Friday, July 20, 2012

Jahat Nya Lidah Hasan Ali, bertaubatlah Datuk




Firman Allah:
“Mereka yang menuduh perempuan-perempuan suci dengan tuduhan zina dan mereka itu tidak dapat buktikan dengan empat saksi lelaki maka hendaklah mereka disebat sebanyak 80 kali. Saksi mereka tidak diterima selama-lamanya dan mereka itu adalah orang-orang fasik."(an-Nur (24): 4)

Nauzubillahhimin zalik.. Inikah ahli politik yang  semua rakyat Gombak undi selama ini? Sudah2lah tu  Datuk Hassan Ali. Bertaubatlah kamu.. Kembalilah ke jalan yang lurus dan diredhai oleh Allah SWT. 

Adakah Datuk sanggup menjadi orang yang fasik demi mencapai cita-cita politik Datuk ? Jika  Datuk Tak  takut dengan balasan didunia, takutlah dengan seksaan Allah SWT di Akhirat kelak!

Itupun kalau  Datuk masih mahu percaya wujudnya Hari Pembalasan!!!

Penulisan benar rasa sedih dan terkilan, sikap seorang pemimpin islam yang dulu dibangakan di DUN Gombak kini menjadi Agen UMNO Laknatuallah. 

Semakin hilang rasa hormat penulis padanya.. Inilah ujian Allah bagi umatnya yang sering mendabit dada. Di fikirannya hanya fikir duit..duit, dah nampak duit buat apa sahaja tanpa takut dengan pembalasan Tuhan kelak.

Teringat sungguh kata-katanya dalam ceramah, setiap mesyuarat, fitnah merupakan pakaian UMNO, sekrang ni fitnah yang sering dilontarkan Datuk juga menjadi pakaiannya.

Moga Ramadhan ini diberi hidayah kepada Datuk untuk kembali ke pangkal jalan.. amiin ya rab

Thursday, July 19, 2012

Tazkirah Jumaat: Jom Pakai Kopiah, Dan Elokkan Akhlakmu

Jangan anggap orang yang berkopiah itu ustaz, tapi anggaplah beliau ada talent dan ciri-ciri ke arah menjadi seorang ustaz.

Bantu dan berilah semangat kepada mereka hingga betul-betul menjadi seorang ustaz. ♥

InsyaAllah, Bila dah pakai kopiah, elokkan akhlak kita.. boleh kan?

Jom pakai kopiah :

Penulis paling suka melihat muslimin pakai kopiah, sejuk mata memandang. Penulis yakin  kaum muslimin juga suka melihat muslimat bertudung labuh kerana itulah ciri-ciri muslim yang tahu menjaga peribadinya. 

Ingat pakaian mencerminkan diri kita sebenar. Moga jadi mukmin sejati. Bulan Ramadhan bulan tarbiyah, maka kita tarbiyahkan diri kita untuk menutup aurat dengan baik..Tutupp aurat bukan hanya bulan ramadhan tetapi hingga kita kembali kepada Allah SWT,  bolehkan???

Terimalah Pinangan Ku, Gerakan ISLAM yang terbaik

Kelantan : Akhirnya pinangan diterima juga.. Alhamdulilah  setelah beberapa bulan Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaeiyah Abdul Manan berjinak-jinak dengan gerakan PAS, baru sahaja mengisytihar kemasukan ke dalam PAS.

Beliau telah menyerahkan borang keahlian seumur hidup sebentar tadi di dalam satu majlis ceramah bersama YAB Tuan Guru dan Exco kanan kerajaan negeri, YB Dato Husam di Padang YIK Nilam Puri.

Abby yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza dalam siri rancangan televisyen Gerak Khas kini bergiat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan PAS kebelakangan ini termasuk menyertai himpunan Bebaskan Tahanan ISA di Kamunting, Taiping, Perak, minggu lalu.

Tidak ketinggalan bekas rakan sepasukannya dalam filem tersebut juga menempelak Abby kunun mewakili anak-anak polis mencabarnya supaya berdebat dengannya.

Tetapi sehingga ke hari ini AC Mizal masih tidak memberi kata putus berkenaan isu debat yang dimulakannya sendiri.

Abby Abadi sebelum ini pernah menyatakan hasratnya kini ingin lebih dekat dengan agama selain menjadi insan lebih baik setelah melalui pelbagai pengalaman yang banyak mengajarnya erti sabar termasuk diberi jalan untuk berhijrah.

“Bukan sebab saya pilih pentas (majlis Pas) untuk berkongsi pengalaman, saya juga mendapat jemputan daripada majlis agama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama persatuan wanita.

“Saya seronok berkongsi cerita supaya apabila ada wanita lain melalui peristiwa seperti saya (berhijrah) mereka akan sama-sama mendapat kekuatan melalui perkongsian pengalaman ini,” katanya.

Beliau berkata, perjuangan sebenar ialah apabila seseorang itu semakin dekat pada agama dan sayang kepada ALLAH.

Apa-apa pun kita rakamkan syabas kepada Abby Abadi dan kita alu-alukan beliau di dalam saf perjuangan Parti Islam SeMalaysia ini. 

 Apabila hati sudah suka,bersatulah hati, bertemu tidak jemu berpisah tidak gelisah. Hidup matiku kerana Allah, bila hati dah di miliki maka, ku serahkan jiwa raguku untuk yang satu.. susah senang akan di tempuhi juga.. Takbir..

Wednesday, July 18, 2012

Video Mat Sabu -Himpunan Hijau Kuala Selangor




Jom Imarahkan Program Ramadhan Bersama Pimpinan dan Artis


Insya-Allah hanya tinggal dua hari lagi umat ISLAM bakal menyambut Ramadhan
  yang sangat dinantikan.

Berbagai aktiviti disediakan oleh pimpinan Pakatan Rakyat untuk semua umat ISLAM.

Ayuh kita aktifkan diri dengan mendekati majlis ilmu, mendekati alim ulma dan artis-artis yang telah berhijrah.
Sehubungan itu, suka ana rakamkan Selamat Menyambut Ramdhan Al-Karim, Maaf Zahir Batin buat semua sahabat sahabiah, ahli keluarga yang semua yang mengenali ana . Moga  amal kita diterima Allah, Insya-Allah.

Pilihanraya Jawatankuasa Masjid Tidak Tulus, Pengundi Tertipu.


Gombak : Walaupun  Perlantikan Jawatankuasa Masjid peringkat negeri Selangor telah sebulan berlalu namun masih  ramai di kalangan anak kariah  setempat rasa tidak puas hati  akibat  terdapat tangan-tangan ghaib telah masuk campur tangan dalam perlantikan tersebut.


Datuk Wan (Kiri ) Tunjuk Surat bantahan  Jais yang Tak  Tulus dalam Pentadbiran

Penaung Persatuan Penduduk Desa Minang, Datuk Wan Mohd Safian Hj Wan Hasan mewakili penduduk disitu lahir rasa terkilan apabila prosedur yang telah di ditetapkan Jabatan Agama Islam (JAIS)  dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak seindah khabar dari rupa.


 Beliau berkata, “sebagai anak kariah disini kita rasa tidak puas hati  jawapan yang diberikan JAIS   tanpa mempertimbangkan sebaiknya”.


Sebagai Jabatan  Agama, JAIS sewajarnya menimbang  dan meneliti bantahan tersebut kerana mereka tidak tahu siapakah yang layak menerajui institusi masjid dan surau.
JAIS juga tidak sewajarnya memihak sesiapa bagi mewakili parti kerana ia mencemarkan institusi masjid.

Contohnya, Jawatan Timbalan Nazir  Masjid Ar-Rahimah Greenwood  calon yang bertanding adalah  Hamid Jusoh  yang menang dalam pengundian tetapi mengapa Nik Nazmi Nik Yaacob pula dipilih? soal Datuk Wan dalam sidang media pagi semalam di Dewan Jawatankuasa Penduduk Desa Minang, Gombak disini.

 Pengerusi Kol (B) Hamzah Bachik  pula menjelaskan, perlantikan  Nik Nazmi juga melanggar etika Suruhanjaya Pilihanraya Masjid yang dilantik  tanpa prajudis antaranya beliau menawarkan diri bertanding dua jawatan calon Timbalan Nazir dan Bendahari.

“Hamid Jusoh yang telah menang dalam undian merupakan seorang Pensyarah Undang-undang Islam di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan banyak terlibat dalam urusan pentadbiran. Pengetahuan Agama adalah lebih luas”, katanya.

Wartawan di  fahamkan,  Nik Nazmi  merupakan jurusan Akaun menarik diri daripada menjadi calon Bendahari selepas nama di pamerkan, dengan itu calon bendahari telah diistiharkan menang tanpa bertanding. 


Menurut  Hamzah, majoriti anak kariah juga rasa kesal tindakan JAIS yang tidak mengikut prosedur melantik  ahli jawatankuasa (AJK) Masjid.


Katanya, “jawatan untuk AJK Masjid adalah lapan orang tetapi JAIS hanya memilih enam orang sahaja tanpa memberi alasan yang kukuh mengapa dua daripadanya digugurkan.


Ekoran itu, kami telah keluarkan surat bantahan yang  diberikan kepada Datuk Setiausaha MAIS, Datuk Setiausaha Sulit Tuanku Sultan Selangor, mengikut prosedur. Tetapi surat jawapan yang diberikan oleh JAIS kepada kami tidak diberikan kepada mereka seperti diatas, tiada sebarang salinan untuk pihak berwajib”.


Beliau juga mendakwa  isi kandungan surat daripada JAIS adalah senarai calon yang di pilih di peringkat masjid akan ditapis dan di bincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan di peringkat Daerah (JKPD) yang dipengerusikan oleh Orang Besar Daerah atau Pegawai Tadbir Agama Daerah.

Mesyuarat bersama Jawatankuasa Penduduk bantah JAIS Yang Tak Telus

Calon yang di pilih akan diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kariah MAIS. Sehubungan itu MAIS mempunyai kuasa memilih calon yang layak melalui mesyuarat JKPD tersebut.

Ujar Hamzah lagi “kami tidak faham isu surat kandungan tersebut kerana  tidak dinyatakan dengan jelas siapakah orang-orang yang disebut dan mengapa surat ini tidak diberikan kepada Setiausaha Sultan Selangor dan pihak berwajib yang perlu dipanjangkan kepada kerajaan negeri Selangor juga”, soal  Hamzah.

Pemberitahuan isu berbangkit adalah penting bagi memastikan perjalanan aktiviti kemasyarakatan dalam masjid dan surau berjalan lancar.


Justeru, kami berpendapat JAIS bukan sahaja   membelakangkan Sultan pihak –pihak berwajib yang berperanan  megimarahkan rumah ibadah ini kerana tidak mengikuti prosedur perlantikan yang telah di tetapkan sebelum ini. Tindakan JAIS ini sudah jelas seolah ada sesuatu yang disembunyikannya.

Kita malu slogan yang digunakan oleh JAIS “Berkhidmat Kerana Allah Untuk Negara” tidak mencerminkan perkara sebenar.


“Imej pentadbiran ISLAM itu telah terjejas kerana kepentingan oleh pihak tertentu tanpa rasa takut kepada Allah untuk memberi khidmat kepada masyarakat”, katanya.

Sementara itu,  salah seorang pengundi anak kariah Masjid Ar-Rahimah, Greenwood, Hj Manaff Abd Latiff pula berkata, “saya benar-benar kesal dengan perlantikan yang dibuat”.


“Saya rasa tertipu dengan perlantikan JAIS. Pihak Masjid telah istihar nama pemenang tetapi  JAIS  istiharkan nama  lain pula.


Perkara ini benar-benar membuang masa kita untuk datang mengundi. Ketulusan JAIS dalam membuat perlantikan ini telah meragui semua umat islam berikutan  ramai umat ISLAM  dibeberapa kawasan  di negeri Selangor tidak puas hati dengan perlantikan dibuat”, katanya.


Tambahnya lagi, “Isu ini bukan hanya berlaku di Gombak tetapi seluruh kawasan Selangor. Apa yang saya bimbangkan akibat campur tangan JAIS dan pihak yang tidak bertanggungjawab akan memberi gangguan semua aktiviti masjid dan surau.


Rakyat berharap, apabila PAKATAN  Rakyat memerintah, masjid, surau   akan terus di imarahkan dengan majlis ilmu, berbagai aktiviti kemasyarakatan dilaksanakan tanpa mengira parti.

Kita bimbang akan datang institusi masjid dan surau tidak aktif pula berpunca campur tangan JAIS, MAIS dan tangan-tangan ghaib”, ujarnya.


“Saya harap tahun hadapan tidak perlu buat  hari pengundian kerana ia buang masa untuk rakyat hadir kerana pemilihan rakyat tidak diambil kira oleh JAIS.
 Kita harap JAIS tidak memberi jawapan yang mengecewakan semua pihak dengan tidak mengambil sebarang tindakan relevan.


Pihak atasan JAIS sewajarnya mengambil peduli isu-isu berbangkit sejak akhir ini dan perlu bersidang dengan semua badan berwajib  demi ummah,  katanya”.


Hadir sama, Kol (B) Hamzah Bachik, dan Hj Mustaha Majid.
 
Editor : Khaulah Azwar


Kerajan Negeri Sasar Dana RM 20 Juta Untuk MIMBAR

 
SHAH ALAM:  Menjelang tahun ini, Kerajaan Selangor Pakatan Rakyat (PR) mensasarkan dana RM 20 juta yang diperuntukkan bagi Skim Mikrokredit Miskin Bandar (Mimbar).

“Sehingga Jun 2012, Kerajaan Negeri telah memberikan RM 11 juta kepada 4,452 peminjam bagi pelaksanaan skim itu”, kata Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail.

Menurutnya, dana tambahan perlu dilaksanakan pada tahun hadapan memandangkan permintaan terhadap skim itu kian bertambah.

“Bagi memastikan kelangsungan dan sasaran program ini dapat dicapai, dana yang diperolehi itu diberikan secara berperingkat..

Mimbar mensasarkan kira-kira 250 peminjam setiap minggu di mana kutipan hutang yang dibayar semula oleh peminjam ini akan digunakan sebagai wang pusingan.

“Bagaimanapun dana tambahan perlu dilaksanakan memandangkan permintaan meningkat dan tidak mencukupi sepenuhnya,” katanya.

Rodziah  merupakan ADUN Batu Tiga berkata demikian semasa menjawab pertanyaan mulut daripada Azmin Ali (Bukit Antarabangsa-PKR) dalam sidang Dewan Negeri Selangor di sini.

Beliau menambah lagi, Kerajaan Negeri turut menyediakan latihan intensif kepada peniaga kecil-kecilan bagi meningkatkan kemahiran dan kepuayaan mereka supaya perniagaan dapat dikembangkan.

Program untuk ibu tunggal dan golongan kurang upaya (OKU) juga disediakan selaras dengan hasrat kerajaan negeri sebagai negeri berkebajikan.

“Kita tidak tinggalkan mereka dalam lingkungan kemiskinan. Kita bantu mereka dengan pelbagai program seperti pembersihan masjid dan pembungkusan semula produk bagi meningkatkan pendapatan mereka.

“Selain itu, peminjam Mimbar pula akan diberi latihan dan tunjuk ajar mengenai ilmu berdaya saing dalam perniagaan supaya mereka dapat meningkatkan skil di peringkat yang lebih tinggi,” ujarnya.
 
 
  
Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI