Wednesday, July 25, 2012

Syabas Jangan Jadi Dalam Utama Sekat Air Selangor

SHAH ALAM: Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) seharusnya memberi laluan kepada Kerajaan Negeri untuk mengurus industri air di Selangor kerana gangguan bekalan seperti pencatuan dan tekanan rendah akan memberi  tekanan dan kesan kepada masyarakat khususnya  kepada golongan wanita dan keluarga.
Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, “wanita yang kebiasaannya menjadi nadi rumahtangga memerlukan bekalan air sempurna saban hari agar pengurusan rumahtangga sempurna”.

“Syabas tidak pernah meminta pandangan Kerajaan Negeri, jauh sekali untuk berbincang mengenainya.

Senario ini sekaligus memberi kebimbangan kepada kaum wanitakhususnya, apabila air dicatu di bulan Ramadan.

“Urusan rumahtangga terganggu. Anak-anak tidak terurus sehingga amalan ibadah juga turut terganggu.

“Ia boleh melibatkan soal-soal kesihatan dan perkara-perkara lain yangakan timbul akibat penawaran air yang terganggu tanpa alasan yang benar,” Rodziah berkata di dalam kenyataan medianya dalam Majlis Taklimat Penyelerasan dan Penyelia Pusat Wanita Berdaya (PWB) di Dewan Raja Lumu, Muzium Shah Alam, disini.

Mengikut perjanjian konsensi 2004, Syabas, sebuah syarikat swasta, dipertanggungjawabkan untuk mengurus operasi rawatan dan edaran air di Selangor.

Kerajaan Negeri mahu mengambilalih operasi itu daripada Syabas kerana syarikat itu dilihat tidak mampu mengurus bekalan dan edaran air terawat dengan baik.
Akan tetapi, pada Julai 23, kerajaan pusat tidak meluluskan permintaan Kerajaan Negeri.

“Suatu pendekatan memberi kebajikan dan keselesaan rakyat tanpa pembaziran dan kos yang berlebihan adalah terbaik untuk rakyat Selangor di bawah pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Justeru, Syabas diingatkan supaya tidak menjadi dalang utama dengan cuba menyekat bekalan air di Selangor terutama di bulan Ramadan untuk kegunaan rakyat.”


Editor : Khaulah Azwar

Tuesday, July 24, 2012

Tanpa Mereka, Siapalah Kita, Ibu, Ummi Tiada Pengganti

Tanpa DOA dan RESTU IBU, Ummi,  maka tiada KEBERKATAN hidup ini.. Ibu, Ummi ampunkan segala dosa dan kekhilafan anakmu..


Tuhanku Rahmatilah Ibu, Rahmatilah Ummi, ampunkan dosa mereka, sugguh hambamu mengasihi mereka, dan amat merindui mereka..

Berkatilah kehidupan dunia akhirat mereka, berilah kekuatan iman, kekayaan jiwa, limpah rezki yang diberkati keatas mereka, kurniakan kesihatan dan keafiatan yang baik pada Ibu, pada Ummi, amiin ya rab.:(

RM3.45 Juta Peruntukan PTRS Semenjak dilancarkan




Shah Alam : Semenjak Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) dilancarkan pada 2009 dengan peruntukan RM3.45 juta, seramai lebih 13 ribu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Selangor menikmati manfaat  tersebut daripada kerajaan Negeri Selangor.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, “Kerajaan Negeri melaksanakan PTRS atau Tuisyen Percuma dengan sasaran golongan pelajar yang akan menduduki SPM dan berasal dari keluarga berpendapatan kurang RM1,500 sebulan”.

Menurutnya, program tersebut dijalankan di seluruh Selangor mengikut DUN sebanyak 56 kawasan dengan setiap kawasan diberi kuota sebanyak 100 tempat sahaja.

“Kerajaan negeri konsisten memberikan peruntukan sama pada 2010, 2011 dan tahun ini bagi meneruskan perlaksanaan program ini. Selama tiga tahun perlaksanaannya, Kerajaan Negeri berjaya mengumpulkan seramai 13,367 peserta PTRS.

“PTRS dirangka khusus untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan dan mempunyai prestasi pencapaian pendidikan yang lemah. 

Objektif Kerajaan Negeri dalam melaksanakan program ini adalah untuk meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dan memperbaiki sahsiah atau akhlak pelajar,” katanya ketika menjawab pertanyaan Yap Lum Chin (Balakong – BN) dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di  SUK Shah Alam baru-baru ini.

Dr Halimah menjelaskan PTRS menawarkan empat matapelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah dalam membantu pelajar meningkatkan pencapaian mereka.

Jelasnya, ini kerana penilaian ke atas pelajar hanya dapat dibuat melalui empat matapelajaran itu sahaja  dengan semua pelajar akan menduduki ujian prestasi dalam PTRS sebelum menghadapi SPM.

Prestasi keputusan SPM tahun lalu, tambahnya, melibatkan 4,526 pelajar PTRS mengikut pelajaran adalah Bahasa Melayu ialah 4,012 mencapai kredit dengan peningkatan 15 peratus, 411 lulus (menurun 33 peratus) dan 103 gagal (menurun 75 peratus); Bahasa Inggeris (3,292 kredit – meningkat 28 peratus, 1,029 lulus – tiada perubahan, 205 gagal – menurun 79 peratus); Matematik (3,600 kredit – meningkat 59 peratus, 926 lulus – meningkat 29 peratus), kosong  – menurun 100 peratus) manakala Sejarah (3,806 kredit – meningkat 61 peratus, 617 lulus – meningkat 20 peratus, 103 gagal – menurun 94 peratus).


 Editor : Khaulah Azwar

Bersih sah, tindakan kasar kerajaan pula haram


KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak sepatutnya menghukum Bersih sebagai haram hanya kerana ia adalah pertubuhan yang tidak selari dengan selera kerajaan serta bersuara bagi pihak rakyat seluruhnya.

Justeru, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyambut baik keputusan mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun  lalu bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) adalah sebuah pertubuhan haram.

“Bagi DPPM, keputusan ini adalah kejayaan kepada Bersih dan kepada semua rakyat Malaysia yang cintakan perjalanan sistem pilihanraya yang adil dan bersih,” kata Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor dalam satu kenyataan.

Katanya, keputusan itu menjadi bukti bahawa tindakan kerajaan yang menghukum dan mengasari peserta perhimpunan Bersih adalah salah.

“Ternyata kerajaan silap apabila menghukum entiti yang memperjuangkan nilai demokrasi yang sebenar dan menafikan suara rakyat yang dambakan kebebasan, keadilan dan ketelusan di negara ini.

Beliau menegaskan, Bersih berjaya membuktikan bahawa ia adalah pertubuhan yang sah  dan tidak menyalahi undang-undang malah, tindakan yang dilakukan oleh Bersih juga mematuhi undang-undang negara.

Tambahan lagi, katanya semua perhimpunan Bersih yang dianjurkan sebanyak tiga kali juga tidak menyalahi undang-undang serta pesertanya juga bertindak di dalam batasan undang-undang negara.

Sehubungan itu, katanya DPPM mengingatkan kerajaan bahawa sikap ‘serkap jarang’ atau menghukum sebelum diputuskan bersalah adalah tindakan yang tidak wajar.

“Kerajaan perlu belajar dari kesilapan ini dengan memohon maaf kepada Bersih serta seluruh peserta perhimpunan Bersih di atas tindakan kasar, ganas dan keterlaluan yang dilakukan oleh pihak keselamatan dalam perhimpunan Bersih sebelum ini,” ujarnya lagi.

Why Fast?? Masya-Allah..

Sunday, July 22, 2012

Kata 2, Hentikan Politik Kotor Atau Hasan Ali Berdepan Saman


Batu Caves : ADUN Batu Caves, Amiruddin Shaari hari ini menyelar sikap Presiden  JATI, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang sering melontarkan fitnah kepada pembangkang.
Amiruddin, ADUN Bt Caves menyampaikan sumbangan pada Surau dan masjid
Rakyat sudah faham sangat taktik blogger dan  tentera-tentera upahan maya Umno untuk meraih sokongan adalah dengan menggunakan fitnah lucah.

Lihat saja baru-baru ini, blogger Umno sebar gambar aksi seks wanita bertudung daripada laman lucah Arab untuk memfitnah kononnya gambar itu merupakan aksi seks pemimpin Parti Islam, PAS.

Rupa-rupanya kontraktor upahan Umno  Datukk Hasan Ali juga menggunakan taktik yang sama untuk meraih sokongan iaitu menggunakan fitnah lucah yang menjijikkan terhadap Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dan ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kata Amiruddin “kita telah dengar dalam youtube ceramah JATI penyatuan ummah dan isu akidah. Datuk  Hasan Ali begitu bersungguh-sungguh, sampai terjerit-jerit menuduh Azmin Ali berkongsi isteri.


Kononnya persatuannya, JATI tidak mahu bersekongkol dan bekerjasama dengan Azmin Ali yang berkongsi isteri”.


Selain itu, Datuk Hasan Ali turut menyeru penduduk Gombak agar jangan memilih Azmin Ali kerana menurutnya perbuatan itu dikira bersyubahat.


Sayang sekali, ilmu tinggi tapi akal cetek, kenyataan tersebut memang niat jahat”, ujar Amiruddin selepas Majlis Perasmian Ihya Ramadhan dengan menyampaikan sumbangan RM2000  setiap Surau dan  RM1000  untuk Masjid sekitar DUN Batu Caves di Pusat Komuniti Taman Selayang, disini semalam.



Menurut Amiruddin, PAKATAN Rakyat kesal  dengan tuduhan  fitnah yang direka tanpa membawa saksi  dan bukti yang kukuh telah tersebar luas dalam laman youtube blogger pro UMNO baru-baru ini.


Katanya, “Datuk Hasan  Ali kena tahu salah satu akhlak dalam perjalanan  undang-undang Islam ialah Islam menjaga maruah setiap manusia di muka bumi ini tanpa mengaibkan sesiapa. Tak guna kalau  beliau berhujah tengtang akidah, penyatuan ummah dalam masa sama buat fitnah”.

Apakah beliau lupa Firman Allah SWT,  “Mereka yang menuduh perempuan-perempuan suci dengan tuduhan zina dan mereka itu tidak dapat buktikan dengan empat saksi lelaki maka hendaklah mereka disebat sebanyak 80 kali. Saksi mereka tidak diterima selama-lamanya dan mereka itu adalah orang-orang fasik." (An-Nur :23:4)


Saya teringat  ketika beliau menjadi pesuruhanjaya PAS dan Exco Hal Ehwal Islam, setiap kali Datuk Hasan Ali adakan ceramah, beliau  sering kata, “Fitnah adalah pakaian  orang  UMNO sekarang  beliau juga sikap  seperti UMNO  kerana suka membuat fitnah”.

Usia semakin senja, sewajar nya Datuk Hasan Ali perlu banyak ibadat, perlu banyak bertaubat bukan menjadi pemfitnah.


Beliau menambah,  “walaupun Datuk Hasan Ali sering menafikan yang beliau bukan agen UMNO tetapi kita sering nampak beliau  dengan pimpinan-pimpinan UMNO dengan menyertai ceramah-ceramah parti kompenon UMNO.


Sudah jelas,  Datuk Hasan Ali  sudah jadi kuda tungangan  dan perkakas UMNO.  Beliau merelakan dirinya jadi peralatan semata-mata  kepentingan peribadinya”, ujar Amiruddin.


Semenjak Datuk Hasan Ali mengada “roadshow” didapati ceramah tersebut sering gagal dan tidak mendapat sambutan masyarakat.

Terbaru ceramah yang diadakan di perkarangan perumahan Taman Amaniah, Batu Caves juga gagal, rakyat tidak hadir. Rakyat sudah mual dengan fitnah yang dilontarkan.


Ceramah beliau yang kononnya untuk menyatukan perpaduan ummah dan akidah umat islam tidak mencapai matlamatnya dan sudah jelas ia adalah ceramah motif untuk menjatuhkan PAKATAN Rakyat.

Isu akidah  yang dibangkitkan tidak di tunaikan.  Janji untuk dedah berapa ramai umat Islam rosak akidah tidak juga dilaksanakan.
Soal beliau, “apakah fitnah-fitnah yang dilontarkan Datuk Hasan Ali itu mampu menyatukan ummah?”


Justeru, saya harap sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, UMNO dan JATI yang dipimpin oleh Datuk Hasan Ali banyakan amal ibadah.  Hentikan segala politik kotor dan fitnah, yang tidak mendatangkan faedah kepada masyarakat.  


Datuk Hasan Ali yang kita kenal dulu seorang pemimpin Islam, seorang pakar motivasi, seharusnya gunakan kelebihan yang Allah berikan kearah kebaikan, kini  beliau semakin jauh dan menjadi melayu mudah lupa.


Beliau banyak  termakan propaganda umno, ucapan dan kenyataan beliau  90 kerusi untuk DAP akan bertanding dalam PRU 13 juga merupakan satu niat jahat, ujarnya.


Kalau benar Datuk Dr Hasan Ali bukan agen UMNO,  seharusnya beliau tidak berada majlis-majlis UMNO. Apabila sudah terlibat dengan umno, kita yakin rasuah, kianat akan jadi darah dagingnya.

“Saya desak  agar  Datuk Hasan Ali hentikan fitnah tersebut, jika tidak  saya yakin beliau akan disaman oleh pihak-pihak pembangkang”,
kata Amiruddin .


Majlis di hadiri Pesuruhanjaya PAS, Dr Rani Osman, Ketua-ketua Kampung dan Ahli-Ahli Majlis Zon Batu Caves dengan menyampaikan bantuan Ihya Ramadhan kepada 18 buah surau dan 5 buah Masjid.


Editor : Khaulah Azwar

Saturday, July 21, 2012

Ayah Saya Pernah Menolak Biasiswa Ketika Jadi Timbalan Perdana Menteri



Setiawan : Naib Presiden Keadilan, Nurul Izzah Anwar mendakwa ketika ayahnya memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pernah menolak tawaran biasiswa untuk dirinya  ketika melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Petronas (Petronas).
Nurul Izzah beri ceramah rakyat

Hari ini sejarah lama terukir kembali setelah beberapa belas tahun saya meninggalkan UTP. Berbagai kenangan pahit manis disini mengetuk pintu hati saya. 

Di UTP,  berlakunya politik kotor UMNO apabila ayah saya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di pecat jawatannya. 

Sebelum itu, kerajaan  penah menawarkan bantuan biasiswa kepada  ayah untuk diberikan kepada saya, namun ayah menolak kerana masih ramai rakyat yang susah  perlu diberikan bantuan pendidikan, kata Nurul Izzah dihadapan 2000 lebih hadirin dalam ceramah  rakyat di Setiawan, Perak dalam keadaan hujan lebat.  

Menurut Nurul Izzah, sikap tamak pimpinan UMNO dengan mengaut keuntungan harta Negara sehingga kuota biasiswa untuk mahasiswa juga  hendak diboikot.

“Katanya, apakah  slogan Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan oleh UMNO benar-benar sesuai di gunakan?”.

Rakyat yang susah untuk melanjutkan pelajaran perlu buat permohonan tetapi anak-anak menteri begitu mudah dapat.

Pelajar mahu belajar tetapi mereka perlu buat permohonan (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN).

Antara pimpinan PAKATAN yang bakal berucap dalam ceramah Rakyat
“Pelajar kena tangung hutang dengan di kenakan bunga lagi sehingga tak mampu nak bayar hutang tersebut  walaupun mereka sudah bekerja, Apakah ini dikatakan membantu rakyat?”,  soal  Nurul Izzah.

Beliau mengulas lagi, di Turki selepas menang dalam pilihanraya 2002, Menterinya Reccep Tayyip Edrogen pernah berkata, “saya tidak akan bangga menjadi Perdana Menteri jika ada anak fakir miskin yang tidak mampu belajar sebab miskin”.

Lihat bagaimana seorang Perdana Menteri sanggup korban dan rendah hati untuk rakyat, bagaimana Menteri-menteri kita di Malaysia?

Sekarang Turki memberi pendidikan percuma daripada peringkat Sekolah Rendah sehingga ke Universiti. Apakah Negara ini kaya, ada minyak sawit, ada minyak petrol?? Langsung tiada.

Di Malaysia, petronas, minyak kelapa sawit semua ada. Untung Petronas sahaja RM80 billion. Jadi mengapa tidak mampu beri pendidikan percuma kepada anak-anak rakyat Malaysia secara percuma. Pendidikan sangat penting. 
Walaupun hujan, rakyat tak berganjak dengar ceramah PAKATAN, Syabas!!

PAKATAN Janji, dan beri jaminan, jika menang PRU13, tahun itu juga kita lunaskan janji beri pendidikan percuma, hapuskan PTPTN, Negara Malaysia tidak akan muflis setelah dibuat kajian, kata Nurul Izzah dengan sambutan tepukan gemuruh dan sorakan Takbir serta Reformasi. 

Ceramah rakyat dihadiri saf-saf pimpinan PAS, PKR, DAP Setiawan.



Editor : Khaulah Azwar
  




SIMFONI KASIH TAUTAN HATI