Sunday, October 20, 2013

Takde Masa Semak Solat Ibadah Anak2??, Ikuti Kem Smart Solat

Ibubapa terlalu sibuk dengan urusan kerja, ada yang cakap kadangkala tidak seperti tidak bertuhan. Bangun pagi, balik kerja lewat malam tidak mampu untuk semak kehidupan anak2.

Solat adalah tiang agama, perkara pertama yang akan disoal apabila kita meninggal bertemu Allah SWT ialah SOLAT. 
 
Namun berapa ramai ibubapa yang ambil berat tentang solat anak2. Jika ada makcik, pakcik yang begitu ambil berat, menjaga dengan baik tetapi sering ibubapa menyakiti hati si penjga dengan kata2 menyinggung perasaan. Namun kesabaran tetapi juga ada. Doa yang mampu dipanjatkan moga hidayah diberikan kepada mereka yang menjadi hamba kerja dan dunia.

Ya ibubapa dikasihi Allah, anak harta berharga kepada kita. Ramai yang pandai melahirkan anak namun tidak semua yang mampu mendidik menjadi anak mereka menjadi insan solih dan soliha. Herdik, maki hamun anak2 ibarat macam binatang (maaf jika tersinggung tetapi setiap kali kuliah di masjid, pasti inilah kata2 alim ulama yang akan disentuhkannya). Wahai ayah ibu sedarlah, pintu taubat masih terbuka.

Dengan itu, jika terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk perbaiki iman anak2 marilah kita berusaha untuk mereka dengan memastikan anak2 ikuti Program Kem Smart Solat anjuran Kelas Tuisyen LASAK seperti berikut:


Tarikh : 22-24 November, 2013 (Jumaat-Ahad)
Tempat Berkumpul : Sekolah SERI AL HUDA, Gombak
Kem : Kem Alang Sedayu Batu 12, Gombak
Yuran : RM150 (Sijil Penyertaan akan diberi kepada peserta)
Umur : 7 -12 tahun
Hubungi Talian : 013-6893185 / 017-2436875 / 013-3237743 /  013-3373815


Sebelum itu, cuba kita periksa  buatlah ujian mengejut kepada mereka..

Semak Doa Qunut.. Doa Iftitah.. Doa lepas wudhu.. Lafaz2 niat sebelum melakukan ibadah2 tertentu.. Bilangan rakaat.. Rukun iman..mandi hadas
Dah macam lagi..

Apakah mereka sudah cukup sempurna ibadahnya. Ingatlah jika kesilapan ini tidak diperbetulkan  dari kecil maka yang akan disoal adalah ibubapa kerana gagal untuk memberi ilmu fardhu ain kepada anak2 kerana kesibukan kita di dunia ini. 

~sekadar memastikan, anak2 kita tak kosong jiwanya. memang kita ni orang biasa2 aje.. bukan ustaz/ustazah.. tapi tetapi sayang anak dunia dan akhirat juga kan..maka jangan ketinggalan untuk ikuti kem ini untuk anak2 permata hati kita. Mohon sebarkan.

Friday, October 18, 2013

Mangsa Kebakaran Kg Laksamana Terharu Terima Bantuan ADUN


Batu Caves :  Mangsa kebakaran Adiani Abu Akmal rasa terharu terima bantuan  daripada AhlI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves semalam.
SAMSUNG 
Beliau berkata, “kejadian kebakaran yang berlaku baru-baru ini jam 3 petang melibatkan dua buah rumah terbakar hangus benar-benar membuat saya dan ahli keluarga terkejut kerana ketika itu saya, suami dan anak-anak pergi kenduri kahwin. Jiran hubungi saya memberitahu perkara ini dan dan saya yakin punca kebakaran berpunca dari kilang besi buruk berdekatan dengan kawasan perumahan kami”.

“Saya ada juga minta ganti rugi kepada kilang berkenaan namun pihak kilang tidak mahu ganti rugi kerana dia menuduh punca kebakaran berpunca anak saya sedangkan saya sekeluarga tiada dirumah pergi kenduri kahwin”, ujar Adiani.

Menurut beliau kerugian yang ditanggung adalah lebih RM50 ribu dan telah membuat laporan polis untuk membuat  tuntutan ganti rugi kepada kilang yang tidak dikenal pasti nama syarikat berkenaan.
Adiani menambah lagi, dua minggu berlaku kebakaran tiada sebarang bantuan yang diterima daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Saya juga ada minta bantuan kepada UMNO Cawangan Kampung Laksamana namun amat mengecewakan kerana semua permohonan tidak di pedulikan oleh pihak berwajib. 

SAMSUNG “Saya benar-benar rasa terkilan dengan apa yang berlaku, Pihak berwajib tidak menghulurkan bantuan. Saya hanya menerima bantuan ehsan daripada Ketua Kampung, dan ADUN Batu Caves. Dengan sumbangan diberikan oleh ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari sedikit sebanyak membantu saya membeli barang keperluan anak-anak.

Keperihatinan ADUN amat saya hargai,  luah Adiani yang mempunyai dua orang anak masih kecil dan bersekolah kepada pemberita selepas menerima bantuan daripada Pejabat ADUN Batu Caves semalam yang telah disampaikan oleh Jawatankuasa  Penduduk (JKP Zon 8) Zuhudi Ahmad. 

Sementara itu, ADUN Batu Caves, Amiruddin Shaari yang melawat kawasan kebakaran rumah mangsa mengucapkan takziah kepada ahli keluarga atas ujian yang menimpa.
Beliau yang menyampaikan wang ehsan kepada Adiani berkata, sabar dalam hadapi ujian. Kilang yang tidak dikenal pasti perlu dibuat siasatan oleh tuan rumah untuk tindakan selanjutnya demi menegak kebenaran dan tuntutan ganti rugi, katanya.


Editor : Khaulah Azwar

Thursday, October 17, 2013

Pendaftaran Kem Smart Solat Sempena Cuti Sekolah

Salam Aidiladha buat semua rakan fb, twitter, yahoo group, ingatan, X- Mobikom, Ilhamku, dakwah, my masjid,  sahabat intelek dan semua yang mengenali saya.

Dengan rendah hati mohon pihak moderator/sahabat2 memberi laluan iklan sekerapnya untuk diwawarkan. Mohon kerjasama semua akhwat menyebarkan informasi ini kepada kenalan.

Disini saya sertakan maklumat kem untuk tindakan tuan / puan bagi merancang jadual anak-anak yang akan mula bercuti November ini.

Insya-Allah berbagai modul, pengisian yang bermakna untuk dikongsi bersama. Bimbingan akan diberi oleh Penceramah-penceramah yang beribawa.  Jangan sia-siakan cuti yang panjang tanpa aktiviti yang berfaedah.

"Demi Masa sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian kecuali orang-orang beriman dan beramal solih yang sentiasa berpesan-pesan kearah kebaikan : Al-Asry"

Kem Smart Solat Sempena Cuti Sekolah Anjuran Kelas Tuisyen LASAK

Tarikh : 22-24 November, 2013 (3 Hari 2 Malam)
Masa : 9 pagi (Berkumpul di SEKOLAH SERI AL HUDA Gombak)
Tempat : Kem Alang Sedayu
Yuran : RM 150 seorang

Sebarang pertanyaan sila hubungi talian 013-6893185/  017-2436875

Friday, October 11, 2013

Bongkar :Anak Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Memiliki Aset lebih RM1 bilion di Malaysia.

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa anak kepada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir memiliki aset lebih RM1 bilion di Malaysia.
Bekas isterinya, Shahnaz A Majid (gambar) dalam keterangannya berkata, kekayaan bekas suaminya iaitu anak kepada Tan Sri Abdul Taib Mahmud itu mencecah RM916,073,565 hingga RM1.3 billion.
Katanya, jumlah itu diperoleh setelah dia melantik seorang akauntan bagi menilai aset Mahmud Abu Bekir.Daripada jumlah keseluruhan, RM219 juta adalah nilai saham daripada 20 buah syarikat.
Shahnaz, yang juga adik kepada penyanti Jazz, Datuk Sheila Majid memberi keterangan di mahkamah hari ini bagi menuntut RM300 juta harta sepencarian dan RM100 juta mutaah bagi tujuan penceraian.
Shahnaz, 50, turut menuntut 50% daripada semua aset yang dimiliki bekas suaminya.Proses penceraian itu menggambarkan kemewahan keluarga Ketua Menteri Sarawak.
Menerusi tuntutan yang difailkannya, Shahnaz turut menyenaraikan tujuh kereta mewah, ribuan hektar tanah di Sarawak dan saham dalam 15 syarikat yang dinyatakan sebagai hasil sepencarian.
Dalam perbicaraan hari ini, Shahnaz berkata, jumlah keseluruhan aset itu termasuk empat ladang kelapa sawit, rumah banglo dengan kolam renang di Bukit Tunku dan warisan daripada arwah ibunya, Puan Sri Laila Taib.
“Secara ringkas, aset itu bernilai antara RM916,073,565 hingga RM1,334,925,389,” katanya ketika menjawab soalan peguamnya, Dr Rafie Mohd Shafie.
Shahnaz dan Mahmud Abu Bekir berkahwin pada 9 Januari 1992 dan mempunyai seorang anak lelaki Raden Myura Abdul Taib Mahmud, 20.
Mereka mendirikan rumah tangga selama 19 tahun sebelum Mahmud Abu Bekir memfailkan penceraian pada 11 Mei 2011.Perbicaraan di hadapan Hakim Muhamad Karim Abdul Wahab itu ditangguhkan pada 6 November.

KDN abai permohonan Mykad warga emas


Sempena Aidiladha, Selangor sumbang 753 lembu korban


ADUN SARAN BELIA & IBU TUNGGAL TERLIBAT DALAM PENIAGA KECIL

Belia terharu di beri peluang untuk berniaga oleh ADUN Batu Caves
Batu Caves : Golongan belia dan ibu tunggal kawasan DUN Batu Caves di saran merebut peluang melibatkan diri dalam perniagaan secara kecil-kecilan. Perkara ini telah dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shari pagi semalam dalam program Jom Shopping bersama 55 warga emas sempena perayaan Deepavali yang semakin hampir di Pasaraya Tesco Selayang.

Amiruddin berkata, “setakat ini kita telah membuka satu stor jual burger 505 di Selayang Baru yang bermula jam 5 petang sehingga 11.30 malam dan alhamdulilah dapat sambutan dari pembeli. Pendapatan hasil jualan sehari RM300. Peniaga yang terlibat dalam perniagaan ini sekaligus memberi peluang kepada mereka menambahkan pendapatan dengan melakukan kerja sambilan.

Insya-allah dalam masa terdekat ini saya merancang untuk rakyat Batu Caves iaitu mewujudkan dana penjaja kecil bagi membantu golongan belia dan ibu tunggal menjana ekonomi mereka sendiri. Program tersebut adalah usahawan kecil DUN Batu Caves", ujarnya.

Menurut Amiruddin sebanyak 10 stor akan dibuka di kawasan Batu Caves. Tempat dan lesen perniagaan akan diuruskan oleh pejabat PKM. Setiap Stor diperuntukkan sebanyak RM 1,500. Barang seperti burger, perlatan, ais batu akan diurus pihak PKM.

Antara barang yang akan di jual ialah burger, “ice blended” dan kuih muih seperti goreng pisang. Sebanyak RM15 ribu di peruntukkan tahun depan bagi menjayakan perniagaan ini. Sekiranya program ini berjaya akan di wujudkan 10 stor lagi dengan peruntukan RM15 ribu lagi.
Amiruddin bersama salah seorang penerima Jom Shopping di Tesco


Amiruddin yang juga merupakan Timbalan Exco Belia dan Sukan menambah lagi, peluang ini diberi kerana saya ingin memberi peluang kepada mereka agar belajar hidup berdidikari dan tiap apa yang dilakukan perlu membuah hasil yang baik. Sebelum ini mereka datang ke Pusat Khidmat (PKM) dengan meminta bantuan kewangan, barangan dapur untuk menyara diri mereka. Tetapi apabila kita beri bantuan kewangan kepada mereka duit tersebut habis begitu sahaja tanpa memikirkan untuk memajukan diri dengan melibatkan diri dalam perniagaan.

Contohnya jika kita beri duit RM500 sehingga RM1000 untuk tolong mereka, sayangnya wang tersebut tidak di rancang sebaiknya dengan melibatkan diri dalam perniagaan. Sekali kita tolong mereka akan datang minta lagi sedangkan masih ramai lagi rakyat yang susah,OKU, warga emas yang perlu saya bantu. Golongan muda yang mempunyai kudrat kesihatan yang baik mereka sewajarnya bekerja keras untuk diri sendiri dan ahli keluarga. Begitu juga ibu tunggal walaupun tidak ada tempat bergantung mereka perlu belajar hidup berdidikari meneruskan kehidupan.

Mereka tidak boleh hidup bergantung kepada orang lain. Islam amat melarang umatnya yang mempunyai kesihatan yang baik tetapi mereka malas bekerja, berputus asa dan tidak mahu berusaha memajukan diri mereka. Maka saya harap dengan peluang yang diberi golongan belia dan ibu tunggal akan merebut peluang ini dan di manfaatkan sebaiknya. Insya-allah jika dibuat bersungguh-sungguh saya cukup yakin mereka mampu jadi usahawan yang berjaya, katanya.

Wan Azharan Wan Said yang telah melibatkan diri dalam perniagaan seperti menjual sayur, ikan tidak lepas merebut peluang untuk menjual burger 505.
Kakitangan PKM DUN sibuk membuat pendaftaran Jom Shopping

Beliau bekata, saya habis meniaga jual ikan, sayur dan barangan dapur 12.30 tengahari. Selepas solat asar saya bersiap untuk memulakan perniagaan jual burger sehingga 11.30 malam. Alhamdulilah hasil jualan yang saya perolehi begitu menggalakkan dan saya harap golongan muda dan ibu tunggal akan merebut peluang perniagaan ini.

Sementara itu, Pengarah PKM DUN Batu Caves Shaharuddin Abu Bakar pula berkata dana yang dipersetujui oleh ADUN ialah RM30 ribu bermula tahun depan. Tetapi kita akan mula RM15 ribu untuk melihat hasil fasa pertama dulu. Sekiranya Berjaya kita akan teruskan fasa kedua pula.

Belia dan ibu tunggal yang ingin melibatkan diri dalam pernigaan ini boleh membuat permohonan terlebih dahulu. Borang boleh dapat di pejabat ADUN mulai sekarang. Pemilihan akan dibuat melalui permohonan dan diadakan temuduga khas bagi memilih mereka yang benar-benar berminat dan bersemangat untuk maju dalam perniagaan dan tingkatkan taraf hidup mereka sahaja.

Menurutnya, lima kawasan yang akan dipilih antaranya Batu Caves, Selayang Jaya, Flat Laksamana Puri, Taman Selayang dan beberapa kawasan yang akan dipilih mengikut kesusaian.

Jelasnya lagi, saya harap dengan usaha yang dilakukan oleh ADUN untuk membantu rakyat akan membuah hasil yang baik. Ia bukan sahaja membantu belia dan ibu tunggal menjana ekonomi mereka tetapi bagi golongan belia menyelamatkan mereka daripada budaya lepak yang sekaligus akan terlibat dengan gejala sosial manakala nasib ibu tunggal yang terlibat dalam perniagaan akan terbela. Tidak lagi berputus asa dan meminta kepada orang lain. Insya-Allah kita akan berusaha mendapat kerjsama dengan MIMBAR dan MPS.

Namun saya harap mereka yang telah terpilih nanti tidak mensia-siakan usaha murni kami. Jangan hangat-hangat tahi ayam dalam apa yang hendak dilakukan. Saya tidak suka orang yang hanya pandai bercakap, buat sesuatu tidak istiqama (konsisten). Saya cari mereka yang beribawa, ingin majukan diri mereka, tepat waktu dalam perniagaan, menghantar produk ke rumah pelanggan dengan tepati waktu, kata Shaharuddin kepada pemberita selepas Program Jom Shopping.


Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI