Thursday, April 26, 2012

Dayang Ku Intan Seru Rakyat Malaysia Hadir Himpunan Duduk Bantah

Dayangku Intan sedang bagi ceramah bukan menyanyi ye.. Orang muda wajib hadir tanpa sebarang keuzuran.
GOMBAK: Dayangku Intan penyanyi terkenal era 80-an menyeru agar seluruh rakyat Malaysia menyertai Himpunan Bersih 3.0 yang akan diadakan pada 28 April, Sabtu di Dataran Merdeka.

“Saya menyeru agar rakyat Malaysia  hadir dalam Himpunan Bersih 3.0   untuk memastikan pilihanraya kali ini tidak dicemar dengan kerja kotor UMNO dan SPR.

"Rakyat Malaysia harus membuat perubahan pentadbiran negara bagi memastikan negara Malaysia selamat daripada diurus pentadbiran kerajaan UMNO-BN yang korup.

“Insya-Allah saya bersama keluarga akan hadir tanda menyokong himpunan ini bagi menuntut pilihanaraya  bersih, adil dan tulus,” kata beliau dalam ceramah Pentas Wanita Gugat BN di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Gombak, disini.

(Antara orang ramai yang menyertai ceramah Dayangku Intan di Taman Melewar)

Sehubungan itu, beliau meminta agar kerajaan memberi kebenaran kepada  semua rakyat berhimpun secara aman di Dataran Merdeka tanpa di sembur dengan gas pemedih mata.

“Tindakan pimpinan UMNO dengan mengerah petugas polis dan FRU menyembur gas pemedih mata  sehingga memberi kecederaan  dan kematian kepada rakyat  dalam Himpunan Bersih 2.0 tahun lepas amat mendukacita seluruh rakyat dan mendapat perhatian luar negara," katanya.

Dayang berkata, dulu beliau tidak ambil peduli dengan apa yang berlaku pada negara  Malaysia, "tetapi setelah   menerima hidayah Allah, saya   tidak teragak-agak memilih perjuangan Pakatan Rakyat (PR) yang benar tulus dan bersih lebih-lebih lagi perjuangan PAS yang berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah diurus kepimpinan para Ulama.”

Ujar Dayang lagi, semangatnya semakin kuat apabila pelbagai isu  negara yang timbul tidak diatasi dengan baik seperti rasuah berleluasa, penyelewengan wang negara oleh pimpinan UMNO, isu skandal NFC  dan banyak lagi membuat beliau menjadi jelek dengan pimpinan  UMNO dan nekad tidak akan menyertai parti UMNO demi masa depan negara dan generasi muda akan datang. 

"Sikap mereka inilah membuatkan saya berani tampil kehadapan bersama semua pimpinan Pakatan Rakyat seperti rakan saya Aisyah yang telah menyertai PAS," katanya.

Berikutan dengan sikap bongkak, angkuh,  tamak, tidak peduli masalah rakyat semakin  ramai artis, pelakon, pelawak ramai keluar UMNO masuk Pakatan Rakyat, kata beliau.

“Saya lihat ramai rakyat terutamanya golongan muda semakin sedar negara Malaysia diambang kemusnahan sehingga berani tampil buat bantahan untuk memastikan UMNO-BN tidak terus memerintah pada PRU13  nanti, sikap ini amat dipuji moga amalan diterima sebagai Jihad Fisabillilah," katanya.

Justeru, untuk memastikan UMNO di kuburkan pada PRU13 nanti,  beliau harap semua rakyat Malaysia hadir dalam Himpunan Bersih 3.0 tanpa keuzuran.

"Tarikh itu hanya untuk himpunan ini  dan apabila tiba pilihanraya jangan sekali tangan kita salah pilih," kata Dayang.

Hadir sama, bekas calon PAS di Tenang, Johor Cikgu Normala Sudirman, Ketua Dewan Muslimat PAS Batu, Salbiah Abd Wahad, Exco Wanita Parti Sosial Malaysia, Letchimi Dewi

Editor : Khaulah Azwar

Tuesday, April 24, 2012

Isu Scorpene : Zahid Mungkir Janji



 
Gombak, 25 APR: Badrul Hisham Shahrin atau dikenali sebagai Chegu Bard, Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) meminta Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi hari ini mengotakan kata-kata beliau yang sebelum ini mendakwa bersedia berkerjasama untuk menegakkan keadilan berhubung isu yang membabitkan isu komisen kapal selam scorpene.
“Dalam pertengahan tahun lepas bila isu scorpene ini dibangkitkan, dia seolah-olah bongkak di dalam negara.

“Dia kata tak ada masalah kalau diperlukan di mana juga mahkamah, dia akan berikan kenyataan, “sanggup beri kerjasama”, kononnya tiada benda yang nak diselindungkan dan berikan mahkamah tegakan keadilan.

“Tetapi yang terbaru sekali, bila kes ini betul-betul disebut di mahkamah Perancis ternyata dia pulak takut dengan alasan tak ada sebab nak gunakan duit sendiri untuk pergi ke mahkamah Perancis.

“Kata mahu mahkamah tegakkan keadilan tetapi tak mahu beri kerjasama. Cakap apa ini, selalu nak putar belit,” beritahu Chegu ketika dihubungi  media hari ini.

Chegu Bard berkata lagi, sebaliknya semalam Zahid telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan hadir ke mahkamah di Perancis samada dibiayai kerajaan mahupun dengan menggunakan wang dari poket sendiri. Tetapi  Zahid tidak berbuat demikian.  

Menurut Chegu Bard keengganan Menteri Pertahanan itu untuk hadir dalam inkues di mahkamah Perancis akan memalukan rakyat dan menjejaskan imej negara.

“Kita difahamkan bahawa mahkamah Perancis telah menerima Najib dan Zahid selaku saksi dalam kes tersebut.

“Oleh kerana itu, jika Najib dan Zahid mengelak untuk hadir ketika dipanggil, menurut sumber perundangan, mahkamah Perancis boleh memanggil surat panggil atau waran tangkap kepada Najib yang suatu ketika dahulu adalah Menteri Pertahanan dan juga Menteri Pertahanan sekarang.

“Lebih penting lagi sekiranya ianya berlaku ia bukan sahaja menjejaskan soal imej negara tetapi juga soal keselamatan negara.
Beliau turut meminta agar rakyat malaysia fikir “Apakah rasanya sebagai rakyat Malaysia apabila PM kita menjadi buruan di peringkat antarabangsa? Tentu memalukan kita semua.

“Ia tak mustahil, jika tak hadir sudah tentu waran tangkap boleh dikeluarkan melalui rangkaian Interpol dan sebagainya dan ini pernah berlaku terhadap diktaktor Augusto Pinochet,” yang ditangkap oleh rangkaian interpol di hospital,” ujar beliau merangkap Ketua PKR Cabang Rembau.

Terdahulu pada 29 Mei, 2011, ketika menjawab soalan wartawan dalam isu yang sama, di samping mahukan ketelusan dalam siasatan beliau juga mahukan mahkamah menentukan kebenaran.

Zahid turut memberitahu bahawa beliau bersedia untuk ke mahkamah sekiranya diminta berbuat demikian oleh mahkamah.

“Mereka boleh cabar kita di mahkamah. Kita mahu lebih telus. Berhubung dakwaan mereka, biar mahkamah tentukan kebenaran,”

“Saya sedia ke mahkamah jika diminta berbuat demikian tetapi, syaratnya mesti diluluskan oleh kabinet.

“Jika kabinet tidak benarkan, maka saya tidak perlu pergi,” menurut Zahid ketika itu yang jelas bertentangan dengan kenyataan terbaru beliau yang enggan berkerjasama untuk mahkamah membuktikan kebenaran.” ujar beliau.

Skandal pembelian scorpene oleh kerajaan Malaysia menimbulkan pelbagai kontraversi termasuk dikaitkan dengan pembunuhan warga monggolia, Altantuya Shaariibu.
 
 
Editor : Khaulah Azwar
 

Adik Puteri Nurlyana Farhana Bercita-cita Menjadi Atlet Sukan Negara




Gombak : Rumah merah berjaya mencatat sejarah dengan menjadi Johan keseluruhan Sukan Tahunan Seri Al-Huda Gombak yang ke -13 sesi 2012   dengan memperolehi markah sebanyak 6600 sekaligus menewaskan  rumah hijau yang  memperolehi sebanyak 5740 berada tangga kedua. 
 
“Manakala rumah biru pula berada tempat ketiga memperolehi markah  sebanyak 5290 dengan menewaskan  rumah kuning  yang hanya memperolehi markah sebanyak 5260”, kata Pengetua SRI Al-Huda Gombak, Surayah Sarin ketika ditemui media di Padang SK Taman Melati.  

Tambahnya lagi, “bagi acara perbarisan pula rumah kuning merupakan perbarisan terbaik. 

Antara yang dinilai adalah perbarisan yang tersusun, kreativiti rumah, kekemasan pakaian pelajar, dan displin pelajar ketika perbarisan”.

Manakala, “bagi acara olahragawan dimenangi adik Arif Faizeen Che Noor daripada rumah merah dan olahragawati dimenangi adik Nurun Nuha Ahmad Nazri daripada rumah biru”, ujarnya.

Menurut Surayah setiap tahun antara rumah yang menjadi persaingan sengit antara rumah merah, rumah hijau dan biru dengan mengekal mata keseluruhan tidak begitu jauh.  

Usaha yang ditunjukan antara semua guru rumah dan pelajar setiap tahun semakin meningkat  bagi melahirkan pelajar cemerlang dalam pendidikan apabila mereka terlibat dalam sukan.

Katanya lagi,” saya juga rasa gembira  dan berterima kasih dengan penglibatan ibubapa penjaga seperti menyumbangkan tenaga, buah fikiran, kewangan dalam menjayakan sukan tahunan SRI Al-Huda setiap tahun bagi memastikan matlamat Ke Arah Institusi Pendidikan Yang Unik, Cemerlang dan Terbilang”.

Sehubungan itu, Adik Puteri Nurlyana Lokman Hakim, 7, rumah merah rasa gembira  dengan memperolehi Pedal Emas,  Pedal Gangsa satu dan Pedal Silver apabila ketiga-tiga acara iaitu acara 80m tempat pertama, bawa bola gergasi tempat pertama,  dan lari bola berhalang tempat kedua.

Kata Puteri, “semangat kesukanan yang ditunjukan antara semua guru rumah dan semua rakan serta sokongan ibu benar-benar membakar semangat saya untuk merebut  pedal sukan yang pertama kali disertai di peringkat Sekolah Rendah Islam Al-Huda”.

“Harapan saya satu hari akan menjadi atlet sukan peringkat Negara apabila dewasa kelak dan menjadi Doktor perubatan”, ujarnya.  

Larian 80m, Puteri Nurlyana Farhanah bersemangat lari pecut.  (Moga jadi Atlet berjaya nana)  
Larian Bola Gergasi Lelaki


Ceria adik-adik muslimin terima hadiah 
Anak-anak PASTI Ibunu Sina sentiasa displin dan berjaya.





Artikel Murabbi Untuk Pejuang : Jangan Abaikan Tarbiah Walaupun Musim Pilihnraya

Sesungguhnya keperibadian Muslim yang tulen merupakan batu bata yang menjadi tapak kepada pembinaan jamaah. 
Kukuhkan peribadi Muslim melalui program tarbiah fardi (perseorangan) atau secara jama’i).

Jika berlaku kelemahan dan kecacatan di dalam proses pembinaan ini maka jamaah perlu dipertangungjawab kenapa perkara ini berlaku.

Sekiranya jamaah sudah berusaha semaksimum mungkin mengatur program, namun sikap ahli atau pimpinan yang  tidak memperdulikan program ini, maka jamaah boleh melepaskan diri daripada tanggungjawab ini.

Kerana kegagalan berbuat demikian akan memberi kesan jangka panjang kepada parti Pas untuk meneruskan perjuangan, kerana  perjalanan masih jauh. Kegagalan ini akan memberi kesan jangka panjang dan keruntuhan kepada jamaah. 

Mengakibatkan parti  tidak boleh melahirkan keperibadian yang bertanggungjawab dan petugas yang sanggup memikul beban tugas yang merupakan amanah. Paling malang sekali,  kesan yang paling buruk ialah mereka ini membebankan parti, bukan meringankan parti.

Sesungguhnya tabiat perjuangan itu sendiri yang perlu meletakkan asas yang kukuh kerana ia menuntut kita kepada amal jihad yang berterusan. Untuk mendapat kejayaan cemerlang, jamaah mesti melahirkan  manusia yang memiliki akidah yang betul-betul memahami Islam mengikut sistem tarbiah  yang baik untuk persediaan kepada jihad dan pengorbanan.

Imam Syhid Hassan al-Banna pernah menyatakan “Sesungguhnya lelaki bercakap bukan lelaki kerja,lelaki kerja pula bukan lelaki jihad, lelaki jihad yang semata-mata berjihad saja bukan lelaki yang bijaksana yang boleh mengeluarkan hasil yang memberi keuntungan besar melalui pengorbanan yang sidikit saja”

Tarbiah mempunyai kesan dan pengaruh jangka panjang dan pendik untuk menghadapi berbagai-bagai peristiwa dan keperluan amal di jalan dakwah, samada ketika menghdapi dugaan atau tipu helah musuh.

Tarbiah tidak sepatutnya  dibataskan untuk ahli biasa sahaja, sedangkan peringkat atasan ditinggal begitu sahaja. Ia wajib diamalkan  tanpa ada pilihan kerana setiap orang memerlukan bekalan dan bahan ingatan.

Tarbiah amat diperlukan sepanjang masa, terutama ketika suasana kritikal , seperti sewaktu pilihanraya. Suasana begini amat penting kerana unsur iman diperlukan untuk mendapat sokongan dan pertolongan Allah.

Meneruskan usaha tarbiah amat diperlukan sebagai persediaan kepada generasi akan datang untuk menyambung tugas perjuangan jihad sebagai barisan pelapis.

Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan kecuaian terhadap program tarbiah.

Sheik Mustafa Masyhur dalam bukunya “Tariq al-Dakwah Baina al-Asalah wal-Inhiraf” (Jalan Dakwah Antara Keaslian Dan Penyelewingan) telah menggariskan beberapa perkara yang boleh menyebabkan program tarbiah terencat untuk menjadi ingatan kepada kita, supaya perkara ini tidak berlaku kepada parti Pas

a. Memberi tumpuan yang lebih kepada bidang politik dan meringankan aspek tarbiah . Hal ini diatur oleh politik yang terlalu sibuk menghabiskan masa dalam menyelesaikan masalah , kemusykilan dan perhitungan.

b. Tidak menyediakan para murabbi dan para pelatih. Para murabbi hanya menumpukan kepada peringkat tinggi, dan mengabaikan peringkat bawahan. Selain itu berlebihan memberi keutamaan kepada berceramah ke merata-rata tempat kerana banyak jemputan hingga melemahkan  tugas mereka dalam aspek tarbiah.Dengan ini amat penting disediakan para murabbi  untuk mengimbangkan program  ceramah dengan tarbiah.

c. Usrah tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Usrah tidak digunakan untuk mengasah bakat dan  pembentukan peribadi dan membina akhlak.

d. Sibuk dengan bidang-bidang lain hingga mengenepikan tugas tarbiah.

Muhasabah yang diberikan oleh Sheikh Mustafa Mashur ini boleh kita mmbuat koreksi terhadap diri kita dan juga jamaah kita supaya ia menjadi jamaah yang unggul. Walaupun beliau menulis di dalam konteks negeri Mesir yang berbeza dari segi demografi dan suasana persekitaran politik. Namun beberapa saranan dan teguran beliau itu ada relevan untuk kita muhasabah diri dan parti kita.

Setiap ahli Pas mesti melatih  diri mereka mengutamakan sudut amali daripada banyak bercakap. Elakkan diri daripada terjebak dengan pencemaran riya’ yang boleh membawa kepada kerosakan dan kemusnahan amalan dan parti. Elakkan diri daripada menyebarkan diayah palsu sesama ahli jamaah

Elakkan pertengkaran dan perbalahan sesama anggota, kerana syaitan akan masuk campur dan berlakulah pertelingkahan dan permusuhan sehingga merosakkan ukhwah. Semua ini menjejaskan amal kerja untuk berdakwah. Rasulullah melarang kita dari bersifat demikian kerana ia tidak mendatangkan kebaikan.

Memanglah ukhwah sangat penting dalam berdakwah dan berjihad supaya tidak ada peluang kepada musuh menembusi masuk ke dalam saf jamaah. Kecuaian terhadap ruh atau semangat ukhwah dan kasih sayang sesama anggota akan memberi  peluang kepada syaitan dan musuh sehingga membawa kepada pertelagahan, kegagalan dan keruntuhan. Firman Allah SWT

“Dan janganlah kamu berbalahan, maka kamu akan gagal dan hilang kekuatan kamu” (Surah al-Anfal 46)

Imam Syahid Hassan al-Banna menasihat perkara ini “Masa merupakan kehidupan, dan tanggungjawab lebih banyak dari masa. Oleh itu janganlah kita sibuk dengan menguruskan kulit mengenepikan isi dan jangan sibuk dengan banyak cakap dan bertengkar tetapi mengenepikan amal.

Rakyat Kaum India Terharu Terima Bantuan RM30 Ribu Bina Kuil



Taman Selayang Prima : Seramai 3000 Penduduk kaum india Taman Prima Selayang  lahir rasa terharu apabila menerima bantuan cek bernilai RM30 Ribu daripada kerajaan negeri Selangor untuk membina kuil.

Pengerusi Kuil Sri Maha Mariamman, Sivalingam berkata, “Walaubagaimanapun rakyat disini kesal apabila permohonan pemberimilikan tanah kerajaan di Prima Selayang untuk tujuan pembinaan kuil tidak diluluskan Pejabat Tanah.

Justeru, saya mewakili penduduk kaum india disini  berharap ADUN Parlimen Gombak, Azmin Ali serta ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari membantu mengatasi isu ini sejak 2004 tidak diluluskan  Pejabat  tanah dibawah pengurusan kerajaan UMNO –BN terdahulu”.

“Kita  telahpun berurusan dengan ADUN terdahulu serta pejabat tanah, namun  kita  kesal permohonan ini tidak mendapat perhatian sewajarnya,  kata Mariamman dalam ucapan Majlis Bantuan Pemberian Cek Pembinaan rumah ibadah non-muslim, disini.

Tambahnya lagi, 3 Dis, 2004 saya telah menerima surat Pejabat tanah memperakukan permohonan kami untuk direzabkan di bawah seksyen 62 Tanah Negara dibawah kawalan Pegawai Daerah Gombak.

Pada Mac, 2012 Pejabat Tanah, Pegawai Pentadbir Tanah Nor Zaidi  Ratiman telah menghantar surat kepada Dr Xavier Jayakumar, Exco Selangor, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin  memaklumkan Pejabat tanah menolak permohonan tersebut.

“Rata-rata penduduk  di sini rasa kesal kerana  hasrat penduduk untuk membina kuil   untuk beribadah tidak diluluskan Pejabat tanah.
Kita tidak mahu duit kerajaan tetapi penduduk mahu tanah untuk bina rumah ibadah,” ujarnya.

Menurutnya ,   selain Taman Selayang Prima,  dua kawasan iaitu Selayang Utara 2, Selayang Utama datang jauh untuk sembahyang di  sini dalam keadaan begitu sempit serta terdapat kerosakan kuil disini.

Sehubungan  itu, Azmin Ali, Ahli Parlimen Gombak  pula berkata, “kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) sentiasa mengambil berat kehidupan rakyat tanpa kira parti dan perkauman.

Buktinya, apabila kerajaan negeri memperuntukan RM3 Juta membina sekolah Midlands untuk anak-anak kaum india”.


“Kita mahu semua anak di seluruh negeri Selangor mendapat pendidikan yang cukup, selesa dengan dilengkapai peralatan IT dan Makmal yang canggih”, kata Azmin.

Tambahnya lagi," dengan memperuntukan RM3 Juta kita harap anak-anak kaum india tidak lagi bersekolah di kawasan Felda, suasana pembangunan yang tidak selesa.

Mengenai isu kuil yang dibangkitkan penduduk disini juga kita akan usul kepada kerajaan negeri  agar mengadakan satu mesyuarat khas semua Jabatan terlibat seperti Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Pejabat Tanah Daerah Gombak (PTDG) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk meneliti permohonan tersebut", kata Azmin merangkap Timbalan Presiden  PKR.
 
Difahamkan  pengurusi Kuil Sri Maha Mariamman telah menerima cek bantuan pembangunan Kuil berjumlah RM30 Ribu daripada kerajaan negeri Selangor dibawah pengurusan Dr Xavier Jayakumar yang telah disampaikan Azmin Ali bagi membaiki kerosakan infrastruktur bangunan, dan menaiktaraf kuil sediada.
Katanya, “terima kasih atas keperihatinan kerajaan  negeri Selangor Pakatan Rakyat yang sudi menyumbangkan peruntukan pembinan kuil untuk kaum india yang sukar mendapat perhatian daripada kerajaan terdahulu. Ramai  penduduk rasa terharu dengan bantuan diberikan".

Hadir sama, ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari, Penyelaras DUN BatU Caves, Hj Mohamad  Abdul Rahman, Ahli Majlis  Perbandaran Selayang Krushnan Azahri serta saf pimpinan  Dewan Muslimat PAS DUN Batu Caves.
 
Editor : Khaulah Azwar
 




Monday, April 23, 2012

Jom Shopping Tidak Pernah Dilakukan UMNO 50thn Memerintah

Batu Caves : Latchumi a/p Bailani, 68, penduduk Kampung Indian Settlement, begitu teruja dengan program Jom Shoping Warga Emas yang dilaksanakan kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, program ini tidak pernah dilaksanakan kerajaan terdahulu selama tempoh 50thn memerintah seluruh negeri untuk membantu rakyat.

Rata-rata saya lihat semua warga emas yang dibawa ke pusat membeli belah rasa puas hati apabila dibawa ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari di Pusat membeli belah berhawa dingin dengan menaiki bas Express ke Tesco Rawang.

Tetapi kita lihat program seperti ini telah ditiru pakai kerajaan umno dengan membawa rakyat berbelanja di Pasar Tani.

“Saya berpendapat bantuan UMNO untuk membantu rakyat tidak ikhlas hanya untuk pancing undi Pilihanraya umum 13 nanti. Tetapi kerajaan (PR) Selangor bantu rakyat semenjak empat tahun memerintah negeri ini”, kata Latchumi.

Sementara itu, ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari pula berkata, Program Jom Shoping adalah satu program baru yang diperkenalkan kerajaan (PR) Selangor untuk warga emas 60 tahun keatas yang telah mendaftarkan diri dalam Skim Mesra Usia Emas (SMUE) .

Semua warga emas diberi vaucar RM100 oleh wakil rakyat setempat dengan menaiki Bas Express yang disediakan untuk mereka membeli barang keperluan.

Pemberian yang diberikan kerajaan (PR) Selangor bukan gula-gula seperti yang sering dilakukan UMNO untuk membeli undi saat pilihanraya semakin hampir.
Tetapi kerajaan (PR) Selangor telah laksanakan program Jom Shoping dalam tempoh memerintah negeri ini.

Ini adalah satu penghargaan kerajaan (PR) kepada semua warga emas tanpa kira parti dan perkauman, ujar Amiruddin selepas membawa warga emas membeli belah di Pasaraya Tesco Rawang.

Menurut Amiuddin di DUN Batu Caves seramai 2800 rakyat telah berdaftar SMUE . Ini merupakan siri ke -10 membawa rakyat tanpa perkauman dan parti untuk mengikuti Jom Shoping.

Setiap siri diadakan seramai 100 warga emas dibawa membeli belah bersama wakil rakyat yang dipilih dalam PRU12 lalu.

Editor : Khaulah Azwar

Pelajar Terharu Nenek Terima Bantuan Kerusi Roda


Batu Caves : Mohd Akhmal, 14, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selayang  gembira apabila neneknya menerima bantuan kerusi roda, jemputan Jom shoping warga emas yang diberikan ADUN Batu Caves, Amirudin Shaari.

"Kesukaran nenek berjalan dan mengalami masalah darah cair,tekanan darah rendah lima tahun lalu tidak pernah menerima bantuan ADUN terdahulu amat dikesali kerana ibunya (Zubaidah Yusof) juga merupakan ibu tunggal.

Ibu terpaksa bekerja keras menjaga nenek  serta menyara dua anak yang masih belajar di IPT dan Sekolah Menengah yang kini kos pembelanjaan semakin meningkat dan memberi tekanan hidup", kata  Mohd Akmal.

Sebelum ini, Ibu pernah juga berurusan dengan pihak berwajib namun rasa putus asa sebab permohonan bantuan nenek tidak diluluskan.

"Alhamdulilah,  permohonan dibuat  di Pusat Khidmat Masyarakat  (PKM) DUN Batu Caves dalam tempoh sebulan berakhir juga  setelah mendapat perhatian  ADUN  disini.

Bantuan diberikan sedikit sebanyak memberi kegembiraan keluarga tertutama nenek dan ibu",  ujarnya ketika ditemubual media di kediaman neneknya di Taman Selayang. Batu Caves. 

Sehubungan itu, warga emas, Sarah Kanu, 75,  terharu dengan bantuan yang di berikan ADUN Batu  Caves, Amirudin Shari.  

“Saya sangat terharu dengan bantuan dan perhatian diberikan ADUN disini yang sudi melawat saya di rumah. Alhamdulilah  dengan bantuan kerusi roda, saya dapat bergerak serta menunaikan solat duduk dengan menguna kerusi  roda,

Sebelum ini, saya sukar untuk bergerak jauh apatahlagi setiap kali ingin membuat pemeriksaan kesihatan setiap bulan di Hospital Besar, K.Lumpur”, kata Sarah.

Tambah beliau lagi, "selain menerima  bantuan kerusi roda, saya juga dijemput menyertai program Jom Shoping Warga Emas bersama ADUN yang akan diadakan di  Rawang.

Bantuan diberikan  benar-benar saya rasa terharu kerana umur saya  sudah 75 tahun,  saya tidak pernah menerima bantuan daripada pemerintahan kerajaan terdahulu yang memerintah 50 thn. Wakil rakyat terdahulu juga tidak pernah  turun padang bertemu rakyat di rumah”.

“Situasai ini sungguh berbeza, apabila negeri Selangor  diurus kerajaan pembangkang, wakil rakyat turun padang bertemu rakyat. Jelas terbukti rakyat Selangor terutamanya warga emas diberi layanan istimewa tanpa memilih warna kulit dan parti.

Justeru, saya berharap bantuan untuk warga emas sentiasa dipertingkatkan agar rakyat rasa diri mereka diharga pimpinan”, kata Sarah. 

Sarah merupakan ibu tunggal menghadapi masalah tulang belakang lima tahun lalu akibat terjatuh daripada bilik air ketika mengambil wudhu.

Sementara itu, ADUN Batu Caves Amiruddin Shari dalam lawatan ziarah warga emas  pula berkata, "bantuan diberikan adalah hasil daripada kerajaan negeri sebagai negeri yang mengamalkan konsep negeri berkebajikan".  
 
"Saya harap dengan jemputan Jom Shoping  warga emas diberi vaucar RM100, bantuan kerusi roda kepada beliau, harap dapat meringankan beban dirinya  serta dapat menunaikan ibadah solat dengan sempurna".

Sekiranya Sarah tidak mampu untuk mengikuti Program Jom Shopping, mereka boleh hantar anak sebagai wakil untuk membeli belah  barag keperluan ibunya,  kata Amiruddin.


 Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI