Khas untuk semua rakyat malaysia.. ye cita2 ku nak pakai kereta besar, rumah besar tapi semua terbantut akibat kenaikan harga minyak dan barang keperluan dapur.. semua hanya tinggal harapan.. semua angkara pemimpin yang hanya penting diri sendiri tanpa peduli rakyat yang hidup susah.
Moga terhibur walaupun pahit nak menelan.. walaupun aku tak undi UMNO tapi terkena juga bahana nya..
Sunday, September 8, 2013
Friday, September 6, 2013
Kesan Naik Minyak RON95 20 Sen Harga Rumah Bakal Naik 10%. Orang Muda Harus Sedar
SHAH ALAM, 6 SEPT – Berikutan dengan Peningkatan harga minyak sebanyak 20 sen yang diumumkan kerajaan pada hari Isnin lalu dijangka akan turut menyumbang kepada peningkatan harga rumah sehingga 10 peratus.

Laporan The Star yang memetik kenyataan wakil pemaju perumahan menyebut, peningkatan harga minyak itu menyebabkan kos bahan binaan meningkat.
Selain itu, peningkatan harga rumah berkenaan juga berpunca dari kekurangan jumlah tenaga kerja asing ekoran operasi besar-besaran yang dijalankan kerajaan untuk membasmi pendatang asing tanpa izin.
Datuk Seri Michael Yam Kong Choy, Presiden Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah dalam laporan itu berkata, kontraktor akan memindahkan kos yang ditanggung akibat kelewatan projek berkenaan kepada pembeli.
“Operasi ke atas tapak pembinaan juga menakutkan pekerja asing yang sah,” katanya seperti dipetik dalam laporan itu,”katanya.
Beliau berkata golongan pekerja berkenaan akan ponteng kerja atau menangguhkan kepulangan mereka ke negara ini, sehinggalah operasi penguatkuasaan itu berakhir.
Menurutnya, pemaju terpaksa menanggung kos lebih tinggi untuk tenaga kerja untuk mengelakkan daripada didenda kerana tidak mengikut perjanjian.
Yam berkata pemaju berkenaan terpaksa membayar ganti rugi kepada pembeli rumah sekiranya projek tersebut lewat disiapkan.
Tambahnya, peningkatan harga minyak tersebut akan menjejaskan rangkaian bekalan melibatkan lebih 100 jenis perniagaan.
Thursday, September 5, 2013
Monday, September 2, 2013
RON95, diesel naik 20 sen seliter, hadiah BN kepada rakyat
KUALA LUMPUR 3 SEPT: Kerajaan Umno BN menghadiahkan kepada rakyat kenaikan harga minyak, yang dilihat akan terus membebankan rakyat di negara ini
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan diesel dan minyak petrol RON95 naik 20 sen seliter mulai semalam.
Najib mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya sebentar tadi.
Pengumuman berkenaan disifatkan sebagai hadiah PRU kepada rakyat, khususnya kepada ahli Umno dan BN yang mengundi parti itu pada pilihan raya umum lalu.
Sejak Najib menjadi PM pada April 2009, kenaikan Ron 95 ini adalah yang ketiga. Sebelum ini, pada 16 Julai 2010 harga minyak itu naik 5 sen menjadi RM 1.85 seliter dan pada 3 Disember 2010 naik lagi 5 sen menjadi RM 1.90/liter.
Manakala kenaikan Diesel itu pula sebanyak empat kali. Masing-masing pada RM1.70 seliter pada 1 September 2009, RM1.75 (16 Julai 2010), RM1.80 (3 Disember 2010) dan kini terus melonjak menjadi RM2.00 seliter.
Suara Editor : Daripada dulu lagi.. papa den dah khabor.. hanpa semua taknak dengar.. sekarang hangpa meleltupkan dlm fb rasa tak puas hati.. sekarang hangpa rasa lah.. Semua harga sudah naik..kalau pilih Pakatan Rakyat nasib rakyat terbela..
ORG HABAQ TK MO DENGAQ...lani...tanggung ler...HAMPA YG NAK KN...hehehe...
Harapan Rakyat: Harga Minyak Turun
Itulah den dah cakap orang melayu mudah kena tipu..itupun takde kesedaran diri, bila Pilihanraya semua pangkah UMNO Ngok..skrg depa bagi hadiah istimewa bil air naik, bil api naik (sampai kakitangan TNB kena potong jari potong bekalan elektrik) UMNO ngok bawah pimpinan Jari duk ketawa sambil kata sapa suruh pilih kami.. itupun orang melayu kita tak sedar..sedar... so jangan merungut...
UMNO ada nak tlg orang melayu ke????
Subscribe to:
Posts (Atom)





