Monday, October 1, 2012
Pemimpin OIC Perlu Bersatu Hati Bentuk Satu Perlembagaan Untuk Melindungi Hak Islam
Gombak, 2 Okt, 2012 : Pengetua Maahad Tahfiz
Sains Fatimah Az-Zahra (MTSFAZ), Nazratun Nafizah Akhtar Husin turut menyelar
penerbitan filem "Innocence of Muslims" yang menghina junjungan Nabi
Muhammad SAW.
Beliau berkata, pemimpin OIC perlu
bersatu dan mengambil serius menangani isu penghinaan ke atas baginda
Rasulullah SAW.
Fenomena
sejak akhir ini, kejadian menghina Nabi SAW, para sahabat, pembakaran kitab
suci Al_Quran semakin menjadi-jadi.
Pihak
yang tidak bertangunggawab terus - menerus melakukan perkara ini berulang kali
walaupun di pihak pimpinan tertinggi daripada berbagai badan NGO, parti, alim
ulama seluruh Negara telah memberi
amaran keras.
Menurut
Nazratun, pihak pemimpin oic perlu tunjuk ketegasan dan
bentuk satu perlembagaan untuk melindungi hak islam dalam semua perkara, agar
Islam tidak dipandang rendah dan maruah Islam sentiasa terjaga.
Ujarnya
lagi, Nabi Muhamamad SAW bersabda “umat Islam akhir zaman seperti buih dilautan.
Banyak bilangannya tetapi
tiada bermakna”.
Justeru, apakah kita hanya sekadar tunjuk
perasaan tanpa membuat tindakan yang
benar-benar memberi peringatan kepada pihak terlibat dalam menghina junjungan
Nabi Muhammad SAW.
Mungkin
salah satunya kita boleh pulau mereka kembali ke Negara mereka mengikut
undang-undang Negara Malaysia, setelah Himpunan "Expresi Hijau Kasih Nabi"
mengumpul sejuta ummat dipandang sinis oleh kedutaan Amerika.
Apa yang kita kesalkan, pihak
kedutaan Amerika tidak berjumpa dengan pimpinan umat Islam
untuk menerima memorandum bantahan dan memohon maaf sebaliknya hanya menghantar
wakil Malaysia.
Tindakan
ini benar-benar mendukacita seluruh umat Islam. Kita sentiasa mendoakan semoga
Allah SWT sentiasa pelihara semua para
pejuang Islam dan selamatkan
seluruh umat Islam daripada fitnah akhir zaman.
Pada masa yang sama, beliau juga turut melahirkan rasa sedih dengan
filem youtube terdapat golongan belia dan remaja menghina
Azan dan Sola yang berlaku di Malaysia, bukan diluar Negara. http://on.fb.me/TKNQuE.
Katanya, perkara ini tidak sewajarnya berlaku tetapi inilah yang terjadi. Bimbingan kepada anak-anak tidak kita bentuk dan terap nilai-nilai murni dalam diri mereka sejak daripada kecil lagi.
MTSFAZ sentiasa berusaha memperbaiki akhlak anak-anak seluruh umat islam dengan menyediakan silibus pendidikan yang holistik gabungan akademik,islamik, kurikulum dan kokurikulum.
Selain
itu, pihak pemfileman juga sewajarnya menerbitkan filem-filem islam yang
menceritakan siapakah Nabi Muhammad SAW serta keluarga baginda, bagaimana
akhlak Nabi sehigga non muslim boleh menerima Islam. Semoga dengan sedikit
pandangan ini dapat membantu umat islam lain dalam bersama-sama menegak kalimah
Allah di muka bumi ini, kata Nazratun
kepada pemberita di Sekolah MTSFAZ di
Sri Gombak, hari ini.
Editor : Khaulah Azwar
UMNO BN Penakut , Bahas Isu Belanjanwan Ramai Tak Hadir
Adakah
TV3 akan siarkan berita ini malam ini...saya sebagai anak Malaysia
merasa malau dengan Pemimpin BN...gah di dalam media tapi di Dewan yang
mulia semasa DSAI bercakap MP BP hilang...Apa pendapat ANDA mengenai MP
UMNO ini? —
- 6 daripada 50
- Muhammad Hanif Abdul Majid teringat dailog filem kongsi " samsen gapo lagu, cubit sikit jerit supo pondannnn"..... hahhaha MP BN takut kena cubit telinga dgn kata2 pedasssss...
Sunday, September 30, 2012
Lagu Terma Pilihanraya Keadilan Untuk Rakyat.
Nyanyilah sampai tiba waktu PRU13.. tak sabar hadapi Pilihanraya yang begitu mencabar.
Selamat Menghadapi Imtihan Buat Warga MTSFAZ
Dengan Lafaz Bismillah mengharap pertolongan dan keredhaan Allah. Dikesempatan ini, warga MTSFAZ mengucapkan "Selamat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang buat semua pelajar MTSFAZ. Sedikit petua untuk diamalkan. Insya Allah, sdikit sebanyk dapat membantu...(^_^)
1- Jangan tinggalkan doa & solat hajat
Kadang2 kita terlupa untuk berdoa dalam kesibukan kita berusaha. Kadang2 waktu2 mustajab doa pun kita tidak berapa peka. Contohnya selepas solat 5 waktu. Kalau boleh, lazimkan diri berdoa secara khusus untuk pelajaran dan untuk imtihan. Bukan hanya ketika hampir imtihan sahaja, tetapi setiap hari. Khususnya sebelum memulakan kuliah / pelajaran di kelas. Juga jangan lupa untuk solat hajat khusus untuk imtihan yang akan kita tempuh.
2- Bersedekah
Antara keberkatan bersedekah adalah diluaskan rezeki oleh Allah ta'ala. Rezeki bukan berupa harta semata2 tetapi juga berupa kejayaan dalam pelajaran. Justeru, biasakan diri bersedekah sekurang2nya pada hari Jumaat bagi meraih keberkatan tersebut.
3- Lazimi membaca Al-Quran
Antara cara untuk menjernihkan hati adalah dengan zikrullah , manakala zikrullah yang paling afdhal adalah membaca Al-Quran.
Sabda Nabi s.a.w : " apabila anak adam melakukan suatu dosa, maka satu titik hitam akan melekat pada hati mereka..''.Justeru atas kesedaran tentang betapa lemahnya kita yang seringkali terjebak dengan dosa baik secara sedar atau tidak , maka Al-Quran adalah penawar yang paling mujarab untuk menanggalkan titik2 hitam di dalam hati kita. Seeloknya, sebelum mengulangkaji atau menghafal madah, terlebih dahulu ambillah sedikit masa untuk membaca Al-Quran.
4- Hafal '' mana yang patut ''
Jangan bebankan otak kita untuk menghafal perkara2 yang ''tidak patut'', sebaliknya kenalpasti apa yang patut dihafal dan mana yang tidak. Adakala, sesetengah subjek memerlukan lebih kepada kefahaman berbanding menghafal. Sebaliknya ada juga subjek yang memerlukan lebih kepada hafalan , contohnya takrif2 istilah atau dalil2. Jika kita tidak bijak membezakan kedua perkara tersebut, dikhuatiri otak kita cepat penat seterusnya mengurangkan kualiti pembelajaran kita dan menyebabkan otak blurr .
5- Buat nota
Sebenarnya ada benefit tertentu kepada orang2 yang gemar menulis. Perhatikan, ada orang kerjanya memang suka menulis, manakala ada orang lebih suka mendengar. Orang yang suka menulis akan menulis apa sahaja yang dia dengar atau maklumat yang dia dapat, tetapi sesetengah orang tidak begitu. Kalau dilihat dari sudut kaedah menghafaz Al-Quran, kaedah menulis ( tahriri ) ini sebenarnya sangat membantu ingatan seseorang penghafaz Al-Quran. Begitu juga dengan madah / subjek, jika kita seorang yang rajin membuat nota , meskipun kita tidak menghafal secara langsung, tetapi menulis nota itu sendiri sebenarnya merupakan satu proses hafalan secara tidak langsung kepada kita.
6- Study smart
Sememangnya cara belajar akhir waktu atau last minute bukanlah cara yang baik untuk dipraktikkan. Sebaiknya, kita telah mempunyai jadual ulangkaji yang konsisten dari awal lagi. Justeru, bila hampir ke tarikh imtihan, kita tidak perlu kalut untuk mengulangkaji kesemua bab secara 'terdesak'.
7- Kembali ikhlaskan niat
Kadang2, bila semakin lama belajar, dan bila hampir ke tarikh imtihan, minda kita terlalu 'memaksa' untuk menjadi yang terbaik dan melakukan yang terbaik. Itu bukanlah sesuatu yang negatif sebenarnya. Tetapi adakala, kita boleh terlupa tujuan kita menuntut ilmu itu sendiri. Sesungguhnya niat kita bukan hanya untuk 'menang' di atas kertas, sebaliknya kita mahu menyimpan ilmu itu benar2 di dalam dada kita. Justeru tidak akan timbul soal belajar hanya untuk imtihan dan sebagainya. Juga, kita tidak akan merasa 'down' andaikatamarkah yang diperolehi tidak seperti yang kita target.
8- Meminimakan perkara2 yang boleh melalaikan
Jika seseorang itu benar2 mahu sukses, maka ini antara mujahadah terbesar yang perlu dilakukan. Bukan mudah sebenarnya untuk menjauhkan diri dari perkara2 yang sudah menjadi kebiasaan. Contohnya menonton filem, bermain game, melayari internet, online Facebook dan selainnya. Kecuali jika kita bijak membataskan masa, maka tidak akan menjadi masalah. Jika tidak, peratusan tumpuan kita akan terjejas. Banyak atau sikit, ia tetap akan menjejaskan. Jadi, kalau kita mampu, eloklah kita mufaraqah dari perkara2 tersebut sekurang2nya sewaktu hampir2 imtihan.
9- Doa guru
Antara punca keberkatan adalah keredhaan dari guru yang mengajar. Meskipun kita tidak rapat dengan pensyarah , sekurang2nya jangan tinggalkan mereka dalam setiap doa kita. Mintalah pada Allah supaya guru kita tersebut diberikan kesihatan serta kebaikan yang berpanjangan. InsyaAllah, ilmu yang kita dapat akan diberkati dan proses kita dalam menghadapi imtihan juga akan dipermudahkan oleh Allah.
10- Minta doa dari ibu bapa
Mintalah restu dari kedua ibu bapa kita dan minta mereka doakan kita supaya dipermudahkan dalam menempuhi peperiksaan. Semoga redha dari kedua mereka akan memudahkan proses pembelajaran kita dan memberi kelapangan kepada hati kita untuk menduduki imtihan yang akan datang.

DOA KETIKA MENGHADAPI KESUKARAN, KESEDIHAN dan KEMALASAN
اللَّÙ‡ُÙ…َّ إنِّÙŠ أعُوذُ بِÙƒَ Ù…ِÙ†َ الْÙ‡َÙ…ِّ Ùˆَ الْØَزَÙ†ِ ، Ùˆَ الْعَجْزِ Ùˆَ الْÙƒَسَÙ„ِ ، Ùˆَ الْبُØ®ْÙ„ِ Ùˆَ الْجُبْÙ†ِ ، Ùˆَ ضَÙ„َعِ الدِّÙŠْÙ†ِ Ùˆَ غَÙ„َبَØ©ِ الرِّجَالِ
Aku berlindung pada-Mu ya Allah dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung pada-Mu dari kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.
Akhirul kalam, selamat menghadapi peperiksaan bit-taufiq wan najah...jgn berputus asa walau apapun keputusannya nanti..semuanya TARBIAH dari Allah..wallahualam...(^_^)
Belia Kesal Kementerian Pelancongan Gagal Sedia Pusat Pelancongan dan Riadah
Batu Caves : Kegagalan
Kementerian Pelancongan Malaysia membantu golongan belia menyediakan tempat
riadah di sekitar Batu Caves amat dikesali oleh penduduk setempat.
| Lim Ching How besama Jawatankuasa Penduduk (kiri) selepas latihan payung terjun |
Zuhudi Ahmad, Pegawai khas Ahli
Majlis Perbandaran Selayang Zon 8
berkata, sebelum kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor memerintah, belia di
sekitar DUN Batu Caves telah mengusulkan permohonan peruntukan sebanyak RM130 Ribu untuk membangunkan kawasan
pusat peranginan di sini kepada kementerian pelancongan Malaysia tetapi permohonan
tersebut tidak diluluskan.
Menurut Zuhudi, Pusat Pelancongan
Gua Damai Batu Caves merupakan kawasan strategik untuk dijadikan pusat riadah
dan mampu menarik ramai pelancong luar Negara.
“Kawasan ini telah menjadi
tumpuan pelancong luar negara . Mereka mengadakan
aktiviti tahan lasak seperti payung terjun, lumba basikal dan sebagainya
sekitar 1980-an lagi walaupun kawasan ini tidak dinaiktaraf”.
| Peserta daripda Moscow buat latihan payung terjun |
“Alhamdulilah, semenjak kerajaan
PR mengambil alih pentadbiran negeri Selangor, kita bangkitkan isu ini kepada
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shaari untuk di
usulkan kepada Exco Pelancongan,
Elizabeth Wong dan telah mendapat perhatian sewajarnya. Kerajaan negeri telah meluluskan
peruntukan sebanyak RM500 Ribu pada Julai,
2012 dengan mendapat kerjasama Majlis Perbandaran Selayang (MPS)”, ujar Zuhudi.
Sementara itu, Ahli Majlis
Perbandaran Selayang Zon 8, Lim Ching How mengulas semenjak kita ambil alih
negeri, kawasan ini telah dinaiktaraf.
Kerja-kerja penyelenggaran, menaiktaraf
kawasan telah dilakukan dengan melantik kontraktor bagi memastikan pusat
pelancongan ini mendapat sambutan masyarakat setempat dan luar Negara.
Fasa pertama dan kedua antara
kerja naiktaraf dilakukan tempat solat kaum muslimin, salinan baju, tandas awam, kiosk, padang permainan
kanak-kanak, pusat riadah orang awam, memagar
kawasan tersebut untuk keselamatan pengguna, ujar Lim.
Menurut Lim, pemasangan papan
tanda arah jalan telah dipasang bermula daripada Jalan kuching, Batu Caves, Rawang,
Sri Gombak bagi mempromosi kawasan peranginan ini kepada masyarakat yang
rata-rata tidak tahu kawasan ini telah menjadi pusat pelancongan luar negara.
Mustapha al Bakri Omar, Konsultan
Wira Adventure telah mengunakan kawasan ini semenjak 1990-an dengan mengadakan
aktiviti tahan lasak bersama belia melahirkan
rasa terharu apabila tindakan drastik kerajan negeri menyediakan pusat riadah
dan pelancongan untuk kegunaan
masyarakat.
Sebelum ini kita telah usul
kepada kementerian pelancongan tetapi sungguh mengecewakan permohonan tersebut
tidak dipeduli sehingga hari ini.
Namun kita rasa bersyukur,
akhirnya pasarana yang diimpikan golongan belia khususnya di kawasan ini telah
tercapai. Rata-rata belia, remaja dan
berbagai peringat usia dan bangsa telah manfaat pusat ini dengan sebaiknya
daripada terjebak aktiviti kurang sihat.
Terima kasih kepada kerajaan
negeri PR Selangor yang sudi mendengar
masalah belia dan masyarakat luar Negara dalam memastikan Negara Malaysia
sentiasa mendapat tempat pertama dalam pelancongan dan sukan.
Jelas terbukti kerajaan PR
berjaya menarik ramai masyarakat dengan
melibatkan aktiviti sihat sekaligus mendapat perhatian pelancong asing, katanya
selepas mengadakan latihan payung terjun bersama pelacong daripada Australia,
Moscow, Jepun, di Pusat Pelancongan
Gua Damai Batu Caves, disini pagi semalam.
Menurut beliau, aktiviti ini
diadakan setiap minggu dan ramai pelancong rasa gembira kawasan ini telah
memenuhi keperluan mereka.
Editor : Khaulah Azwar
Wednesday, September 26, 2012
Penduduk Kesal Slogan 1 Malaysia Prihatin Baiki Pulih Rumah Indah Khabar Dari Rupa
Batu Caves, 27 September : Kesal dengan berbagai janji diberikan parti kompenan UMNO-BN kepada keluarga saya untuk membina rumah prihatin 1 Malaysia, kata Nazmi Shamsudin daripada Kampung Melayu Wira Damai.
![]() |
| Nazmi menunjukan foto pembinaan rumah yang terbengkalai 1 malaysia Prihatin |
UMNO-BN telah janji menyelesaikan masalah keluarga untuk membina rumah baru kerana rumah lama yang keluarga saya duduk begitu dhaif.
Mereka telah datang kerumah saya pada bulan Ramadhan baru-baru ini sebanyak tiga kali dan setuju menanggung kos pembinaan rumah tetapi sehingga kini tiada sebarang bantuan diberikan.
Menurut Nazmi, UMNO telah meminta pihak kontraktor membuka bumbung dan dinding rumah juga telah dirobohkan.
Kerja pembinaan telah dilaksanakan separuh jalan apabila pihak kontraktor meminta duit muka bagi membeli barang keperluan pembinaan.
![]() |
| Beri khidmat terbaik kepada rakyat, inilah tugas tanggungjawab ana. |
Ujarnya, saya cuba menghubungi Pemuda UMNO di kawasan ini namun mereka membuat berbagai helah dengan menyatakan tiada peruntukan untuk membina rumah tersebut.
Kami rasa terpedaya dan di perkotak katik oleh UMNO.
Dengan janji kosong diberikan UMNO, kini saya dan ibu terpaksa tangung kos RM5,000 bagi meneruskan kerja membaiki rumah.
UMNO tidak memberi sebarang bantuan pada keluarga sebaliknya hanya menampal poster program 1 Malaysia Prihatin membaikpulih rumah.
Difahamkan, rumah yang diduduki Nazmi sekeluarga selama 15 tahun terpaksa dibina memandangkan rumah tersebut begitu dhaif dan sering dilanda banjir setiap kali hujan lebat.
Jelas Nazmi lagi, saya hanya berpendapatan RM1000 dan ibu bekerja sebagai "cleaner contrac" di Hospital selayang tidak mampu untuk menanggung kos pembinaan rumah yang berjumlah RM11,000.
Pendapatan kasar yang begitu rendah terpaksa menanggung kos pelajaran dua beradik dan kini dibebankan pula dengan menyewa rumah RM450 semenjak bulan Ramadhan.
"Saya benar-benar rasa kecewa dengan janji kosong yang diberikan UMNO pada keluarga kami. Slogan 1 Malaysia Prihatin Baik Pulih Rumah indah khabar dari rupa.
Besar harapan agar masalah yang saya hadapi ini dapat perhatian daripada ADUN Batu Caves, Amiruddin Shaari dengan membantu membina rumah kami.
Kami sekeluarga sudah tidak sanggup lagi menyewa rumah kerana banyak perbelanjaan perlu kami tanggung", kata Nazmi kepada pemberita di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Batu Caves disini petang semalam.
Sehubungan itu, Pegawai Khas PKM DUN Batu caves, Shaharuddin Abu Bakar pula berkata, insya-Allah masalah yang dihadapi penduduk kita akan cuba usul pada ADUN dan kerajaan negeri Selangor bahagian Exco Perumahan.
Kita akan adakan lawatan turun padang bersama ADUN ke rumah tersebut petang esok. Walaupun saya difahamkan pengadu adalah penyokong UMNO.
Bagi kami, bantuan yang diberikan bukan sebagai gula-gula tetapi menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan rakyat dalam PRU12 lalu, katanya.
Menurut Shaharudin, semua bantuan yang diberikan kerajaan negeri dan ADUN adalah hasil kerajaan negeri yang perlu diberikan kepada rakyat tanpa kira parti.
Editor : Khaulah Azwar
Subscribe to:
Posts (Atom)














