Sunday, October 17, 2010

Jadilah Hamba yang bersyukur, dengan cara bagaimana?



Tmn Bolton Gombak - Program imarahkan masjid dan surau haruslah terus dilaksanakan meskipun bulan ramdhan telah berlalu pergi.

Siri peringatan ini telah disampaikan oleh Y. B Dr Hasan Mohamed Ali /ADUN Gombak Setia dalam kuliah maghrib baru-baru ini.

Beliau berkata "Kesibukan bekerja bukan menjadi alasan kepada orang mukmin sehingga tidak mempunyai waktu untuk meluangkan masa beribadah kepada allah swt".
Pada zaman ini masjid surau merata-rata diletakkan di semua kawasan. Malahan musolla juga disediakan bagi orang-orang yang dalam musafir untuk kemudahan orang-orang mukmin. Cuma kehendak hati mereka samada nak lakukan/tidak. Nak solat jemaah/nak solat sendirian.

Kita sentiasa berkira-kira dengan allah swt, tetapi allah tidak pernah berkira-kira dengan umatnya.

Kadangkala allah beri ujian kepada hambanya melalui berbagai cara. Mungkin kesibukan kita dalam bekerja sehingga tidak mempunyai waktu untuk solat apatah lagi untuk mengimarahkan masjid dan surau. Ini juga merupakan ujian allah pada kita. Diuji dalam bentuk dunia sehingga lupa untuk bekalan akhirat.
Kaum muslimin diwajibkan solat dimasjid dan surau secara berjemaah melainkan jika ada halangan yang tidak dapat dielakkan. Tetapi bagi kaun muslimat mereka dibenarkan solat dirumah. Jika mereka ingin solat berjemaah di masjid/surau tidak mengapa asalkan dengan niat yang betul untuk beribadah dan menuntut ilmu yang wajib dituntut setiap orang mukmin. Jika mereka mempunyai mahramnya adalah lebih baik untuk bersama menghadirkan diri ke masjid dan surau.

Dato' Dr Hasan juga mengajak mereka yang hadir dalam kuliah tersebut untuk muhasabah diri seketika iaitu dengan cara "mungkin kita lihat ada diantara mereka tidak solat tetapi mereka diberikan harta, kekayaan begitu cukup mewah berbanding pula dengan orang yang beramal soleh yang menjaga solatnya kehidupan mereka sederhana tetapi ada juga diberi berbagai bentuk rezeki iaitu melalui kesihatan, kesenangan, keluarga sakinah dan sebagainya".
Kita mula tertanya dalam hati kenapa jadi sedemikian, ketahui bahawa inilah dikatakan istidraj (allah beri kemewahan dalam kemurkaannya), kerana manusia tidak tahu erti bersyukur dengan mengikut perintah allah dan meninggalkan segala larangannya.

Kadang-kala kita sering merungut itu dan ini tanpa berterima kasih diatas apa yang allah berikan.
Allah minta kita jaga solat kerana amal yang pertama dihisab adalah solat kita.


Oleh itu jangan kita salahkan takdir bila diuji dalam kesusahan. Solat, imarahkan masjid merupakan amalan yang sangat dicintai oleh allah swt dan nabi saw dan para sahabat. Jika kita mengakui mencintai nabi saw maka harus contohi akhlak, peribadi dan sunnahnya, katanya dalam kuliah tersebut.



Editor : khaulah Azwar

Bajet Hanya Utamakan Negeri BN- Guan Eng


KUALA LUMPUR : Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan pembentangan Belanjawan 2011 hanya berpihak kepada negeri-negeri di bawah naungan Umno-Barisan Nasional.

Berikutan itu, beliau yang juga Setiausaha Agung DAP akan mengemukkan rayuan kepada Kerajaan Persekutuan untuk memberi perhatian kepada negeri-negeri dibawah naugan Pakatan Rakyat dalam tempoh terdekat.

Beliau yang ditemui di lobi parlimen turut melabelkan belanjawan yang dirangka kerajaan ini hanya satu ilusi untuk memerangkap perhatian rakyat dengan imbuhan yang diumumkan.

Guan Eng menambah rancangan pembangunan mega yang dirangka tidak akan membantu meningkatkan pendapatan ekonomi rakyat sebaliknya kroni-kroni yang bersedia mengaut keuntungan.

"Pembentangan bajet memperlihatkan imbuhan yang pelbagai oleh kerajaan namun adakah rakyat akan merasai imbuhan tersebut," tanya beliau.

Menurut beliau lagi, bagi mempertingkatkan pendapatan negara, kerajaan harus beri penumpuan terhadap tenaga kerja yang akan menggerakkan negara menjana ekonomi.

"Mengapa perlu bangunan 100 tingkat? Mereka perlu beri tumpuan kepada orang (rakyat) yang akan menjana ekonomi. Kita perlukan skil(kemahiran)dan pengalaman. Bukan insfrastruktur mega," tegas beliau.

Pengambilalihan Pentadbiran PLUS Perlu Telus

SHAH ALAM 17 Okt : Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menjelaskan, sekalipun kadar tol di empat lebuhraya utama PLUS Ekspressway Berhad (PLUS) tidak akan dinaikkan untuk 5 tahun akan datang, namun kerajaan perlu membayar sejumlah pampasan kepada pemegang konsesi tersebut.

"Ini bermaksud bahawa walaupun orang ramai tidak membayar tol, tetapi di dalam perjanjian konsesi kerajaan Malaysia dengan PLUS, ada klausa yang mengatakan bahawa, kalau tarif tidak naik, maka alternatif kedua ialah pampasan daripada pihak kerajaan kepada pihak PLUS," katanya.

Beliau yang dihubungi TV Selangor menjelaskan, bahawa rakyat dan kerajaan sebenarnya yang akan kehilangan sumber kewangan, apabila pembiayaan dilakukan melalui kaedah tersebut.

Ini berikutan kewujudan tawaran dari Kumpulan UEM Berhad (UEM) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mengambil alih semua aset dan liabiliti PLUS Expressways Bhd pada harga RM23 bilion.

Dalam pada itu, Charles turut mempersoalkan ketelusan dan kaedah sekiranya urusniaga tersebut dilakukan, termasuk butiran, dan bagaimanakah transaksi tersebut akan dijalankan. Beliau turut mempersoalkan, apakah kos dan harga yang ditawarkan oleh kedua-dua belah pihak untuk pengambilalihan tersebut, dinilai mengikut harga pasaran semasa.

"Adakah kos yang dibayar oleh pihak KWSP dan UEM dengan harga yang kompetitif. Kita tidak tahu, sebab sampai sekarang kita tidak tahu butir-butir mengenai isu ini. "Tetapi pada pandangan saya, apa yang penting dan apa yang perlu ialah untuk mengadakan satu proses terbuka dan telus untuk mengatakan siapa yang boleh mengambil alih PLUS," katanya.

Charles mendesak pihak yang berkaitan, termasuk Kementerian Kewangan dan Kementerian Kerja Raya untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan, berikutan jumlah transaksi atas urusniaga tersebut berjumlah lebih RM 20 bilion.

"Ini sebenarnya adalah tanggungjawab Kementerian Kerja Raya, tetapi isu yang dibangkitkan harus dijawab oleh Kementerian Kewangan sebab mereka yang berkait. Mereka yang mengawal agensi tersebut untuk semua urusan, penswastaan dan sebagainya." jelasnya.

Friday, October 15, 2010

Masih ada yang sayang"Fikirkan masa depanmu"

Shah-Alam - Masih ada yang sayang merupakan program kali kedua yang dilaksanakan oleh bahagian penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada tahun ini.

Pelaksanaan program ini selari dengan arahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) kepada mereka yang telah ditangkap atas kesalahan Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995.
Mereka tidak dakwa di mahkahmah, sebaliknya diberikan sesi kaunseling berkelompok untuk melahirkan kesedaran dan keinsafan. Seramai 130 orang yang menyertai program tersebut.

Progam tersebut telah diadakan suntikan kaunseling oleh Pakar Motivasi yang cukup terkenal iaitu YB Dato’ Dr. Hasan bin Haji Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam merangkap ADUN Gombak Setia.

Dalam ucapannya Dato' Dr Hasan telah meyeru dan meminta agar mereka yang terlibat hendaklah taubat nasuha dan kembali ke pangkal jalan.

Beliau berkata "Hidup ini terlalu banyak ujian dan mehnah yang hendak dilalui. Semua orang ada tanggungjawab tersendiri untuk mentadbir bumi ini dengan baik."
"Kawan adalah faktor utama dalam kehidupan. Ia merupakan cermin pada kita. Oleh itu pilihlah sahahabat yang beriman dan sentiasa membimbing kita ke jalan yang diredhai oleh ALLAH swt".

Setiap perkara yang hendak kita lakukan hendaklah fikir masa depan dalam jangka masa panjang, kesan akan datang pada diri sendiri dan ahli keluarga juga, katanya.
Kata Dato' Dr Hasan lagi, "Jangan mudah membuat sesuatu tanpa fikir baik dan buruk walaupun kita diuji dengan kesempitan kehidupan. Carilah pekerjaan yang halal dan diberkati allah. Sesungguhnya ALLAH sentiasa mengetahui segala tindak tanduk kita walaupun kita membuat sesuatu tanpa pengetahuan orang lain tetapi sepandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah juga".

Jesteru itu, semoga dengan adanya program ini sekurang-kurangnya sebagai satu tanda kasih kita kepada mereka.
Dato' Dr Hasan juga menyeru agar sentiasa berfikiran positif kepada ahli keluarga, saudara mara dan semua masyarakat yang berada disekeliling kita.

Hasan dalam pertemuan sesi bual berkata"alhamdulilah program masih ada yang sayang telah berjaya dijalankan anjuran Bahagian penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Program yang sangat baik diadakan bagi membantu mereka yang telah melakukan kesilapan agar tidak tersasar ebih jauh lagi".
Saya juga difahamkan oleh pihak penganjur diantara operasi yang telah dijalankan pada tahun ini adalah Ops Sayang di ambang merdeka, Ops Tikam yang melibatkan perjudian dan mesin slot, Ops Khas Pencegah yang berfokus kepada Premis Urut dan Hotel Budget dan pelbagai lagi operasi yang telah berjaya dilaksanakan.
Sebahagian daripada mereka terdiri daripada mereka yang menyertai program terdiri daripada kalangan yang ditahan semasa operasi pencegahan dilakukan.

Syabas saya ucapkan kepada mereka yang bertungkus lumus untuk membantu mereka yang terlibat dalam kes tersebut dengan mengadakan berbagai program agar kembali ke pangkal jalan, katanya.
Salah seorang peserta yang ditemui berkata "saya sudah insaf dan bertaubat tidak akan mengulangi kesilapan lalu. Biarlah ia menjadi satu mimpi ngeri dan sejarah hitam yang akan saya simpan dalam hati saya. Semoga ALLAH terima taubat saya,"keluhan hati seorang peserta yang menyertai program "Masih ada yang sayang", disini.

Wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Rose, 35thn berasal daripada K.Lumpur berkata beliau hanya bekerja sambilan disebuah rumah urut di Petaling Jaya sebagai seorang penyelia tanpa menyedari ia salah disisi agama islam.

Beliau hanya bekerja sambilan dirumah urut itu tertarik dengan gaji lumayan ditawarkan."saya tahu pendapatan yang saya dapat adalah haram kerana dikira bersubahat dengan maksiat. Mujurlah peguatkuasa agama membuat serbuan dirumah urut itu kerana disini saya telah diberi kesedaran tentang hukum agama, dan kini saya benar-benar bertaubat dan ingin kembali kepangkal jalan", katanya.
Katanya lagi "Program ini memberi kesan yang mendalam dan selepas ini saya akan lebih berhati-hati memilih pekerjaan dengan cara yang halal, biar sedikit tetapi diberkati dan mendapat keredhaan allah. "

"Terima kasih kepada pihak penganjur dan Y.B Dato' Dr Hasan yang telah memberi suntikan motivasi yang amat baik dan memberi kesedaran pada kami disini. Moga ilmu yang diberi membuka pintu hati kami agar benar-benar insaf dan melakukan perkara yang benar-benar manfaat", katanya yang telah mengikuti program itu di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, disini kelmarin".

Thursday, October 14, 2010

Generasi muda Berkelulusan Pendidikan Agama & Bertauliah harus tampil kehadapan sebagai pelapis

S.Alam - Multaqa yang dirasmikan oleh Y.A.M Tengku Sulaiman Shah Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj telah mendapat sambutan yang amat baik sekali setiap tahun diadakan disini.
Setiap tahun kerajaan negeri menghimpunkan tenaga Ulama’ dan Umara’ dalam program Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah. Program Multaqa ini bertujuan untuk menimba pandangan-pandangan para Ulama’ dan Umara’ bagi melonjakkan penghayatan Islam dikalangan rakyat muslim di negeri ini.
Berkata YB Dato’ Dr. Hasan bin Haji Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam "Setiap kali diadakan sambutan yang diberi hangat membayangkan bertapa pemikir-pemikir muslim memerlukan gelanggang bagi menguraikan segala masalah kontemporari yang dihadapi ummah. Sebahagian daripada masalah yang dihadapi memerlukan perhatian dan tindakan yang segera".
Sebagai EXCO yang bertanggugjawab, saya akan terus meneliti pelaksanaan multaqa ini bagi mempastikan program sedemikian melahirkan impak yang diharapkan.
Saya juga ingin melihat supaya program yang sama dalam skala yang sesuai dibawa ke daerah-daerah atau zon bagi membuka ruang yang lebih luas kepada penyertaan anggota masyarakat muslim.
Katanya lagi "Saya juga ingin melihat jalinan program yang bersifat komplementari dengan lain-lain program seperti Program Menyemarakkan Islam Selangor (PROMISE), Forum Perdana Ehwal Islam, tranformasi institusi agama seperti masjid-masjid, surau, madrasah dan sebagainya".
Program ini merupakan usahasama 3 pihak Iaitu Jabatan Hal Ehwal Islam, Jabatan Mufti Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Program yang bermula 9 pagi-5ptg telah dihadiri hampir 600 peserta yang disertai wakil jabatan mufti seluruh Negara, pemeganag tauliah penceramah negeri, cendiakawan islam dan ulama negeri ini.
Saya percaya dengan kerjasama dan permuafakatan yang erat antara ulama mampu menyinar kembali kegemilangan islam sebagai pencetus revolusi tamadun dunia.
Penganjuran ini amat tepat dengan masanya agar keharmonian negeri ini terpelihara.Disamping itu saya juga amat berharap agar akan lahirnya generasi-genari muda sebagai pelapis untuk menerajui Negara ini dengan baik dengan berpandukan al-quran dan al-sunah.
Saya menyeru agar pelapis-pelapis muda yang mempunyai kelulusan pendidikan agama yang ditauliah agar tampil kehadapan untuk bersama-sama menyebarkan dakwah ini dengan cara dakwah bil hal, katanya dalam majlis penutup muttaqa di dewan jubli perak, s.alam kelmarin.



Editor :Khaulah Azwar

Friday, October 8, 2010

Post Mortem perlu ada setiap kerja dilakukan

Tmn Berjaya Gombak- Satu mesyuarat khas Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) ADUN Gombak Setia bersama Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Pejabat Tanah Daerah Gombak (PTDG), Tenaga Nasional Berhad (TNB) , Polis, telah diadakan baru-baru ini.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YB Dato’ Dr. Hasan bin Haji Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam merangkap ADUN Gombak Setia. Turut hadir bersama dalam mesyuarat khas tersebut nazir masjid, dan ketua kg.
Berkata Dato' Dr Hasan dalam ucapan mesyuarat yang telah dilaksanakan "tujuan saya mengadakan mesyuarat khas adalah saya ingin melihat hasil turun padang yang dilakukan baru-baru ini bersama MPS, JKR dan semua agensi yang terlibat dengan mendapat semua laporan kerja yang telah pihak MPS dan Jabatan Kerja Raya (JKR) lakukan setiap kali membuat kerja-kerja pemantauan di setiap kawasan dilakukan".

Antaranya adalah mengenai Kemudahan infrastruktur, Infra Gerai Selera MPS, masaalah pembuangan sampah, tapak pembuangan sampah Fasa 8, dan lain-lain lagi.
Tujuan saya membuat tindakan tersebut adalah untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab saya sebagai Exco Kerajaan Negeri merangkap ADUN Gombak Setia disini.

Selain daripada itu ingin memberi khidmat masyarakat dan kepuasan kepada rakyat yang telah memilih saya sebagai wakil rakyat pada PRU ke 12 yang lalu.
Semoga dengan tinjauan dan pemantauan kerja dilakukan ini dapat memberi khidmat kepada masyarakat dengan baik, katanya.

Menurutnya lagi, saya ingin melihat semua pekerja yang sentiasa berhubung dengan saya dapat menjalankan tugas dengan baik, jujur dan amanah kerana ia merupakan amanah majikan kepada kakitangan yang dilantik.
Semoga setiap pemantauan dilakukan akan memberi impak yang positif dan melahirkan generasi pekerja yang berwawasan dan dikagumi oleh setiap masyarakat kepada setiap agensi syarikat tersebut.

Jika pemantauan tidak dilakukan setelah turun padang dengan tidak melakukan "post mortem" saya yakin ia tidak mendatangkan hasil yang baik dan merupakan satu pekerjaan yang begitu sia-sia. Dalam melakukan pekerjaan juga perlu ada "follow- up" kerja agar kerja dilakukan yang masih dalam proses tidak tergendala begitu sahaja.
Hasil kerja yang baik adalah dengan menyenaraikan semua kerja-kerja kita, apa patut kita lakukan hari ini, tidak melengahkan kerja senaraikan kerja-kerja yang masih dalam perhatian dan sebagainya.

Melakukan perbincangan antara agensi dan majikan bersama kakitangan juga perlu ada agar tidak berlaku salah faham dan sebagainya didalam melakukan perkerjaan.
Insya-allah jika hubungan 2 hala ini wujud hasilnya 100% positif dan kita melakukan pekerjaan juga merasa gembira, katanya denga memberi suntikan motivasi kepada ahli mesyuarat bersama kakitangan PKM ADUN Gombak Setia, kelamarin.


Editor :khaulah azwar

Thursday, October 7, 2010

Perginya Seorang Aktivis PAS


Selayang, Batu Caves - "Manusia mati tinggalkan nama, harimau mati tinggalkan belang" Perginya seorang aktivis PAS yang telah banyak menabur budi di persada dunia politik perjuangan ISLAM merupakan 1 kehilangan yang besar di kawasan tersebut.
Almarhum Hj. Mokhtar Mat Saman, berusia 65thn mengalami sakit jantung, kanser usus dan kencing manis semenjak beberapa tahun yang lalu.
Beliau meninggalkan seorang balu Hjh Hasrinah dan 3 orang anak. Ketika usianya masih ada beliau dan isteri begitu terkenal dalam dunia urutan bagi merawat pesakit yang mengalami sakit urat saraf, patah tulang, bersalin dan sebagainya.
Almarhum merupakan Aktivis PAS yang telah berkecimpung dunia politik semenjak 30thn sehingga kini. Beliau merupakan setiausaha kerja PAS kawasan selayang, Pembantu Pendaftaran SPR dan banyak lagi jawatan yang disandang diperingkat negeri dan pusat.
Walaupun usianya yang semakin lanjut dan mengalami berbagai penyakit namun ia bukan penghalang padanya untuk menjalankan tugasan dengan baik untuk perjuangan ISLAM.
Kunjungan Dato' Pesuruhanjaya PAS Selangor, Y.B Dato' Dr Hasan B. Hj Mohamed Ali merangkap ADUN Gombak Setia sebagai menjalankan tanggungjawabnya sesama muslim dan memberi tanda pengohormatan buat kali terakhirnya dengan menguruskan jenazah, mengimamkan solat jenazah sehingga dikebumikan ditanah perkuburan islam selayang.
Berkata Dato' Dr Hasan " Pemergian Almarhum merupakan 1 kehillangan besar pada kita. Beliau banyak berjasa dalam melakukan kerja-kerja parti. Almarhum cukup dikenali ramai dengan sifatnya yang ramah dan suka membantu orang lain".
Beliau tidak lokek sering menginfaqkan harta, tenaga, masa dan diri dalam menegakkan Islam melalui perjuangan Parti PAS.
Beliau bersama isteri sering hadir dalam majlis-majlis di peringkat pusat, negeri dan kawasan. Setiap kali pilihanraya kecil diadakan, beliau dan isterinya tidak ketinggalan untuk bersama membantu kerja-kerja pilihanraya".
Saya difahamkan di saat-saat akhir meghembuskan nafas, beliau masih berada di hadapan komputer untuk melakukan penyemakan daftar-daftar pemilih baru yang boleh mengundi dalam PRU ke -13.
Semoga sikap beliau dicontohi oleh semua ahli PAS. Segala amal iabadahnya diterima oleh ALLAH swt, inya-allah.
Dikesempatan ini saya selaku Dato' Pesuruhanjaya PAS Selangor ingin merakamkan Takziah Buat isteri dan anak-anak beliau semoga tabah menghadapi ujian ini dan teruskan kehidupan ini untuk bersama membantu perjuangan ISLAM, katanya.
Sehubungan dengan itu Hjh Hasrinah sebagai isteri almarhum telah menerima sumbangan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) daripada kerajaan Negeri RM1500 dan RM2000 daripada PAS kawasan bagi membantu ahli keluarga untuk mengeruskan jenazah dan sebagainya.


Marilah kita sama-sama mendokan agar roh beliau sentiasa dirahmati. Al-fatihah…


Editor : Khaulah Azwar


SIMFONI KASIH TAUTAN HATI