Saturday, April 13, 2013

Parti UMNO Parti Lucah, Begini Cara Politik Kotor Mereka

Semakin hari semakin rancak koleksi video lucah dikeluarkan oleh Parti Biru ( BN ) khususnya pengemar pencinta tegar Umno.... Jom bongkar... Bagaimana Nak Cipta Klon Wajah Menyerupai Mustafa Ali... Dengan adernya teknologi untuk klon wajah seseorang tidak menjadi satu kepayahan di era Milineum Kini...
 



[ PRU13 - Realisasikan Amar Makruf Nahi Mungkar ] ... ALLAHU AKBAR !!!

Suara rakyat.




  • Pejuang Sufi dan 40 yang lain menyukai ini.
  • Ameer Hj Arshad Perut dia pakai getah ke? Bontot pakai getah ke? Anu dia plastik ke? Tolong la saudara seislam..jgn tegakkan yg batil..salah tetap salah xpayah nk backup dosa besar ni..jom kita kempen hudud pertama dijalankan terhadap makhluk ni..baru ramai masuk pas..


  • Muhammad Asyraf Sudin Menegakkan benang yg basah.. Kasihan2.. 
  • Ameer Hj Arshad Kalau betul bini si stapa spender..wah...lagi mantap dr Kak Rosmah ye..rambut karat..pakai jeans sendat baju sendat..Ya Allah...Alhamdulillah...Nampaknya Tuhan Tunjuk Apa Yg Batil...nasib belum ngundi hehe
  • Dak Zahar Neh masalahnye... dia buka baju x nampak pun getah tu dibahgian bahu dan tengkuk... kalo pakai baju dan aksesori bole laa nk tipu...


  • Mohd Khairyady Nor Razlan Zmn dlu xde video sbb tu nk kn 4 saksi..klu jenayah blh plak korg terima bukti cctv ekk
  • Izuan Isha Kalau korang tak pecaya ngn bukti video tu inikan pula kes altantuya yg mana langsung takde bukti kukuh.. Hihihii..
  • Kama Zamz ntah apa apa nak cover seorang penzina.. kalau penzina berkahwin dlm hudud rejam dihalayak ramai .. ada berani ? .. PAS PUN TOLAK HUDUD SEBABKAN SEKONGKOL DGN DAP ... MUNAFIK PENIPU RAKYAT
  • Razman Man Dia org nie kena ada tepi katil baru diaorg percaya kot....mangkok.....mungkin tepi katil pun nanti diaorg kata bkn dia...hahahahaha
  • Apai Tpg Ksian cacai pr..pmimpin dowang kaki liwat..kaki pmpuan..tp die ttp sokong..xde kpala otak ke..x dpt hidayah lg..
  • Vaeranesa Rans video buleh di edit..susah sgt ke nak terima undang2 Allah?
  • Loyai Hanizam Mohd Khairyady Nor Razlan..Bab ukum allah ni jgn persendakan,,wlau tksub kita dgn politik tp jgn kita pertikaikan hukum allah yg tercatat dlm al quran..
    Suka · Balas · 6 · 21 jam yang lalu
  • Zul Askwhat admin yg mmg lawak... sudah terang lg bersuluh pun x ngaku lg? ni bukan buta hati je, mata pun dah buta ni
  • Farhan Ivey TUAN PUNYA BADAN PUN DAH NGAKU LA.. HAHAAAHA
  • Badrul Zaman diakhir zaman ni ada 7 perkara rasulullah ingatkan... salah satu apabila fitnah menjadi-jadi dan ramai yang mempercayainya, selain itu sabda baginda bila artis-artis lebih disanjung dari ulama, Rasulullah juga ingatkan kita diakhir zaman nanti ramai or...Lihat Lebih Banyak
  • Khai Ntah hahahaha...die da ngaku la stupid admin
  • Lyanaa Adnan Bukan mustafa ali tu dah ngaku ke . Katanya bininyaa . Haha . Mana 1 btol korang ni , nk dngr ckp korg ke ckp mustafa ali ? Nk ckp umno buat jugak ? Kaki spin btoii .
  • Afif Yatid Fauzi Mansur if PR pegang mahkamah/polis/ undang2 nanti mcm mana la agaknya semua jenayah lepas
    Suka · Balas · 3 · 20 jam yang lalu melalui mudah alih
  • Tan Sri Fitri Razak kahkahkah..spin tahap giler vavi ni..fenin..fenin..
  • Hairiah Mohamad hahaha desperado..lebih baik klon muka nik aziz...
  • Danel Abdul Talib Kat mana nk tempah topeng ni kt malaysia??nk jgk tempah klu ada..
  • Afzan Shahril Shahabuddin Admin..dia dah ngaku....admin delete lah pembohongan admin ni yer...ker nk pertahankan jgk
  • Ketua Darjah tak sebijikpun .. aku tak paham apa punya tongong.. tang suara tak sama .. body gesture tak sama... hat clone topeng nampak kulit muka pucat dan tgok betapa punya susah hat yang original nak train clone bagi sama suara ( hangpa nie tak reti kaa buat b...Lihat Lebih Banyak
  • Badrul Zaman jangan membuat fitnah,,,ingat dosa... berastaghfar banyak-banyak....dosa besar....
  • Muhd Kasbi Masih nk tegakkan 'anu' yg basah??xcabut lak topeng tu masa dia enjut dgn xpakai baju..
  • Zul Khairi Zainal org xbole terima kenyataan yg pemimpin yg dorg sanjung berperangai macam neh...ape la nk jadi..
    terima je la hakikat jng nk tegakn benang yg sedia basah...mane mau nye...
    kikikiki
  • Gajet Inspetor buat najib skali..nok tgk kalu jadi..ha3
  • Afif Yatid Seluar dalam dpt clone? Dpt?
    Suka · Balas · 1 · 20 jam yang lalu melalui mudah alih
  • Ameer Hj Arshad 4 saksi tu ikut keadaan la ngok..islam ni adil..pasni org berzina plan baik punya nk berzina p dlm gua sbb xde saksi...ikut keadaan la..zaman nabi xde cctv/camera..saksi pun kalo jenis muka pebgganut PR memang haprak gak 2x5
    Suka · Balas · 1 · 16 jam yang lalu melalui mudah alih
  • Eshard M. Bakri Rosak pas sekarang nih....abih punah..ni abg non punya pasai....
    Suka · Balas · 2 · 17 jam yang lalu
  • Hairul Nizam mana admin tau amno yang buat?wakakaka...lawak2...sohai this admin
  • Ab Ajid Jawalan kalau nak buat topeng kenalah ada mould nya. Dan yang ni video cara nak pakai bukan cara nak buat.. Agak agak la nak spin
  • Annas Nizam Empunya badan dlm video dh ngaku la, xpyh la nk fitnah UMNO plak. Busuk punyaa PAS
  • Dila Sulaiman apsal org yg pasang cctv tu x tunggu je depan pintu, bawak wartawan utusan n tv3 n terus tangkap je direct...
  • Watie Ismail wow..bini nye seksi btol.. hehehe...bini bole bayo2 ke...? kalo kat video tu mcm trdgo.."sat nk bg duit skit" dasat tu..
  • Abahamni Abdhalim Lagi mau defend. Mintak yg kena tuduh buat kenyataan media dn statutory declaration.
  • Che Yahaya Talib Belanja wat topeng berapa pulak belanja.....org yg pakar sja ....org yg difitnah pulak tu bukan sasaran pihak lawan....fikir2lah nak tegak benang basah tuuu
  • Betul Benar Pembangkang ni makin lame layan makin takder yang LOGIK dah..hahahahha..Gelak toi aku..
  • Fauzie Rasid Kalimah Allah Kat bible halal, main isteri orang pun halal, tp awak orng BN sembahyang Haram.. X diterima Allah.... Masuk
    neraka jahanam.... Mmg jahanamlah jawabnya
    Suka · Balas · 1 · 19 jam yang lalu melalui mudah alih
  • Zaman Huri utk selesai masaalah suruh OKT bersumpah al quran ...apa nak takut kalau tak buat.
    Suka · Balas · 1 · 19 jam yang lalu
  • Mudzakkir Sani Mohd Khaiyady Nor Azlan,anda mempertikaikan ayat-ayat al-quran ke?bwk 4 saksi tu perintah Allah dlm quran dan tiada khilaf ulama mgenainya.Video?boleh buat kot.
    Suka · Balas · 1 · 22 jam yang lalu
  • Ab Ajid Jawalan knapa dia tak tunjuk cara nak buat topeng tu.... Cari la video buat topeng ikut muka sebenar... Chait
  • Mohd Helmizam Epic failed..kihkihkih..siap mythbuster bagai..klakar siot..
  • Rodziah Dochik Kahkahkah...gelak la admin buat lawak
  • Suara Rakyat kalau nak terima undang undang allah buatlah perkara asas dulu....
  • احمد نظمي Sbb tu dlm islam nak 4 saksi yg tak fasik...
  • Fadhill Hashimm bn....berlucah negara
  • Laskar Man hmm,. suara amacam? boleh tiru ka?
  • Dak Zahar Neh tolong buat kan untuk najib...
  • Rosli Jaafar 2 org tlh ditangkap polis krn tlh menyebarkan video tu... slps disoalsiasat, 2 pemuda tu adalah org pkr... selps siasatan lg... jwpn dijumpai iaitu puncanya dr konflik 2 entiti dlm parti pembangkang... isyy..3... dunia...dunia.. kwn buat kwn sendiri sbb nk kuasa....
    Suka · Balas · 9 jam yang lalu melalui mudah alih
  • Jasa Pengorbanan Guru Di Raikan Pimpinan Pakatan Rakyat Gombak

    Gombak, 12 April : Sempena Hari Guru yang akan berlangsung tidak lama lagi pada 16 Mei, 2013 Parlimen Gombak, Azmin Ali dan Penyelaras Pusat khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak berbesar hati menyumbang dana bagi meraikan semua guru di Sekolah Seri Al-Huda, Gombak (SERIAHG).
    Hasbullah Ridzuan menyampaikan Cek kepada Pengelola SRI ALHUDA 

    Azmin Ali dalam temubual bersama media baru-baru ini di ibupejabatnya berkata, sumbangan dana diberikan adalah meraikan jasa keringat semua guru-guru. Walaupun sumbangan diberikan tidak besar namun niat hati adalah lebih penting dengan memberi suntikan kepada semua guru yang banyak menyumbang dalam dunia pendidikan. 

    Kita harap dengan sumbangan diberikan akan membantu pihak sekolah membuat persiapan yang lebih awal untuk menyambut hari guru di peringkat sekolah bersama semua pelajar. 

    Hasbullah Ridzuan, Timbalan Penyelaras (PKM) DUN Gombak Setia pula menjawab persoalan yang dikemukan oleh wartawan apakah sumbangan ini merupakan gulu-gula pilihanraya yang semakin hampir?,

    Beliau berkata, setiap sumbangan yang kita sampaikan kepada rakyat dan pihak sekolah bukanlah sogokan kerana ia bukan budaya yang di amalkan di peringkat pimpinan negeri selangor. 

    Namun sumbangan diberikan adalah berdasarkan permohonan yang baru dibuat oleh pihak sekolah yang inginkan bantuan dana bagi membantu menjayakan Majlis Hari Guru di peringkat sekolah yang akan berlangsung pada 17 Mei, 2013.

    Menurut Hasbullah, dengan sumbangan diberikan sedikit sebanyak pengorbanan guru-guru yang tidak jemu mendidik anak bangsa akan terbalas. Bagi saya walau apa sekali pun bentuk sumbangan diberikan tidak akan terbalas jasa dan ilmu yang di curahkan guru-guru kepada semua pelajar. 

    Justeru, apabila tibanya Hari Guru yang disambut setiap tahun maka sewajarnya semua pihak meraikan jasa keringat mereka. Di peringkat negeri Selangor setiap tahun Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Modal Insan, Dr Halimah Ali sentiasa turun padang ke Sekolah-sekolah bertemu dengan semua pendidik bagi meraikan Hari Guru.  

    Ramah mesra antara pimpinan dan guru besar SRI AL Huda

    Sementara itu, Guru Besar (SERIAHG), Hajah Surayah Sarin pula berkata, alhamdulilah saya amat rasa bersyukur kepada Allah SWT kerana tahun ini merupakan tahun bersejarah pada semua warga (SERIAHG) kerana permohonan yang telah di mohon kepada Parlimen Gombak dan PKM DUN Gombak Setia baru-baru ini samada untuk dana pembangunan dan program sekolah telah mendapat perhatian sewajarnya demi kepentingan pendidikan semua pelajar dan guru-guru. 

    Walaupun (SERIAHG) merupakan sekolah swasta namun ia bukan untuk di komersialkan kerana bagi kami  memberi pendidikan yang berkaitan dunia akhirat adalah satu tanggungjawab  dan memastikan semua pelajar  menjadi  insan yang solih serta berjaya dunia akhirat. 

    Justeru, dengan bantuan oleh pimpinan setempat kepada pihak sekolah sedikit sebanyak menyuntik semangat kepada semua warga (SERIAHG) dan pelajar. Terima kasih kepada semua pimpinan yang telah menyumbang kepada sekolah. 

    Menurut Surayah, dengan sumbangan hari guru yang di terima daripada Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali RM2000, dan PKM DUN Gombak RM1500 ini akan di manfaatkan sebaiknya untuk membuat persiapan awal Hari Guru Peringkat Sekolah untuk meraikan bersama guru-guru dan semua pelajar, katanya kepada wartawan hari ini di Ibupejabat (SERIAHG). 

    Hadir sama, Pegawai PKM DUN Gombak Setia Ramli Talib, Dr Amran Mohamad Pengerusi Pengelola (SERIAHG) , Timbalan Pengerusi Lembaga (SERIAHG), Tn Hj Maula Abd Ghani. Sumbangan dana telah disampaikan oleh Hasbullah Ridzuan kepada Dr Amran Mohamad pagi semalam di Ibupejabat SERIAHG. 


    Editor : Khaulah Azwar

    Thursday, April 11, 2013

    SERI AL HUDA TERHARU TERIMA RM40 RIBU BINA PEMBANGUNAN SEKOLAH KOMPLEKS PENDIDIKAN



    Gombak : Kerajaan negeri  Selangor telah menyumbangkan dana sebanyak RM40 ribu bagi membantu pihak Sekolah SERI ALHUDA, Gombak (SRIAHG) membina Kompleks Pendidikan  Islam Integratif SERI AL HUDA (KPIISALH), yang bernilai RM13 Juta.
    Guru AlHuda Azhar Mat Teh Terharu Terima Bantuan Pembangunan Sekolah

    Bantuan tersebut telah di sampaikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam majlis makan malam  baru-baru ini di  Dewan Jubli Perak Shah Alam bersama semua penerima bantuan pendidikan Sekolah Agama di negeri Selangor bagi Fasa pertama.

    Tan Sri Abdual Khalid dalam ucapannya berkata, “Kerajaan Negeri Selangor telah memberi bantuan pendidikan sekolah semenjak 2008 setelah negeri Selangor di urus oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR). 

    Bantuan tersebut diberi bagi membantu meringankan semua pihak sekolah  yang terdiri daripada Sekolah Agama Rakyat (SAR), KAFA, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina  (SJKC)  bagi memastikan  pihak sekolah dapat memberi pendidikan dan keselesaan yang sempurna kepada semua pelajar. Hasil kerajaan negeri yang diperolehi dikongsi bersama tanpa berselindung kepada masyarakat umum khususnya”.

    Sementara itu, Exco Pendidikan-Pendidikan Tinggi Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali dalam ucapannya  pula berkata, bantuan yang diberikan kepada sekolah-sekolah di harap  dapat di gunakan dengan baik bagi menaiktaraf, memperbaiki  infrastruktur pembangunan sekolah dan melengkapkan keperluan yang masih terkurang di sekolah-sekolah.

    Kerajaan negeri Selangor begitu mengambil berat pendidikan anak-anak Selangor yang bermula daripada peringkat sekolah tadika, sekolah rendah kebangsaan dan institusi pengajian tinggi.

    Contohnya, bagi peringkat pra sekolah kerajaan negeri Selangor telah menyediakan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dimana ibubapa yang berpendapatan rendah RM1500 berhak menerima bantuan tersebut. Ibubapa pelajar akan menerima RM100 setiap bulan sehingga anak tersebut mencapai usia ke peringkat pengajian tinggi.

    Bagi Sekolah Rendah pula kerajaan negeri  Selangor telah bersetuju memberi dana pendidikan setiap tahun mengikut fasa bagi membantu pembangunan, infrastruktur dan sebagainya untuk memastikan semua pelajar dapat berlajar yang lebih selesa. Kalau dahulu sekolah-sekolah khususnya Sekolah Agama di pinggirkan pembangunannya tetapi kini Sekolah Agama mendapat perhatian daripada kerajaan negeri Selangor kerana bagi kerajaan negeri bantuan pendidikan tidak seharusnya di politikkan oleh mana-mana pihak yang akan memberi kesan kepada semua pelajar dan semua guru, katanya.

    Menurut Dr Halimah bantuan yang diberikan mengikut fasa pertama dan kedua diberikan setiap tahun kepada semua sekolah dan bagi  pelajar di peringkat Sekolah Menengah  yang berjaya mendapat keputusan cemerlang mereka dapat memasuki ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT), kerajaan negeri memberi hadiah saguhati RM1000 bagi ibubapa yang berpendapatan rendah RM1500 kebawah.

    Ulas beliau  lagi, “bantuan RM1000 kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang adalah bagi menyuntik semangat kepada pelajar untuk meneruskan pengajian yang lebih baik. Selain itu bagi meringankan bebanan ibubapa membuat persediaan anak-anak ke (IPT)”, ujarnya.

    Sementara itu, Hairul Azhar Teh Mohd mewakili Guru Besar SERI ALHUDA yang menerima bantuan dana pembangunan daripada Kerajaan Negeri Selangor melahirkan rasa terharunya apabila sekolahnya terpilih menerima bantuan dana tersebut.

    Beliau berkata, “alhamdulilah saya dan pihak sekolah merasa syukur diatas bantuan yang diberikan dan sedikit sebanyak dapat menyempurnakan hasrat  pihak Sekolah SERI ALHUDA, Gombak (SRIAHG) menampung kos pembinaan Kompleks Pendidikan yang  bernilai RM13 Juta”.
    Sekolah Agama Rakyat Terbela di bawah Pakatan Rakyat selama 5thn

    Kita di fahamkan kerajaan negeri Selangor telah memberi bantuan pendidikan semenjak 5 tahun lalu bermula 2008. Bantuan diberikan tanpa kira jenis sekolah.

    Alhamdulilah hasil usaha kerajaan negeri tersebut disalurkan kepada sekolah dengan tulus dan bersih tanpa di politik oleh mana-mana pihak demi kepentingan semua pelajar. Insya-Allah bantuan yang kami terima akan digunakan untuk pembinaan (KPIISALH), kata Azhar kepada pemberita di Ibu Pejabat SRIAHG, disini.

    Guru Besar SRIAHG, Hajah Surayah Haji Sarin pula berkata, terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor yang mengambil berat pendidikan di semua sekolah. Insya-Allah bantuan tersebut akan digunakan untuk pembinaan (KPIISALH).

    Menurut Surayah, Pembangunan (KPIISALH) Fasa Satu yang akan di tubuhkan di Lot 3749, Batu 7, Jalan Gombak telah berjalan lancar semenjak Januari, 2013 yang lalu.

    Beliau berkata, alhamduliilah dengan kemajuan di peringkat awal pembinaan ini pihak sekolah berhasrat untuk mengadakan majlis perasmian bagi pelancaran projek yang akan berlangsung pada 13 April, 2013 (Sabtu)  8 pagi di tapak projek pembinaan tersebut. Ibubapa pelajar di jemput hadir untuk bersama meraikan kejayaan ini.

    Kami berharap pembinaan sekolah  peringkat fasa pertama  akan siap pada September, 2013 bagi memastikan kemasukan pelajar tahun baru sesi 2014 dapat di pertingkatkan demi menyempurnakan hasrat ibubapa pelajar dan masyarakat setempat yang berharap agar SRIAHG terus berkembang maju seperti sekolah swasta lain.

    Sehubungan itu, untuk menyampai hasrat ini pihak sekolah amat memerlukan sokongan daripada semua pihak terutama ibubapa pelajar yang mengambil berat pendidikan anak-anak untuk menyumbangkan dana pembangunan samaada tenaga, wang dan sebagainya bagi  melancarkan pembinaan tesebut.
    Mereka yang ingin menyumbang dana tersebut hendaklah berurusan di ibupejabat SRIAHG di talian 03-61887504. TABUNG PEMBANGUNAN SERI AL HUDA BIMB : 14162-01-001173-8,ujar Surayah. 

    Editor : Khaulah Azwar

    Wednesday, April 10, 2013

    Bulan Mewakili Hatiku

    Penamaan Calon 20 April, PRU13 5 Mei, 2013


    PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh bagi penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 20 April manakala hari mengundi pula pada 5 Mei depan.

    Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengumumkan demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas suruhanjaya itu di ibu pejabat SPR di sini, sebentar tadi.

    Pada 3 April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan PRU13 diadakan.

    Sementara itu, Abdul Aziz turut mengumumkan seramai 13,268,002 orang pengundi berdaftar layak mengundi pada pilihanraya kali ini.

    Jumlah itu termasuk pengundi biasa, tentera dan pasangan, polis dan pasangan, pasukan gerakan am dan pasangan serta pengundi tidak hadir luar negara.

    Beliau turut memaklumkan bahawa tarikh pengundian awal pula ditetapkan pada 30 April ini.

    Suara Editor : Khaulah Azwar


    Sudah takde masa utk rest, hari ini mulakan gerak kerja di upu masing2 utk berhadapan dengan penamaan calon pada 20 April dan Pilhanraya 5 Mei.. Ya-Allah satukan hati2 kami dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab kami.Mudahkan urusan dunia akhirat kami,  goncangkan pemerintahan yang zalim (UMNO) gagalkan setiap kerja jahat yang dilakukan oleh UMNO dan SPR, amiin ya rab

    Tuesday, April 9, 2013

    PRU13: Mohamad Sabu di Pendang, Husam di Putrajaya


      Kuala Lumpur : PAS hari ini mengumumkan Timbalan Presiden parti itu Mohamad Sabu akan bertanding di Parlimen Pendang, manakala Naib Presiden Datuk Husam Musa di Putrajaya.

    Selain itu, dua lagi Naib Presiden PAS iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub masing-masing akan bertanding di Parlimen Pokok Sena, Kedah dan Pulai, Johor.

    Pengumuman calon-calon tersebut dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada satu sidang media di Pusat  Media PAS di Pejabat Agung parti itu sebentar tadi.

    "Saya sendiri saya tak boleh umum, biar negeri yang umum," katanya dalam nada berseloroh.

    Ketika ditanya tentang kerusi yang akan ditandingi Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Tuan Guru Abdul Hadi dalam nada bergurau berkata "dia bertanding seluruh Malaysia".

    Mohamad Sabu kemudian mencelah dengan mengumumkan bahawa presiden PAS itu akan mempertahankan Parlimen Marang yang diwakilinya.

    Pada sidang media sama, Kerabat Diraja Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad turut diumum sebagai calon PAS bagi Parlimen Kuala Terengganu manakala bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari pula di Larut, Perak.

    Selain itu, Wan Aishah Wan Arifin juga turut diumum sebagai calon bagi Parlimen Jempol Negeri Sembilan.

    SIMFONI KASIH TAUTAN HATI