Wednesday, January 12, 2011

1,000 sertai himpunan sokong Sultan, kerajaan Selangor



SHAH ALAM, 12 Jan: Lebih 1,000 rakyat Selangor hari ini berhimpun di Dataran Shah Alam dalam usaha menunjukkan sokongan kepada kerajan Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang dipimpin Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mereka yang berhimpun sejak jam 3 petang tadi kini berarak menuju ke pejabat pentadbiran kerajaan negeri di bangunan SUK.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Pengarah Penerangan Kerajaan Negeri Selangor, Dr Badrul Amin, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani dilihat berada di barisan hadapan perarakan.

Mereka melaungkan 'Hidup Pakatan Rakyat, Hancur Umno dan Reformasi' sepanjang perarakan.

Perhimpunan ini dipercayai diadakan berikutan beberapa isu kontroversi yang melanda Kerajaan Negeri Selangor termasuk terbaru dalam isu perlantikan SUK.

Sebelum ini juga beberapa pihak telah mengadakan himpunan serupa bagi mendesak menteri besar meletak jawatan.

Perarakan itu disambut Menteri Besar sendiri yang turun menerima memorandum tersebut.

Memorandum kemudiannya diserahkan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mewakili pimpinan Pakatan Rakyat yang diiringi Pengerusi Kelab Menteri Besar Selangor, Anuar Othman.

Anuar dalam ucapannya sebelum penyerahan itu membaca ikrar sokongan padu kepada pemimpin PR.

"Kami rakyat negeri Selangor dengan ini menyatakan taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan kerajaan negeri di bawah pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui Tan Sri Khalid Ibrahim," ujarnya dengan diikuti peserta himpunan.

Sementara itu, Khalid dalam responnya berkata kerajaan negeri berjanji akan memerintah Selangor dengan bersih dan bertanggungjawab untuk kebajikan rakyat.

Himpunan bagaimanapun bersurai sejam kemudian selepas bacaan doa oleh Exco Agama Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

Tuesday, January 11, 2011

Derita penduduk terlerai juga "32thn menanti Perparitan dinaiktaraf"


Kg Mahkota - Penduduk sekitar boleh tarik nafas lega apabila perparitan telah dinaikaraf untuk menangani masaalah banjir. Keperitan ini akhirnya terlerai juga setelah 32 tahun menanti agar banjir tidak berlaku lagi disini.

Sebelum akhir tahun 2010, perparitan di kawasan tersebut telah di naiktaraf hasil tindakan yang telah diambil oleh Jawatankuasa penduduk (JKKK) dan ketua kg disitu bagi menangani masaalah ini secepatnya.

Hasil tindakan drastik telah diambil apabila Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) memerintah pada tahun 2008. Pada 2009 mesyuarat JKKK telah diadakan untuk mengatasi masaalah utama penduduk dengan segera.

Ketua Kg Mahkota, En Zainal Abidin berkata "pihak kami rasa bersyukur akhirnya penderitaan penduduk disini dapat diatasi dengan secepatnya. Saya amat memahami masaalah mereka disini dan kadangkala memang tidak larat mendengar rungutan mereka lagi kerana ekoran selama 32thn penduduk yang duduk disini mengalami masaalah banjir besar dengan kenaikan air sedalam 70m yang boleh meragut nyawa. Masaalah ini tidak dapat diatasi semasa UMNO/BN memerintah".

"Kami amat risau sekali apabila memikirkan keselamatan anak-anak kecil di kg ini. Bimbang jika mereka dihanyut deras air apabila tibanya musim hujan. Selain daripada itu barang-barang keperluan penduduk disini juga bayak mengalami kerosakan dan kerugiannya juga telah menelan perbelanjaan yang besar setiap tahun".

"Alhamdulilah ini janji PR juga apabila kita menang segala tugas, tanggungjawab dan keperihatinan kita sebagai pimpinan akan dijalankan sebaiknya kepada rakyat walaupun mengambil masa sedikit. Tindakan yang kami buat tidak sampai berpuluh tahun pun untuk kita berurusan dengan Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan Saliran (JPS), Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Terima kasih kepada semua Jabatan berkenaan, PAS Kawasan Selayang, Unit Amal, Dewan Pemuda PAS Kawasan Selayang, Dewan Muslimat PAS Kawasan Selayang dan semua yang terlibat bagi membantu kami menjayakan misi untuk membantu rakyat. Lebih-lebih lagi tiba musim hujan yang sekali gus berlakunya banjir. Mereka tidak jemu membantu gotong-roong bersihkan kawasan kg ini".

Semoga rakyat disini berpuas hati dengan tindakan efektif daripada kami dan hasil turun padang yang dilakukan oleh Penyelaras DUN Tmn Templer, Tn Hj Mohamad Abdul Rahman apabila aduan rakyat sampai ke Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Tmn Templer. Disini kita boleh menilai pentadbiran PR dengan UMNO/BN untuk membantu meringankan beban rakyat, katanya.

Ujarnya lagi, "semasa 50thn pemerintahan UMNO/BN, kami tidak tahu tindakan apakah yang telah dibuat walaupun rakyat disini sering membuat aduan masaalah yang mengundang penduduk disini. Yang menghairankan kami, peruntukan menaiktaraf perparitan kawasan tersebut telah digunakan tetapi kerja menaiktaraf perparitan tidak dilaksanakan, kemanakah peruntukkan tersebut?", katanya.

Kalau boleh kami mohon kes ini dibuat siasatan kerana kita tidak mahu rakyat teranaya selama 32thn yang berpunca dengan kerakusan UMNO/BN mentadbir ekonomi negara. Peruntukkan tersebut seharusnya digunakan dengan sebaiknya bagi keselesaan rakyat tetapi terjadi sebaliknya.

Media difahamkan juga, dengan kekerapan berlakunya banjir disini setiap tahun, penduduk sekitar telah ramai yang berpindah kerana tidak sanggup lagi menanggung kos kerugian setiap tahun apabila melihat harta benda mereka banyak mengalami kerosakan. Walaupun sudah dibuat aduan berulang kali semasa pemerintahan Kerajaan UMNO/BN namun aduan tersebut seperti tidak diendahkannya, katanya.

Sementara itu, Tn Hj Mohamad Abdul Rahman melahirkan kesyukurannya kerana segala masaalah penduduk disini dapat juga diatasi segera. Tindakan yang telah diambil semasa menjadi Ahli Majlis MPS merangkap Penyelaras DUN Tmn Templer disini lagi dan telah mendapat perhatian daripada semua pihak. Semoga sumbangan kecil ini dalam menjaga kebajikan rakyat disini, rakyat dapat menilai pentadbiran kerajaan negeri selangor, katanya.

Editor :khaulah azwar

PAS Perak doa Misbahul selamat

IPOH, 12 Jan: PAS Negeri Perak merakamkan doa kepada Setiausaha PAS negeri, Ustaz Misbahul Munir Masduki merangkap Yang Dipertua PAS Bagan Datoh serta keluarga di atas musibah yang menimpa beliau disebabkan terlibat dalam kemalangan jalan raya di Behrang, kelmarin.

“Sesungguhnya kami yakin, seluruh ahli PAS Perak khususnya amat mengharapkan agar Al Fadhil Ustaz Misbahul Munir Masduki berada dalam keadaan baik dan selamat,” ujar Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Abu Bakar Hussain dalam satu kenyataan ringkas.

PAS Negeri Perak juga, katanya berharap keluarga Misbahul Munir dapat bersabar dalam ujian dan ketentuan dari Allah SWT itu.

(Gambar: Misbah diziarahi rakan-rakannya ketika di hospital selepas terlibat dengan kemalangan di Behrang)

“Bagi pihak seluruh kepimpinan dan warga PAS Negeri Perak, kami mendoakan semoga Al Fadhil Ustaz Misbahul Munir Masduki dilimpahkan kesihatan dan kekuatan yang jitu dari Allah SWT.

Nik Aziz: Politik Pembangunan Umno, Warisan Politik Jahiliyyah


SHAH ALAM 12 JAN : Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat membidas Umno-Barisan Nasional(BN) yang terus-menerus memainkan isu pembangunan sedangkan apa yang dijanjikan di negeri itu tidak dilangsaikan sehingga kini.

Menurut beliau, politik menjanjikan pembangunan semata-mata ini ialah warisan politik jahiliyyah yang mirip kepada politik yang dibawa oleh kaum musyrikin Quraisy sewaktu menentang Nabi Muhammad SAW.

"Suka saya tegaskan, Umno-BN tidak perlu menawan Kelantan jika benar ingin membawa pembangunan.

"Kita membuka pintu 25 jam sehari untuk kerajaan pusat pimpinan Umno-BN untuk melaksanakan pembangunan di Kelantan.

"Hari ini, jambatan Sultan Yahya Petra di Kota Bharu sedang dilebarkan dan prosesnya sedang rancak berjalan. Ini projek kerajaan Pusat dan proses tender pun diuruskan oleh kerajaan Pusat.

"Sekalipun khabar angin kuat bertiup menyatakan kontraktor asalnya telah lari, Alhamdulillah jambatan tersebut tidak dibawa lari. Hari ini saksikanlah projeknya sedang berjalan lancar tanpa sedikitpun gangguan dari kerajaan negeri," ujar beliau.

Nik Aziz dalam kenyataannya turut menegaskan bahawa kerajaan negeri juga tidak menolak pembangunan yang dijanjikan kerajaan pusat pimpinan Umno-BN ke negeri itu.

"Apa yang saya lihat yang menjadi masalahnya ialah sikap tidak serius sebahagian dari pimpinan Umno-BN atau mungkin juga ada sabotaj dari pimpinan Umno-BN dari negeri Kelantan sendiri. Contohnya, projek Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai, sudah banyak kali taklimat disampaikan, tetapi hanya tinggal setakat taklimat. Atau mungkinkah juga masih ada pemimpin Umno Kelantan yang tergamak menyekat pembangunan dari sampai ke Kelantan? Datuk Seri Mustapha Mohamed tentu faham maksud kenyataan saya ini," katanya.

Apa yang lebih menariknya lagi kata beliau, antara faktor yang akan membantu kejayaan BN nanti ialah kegagalan PAS untuk mengatasi masalah rakyat terutama isu air, banjir dan juga kemudahan asas.

"Tabiat pimpinan Umno-BN Nasional rupanya masih belum berubah. Betullah kata pepatah Melayu, 'rupa dapat diubah, tabiat dibawa mati'.

"Sejak dari dulu lagi inilah tohmahan yang sering dilemparkan kepada kerajaan Kelantan. Bukan hari ini bahkan semenjak hari pertama saya mengangkat sumpah selaku Menteri Besar dua dekad yang lalu, sudah ada yang meramalkan kerajaan Kelantan hanya akan kekal selama tiga bulan!," tegasnya lagi.

Monday, January 10, 2011

UMNO/BN kepanasan "Ubah Sekarang Selamatkan M'sia"



Tmn Bolton Gombak - Ketua Pembangkang Malaysia /Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dato' Sri Anwar Ibarahim (DSAI), menyifatkan Perdana Menteri (PM), mula tersasar kerana terlalu panik apabila rakyat mulai menyedari kelebihan janji 100 hari Pakatan Rakyat (PR) yang mula sampai ke telinga masyarakat. Begitulah juga dengan parti UMNO/BN yang kini betul-betul dalam kepanasan apabila isu wikileaks (Najib) dan kes rogol yang berkaitan dengan Rais Yatim. Isu ini telah mendapat perhatian rakyat malaysia.

Untuk menutup keaiban pimpinan UMNO/BN maka mereka cuba mengalihkan perhatian rakyat dengan isu perkauman dan sebagainya agar rakyat hilang fokus dengan kesilapan yang dilakukan oleh UMNO/BN.

Kini UMNO/BN bagaikan cacing kepanasan dan mereka sedang mencari jalan dengan membuat berbagai provokasi, bantahan murahan untuk meyakinkan rakyat bahawa UMNO/BN tidak bersalah. Mereka akan cuba mengembelengkan misi Pakatan Rakyat (PR) pada PRU ke 13 nanti untuk merampas Putrajaya yang menjadi rebutan.

"Selepas tiga minggu kita umumkan rancangan seratus hari itu, Barisan Nasional (BN) kelam kabut untuk mencari jawapan dan nampaknya hari ini baru keluar jawapannya dengan mengatakan tindakan ini tindakan yang tidak wajar dan pasti akan menghancurkan negara dan menyamakan dengan Greece.

"Itu adalah satu pandangan terdesak daripada seorang yang bergelar Perdana Menteri, (PM)". Sebelum PR mebentangkan 100 hari pakatan rakyat, kita telah membuat penyelidikan terpercinci dari berbagai sudut untuk kebaikan rakyat. Kita buat kerja bukan macam UMNO/BN buat kerja membabi buta sehinggakan kesannya terkena kepada kita dan generasi akan datang."katanya.

Ujarnya lagi, Najib dan parti UMNO/BN kini begitu panik kerana apa yang dijanjikan PR merupakan janji yang boleh dikotakan dengan beberapa sumber daripada IPP berjumlah RM28 bilion akan ditarik balik bagi menangani isu-isu yang dijanjikan dalam 'Buku Jingga' tersebut.

"Walaubagaimanapun, janji seratus hari ini bukan hanya kebendaan semata-mata, sebahagiannya adalah untuk menghapuskan ISA yang boleh kita buat dengan keazaman politik yang tinggi di kalangan PR. Ini tidak memerlukan kos, ucapannya dalam ceramah perdana "Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia" disini malam tadi yang dihadiri ribuan penduduk sekitarnya. Turut hadir Y.B Azmin Ali Ahli parlimen Gombak, Y.B Amirrudin Shari ADUN Batu Caves, Y.B Dato' Hasan Mohamed Ali ADUN Gombak Setia, Y.B Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS Pusat merangkap Pesuruhanjaya PAS Pahang, Y.B A. Sivanesan Naib Presiden DAP Perak, Utz Sallehuddin Nasir YDP PAS Kawasan Gombak.

Dalam pada itu, DSAI merasakan tanggapan Najib negara muflis mungkin disebabkan (PR) menjanjikan pembayaran gaji atau elaun tambahan kepada guru-guru iaitu RM500 seorang yang dianggar sebanyak RM2 hingga RM3 bilion setahun.

Katanya, kalau inilah menyebabkan ekonomi negara bankrap, saya rasa penganalisis ekonomi Najib amat-amat ketinggalan serta tidak memberikan nasihat yang baik kepada Perdana Menteri.

"Najib sebenarnya terdesak untuk memberikan satu jawapan kerana janji kita dalam program seratus hari ini telah sampai ke masyarakat yang mula menyedari kelebihan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat".

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan DUN (ADUN) Gombak Setia Y.B Dato Dr Hasan Mohamed Ali berkata, keadaaan UMNO/BN kini begitu benar-benar terdesak sehinggakan mereka sanggup manupulasikan berbagai agenda untuk menjatuhkan negeri pakatan rakyat (PR) terutamanya di negeri selangor. Mereka akan buat apa sahaja seperti apa yang berlaku di negeri perak.

Pampasan kuasa yang berlaku diperak telah membuka mata rakyat ,bagaimanakah kezaliman yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat (UMNO/BN). Suara rakyat tidak dipedulikan lagi. Rakyat dihimpit dengan berbagai tekanan. Walaupun pampasan kuasa telah berlaku di perak namun rakyat perak sentiasa menyokong penuh pentadbiran Y. B Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar (MB) Perak.

Ironi, kini selangor menjadi mangsa dengan dilakukan berbagai perkara oleh UMNO/BN. Rakyat menjadi tertekan apabila memikirkan ekonomi negara. Dalam tempoh 2 bulan ini harga barang di pasaran mendadak tanpa dimaklumkan kepada rakyat, ujarnya.

"Bukan sahaja dengan tekanan ekonomi negara bahkan masaalah tanah yang kebanyakkan semasa 50thn UMNO/BN memerintah, tanah melayu banyak tergadai dan hasil jualan tersebut telah diagihkan kepada kroni -kroni mereka".

Rakyat telah diperbodohkan oleh UMNO/BN. Tetapi sehingga kini masih ada lagi rakyat menyokong kejahatan mereka. Selain daripada itu, di Gombak juga begitu sukar untuk dapatkan tanah.

Katanya, 3 tahun PR memerintah, Tanah perkuburan dan tanah lapang untuk tapak padang futsall bagi melengkapkan keperluan beliawanis di gombak masih tidak dapat lagi, walaupun telah diusahakan dengan berbincang kepada pihak pejabat tanah, JPS, JKR setiap kali kita adakan turun padang dan mesyuarat PKM DUN Gombak Setia.


Masaalah ini berlaku semua disebabkan kerakusan UMNO/BN yang menjadi lanun negara sepanjang 50thn memerintah dan kesaannya kepada rakyat dan generasi pada masa ini, katanya.

Rentetan itu, Beliau menyeru rakyat yang hadir agar ambil tindakan segera dengan mendaftarkan diri, ahli keluarga agar mendaftarkan diri. Sudah tiba masanya kita NYAHKAN UMNO/BN dalam PRU ke 13 nanti, dengan tidak memberi peluang kepada mereka memerintah lagi.

"Selagi UMNO/BN memerintah, selagi itulah rakyat malaysia menderita dengan kezaliman yang dilakukan oleh mereka. Kuasa ditangan rakyat bukan di tangan Najib atau UMNO/BN".

Editor :khaulah azwar

Saturday, January 8, 2011

Operasi Gempur PUB HIburan


KEPONG – Sebuah pub di deretan blok komersil Taman Perindustrian KIP di sini, disyaki menjadi port tempat mengedar najis dadah diserbu pihak berkuasa awal pagi, semalam.


Operasi Bersepadu berkenaan dikelolakan pihak Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bersama Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, adalah buat kali pertama dijalankan tahun ini.

Pengarah Penguatkuasa dan Keselamatan MPS, Azmi Ismail berkata, Ops Pusat Hiburan yang diadakan hari ini adalah menyahut seruan Kerajaan Negeri Selangor (PR) untuk membenteras Gejala sosial dalam program Generasi Idaman Selangor (GeMS) dikalangan Beliawanis.Selain daripada itu dapat menjalankan tanggungjawab amal maaruf Nahi mungkar. Insya-ALLAH pihak MPS, Polis,
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) akan memberi kerjasama bagi menjaga keselamatan rakyat.

Hasil serbuan pihak berkuasa sekitar jam satu pagi itu, tujuh ditahan dengan empat daripadanya lelaki dan tiga perempuan, apabila disyaki positif mengambil dadah dalam badan.

Menurutnya, “hasil operasi itu setelah anggota polis mengepung premis terbabit dan menjalankan saringan air kencing terhadap kira-kira 35 pengunjung sedang asyik berhibur ketika serbuan”.

“Sebenarnya sudah dua tahun premis ini didapati mula beroperasi. Terdapat empat buah pub hiburan di sini, dua daripadanya dimilik seorang pemilik dan pub ini antara dikenal pasti dijadikan port untuk mengedar dadah. “Bahkan sejak tahun lalu sahaja, pihak polis sudah sering menjalankan operasi bersama pihak kita,”

katanya lagi, "semasa diiringi sama 20 anggota khas MPS dan 12 anggota polis. Dalam pada itu, “menurut Azmi bukan sahaja polis dan MPS sudah mengambil tindakan terhadap port dadah itu dalam masa dua tahun, pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) juga sudah menyerbu premis dimaksudkan untuk melumpuhkan operasi port dadah ini”.

Ditanya sama ada terdapat jenis dadah ditemui, katanya pihak polis berjaya menemui pil dipercayai jenis ketamin, manakala mereka disyaki positif dadah itu dibawa ke IPD Gombak untuk siasatan lanjut.

Menurut Azmi, walaupun terdapat empat premis pusat hiburan di satu deretan bangunan komersil sama di situ, tetapi pihaknya bersama polis hanya menumpukan pub dikenalpasti terlebih dahulu.

“Dari masa ke semasa, tindakan sama turut dijalankan terhadap pub-pub lain di sini. Cuma kalau kita hendak serbu keempat-empat premis dalam masa sama memang tidak boleh kerana ada akan sempat lari,” katanya.

Daripada maklumat diterima, terdapat seorang penjaga pub port dadah itu yang juga orang kurang upaya (OKU) berjalan menggunakan tongkat, pernah ditahan pihak berkuasa kerana positif dadah, namun sudah keluar penjara.

Ketika serbuan dibuat, pemilik pub tidak berada di lokasi, manakala terdapat beberapa pengunjung mabuk menimbulkan provokasi dengan membuat bising apabila wajah mereka dirakam lensa kamera kumpulan wartawan.

Tinjauan mendapati majoriti pengunjung pusat hiburan itu didapati bukan beragama Islam, tetapi tidak ketinggalan mereka terdiri daripada beberapa kalangan orang Melayu.

Difahamkan terdapat seorang mereka didapati positif dadah adalah mereka terdiri daripada warga asing dari Thai. Maklumat diterima premis tersebut tiada lesen. Dalam masa sama, Azmi menyatakan premis berkenaan diserbu oleh pihaknya setelah menerima maklumat pub tersebut memegang lesen perniagaan sementara semasa pemeriksaan dilakukan MPS.

“Bagaimanapun kita telah menyita lesen sementara ini kerana timbul keraguan apabila didapati lesen ditunjukkan dengan lese
n papan tanda iklan premis ini dipamerkan, dengan nama perniagaan berbeza".

“Walaupun terdapat lesen sementara, namun kita akan sita dokumen ini sehingga hasil siasatan selesai. Jika ikutkan sejak saya bertugas sahaja sudah lima kali serbuan dilakukan kepada premis ini,” katanya.

Terdahulu, sejurus sampai di kawasan pub itu, beberapa pekerja wanita dipercayai penari di situ, dilihat sempat berlari keluar dalam keadaan 'ala bikini' sebaik melihat serbuan pihak berkuasa di pub bersebelahan.

Banyak premis hiburan operasi lebih masa Hasil operasi itu, MPS juga mengeluarkan dua kompaun terhadap dua premis pub di sini, kerana beroperasi melebihi masa sepatutnya ditetapkan iaitu sehingga jam satu pagi.

“Setiap satu premis melakukan kesalahan melebihi masa dikenakan kompaun RM5,000 dibawah Undang-undang Kecil Pusat Hiburan Seksyen 11 (2). Biasanya dalam jam satu pagi, memang 'enjin' baru hendak panas', tetapi tindakan tetap dikenakan mengikut peraturan telah ditetapkan.

“Kompaun RM1,000 turut dikeluarkan terhadap peniaga 'steamboat' beroperasi di hadapan premis pub ini tanpa lesen, mengikut Seksyen 3 Undang-undang Kecil Penjaja MPS,” katanya.

Selepas operasi pusat hiburan berakhir hampir jam tiga pagi itu, Azmi turut menjalankan operasi menyita barangan jualan peniaga Myanmar di Pasar Borong Selayang. Menurutnya, hasil operasi, satu lori tiga tan penuh dengan barangan jualan warga Myanmar yang disita, walaupun terdapat peniaga sempat melarikan diri ke kawasan Kuala Lumpur setelah melibat kelibat kenderaan pihak berkuasa.


Editor :khaulah azwar

Friday, January 7, 2011

UMNO/BN Jangan bermain bara api




Bandar Baru Selayang - Seramai 11 orang rakyat di DUN Tmn Templer telah menerima Skim Mesra Usia Emas (SMUE) fasa 1 sesi 2011 bagi meneruskan agenda Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) melalui Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) bagi tahun ke 3 untuk meringankan bebanan rakyat tanpa mengira perkauman. Majlis tersebut telah diadakan pagi tadi di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Tmn Templer .

Pemberian Skim SMUE fasa pertama telah disampaikan oleh Yang Dipertuan PAS Kawasan Selayang merangkap Penyelaras DUN Tmn Templer, Tn Hj Mohamad Abd Rahman dengan menyampaikan sumbangan RM1000 seorang setiap waris.

Disamping itu semua waris yang hadir telah diberikan cenderahati dan Buletin Info Tmn Templer Edisi 1, 2010 bagi menyebarkan maklumat mengenai program-program yang telah dilaksanakan oleh (PKM) DUN Tmn Templer dan tawaran-tawaran yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor (PR) kepada rakyat sepanjang tempoh pemerintahan tahun ke 3.

Dalam ucapannya, Mohamad telah meminta agar rakyat manfaatkan skim ini dengan sebaiknya bagi menguruskan urusan pengembumian, menunaikan haji/umrah untuk ibubapa yang telah pergi bagi kaum islam, urusan kenduri , melangsaikan hutang piutang arwah dan membina kubur arwah. Selain daripada itu beliau juga menyatakan skim ini diberi tanpa mengira parti politik.

Rakyat berhak menerima skim ini kerana ini duit rakyat. Semasa pemerintahan UMNO/BN dahulu skim ini ramai yang tidak mengetahuinya. Tapi alhamdulilah apabila PR memerintah ramai rakyat malaysia telah terima skim ini walaupun ada yang manupulasikan bahawa kerajaan PR tidak menunaikan janji untuk memberi skim ini kepada rakyat. Kenyataan ini adalah tidak berasas, pihak kami telah membuat rekod penerima dan jumlah pengeluaran yang diberikan oleh kerajaan PR untuk membantu rakyat.

Selain daripada itu, Mohamad juga telah menerangkan kepada rakyat yang hadir mengenai isu Surau Al-Hidayah Rawang yang diwawarkan oleh UMNO/BN mengatakan surau tersebut akan dirobohkan. UMNO/BN telah membuat Demo untuk kali ke 2 pada hari ini dan sebagai YDP PAS Kawasan Selayang saya bertanggungjawab untuk menerangkan isu ini kepada rakyat. UMNO/BN berlakun kononnya untuk pertahankan surau. Kita bukan setakat pertahankan rumah ibadah ini yang kita pertahankan adalah akidah umat islam, kebajikan rakyat juga.

Semasa pemerintahan UMNO/BN pada 2001, Tanah Surau Al-Hidayah tersebut telah dipecahkan kepada 8 lot dan dijual tanpa pengetahuan pihak pengurusan Masjid Nurul Iman Rawang (MNIR). Tanah masjid tidak dibenarkan sama sekali dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya mana-mana pihak pemaju telah memajukan tanah tersebut hendaklah diserahkan kepada pihak masjid. Kenyataan ini telah kami berikan penjelasan kepada rakyat pada bulan lepas. Segala dokumentasi status tanah tersebut ada ditangan pihak masjid. Pihak Pemaju Mahumas Sdn Bhd juga telah menjelaskan isu ini. Tetapi kerjasama daripada pihak media bagi menerangkan isu dalam akhbar adalah tidak tepat menyebabkan rakyat tertanya-tanya.

Jadi kami amat berharap pihak media seharusnya menulis perkara yang benar dan jelas, jangan manupulasi isu-isu yang tidak berasas. Kami sudah tak larat melayan kerenah UMNO/BN yang ketandusan idea untuk meyakinkan rakyat mengenai isu yang berlaku.

Pihak kami juga telah membuat perjumpaan dengan pihak Masjid, Pejabat Tanah, Majlis Agama Islam (MAIS), Jabatan Agama Islam (JAIS) untuk tindakan-tindakan yang perlu diambil dan sedang dalam proses sehingga kini. Begitu juga gesaan kepada Pihak MAIS dan JAIS mengenai isu jejantas / jalanraya raya (MNIR) telah dibuat dan kita masih menunggu jawapan mereka.

Isu Surau ini masih dalam siasatan. Kita menggesa agar SPRM juga dapat ambil tindakan secepatnya, biar rakyat tahu hal sebenarnya.

Namun pada hari ini, UMNO/BN masih lagi membuat penerangan yang tidak berasas bagi mengelirukan rakyat.

Insya-ALLAH pihak saf pimpinan akan mengadakan mesyuarat bersama Exco Kerajaan Negeri Selangor di SUK S.Alam pada isnin ini, katanya.

Sementara itu, Pengurus PKM DUN Tmn Temppler En Kassim Packirry telah memberi sedikit penerangan mengenai Skim-skim yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri seperti SMUE, Tawaran Anak Masuk IPT, Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Mammogram Sel, Ibu tunggal dan sebagainya agar rakyat tidak ketinggalan informasi.

Beliau juga mengingatkan kepada waris yag hadir pengambilan Wang tuntutan hanya dibenarkan dituntut oleh waris sahaja yang telah direkodkan sebagai penama waris semasa membuat permohonan.

Tuntutan ini tidak dibenarkan dituntut oleh mana-mana pihak samaada saudara mara, kawan kenalan kerana telah terjadi dimana waris telah membuat tuntutan dua kali. Apabila dibuat semakan oleh pihak pengurusan maka terjadi satu kes penipuan disini.

Begitu juga dengan setiap pengambilan borang-borang yang dimohon di PKM tidak dikenakan bayaran. Semua borang yang diberikan oleh Kerajaan Negeri, PKM adalah percuma. Sekiranya ada pihak yang mengambil kesempatan dengan kenakan bayaran setiap borang, kita amat berharap agar mangsa buat aduan ke PKM dengan segera bagi menjaga imej Kerajaan PR dan PKM, katanya.

Loke Fong Yee, 57thn berkata "beliau baru pertama kali menerima sumbangan ini seperti ini dibawah kerajaan PR, sebelum ayah saya meninggal beliau bagitahu tidak pernah menerima bantuan skim SMUE semasa 50thn pemerintahan Kerajaan UMNO/BN tetapi dibawah pemerintahan PR kita sudah terima bantuan tersebut. Ini menunjukkan pentadbiran Kerajaan PR adalah lebih tulus daripada UMNO/BN, terima kasih kepada semua pimpinan yang sentiasa membantu rakyat, katanya.

Sabariah Mohd Tarmizi, 33thn menyatakan " Skim dan tawaran yang diberikan oleh Kerajaan Negeri amatlah baik sekali. Begitu juga dengan penerbitan Buletin PKM DUN Tmn Templer Edisi pertama. Dengan penerbitan ini sekali gus rakyat akan dapat informasi yang tepat memandangkan mediaarus telah dimonopolikan oleh UMNO/BN".

Santha Kumar a/l Nada Rajah" Ini merupakan pertama kali saya terima sumbangan SMUE. Dulu mak atau ayah saya cakap tidak pernah menerima bantuan ini walaupun skim tersebut ada disediakan oleh Kerajaan tetapi rakyat tidak menerimanya. Kita pun tidak tahu kemana perginya duit tersebut.

Beliau juga rasa terkilan dengan kenaikan harga barang keperluan dapur seperti bawang, cili kering. Minyak masak yang sukar didapati pada masa ini membuat rakyat tertanya-tanya mengapa boleh terjadi krisis tersebut. Kita harap jika pentadbiran UMNO/BN tidak tahu menguruskan kewangan lebih baik jangan mentadbir negara, berundur biarlah kerajaan PR mengambil alih. Kita percaya PR mampu menerajui negara dan ekonomi dengan baik, katanya.



Editor :Khaulah Azwar


SIMFONI KASIH TAUTAN HATI