Tuesday, March 26, 2013

Lagi Bahan Lucah UMNO Di Sebarkan..




KERJA GILA!!!!!.."VIDEO SEKS" TGNA BAKAL DIHEBAHKAN OLEH PARA JUAK-JUAK UMNO!!!!!



Selain DSAI, Nurul Izah, Azmin Ali dan MB Selangor TS Khalid Ibrahim, sudah ada perancangan dari penyokong dan soldadu siber UMNO bertaraf pencacai murahan mau menyiarkan video salah laku seks Mursyidul Am PAS, TGNA.



UMNO tidak pernah terdesak sebini buruk dan jijik...Apa sudah jadi dengan budaya politik UMNO sejak kebelakangan ini...UMNO semenjak Mursyidul Am UMNO Tun Mahathir menjadi Presidennya, cara UMNO berpolitik menyerang pihak lawan adalah mengguna cara isu seks dan budaya samseng.

Tidak pernah berlaku dimana-mana sekali dalam dunia hatta di negara Israel sekali pun termasuk Zimbabwe pihak parti pemerintah menyerang musuh politiknya dengan cara apa yang dilakukan oleh UMNO kini.

UMNO kini menguwujudkan satu trend iaitu kalau nak menang pertahankan kuasa gunalah cara serangan seks yang direka cipta.

Begitu rendah dan jijiknya moral UMNO kini...Cukup amat memalukan sekali.. UMNO dilihat langsung tidak memiliki moral dan akal budi...Sanggup melakukan apa saja asalkan dapat pertahankan kuasa.

UMNO sebenarnya lupa.. Rakyat kini sudak bijak dan cerdik...Rakyat kini bukannya rakyat yang hidup tahun 70an dan 80an...INFORMASI DIHUJUNG JARI.

Penentu kemenangan PRU 13 ialah ialah undi dari anak-anak muda....UMNO ingat mentaliti anak-anak muda sebiji macam mentaliti mat-mat rempit yang kini dibela oleh UMNO sebagai samseng upahan menggangu kacau ceramah PR.

Anak-anak muda adalah mereka yang tergolong dari mereka yang berpendidikan tinggi dan memperolehi maklumat melalui internet.. Media konservatif yang kini menjadi aliran UMNO untuk sebarkan fitnah dan propaganda murahannya langsung tidak dipandang oleh mereka.

UMNO IS DEAD....PAS GANTI UMNO... PR GANTI BN.  

Suka ·  · Kongsi · 2 jam yang lalu

Kerajaan sementara NS bermula tengah malam ini


KUALA LUMPUR: Bermula tengah malam ini Negeri Sembilan akan ditadbir oleh kerajaan sementara dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan telah berkata beliau tidak perlu mendapat perkenan Tuanku Yang Dipertuan Besar untuk mengetuai kerajaan sementara itu.

Bagi penulis Aspan Alias, kata-kata Mohamad itu tidak disenangi oleh banyak pihak kerana Negeri Sembilan adalah ahli kepada Persekutuan Malaysia dan kedaulatan kerajaan negeri itu tidak boleh wujud tanpa adanya Raja Melayu bersama.

“Kita mesti ingat perlantikan seorang Menteri Besar bagi satu-satu penggal itu adalah di atas perkenan Kebawah Duli Tuanku dan perlantikan itu hanya untuk penggal itu sahaja.

“Jika penggal itu tamat maka Kebawah Duli Tuanku wajar memberikan perkenan untuk perlantikan seorang Menteri Besar kerajaan sementara negeri yang dinaungi oleh kebawah Duli Tuanku,” tulis beliau di dalam blognya.

Justeru, ujarnya, bagaimana pula Mohamad Hasan memberikan kenyataan terbuka yang dia tidak payah mendapatkan perkenan Tuanku untuk menjadi Menteri Besar Kerajaan Sementara itu sedangkan hakikatnya rakyat belum lagi memilih kerajaan yang baru.

“Segala tanggungan ini wajar diberikan kembali kepada Tuanku bagi baginda melantik sesiapa yang baginda perkenan untuk mengetuai kerajaan sementara itu,” ulasnya lagi.

Baca di sini. sumber harakah.

Saksikan Video Menteri Sarawak Dapat Komisyen



Global Witness (GW) mengeluarkan video kedua pada 22 Mac, mendakwa peguam Huang Lung Ong memberi jaminan bahawa Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud akan meluluskan perjanjian tanah di negeri tersebut.

Video 2 minit 50 saat itu menunjukkan Huang terlebih dulu memulakan urusniaga jualan Billion Venture kepada penyiasat Global Witness yang menyamar sebagai pelabur asing dalam video bertajuk 'Outtakes - Inside Malaysia’s Shadow State'.

Video mendedahkan percubaan Huang menjual tanah Billion Venture yang dimiliki bapa saudaranya, Datuk Hii Yii Peng, 78 tahun, seorang ahli perniagaan di Sibu.

Huang menunjukkan salinan 'License For Planted Forest' yang dikeluarkan pada 2002 bernombor LPF 0027 dengan tarikh luput pada 2062.

Huang dirakamkan berkata, sekurang-kurangnya 10 peratus daripada harga jualan akan diberikan kepada Taib sebagai komisen.

"Ini (projek) telah mendapat pelepasan, kelulusan, secara lisan dari ketua menteri kita. Dia boleh membuat keputusan melalui jemaah menteri.

"Sebaik sahaja kami dapat nama, kami hantar. Kami akan mendapat kelulusan. Ini adalah sebahagian daripada syarat awal bagi transaksi itu,” tambah peguam dari Huang & Company Advocates tersebut.

TuN Daim Takut Hilang Kekayaan..


Kata Putus Bubar DUN Negeri Pakatan Rakyat 22 April 2013


PETALING JAYA 27 Mac: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Selangor telah memutuskan untuk membubarkan Dun pada 22 April ini.
Kata Putus Sepakat 22 April, 2013 Bubar parlimen, MB Selangor Khalid Ibrahim
Negeri-negeri Pakatan Rakyat (PR) akan menamatkan segala teka-teki berhubung tarikh pembubaran Parlimen bagi membolehkan PRU13 di adakan .
Tindakan ini akan dilakukan sekiranya perdana menteri tidak memgumumkan pembubaran parlimen sebelum tarikh tersebut.
Menurut Khalid, manakala negeri-negeri pakatan lain akan dibawa berbincang untuk mencapai kata sepakat berhubung tarikh bersama pembubaran Dun.
‘(PR) tidak mahu berdolak dalik mengenai pembubaran Dun kerana ia mendatangkan kegelisahan kepada rakyat.
“Pembubaran Dun di Negeri Sembilan yang berlaku hari ini secara otomatik tidak di izinkan berlaku di negeri (PR),” kata Abdul Khalid dalam sidang media bersama pimpinan tertinggi (PR) di sini.
Khalid merangkap ADUN Ijok menambah lagi, penetapan tarikh tersebut untuk memberi tekanan kepada perdana menteri untuk membubarkan parlimen.
Penetapan tarikh pembubaran Dun tersebut juga bagi membolehkan SPR membuat keputusan supaya diadakan pilihanraya serentak.
Sebelum ini SPR menjanjikan tidak akan mengadakan pilihanraya berasingan bagi mengelak penggunaan wang rakyat yang banyak.
Selangor akan tamat tempoh matang Dunnya pada 22 April ini. Manakala Kedah 5 Mei, Pulau Pinang 2 Mei dan Kelantan 28 April.
Hadir sama dalam sidang media semalam Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Editor : Khaulah Azwar

Monday, March 25, 2013

Anwar Ibrahim: Najib, Kali Ini Rakyat Putus, Kalau Rakyat Kata Tukar, Tukarlah

Pakatan Rakyat Sedia Hadapi PRU13, Cabar Najib Segera Bubar Parlimen


Taman Melawati, Gombak : Kami sudah bersiap sedia hadapi PRU13, rasa tidak sabar untuk menghadapi pilihanraya umum yang mencabar ini. Kalau ikutkan daripada tahun lepas semua jentera pilihanraya Pakakatan Rakyat (PR) di peringkat kawasan telah lama bersedia. Cuma menanti pengumuman daripada Perdana Menteri, Najib Tun Razak yang masih terkial-kial mencari waktu. Mungkin beliau tidak sanggup hadapi kenyataan bahawa rakyat Malaysia inginkan perubahan pentadbiran dan pimpinan,  Kata Ahli Dewan Undangan  Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shaari.

Untuk membuktikan PR sudah bersedia, saya percaya semua rakyat sedia maklum setiap kawasan dan negeri telah pun membuka bilik gerakan membuat persiapan pilihanraya umum. cawangan-cawangan di peringkat parti telah banyak di tubuhkan bagi memperkukuhkan kubu (PR).  Setiap hari tanpa kira waktu bilik gerakan telah di penuhi petugas-petugas menjalankan tugas walaupun mereka penat menanti tarikh bubar parlimen yang menjadi teka teki sehingga kini. 

Menurut beliau,  baru-baru ini majlis penyerahan barang logistik pilihanraya oleh Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali telah dihadiri lebih 600 petugas yang terdiri daripada petugas-petugas jentera Keadilan Gombak untuk membuat persiapan pilihanraya yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja. Malam itu juga dihadiri petugas-petugas PAS, DAP bagi memberi sokongan sepenuhnya.


Amir berkata, tempoh untuk PM, Najib untuk mentadbir Negara sudah hampir selesai sewajarnya beliau perlu membuat pengumuman secepatnya agar rakyat Malaysia berhak memilih siapakah yang layak mengurus Negara ini lebih baik.

Pengumuman bubar parlimen yang diperlewatkan oleh Najib benar-benar mengecewakan rakyat dan ini menunjukkan betapa beliau bukan pemimpin yang "Gentelement". Sekiranya beliau pemimpin yang beribawa, “gentelement” sudah bersedia hadapi apa juga keadaan sewajarnya bubar parlimen dengan segera paling lewat pada April ini.

Justeru kami mendesak agar PM, Najib sambut cabaran Pakatan Rakyat (PR) dan rakyat  Malaysia untuk segera bubar parlimen, tutupkan segala teka teki bubar parlimen, ujarnya kepada wartawan apabila ditanya status persiapan untuk hadapi PRU13 di ibu pejabat Parlimen Gombak, Taman Melawati, disini baru-baru ini.



Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI