Wednesday, January 29, 2014

Pesanan dari YDP PAS Kota Melaka buat pemuda PAS yang sibuk nak boikot PRK Kajang tu...




Apabila berita tentang Lee Chin Cheh melepaskan jawatan ADUN Kajang tersebar, muncul beberapa orang dari PAS yang bertaraf pemimpin Pemuda mengeluarkan kenyataan.


Dengan meletakkan nilai setiakawan semurah seikat kangkung ada yang mengeluarkan ugutan untuk memboikot kempen PRK bagi DUN Kajang jika PKR gagal memberi penjelasan bertulis munasabah terhadap pengosongan kerusi DUN itu.

Malah tanpa mempedulikan muafakat dan perjanjian yang telah dipersetujui sesama pemimpin yang telah menetapkan DUN tersebut adalah milik PKR, pemuda itu berkata "arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jentera Pemuda PAS Selangor untuk tidak memberikan kerjasama dalam kempen pilihan raya kecil DUN Kajang jika calon yang dikemukakan adalah daripada PKR."

Seorang lagi berkata pihaknya kecewa kerana PKR tidak pernah berbincang dengan PAS mengenai konflik di Selangor sehingga menyebabkan berlakunya pilihan raya kecil Kajang.

“PAS ini apa ? Parti Tupper Ware? Tak bincang sepatah? Tak runding sikit pun? Politik apa ini? Cara dan skil mana digunakan,” soalnya tanpa usul periksa.. apa lagi katanya bacalah di SINI

Persoalannya disini ialah mengapa PKR perlu berbincang dengan PAS untuk menyelesaikan masaalah dalaman PKR?

Masaalah dalaman PKR biarlah PKR sendiri yang selesaikan, kerana selama ini PKR tidak pernah sibuk untuk ambil tahu masaalah dalaman PAS.

Masaalah dalaman yang mengakibatkan tumbangnya Kedah yang ditadbir oleh PAS dalam masa hanya satu penggal, PKR juga tidak mengambil tahu masaalah dalaman PAS yang menyebabkan majoriti PAS merosot dalam PRK Sungai Limau..

Begitu juga dengan pemecatan Husam Musa di Kelantan.. adakah perkara ini pernah dipersoalkan oleh PKR?

Bukan pemimpin UMNO bertaraf Menteri saja rasanya perlu belajar cara berkomunikasi aku rasa pemimpin-pemimpin muda PAS juga wajar turut serta..

Kalau malu nak turut serta atau berada dalam satu kelas dengan pemimpin UMNO yang bertaraf Menteri itu.. belajarlah dari individu yang paling aku hormati dalam persada politik tanah air ini..

Belajar bagaimana caranya beliau menangani isu yang beliau sendiri tidak tahu hujung pangkalnya ini..

Ramai yang menghubungi saya untuk bertanyakan pandangan tentang isu DUN Kajang yang dikosongkan oleh wakil rakyatnya. Saya tidak tahu menahu tentang strategi atau isu yang berlaku sehingga membawa kepada pengosongan tersebut. Justeru, saya perlu menunggu penjelasan dari pihak PKR sendiri yang tentunya mempunyai sebab-sebab tertentu sehingga langkah ini terpaksa dilakukan. Dalam hal ini, sikap PAS tentunya lebih wajar diputuskan oleh Tuan Guru Presiden PAS selaku kuasa eksekutif di dalam parti berdasarkan pertimbangan-pertimbangan semasa.  
Bagaimanapun, saya muak dengan akhbar-akhbar pro UMNO yang memainkan isu kononnya langkah mengosongkan kerusi itu ialah langkah memanipulasi demokrasi. Barangkali UMNO lupa, langkah mereka di Perak pada tahun 2009 itulah langkah yang benar-benar jijik iaitu membelakangkan terus demokrasi dan merampas kerajaan melalui pintu belakang. UMNO jangan berlagak baik sedangkan dosa-dosa mereka di Perak masih segar dalam ingatan.  
Saya suka mencabar UMNO dan Barisan Nasional, jika mereka berpandangan pengosongan kerusi di DUN Kajang itu satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi, jangan sekali-kali mereka meletakkan calon di dalam pilihanraya kecil itu nanti.

Kenyataan di atas aku petik dari Facebook TG Nik Abdul Aziz Nik Mat di SINI

Kenyataannya mudah.. tak tahu, cakap tak tahu... tak perlu nak diugut-ugut sahabat sendiri..

Ini pula kenyataan dari YDP PAS Kota Melaka yang wajar dijadikan panduan buat pemuda-pemuda PAS yang sibuk nak boikot kempen PRK Kajang itu..

PAS wajar belajar dlm isu prk DUN Kajang. Walaupun kemelut pengunduran ADUN PKR dikecam byk pihak dgn alasan membazir wang rakyat, tenaga petugas parti, mengkhianati amanah rakyat namun demi survival politik "tindakan drastik" perlu dibuat bg org politik utk masa dpn parti gabungan PR dan sebuah kerajaan yg perlu dipertahankan utk kesinambungan pru 14.  
BN tidak senang dgn kemenangan PR di Sgor bukan baru tapi semenjak 2008 lagi. Pelbagai usaha dirancang BN utk menjatuhkan PR. Isu Teo Beng Hock sbgai contoh bagaimana BN pergunakan SPRM utk memerangkap ADUN DAP. Jadi tidak mustahil perancangan merampas Sgor berjalan sehingga kini ditambah lg Pengerusi Perhubungan Umno Sgor ialah Najib sendiri yg mempunyai rekod merampas Perak dari Pakatan.  
Kalau dilihat isu-isu yg berbangkit di Sgor menggusarkan kita sebagai kjaan mentadbir di S'gor. Bagaimana cukai perlesenan dinaikan bagi peniaga pasar malam, gerai dirobohkan bahkan dlm isu Langat 2 dan kenaikan gaji ADUN serta Exco sbgai contoh telah menyebabkan pimpinan Pakatan bertelagah. Semua ini berpunca dari sikap MB Khalid yg membuat keputusan sendiri dan dilihat mengikut telunjuk pegawai kerajaan negeri . 
Tindakan beliau tidak mencerminkan kehendak parti bahkan melangkaui keputusan Pakatan Rakyat. Perlu diingat, kerajaan yg ditadbir mestilah dipandu oleh parti. Segala dasar mesti dirujuk atau mendapat konsesus parti gabungan.  
Utk rekod beliau pernah mengatakan tidak percaya kpd org politik tetapi lebih percaya kpd pegawai kerajaan. Kita maklum SUK Dato' Khusrin adalah ahli umno yg sedia diperalatkan oleh umno bn. Kebimbangan kita ialah MB Khalid "menjayakan misi" umno menawan Sgor.  
PAS boleh bersuara dlm isu ini tetapi suara kita akan dipandang rendah kerana PAS juga yg menyokong Khalid sbgai MB. Walaupun kita berhujah memberi peluang kedua kpd Khalid utk berubah. 
Dlm isu Perak PAS juga boleh dipersalahkan kerana Nizar tidak membubarkan DUN dikala situasi mendesak bila ADUN-ADUN PR mula diperangkap dgn isu rasuah. Dlm isu Kedah juga PAS dilihat takut utk membuat keputusan menghentikan krisis kepimpinan yg berlaku akibat dari tindakan MB yg membuat keputusan sendiri. 
Apapun yg berlaku PAS sbgai sebuah parti politik perlu melihat dan belajar sepak terajang politik.  
Harun Mohamad
YDP PAS Kota Melaka

Memang.. sifat orang muda cepat panas.. tapi walau panas macam mana sekalipun janganlah melatah tak tentu hala..

Hmmm... hari ini aku tertanya-tanya.. kenapa kebanyakkan tindakan pemimpin-pemimpin muda atau pelapis dalam tak kiralah samada dari parti DAP, PAS atau PKR bersifat kurang cerdik?.. contohnya macam pemimpin muda dari PKR lakukan di SINI 

TG Nik Aziz cabar BN jangan letak calon di Kajang


KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencabar Umno BN supaya tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang jika mereka berpandangan pengosongan kerusi di Dun Kajang itu satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi.

Beliau berkata, laporan akhbar pro-Umno bahawa langkah mengosongkan kerusi tersebut adalah langkah memanipulasi demokrasi sangat memualkan sedangkan langkah Umno merampas Kerajaan Perak pada tahun 2009 lebih menjijikkan.

"Barangkali Umno lupa, langkah mereka di Perak pada tahun 2009 itulah langkah yang benar-benar jijik iaitu membelakangkan terus demokrasi dan merampas kerajaan melalui pintu belakang. 

"Umno jangan berlagak baik sedangkan dosa-dosa mereka di Perak masih segar dalam ingatan. 

"Saya suka mencabar Umno dan Barisan Nasional, jika mereka berpandangan pengosongan kerusi di DUN Kajang itu satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi, jangan sekali-kali mereka meletakkan calon di dalam pilihan raya kecil itu nanti," kata beliau dalam kenyataannya di laman Facebook.

Beliau juga berkata, sudah pasti PKR mempunyai sebab-sebab tertentu sehingga langkah tersebut terpaksa dilakukan dan PAS menunggu penjelasan PKR berhubung perkara ini.

"Ramai yang menghubungi saya untuk bertanyakan pandangan tentang isu Dun Kajang yang dikosongkan oleh wakil rakyatnya. Saya tidak tahu menahu tentang strategi atau isu yang berlaku sehingga membawa kepada pengosongan tersebut. 

"Justeru, saya perlu menunggu penjelasan dari pihak PKR sendiri yang tentunya mempunyai sebab-sebab tertentu sehingga langkah ini terpaksa dilakukan. Dalam hal ini, sikap PAS tentunya lebih wajar diputuskan oleh Tuan Guru Presiden PAS selaku kuasa eksekutif di dalam parti berdasarkan pertimbangan-pertimbangan semasa," katanya.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam mengumumkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon parti itu pada PRK Dun Kajang.

Kerusi Dun Kajang kosong berikutan perletakan jawatan Adunnya, Lee Chin Cheh yang di isytiharkan oleh Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh kelmarin.

Monday, January 27, 2014

Pesakit Kaki Gajah Perlukan Bantuan Pembedahan, Kesal JKM Tolak Permohonan Bantuan



Batu Caves - Sudah 4  tahun saya tanggung derita sakit kaki gajah. Keluarga tidak mampu lagi untuk menanggung kos perubatan yang menelan belanja setiap bulan RM1000.00, kata Hairul Rafique Asraf Azman ketika di kunjungi oleh media di kediamannya Kampung Nakhoda Kiri, Batu Caves.

Hairul Rafique Asraf Azman merayu orang ramai bantu perubatan
Beliau berkata, sebelum ini saya seperti insan lain tidak  mengalami kecacatan namun empat tahun lalu  sedang riadah bermain bola sepak dengan kawan di padang permainan tiba-tiba saya terjatuh dan tidak boleh bangun. Dua hari selepas kejadian kaki saya terus bengkak dan tidak boleh berjalan. Selain mengalami sakit kaki gajah, saya juga mengalami darah tinggi. Doktor telah menyarankan saya untuk membuat pembedahan bagi mengubati sakit ini tetapi keluarga tidak mampu.

Menurut Hairul, Doktor yang merawat beliau di Hospital kerajaan tidak boleh membuat pemeriksaan kerana tidak dapat kesan sakit yang di alami dan telah menghantar Klinik Swasta. Dengan membuat perubatan di Klinik Swasta membuatkan beliau dan keluarga mengalami tekanan kerana kos sebulan bagi setiap kali membuat rawatan menelan belanja RM1,000. 00 sedangkan pendapatan bapanya RM600 sebulan sebagai pemandu teksi.

Ibu dan ayah juga merupakan pesakit jantung dan darah tinggi. Mereka juga setiap bulan perlu membuat rawatan rapi di Klinik. Untuk meringankan bebanan ayah dan ibu saya cuba untuk meminta bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pusat Zakat Selangor (PZS) namun saya kesal permohonan saya pada 2 September, 2013 di tolak oleh JKM.

JKM telah memaklumkan kepada saya permohonan saya di tolak kerana tidak layak dan perlu membuat permohonan baru dengan pengesahan Doktor untuk menyatakan saya seorang Orang Kurang Upaya (OKU).

Sudah jelas dengan kecacatan saya alami dan saradiri keluarga yang tidak  mempunyai pendapatan yang tinggi memberi tekanan hidup jadi mengapa permohonan di tolak dan di minta membuat permohonan kembali, ulas beliau dengan kesal.
Rohani (Ibu) Hairul yang derita sakit Jantung


Sementara itu, ibu beliau Rohani Hashim pula berkata, saya telah di maklumkan oleh Doktor baru-baru ini pembedahan untuk anak saya  perlu di lakukan  pada 10 Februari namun kos perubatan yang tinggi membuat saya dan suami jadi tekanan. Jika anak saya mendapat rawatan di Hospital kerajaan tidak mengapa tetapi telah di hantar ke Klinik Swasta.

Justeru saya minta jasa baik daripada AhlI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shaari dapat membantu kos perubatan dan membuat surat sokongan kepada JKM dan PZS bagi membantu saya dan suami bagi menyara anak saya.

Anak saya juga mememerlukan sebuah Laptop untuk membuat kerja-kerja sambilan di rumah. Dengan membuat “Design” di rumah sedikit sebanyak dapat meringankan kami.

Bagi masyarakat yang prihatin bantuan boleh disalurkan ke akuan saya Rohani Hashim Bank Islam (No. Akaun 12225020097906) dan boleh hubungi saya di talian 012-6034381, Rohani kata demikian kepada pemberita semalam.

Editor : Khaulah Azwar
  

Sah Anwar Akan Bertanding Kerusi Kajang..


Kuala Lumpur 28 Jan : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi DUN Kajang yang kosong apabila penyandangnya, Lee Chin Chen dari PKR meletakkan jawatan semalam, umum Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Parti Keadilan dan Pakatan Rakyat setuju meletakkan calon Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan bertanding (di) Kajang," kata Khalid dalam sidang media di ibu pejabat PKR pagi ini.

Antara pemimpin yang hadir dalam sidang media itu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan  mewakili DAP dan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Sementara itu, Anwar - yang duduk di sisi Khalid - berkata keputusan bersama pimpinan Pakatan Rakyat itu dibuat bagi memastikan "Selangor terus menjadi asas kukuh buat Pakatan Rakyat bagi mengambil alih Putrajaya".

Pengumuman itu menguatkan lagi desas-desus Anwar akan mengambil alih jawatan menteri besar daripada Khalid bagi menyelesaikan pertelingkahan antara Khalid dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali di negeri itu.

Ditanya tentang perkara tersebut, Anwar berkata "ia hanya spekulasi" dan beliau mahu menumpukan perhatian kepada pilihan raya kecil akan datang.

"Kita minta Tan Sri Khalid teruskan kerja-kerja dia sementara kita tunggu pilihan raya kecil Kajang," katanya.

Anwar turut ditanya tentang kemungkinan pilihan raya kecil ini mewujudkan persepsi yang beban untuk menyelesaikan masalah dalaman PKR kini diletakkan kepada pengundi Kajang.

Gesa BN tak tanding

Jelasnya, persepsi itu tidak berbangkit sebaliknya pilihan raya kecil nanti merupakan peluang untuk Pakatan Rakyat meningkatkan khidmatnya kepada rakyat.

"Dia tak berbangkit isu itu kerana kita nak guna (pilihan raya ini) untuk lonjakkan prestasi khidmat kepada rakyat," katanya.

Sementara itu, Anwar juga menggesa BN agar tidak meletakkan calon memandangkan kerusi itu disandang PKR dan bagi mengelakkan pengundi keluar mengundi dua kali.

"Kalau boleh, kawasan (ini sudah) dimenangi oleh PKR, Pakatan, (jadi) bagi laluan, tak payah ada pertandingan," kata Anwar ketika ditanya kemungkinan ia membebankan pengundi.

Sementara itu, Bernama melaporkan Salahuddin berkata PAS akan memberi sepenuh sokongan kepada calon yang diketengahkan bagi memastikan kemenangan berpihak kepada pakatan rakyat.
  
Mohamad Azmin Ali yang sebelum ini disebut-sebut sebagai calon menteri besar yang baru ketika ditemui selepas itu hanya memberi reaksi ringkas berhubung pemilihan Anwar sebagai calon.
  
"Keputusan dah dibuat...saya hanya akan buat kenyataan selepas mesyuarat dengan pimpinan PKR negeri ini," katanya. 

Sunday, January 26, 2014

Tazkirah : Saat Allah Mencintaimu- Ustazah Norhafizah Musa





Thursday, January 23, 2014

Warkah terbuka Tok abah utk Raja Ahmad Shahir Raja Salim & Nurul Izzah Anwar:

Warkah terbuka Tok abah utk Raja Ahmad Shahir Raja Salim & Nurul Izzah Anwar:
Slm utk kalian berdua.


Ketika berita mengenai rumah tangga kalian dimainkan oleh media smlm, Tok abah baru saja selesai membaca buku "Masa Depan, Masa kita", karya Nurul Izzah yg dihadiahkan pd Tok abah baru2 ini. Kompilasi esei buah fikiran Nurul Izzah ini amat bermakna sekali kpd sesiapa yg membaca nya. Bak kata Pak A. Samad Said dlm Prakata buku tersebut,...'esei2 ini dtng dr suara zahir & bisik hati penulis nya yg mewakili citra & cita2 bangsa yg sama sekali lain dpd yg ada. Bg yg belum baca, pesan Tok abah dptkan buku ini dan baca.

Dlm keadaan kalian berdua sedng melalui ujian besar dlm kehidupan kalian skrng, izinkan Tok abah coretkan sdkt pesanan ikhlas pagi ini utk kalian.

1. Sejujurnya, kalian berdua adalah pasangan suami isteri yg telah menyentuh hati & memberikan harapan baru "Masa depan, Masa kita", kpd umat & warga di negara ini.
2. Percayalah, berita mengenai 'perkara yg menyentuh peribadi kalian' telah disiarkan oleh mereka yg cemburu dgn kehidupan kluarga kalian dan sngt tidak bert/jawab serta berniat jahat terhadap kalian. Apatah lg status Nurul Izzah, spt yg diungkapkan oleh Pak Samad Said, ....'watak yg disegani, sebagai suara baru rakyat di negara ini'.

3. Sedarlah, dlm suasana situasi politik & siasah yg semakin tercalar ini, gelanggang politik sudah hilang adab & tatasusila nya. Budaya politik rimba, politik fitnah & adu dumba, hingga tidak lg mengenal sempadan kehidupan peribadi berleluasa. Lebih memalukan, ada "players" yg terlibat, bertindak bagai sudah dirasuk iblis & syaitan!
4. Ingatlah, jgn biarkan mereka yg cemburu & berniat jahat dgn kebahagian krhidupan kalian, merampasnya dr kalian. Meterikan kenyataan "keluarga kami menjadi keutamaan kami" di hati kalian.

5. Sesungguhnya, kehidupan ini memang suatu perjalanan yg panjang & penuh ranjau berduri. Namun, menjadikan impian "Masa depan, Masa kita" bukanlah sesuatu yg mustahil utk dicapai. Jgn lupa, ...."hidup di M'sia ini penuh drama...!
Akhir sekali, Tok abah yakin, kasih sayang Allah msh ada utk kita smua. Smuga Allah rahmati dan berkati kalian berdua.
Wallahu'alam.

Kenyataan Media Isu keluarga Kami. Ya-Allah Selamatkan rumah tangga adik2 ku

KENYATAAN MEDIA
23 Januari 2014

Kami merujuk laporan berita berkaitan keluarga kami.

Ini adalah satu isu peribadi.

Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah melahirkan keprihatinan. Kami memohon budi bicara dan timbang rasa semua pihak agar diberikan ruang peribadi pada waktu-waktu ini.

Raja Ahmad Shahrir Raja Salim dan Nurul Izzah Anwar

-----

PRESS RELEASE
23 Januari 2014

We refer to news articles that concern our family.

This is a personal matter.

We thank members of the public who have expressed their concern and we appeal for sympathy and understanding for us to be given the time and space to continue to work this through.

Raja Ahmad Shahrir Raja Salim and Nurul Izzah Anwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI