari yang sama dengan Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan menunjukkan ada kepentingan politik tertentu.

"Pakatan Rakyat menggesa rakyat bersatu untuk menolak taktik kotor ini dan menentang usaha pihak tertentu yang menggunakan video lucah untuk menjatuhkan lawan," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di pejabat Ketua Pembangkang, bangunan Parlimen hari ini.

Beliau juga berharap rakyat khususnya umat Islam tidak cepat percaya dengan fitnah sedemikian.

Menganggap rakaman video itu sebagai drama, bahan rakaman seperti yang ditunjukkan kepada media tertentu itu tidak boleh dijadikan bukti untuk mendakwa seseorang.

"Dalam Islam ditekan jika menerima sebarang berita, hendaklah diselidiki dahulu berita itu.

"Sekadar rakaman video tidak boleh dijadikan bahan bukti. Kena hadirkan empat orang saksi, siapa jurukameranya.

"Di mana video itu ditayangkan? Di hotel. Jadi itu hanya drama," katanya.

Sementara itu, Anwar ketika menjawab pertanyaan wartawan samaada beliau akan bersumpah bahawa beliau bukan individu dalam video itu atau tidak,beliau berkata hanya mahkamah yang berhak menentukannya.

"Soal sumpah itu,mahkamah yang tentukan," jawabnya.

Turut bersama pada sidang media itu Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke, Ketua AMK dan beberapa pimpinan lain.

Video seks: Abim gesa hormati ketetapan syariah

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa agar semua pihak menghormati segala ketetapan syariah yang telah digariskan untuk kebaikan bersama berhubung pendedahan salah laku seksual pemimpin politik negara.

Presidennya, Dr Muhamad Razak Idris juga meminta sebarang perbincangan serta perbicaraan kes hanya dilakukan oleh autoriti-autoriti yang berkenaan menerusi perundangan yang telah ditetapkan di samping mengelak untuk membicarakannya secara meluas tanpa dilandasi sebarang etika.

Merujuk kepada pendedahan salah laku seksual pemimpin politik negara oleh laman Malaysiakini bertajuk 'Rakaman aksi seks pemimpin utama pembangkang? ', Abim ingin menyatakan bahawa sebarang pertuduhan ataupun dakwaan salah laku moral ke atas seseorang individu haruslah disalurkan menerusi prosedur perundangan yang sah.

“Jika kes berkenaan itu membabitkan seseorang Muslim, kedua pihak pendakwa serta pembela sepatutnya menyalurkan kes mereka untuk diadili serta dinilai menerusi prosedur perundangan syariah sepertimana yang telah ditetapkan oleh Al-Qur'an dan Sunnah,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Dalam hal ini, katanya Abim memandang berat sebarang pertuduhan serta dakwaan liar berupa fitnah yang dilakukan di luar lingkungan prosiding perundangan yang telah digariskan seperti membawa para saksi yang mencukupi di samping iqrar daripada individu yang dituduh.

Tambahnya, tatacara perundangan syariah telah menetapkan prosidingnya yang tersendiri untuk memelihara bukan sahaja moral serta maruah individu yang dituduh, bahkan juga integriti pihak yang membuat tuduhan.

Katanya, kegagalan memenuhi prasyarat yang ditetapkan akan meletakkan pihak yang terlibat dalam hukuman jenayah Qazaf yang turut menafikan hak si tertuduh sebagai saksi di masa-masa akan datang.

“Hal ini selari dengan salah satu prinsip utama Maqasid Syariah iaitu untuk menjamin serta melindungi maruah dan serta kehormatan seseorang individu di samping memelihara keharmonian hubungan di antara manusia,” ujarnya.

Dalam konteks perundangan negara yang unik, jelasnya seseorang tidak sahaja berhak menuntut untuk dibicarakan serta membela dirinya menerusi lunas perundangan sivil yang sah.

“Bahkan, sebagai seorang Muslim juga, beliau berhak untuk dibicarakan serta menafikan sebarang dakwaan yang dikemukakan ke atasnya dalam prosiding perbicaraan Mahkamah Syariah sepertimana yang ditetapkan Perlembagaan Persekutuan,” katanya lagi.

Padang Bola Sepak DUN Batu Caves dinaiktaraf


Tmn Amaniah , Batu Caves – Meluntur buluh biar dari rebungnya. Inilah dididikan yang diberikan oleh En Yusri Kamaruddin kepada anaknya Mohd Syami Adli B. Mohd Yusri 11thn daripada Sek. Ren. Keb. Tmn Sri Gombak.

Mohd Syami telah bergiat aktif dalam pasukan bola sepak Premier Football Kids Academic ketika usianya 7thn. Ketika usia semuda 4thn lagi ayahnya telah mengajar mencintai bola sepak. Beliau telah memenangi beberapa pertandingan bola sepak yang telah dianjurkan oleh pasukan Premier Academic dan peringkat sekolah dengan memenangi beberapa pingat.

Syami yang ketika ditemui baru-baru ini sedang ligat membuat latihan bola sepak berkata, “alhamdulilah ibu dan ayah amat menggalakkan saya untuk melibatkan diri dalam sukan bola sepak. Dengan pengibatan saya bersama teman-teman di akedemik ini telah mengasah bakat saya lebih mendalam lagi. Walaupun saya sibuk dengan latihan bola sepak dan terlibat dalam perlawanan bola sepak diperingkat negeri seperti Negeri Sembilan, Melaka, Perak,Indonesia dan Singapura namun pelajaran saya tetap tidak diabaikan sama sekali. Malahan prestasi pelajaran saya semakin meningkat. Mungkin penglibatan dalam sukan mencerdaskan minda saya”.

“Setakat ini saya telah memenangi 3 pingat emas dan perlawanan terakhir di Sekolah International School K.Lumpur dengan tempat ke 3 daripada 10 pasukan. Saya bermain sebagai “gol keeper. Sehubungan dengan itu saya merasa gembira sekali apabila padang bola sepak disini telah dinaiktaraf dengan meratakan struktur tanah, membaiki tempat duduk penyokong, menyediakan tiang gol bola sepak bagi penggunaan pemain-pemain bola sepak yang membuat latihan disini. ”.

Adik Mohd Yazrie Firdaus Mohd Suhairi, 10thn daripada Sekolah Sg Choh berkata, “beliau telah pernah bertanding di Sek.Ren. Keb. Gerangsa, Sek. Ren. Keb. Ampang Sg Buaya dan telah memenangi 2 kali dalam pertandingan tersebut. Beliau bermain sebagai pemain tengah dan merupakan pemain terbaik dalam pasukan ini. Beliau bercita-cita ingin bermain sehingga ke peringkat Negeri Selangor. Ikon pemainnya adalah Shafiq Rahim B. Shafiq Sani, pemain Negeri Selangor. Alhamdulilah apabila melihat padang yang tidak mendapat perhatian daripada mana – mana pihak berkuasa telah diambil perhatian oleh ADUN Batu Caves. Ini merupakan berita gembira buat semua pemain disini. Selain daripada itu disediakan juga paip air untuk semua pemain bersihkan diri setelah beriadah. Dengan adanya keperluan tersebut maka kami tidak perlu lagi tumpang rumah orang untuk bersihkan diri kami. Terima kasih kepada Y.B Amiruddin yang begitu prihatin terhadap masaalah pemain-pemain disini”, katanya.

Sementara itu, En Yusri Kamaruddin merupakan jurulatih utama mengatakan, “alhamdulilah selama 2 thn penubuhan Kelab Premier Football Academic Kids seramai 60 pelajar sekolah yang telah berjaya diasuh menjadi pemain terbaik. 2 peserta berusia 16thn yang telah berjaya mengikuti latihan bersama pasukan Sime Darby selama 2 minggu. Mereka ialah Adik Faiz Osman, 16thn, Adik Ashraf B. Rosli 17thn bagi memantapkan cara permainan mereka”.

“Insya-allah dalam masa terdekat ini mereka akan mengikuti pertandingan bola sepak di peringkat Negeri Melaka. Negeri-negeri yang akan bersama untuk menyertai pertandingan sengit ini ialah Singapura, Johor Bahru, Negeri Sembilan , K.Lumpur, Selangor, dan Indonesia. Pertandingan ini akan berlangsung pada bulan Jun 2011 sempena cuti pertengahan persekolahan. Mereka akan diberi latihan setiap minggu yang bermula jam 8 pagi sehingga 12 tengahari.

Matlamat utama saya bersama 6 jurulatih pelajar-pelajar ini adalah untuk memastikan remaja-remaja sekolah tidak terlibat dengan aktiviti gejala sosial. Disamping itu mendisplinkan pelajar-pelajar ini dengan menitikberatkan adab-adab dalam perlawanan bola sepak.

Pelajar-pelajar disini telah diajar agar menghormati antara satu sama lain dengan semua ahli. Tidak dibenarkan mengeluarkan perkataan yang kotor. Sekiranya mereka mengeluarkan perkataan kotor maka pelajar-pelajar ini akan diberi denda. Selain daripada itu, pelajar-pelajar juga diminta menyediakan pakaian solat kerana kita tidak mahu pelajar-pelajar ini leka dengan bermain sahaja. Kita mahukan pelajar-pelajar ini diberikan pendidikan yang baik dengan mengingati ALLAH swt walau apa sekai keadaan. Insya-ALLAH dalam peringkat perancangan, kita juga ingin mencari seorang ustaz memberi ruangan tazkirah sebelum membuat latihan bola sepak kepada semua pemain agar jiwa mereka dipenuhi dengan ilmu yang bermanfaat bagi melahirkan generasi yang beriman dan beribawa, katanya.

Sehubungan dengan itu, Yusri juga melahirkan syukurnya kerana padang bola sepak yang menjadi tempat ramai pasukan membuat latihan di Kg Baru Batu Caves ini telah dinaiktaraf oleh Ahli Dewan Undanan Negeri (ADUN) Batu Caves, Y. B Amiruddin Shari.

Katanya, padang bola ini tidak mendapat jagaan yang sempurna daripada mana-mana pihak walaupun padang awam. Semenjak 50thn pemerintahan kerajaan UMNO/BN dahulu, padang ini ibarat seperti padang jarak padang terkukur. Rumput tidak dipotong. Saya sudah lama membuat latihan disini, tetapi inisatif daripada pemerintahan kerajaan dahulu tidak ada. Malahan tempat duduk penyokong bola juga telah rosak apatah lagi tiang gol bola juga telah uzur. Mahu atau tidak saya kena bersihkan padang ini setiap kali ingin mengadakan latihan bola kerana tiada padang yang lebih lapang lagi. Alhamdulilah, semenjak PR memerintah, perubahan ini berlaku juga. Apabila kita dimaklumkan oleh penduduk disini bahawa Y.B Amiruddin akan menaiktaraf padang bola sepak bagi memenuhi keperluan generasi muda disini. Terima kasih kepada ADUN Batu Caves dan semua pihak pengurusan pentadbiran Kerajaan PR yang begitu prihatin dengan keperluan kebajikan rakyatnya. Semoga pasukan-pasukan yang membuat latihan disini memberi kerjasama dengan menjaga padang ini agar dapat kekal digunakan selama-lamanya.

Sementara itu, Y.B Amiruddin Shari pula berkata “Insya-ALLAH sebagai ADUN Batu Caves disini, saya bersama teman-teman sentiasa cuba membantu memenuhi keperluan asas buat semua golongan tanpa mengira perkauman dan politik. Ianya bukan agenda pilihanraya tetapi menjalankan tanggungjawab saya sebagai pimpinan yang perlu menjaga kebajikan rakyat. Bahkan padang ini juga bukan setakat penduduk tempatan, pelajar-pelajar sekolah yang menggunakan tetapi masyarakat luar juga hadir di padang ini untk membuat latihan dan mengadakan sukan liga. Jadi saya rasa bagi mereka yang menyatakan usaha saya dan teman-teman seperjuangan PR menaiktaraf padang ini adalah agenda pilihan raya umum (PRU13), saya menafikan sekeras-kerasnya. Berfikir positif dan matang perlu ada dalam diri semua individu. Jangan sempitkan cara pemikiran kita, katanya.

Pejabat ADUN Batu Caves telah memperuntukkan sebanyak RM10,000 untuk menaiktaraf padang ini. Antara yang perlu dinaiktaraf adalah tempat duduk penyokong, menyediakan saluran paip air, menladskapkan kawasan padang ini dengan lebih selesa, membaiki pagar padang yang telah rosak, memasang tiang gol bola, memasang lampu di sekitar padang ini agar mereka dapat membuat latihan dengan selesa.

Manakala bagi mereka yang berminat dengan sukan futsall , insya-allah kita akan sediakan tempat di Padang Lapang yang berhampiran Kg Melayu Batu Caves. Padang tersebut akan dilengkapkan keperluan yang lain agar semua golongan dapat manfaatkan sebaiknya, katanya ketika mengadakan program gotong –royong DUN Batu Caves kelmarin. Turut hadir bersama Pengerusi PeBT 15, Pemuda-pemdua AMK cabang Batu Caves, Naib Ketua AMK Cabang Gombak, Mohammad Faizal Ismail.

Editor : khaulah azwar


Friday, March 18, 2011

Pejuang-pejuang Seni Rock Bersama PR



PANDAN INDAH - Sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke- 13 (PRU-13), Konsert Nostalgia Rock 2011 telah diadakan di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) baru-baru ini.


Pengarah Program, Jafrien Mohammed berkata, konsert anjuran Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 2 dan MPAJ dengan kerjasama MRKFC Music House itu dihiburkan oleh artis-artis legenda rock Malaysia 80-dan 90-an.

Menurutnya, konsert julung kali diadakan itu adalah untuk mengumpul dana bagi PKR Gombak sebagai persiapan menghadapi PRU Ke-13. Dana itu adalah perjuangan kita menegakkan kebenaran dan keadilan buat rakyat.

Sementara itu, Mohammad Faizal B. Ismail, 37thn PeBT 15 berkata, “Konsert ini bukanlah gimik politik semata-mata, tetapi sebagai satu mesej perjuangan yang disampaikan melalui hiburan kepada masyarakat". Ini juga membuktikan pejuang-pejuang seni sentiasa menyokong Pakatan Rakyat (PR).

Apa yang kita lihat golongan belia dan artis-artis juga tidak ketinggalan mengikuti program-program yang diadakan dengan pihak masjid juga. contonya semasa sambutan Maulidur Rasul di Masjid Amaniah kita dapati golongan beliawanis, artis-artis juga hadir bersama untuk meraikan program ini.

“Dengan cara berhibur sambil bersantai, mesej dapat disampaikan dengan lebih berkesan lagi. Konsert ini juga turut menyelitkan mesej yang baik kepada generasi muda supaya mengamalkan gaya hidup sihat,”

Beliau yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK Batu Caves) berkata, pada masa sama, konsert itu juga bertujuan membantu artis-artis menjana pendapatan tambahan mereka.

Katanya, selepas mereka mencipta dan menghiburkan masyarakat dengan lagu yang penuh nostalgia, tiada seorang pun yang tampil membela dan membawa artis-artis ini ke hadapan.

Alhamdulilah daripada artis-artis yang hadir malam ini mereka merasakan terharu apabila mendapat undangan daripada Kerajaan PR untuk bersama mereka.

“Selain berhibur, kita berharap lagu-lagu di persembahkan pada konsert itu dapat mengembalikan semula nostalgia pendengar dahulu yang mengikuti zaman muzik rock pada era 80-an dan 90-an,” katanya.

Katanya, "antara artis yang memberikan persembahan pada malam tadi adalah Afee vokalis kumpulan U-Topia, Blank dari kumpulan Gamma, Dwan dari kumpulan Olan dan Burn bersama kumpulan Meditasi".

Menurutnya, sekiranya konsert itu mendapat maklumbalas menggalakkan, beliau bercadang menganjurkannya sebagai program tahunan dengan menggunakan muzik untuk mendekati masyarakat.

Antara tetamu kehormat yang hadir pada konsert itu adalah Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amirudin Shari, Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia dan ahli majlis dari MPAJ, MPS, MBSA dan MPPJ.




Editor :khaulah azwar

Thursday, March 17, 2011

Kerajaan belanja RM5.9 juta kempen di Tenang



KUALA LUMPUR, 17 Mac: Kerajaan BN membelanjakan RM5.968 juta sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Tenang yang diadakan Januari lalu.

Perkara itu dimaklumkan kerajaan melalui jawapan bertulis terhadap soalan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.

Firdaus dalam soalannya mahu Perdana Menteri menjelaskan jumlah perbelanjaan program kerajaan di Dun Tenang sepanjang Januari 2011 dan adakah ianya termasuk dalam Bajet 2011.

Jawapan itu turut memberitahu jumlah itu dibelanjakan bagi melaksanakan 85 program di bawah peruntukan khas Perdana Menteri dan termasuk dalam Bajet 2011.

Kelulusan peruntukan itu berdasarkan permohonan NGO, persatuan penduduk dan rukun tetangga, jawatankuasa masjid dan kuil.

Firdaus yang juga Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat ketika ditemui kemudiannya berkata tidak hairan BN menang pada PRK itu dengan 'menabur' wang sebesar itu.

"Saya difahamkan peruntukan untuk satu Dun hanya RM250,000 sahaja. Kalau Tenang dapat hampir RM6 juta, maknanya pembangunan di Tenang standard Kuala Lumpur la.

"Tapi habis sahaja PRK Tenang, penduduk ditimpa banjir juga. Jadi pembangunan apa yang dibuat," soalnya.

Katanya, jika mengambil kira jumlah itu, bermakna kerajaan telah membelanjakan lebih RM95 juta untuk 16 kali PRK sejak 2008 lalu.

Maka tambahnya, tidak hairanlah jika ada orang Umno menjadi kaya raya selepas habis pilihan raya kecil kerana mendapat projek sepanjang kempen.

"Biasanya kalau termasuk dalam bajet, bulan Mac baru mula, ini bulan Januari. Tak apalah, kita yakin dengan jawapan ini, cuma pelik sikit lah. Mungkin SPRM boleh siasat," katanya.

Pada PRK Tenang 31 Januari lalu, BN menang menerusi calonnya, Mohd Azahar Ibrahim, dengan majoriti 3,707.

Mohd Azahar mendapat undi 6,699 sementara calon PAS, Normala Sudirman memperolehi 2,992 undi.

Wednesday, March 16, 2011

Pelajar Disleksia perlu dibantu




Siapakah yag sanggup mengorbankan, kerjaya dan masa usia muda mereka untuk memberi tumpuan sepenuhnya dalam melakukan kerja-kerja amal. Untuk berdepan dengan pelajar-pelajar bermasaalah dalam pelajaran bukan begitu mudah bagi seorang pendidik.

Kalau tidak mempunyai jiwa seorang yang penyabar berbagai tindakan luar jangkaan akan berlaku. Menjadi seorang pendidik bukan semudah itu. Profession seorang guru memang mudah membuat pahala tetapi juga mudah juga mendapat dosa. Begitulah juga , lebih-lebih lagi kadangkala apa yang hendak dilakukan tidak mendapat sokongan daripada pihak berwajib.

Hatta, sekalipun pernah disuarakan kepada Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) mahupun kepada Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai bantuan dana untuk membangunkan pusat pendidikan disleksia. Bahkan ada yang mempertikaikan kerja yang murni ini adalah untuk mengaut keuntungan semata-mata.

Dengan kecuaian inilah menyebabkan peningkatan gejala sosial dikalangan pelajar semakin meningkat. Apakah puncanya dan mengapa kita tidak cuba atasi masaalah ini dengan mengkaji puncanya.

Tidak ramai menyedari dan mengerti apakah yang dimaksudkan dengan "Disleksia". Ada yang beranggapan ianya penyakit tetapi menurut En Rahmat Mohd Sidek, 41 thn yang telah menubuhkan Pusat Disleksia di Kg Laksamana semenjak 2007 telah berjaya membantu masyarakat yang mempunyai anak-anak disleksia ini. Seramai 500 pelajar yang keluar daripada pusat pemulihan ini telah berjaya menjadi pelajar-pelajar cemerlang dalam akedemik mereka. Meskipun pada mulanya mereka dianggap seorang pelajar yang bodoh, lemah sekaligus dipinggirkan oleh sesetengah pihak.

Beliau telah melibatkan diri dengan Pendidikan Khas Disleksia pada tahun 1998 sehingga 2005 dan begitu aktif dalam Persatuan Autisme Malaysia sehingga 2007. Selepas itu beliau bersama isterinya membuka Pusat Pendidikan Disleksia dengan sendirinya di Kg. Laksamana atas nama Pusat Jagaan Umi Leeyah. Bagi yang memerlukan perkhidmatan ini, mereka boleh berhubung dengan pusat pemulihan Umi Leeyah 019-6789833, 0163097829.

Pusat disleksia beroperasi daripada 8:30 pagi sehingga 12 tengahhari isnin sehingga jumaat. Pelajar-pelajar diberikan kelas-kelas tuisyen bagi membantu keyakinan pelajar dalam pelajaran. Antara Penekanan matapelajaran yang diberikan adalah B.Melayu, B.Inggeris dan Matematik. Yuran mereka adalah sebanyak RM500 sebulan. Peralatan bantuan mengajar yang mereka gunakan sangat berbeza berlainan daripada kanak-kanak lain. Penggunaan Alat Komputer mereka juga adalah berlainan.

Bagi buku-buku rampaian mereka, bukan seperti buku pelajar normal. Sebuah buku hampir mencecah RM18. Inilah menyebabkan kos yuran mereka tinggi dan kadangkala ibubapa pelajar rasa tidak mampu untuk membiayai yuran tersebut. Disebabkan itulah kita memohon agar pihak Kerajaan dan saf-saf pimpinan membantu mereka yang tidak berkemampuan lebih-lebih lagi bagi golongan fakir miskin, ibu tunggal dan OKU untuk membantu anak-anak mereka yang mengalamai disleksia.

Tetapi jika ibubapa / penjaga mereka mengambil berat pelajaran dan masa depan anak mereka, tidak mustahil mereka sanggup mengorbankannya. Bahkan pelajar-pelajar yang hadir disini semuanya duduk di antara Sg Buluh, P.Jaya dan luar dikawasan Batu Caves. Pengorbanan ahli keluarga ini amatlah kita puji kerana mereka mengambil berat masa depan anak-anak mereka.

Berbagai kenkangan dihadapi untuk memastikan pusat disleksia ini terus kekal terutamanya kesukaran sokongan daripada pihak Kerajan, masyarakat tentang penubuhan pusat ini. Dengan berbekalkan jiwa yang kental dan atas kesedaran untuk membantu anak-anak disleksia ini, beliau bersama isterinya mampu meneruskan pusat disleksia sehingga hari ini walaupun kadangakala hampir putus asa dengan niat untuk menutup sahaja pusat tersebut disebabkan dana bagi membangunkan pusat disleksia sukar untuk didapati daripada mana-mana pihak.

Tetapi atas sokongan ibubapa pelajar yang menghantar anak-anak mereka disinilah pusat disleksia ini mampu beroperasi lagi.

Sudah pasti ramai yang bertanya, mengapakah Pusat Umi Leeyah ini begitu serius untuk mengumpul pelajar-pelajar disleksia yang bagi setengah pihak tidak mahu menerima pelajar-pelajar yang dianggap bermasaalah disekolah kerana kelemahan mereka dalam pelajaran.

Baginya matlamat adalah satu untuk memastikan pelajar-pelajar ini tidak ketinggalan dan ingin membendung masalaah gejala sosial yang semakin meningkat. Pelajar-pelajar yang mengalami disleksia ini perlu dibantu. Ibubapa sering beranggapan kelemahan anak-anak dalam pelajaran ketika kecil adalah perkara biasa tanpa mengambil kira ia akan berterusan sehingga dewasa. Jika tidak diambil perhatian dari awal lagi.

Menurut Rahmat, Pengurus Pusat Disleksia Kg Laksamana, tujuan utama pusat bimbingan ini adalah untuk membantu kanak-kanak yang mengalami masalah disleksia agar mereka tidak ketinggalan pelajaran di sekolah.

Jelasnya kebanyakkan kanak-kanak yang mengalami masalah disleksia ini mereka mempunyai kederdasan otak yang tinggi tetapi mereka lemah dari aspek pendidikan. Sememangnya kanak-kanak ini cerdik dan pandai bercakap serta cara mereka berfikir seperti orang dewasa tetapi masalah yang mereka hadapi adalah tidak tahu menulis. Kalau tahu menulispun ,tulisan mereka sangatlah buruk dan tidak dapat dibaca. Pusat disleksia yang telah ditubuhkan pada tahun 1999 dan pengerusinya adalah Pn Sariah Amirin yang merupakan Pengerusi Persatuan Dileksia Wilayah Persekutuan.

Disleksia adalah masaalah yang tidak jelas kelihatan. Dari segi sosial kanak-kanak ini seperti kanak-kanak biasa tetapi mereka menghadapi masaalah membaca, menulis, dan mengira tanpa sebab-sebab tertentu. Kemahiran akedemik amat berbeza dengan kebolehan amnya.

Adakah kita semua mengetahui apakah masalah di Malaysia ini dan berapakah bilangan peratus pelajar-pelajar yang alami disleksia setiap tahun? 5-10% daripada kanak-kanak sekolah mengalami disleksia, bermakna seramai 340,000 kanak-kanak sekolah seluruh Malaysia. Guru-guru pakar diperlukan, tetapi dimanakah pensyarah-pensyarah pakar mengenai disleksia? Ibubapa tidak memahami disleksia dan tidak pula mahu berusaha daripada kecil lagi jika anak-anak mereka mengalaminya.

Dengan bilangan psychologist dan kelas khas disleksia yang sangat terhad. Kelas khas bermasalah pembelajaran adalah untuk kanak-kanak yang rendah keupayaan mental, sindrom down dan sebagainya.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia, mereka sentiasa merasakan diri mereka banyak kekurangannya. Mereka merasakan seperti "otak saya macam ada terlalu banyak perkataan berpusing-pusing didalamya. Setiap kali saya menulis, saya sendiri tidak dapat membaca apa yang ditulis kerana begitu banyak membuat kesilapan. Saya cuba menulis dan mengeja apa yang saya fikiran, tetapi saya tidak dapat pindahkan fikiran saya daripada otak kepada tangan. Saya perlu fikir begitu lama susunan huruf sehingga saya lupa apa yang saya sedang cuba tulis itu".

Kanak-kanak yang mengalami disleksia ini mereka begitu sukar menguasai kemahiran membaca dan menulis TETAPI mereka memiliki bakat, kepintaran dan kecerdasan yang lain. Mereka terlalu istimewa. Bahkan apabila mereka keluar dari pusat pemulihan ini mereka menjadi pelajar cemerlang.

Disleksia dibahagikan 3 iaitu Autastik, ADHD dan disleksia.

Simtom Autastik ialah semasa peringkat bayi lagi. Apabila kita mengah-agahkan bayi tersebut, diri mereka seperti tidak memberi tindak balas apa-apa, tetapi apabila mereka mencapai usia 7thn kanak-kanak ini bercakap seperti robot, banyak cakap dan tidak suka kepada keganasan.

ADHD pula semasa kanak-kanak ini berusia 3thn lebih, mereka seperti tidak boleh duduk diam, banyak bertanya benda yang sama dan berulang-ulang kali tetapi mereka begitu aktif.

Manakala bagi disleksia semasa kanak-kanak ini berusia 7thn keatas, cara mereka menulis berlainan seperti kanak-kanak normal yang lain. Cara mereka pegang pensil dan sebagainya. Mereka juga suka mengira jari-jari kaki. Bagi mereka yang peringkat dewasa pula ,mereka boleh menyedari disleksia ini ada atau tidak pada diri mereka ialah mereka mudah lupa dengan apa yang mereka kata. Bagi peringkat ini mereka perlu mendapatkan sesi kaunseling.

Secara Amnya ciri-ciri disleksia ini ialah mereka seorang pelupa, kesukaran mengikut arahan, kesukaran memberi jawapan atau bertulis. Menghasilkan mutu kerja yang tidak tersusun dengan kemas. Tulisan mereka sangat buruk, mengeja terbalik, kesukaran menggabungkan huruf-huruf konsonan dan vokal, kemajuan membaca amatlah lambat, bermasalah untuk mengenal pasti isi -isi yang penting dalam bacaan, pembalikan huruf b, d, q, p, m, w, dan nombor 2, 13, 31, 3, 9, 6, 4 dan 10. Dari sudut simbol pula pelajar-pelajar ini keliru mengenali simbol +, -, x, +,. Mereka juga begitu keliru untuk mengenali arah atas, bawah, kanan, belakang, luar dan dalam. Mereka juga lemah dalam memegang dan ketetapan pensil dan pen. Perlakuan mudah berubah-ubah.

Selain daripada itu, bagi mengenali tingkah laku mereka yang alami disleksia ini ialah selalu mengelak untuk membuat kerja dan berpura-pura mengasah pensil, pergi ketandas dan lain-lain. Mereka selalu berkhayal dan tidak mendengar. Emosi mereka mudah tergangu, seorang yang kelam kabut.

Simtom lainnya pula ibubapa boleh mengenali sikap anak-anak mereka seperti kesukaran berpakaian sendiri, sebagai contoh memakai butang baju, sukar mengikat tali kasut.

Kesan daripada itulah akibatnya kanak-kanak ini akan mengelak membuat kerja sekolah. Mereka bukannya malas atau lembap sebenarnya mereka didalam kesukaran untuk menyelesaikan sesuatu perkara dan inilah yang dikatakan DISLEKSIA.

Rahmat bersama isterinya (Pn. Jamaliah Salleh, 32thn) amat mengharapkan agar pihak-pihak berwajib memainkan peranan dengan memberi kerjasama untuk membantu pelajar-pelajar yang mengalami Disleksia. Beliau mengaharapkan Pusat Disleksia ini terus berkembang setiap Daerah diseluruh Negeri.

Menurutnya dengan kecuaian, lepas tangan dan tidak kepekaan ibubapa, pihak sekolah dan pihak berwajib inilah menyebabkan gejala sosial semakin meningat. Pihak-pihak berwajib tidak sedaya upaya mengatasi masalah ini sebaiknya. Tidak hairanlah mengapa pelajar-pelajar sekolah banyak melibatkan aktiviti kurang sihat sekali gus mereka mengambil dadah, mencuri, pecah rumah, pergaulan bebas dan akhirnya pusat-pusat serenti ini dipenuhi dengan pelajar-pelajar yang dikategorikan dalam peringkat Juvana. Jika dikaji sebetulnya , pelajar -pelajar ini menghadapi tekanan-tekanan yang serius disekolah kerana sering dipinggirkan oleh guru-guru dan teman-teman.

Mereka merasakan mereka diabaikan. Guru-guru pula tidak mahu mengambil inasatif memahami dan mendekati golongan tersebut. Apabila mereka merasa tertekan dengan keadaan sekolah, tanggapan teman-teman kepada dirinya , maka mereka mengambil jalan mudah untuk ponteng sekolah dan melibatkan aktiviti-aktivi kurang sihat. Disini siapakah yang harus dipersalahkan?

Seharusnya kita harus mengatasi masalah ini daripada akar umbi lagi bukan membiarkan begitu sahaja. Tahukah kita semua bahawa diantara mereka yang telah bergelar golongan profesional ini pernah mengalami disleksia tetapi mereka telah menjadi orang yang berjaya dan disegani apabila mereka berjaya diberi didikan dengan sempurna dan keyakinan dalam diri mereka kembali. Mereka adalah diantaranya Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew, Pelukis Jurubina dan Pengacara Leonardo Da Vinci, Saintis Albert Enstein, Negarawan / Gabenor New York Neison Rockefeller, Pegacara Inggeris Auguste Rodin, Celebrity Tom Cruise.

Apakah kita tidak mahu melihat anak-anak dan pelajar disekolah kita yang alami disleksia ini menjadi seperti mereka juga.



Editor :khaulah azwar



SIMFONI KASIH TAUTAN HATI