Tuesday, May 12, 2009

mahkamah uMPAMA gELANGGANG sarkas dIGUNA bn SESUKA HT


Wan Nordin Wan Yaacob Wed May 13, 09 7:08:18 am MYT
IPOH, 13 Mei (Hrkh)
- Keputusan yang berubah hanya dalam jangkamasa sehari menunjukkan mahkamah kini umpama gelanggang 'sarkas' yang menjadi pentas untuk Umno/BN terus menyalahgunakan kuasa mereka.

Demikian telahan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang dan Adun Titi Serong, Dr Khalil Idham Lim Abdullah ketika ditemui selepas mesyuarat Pakatan Rakyat Perak di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak.

"Taklimat tadi kita bincangkan tentang keputusan terkini yang memeranjatkan dan marah kerana dalam masa sekejap sahaja mahkamah boleh terima rayuan Zambry, sedangkan di pihak kita tidak diberitahu,"kata Ahmad Awang yang ditemui selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di sini.
Antara yang hadir dalam mesyuarat di Badan Perhubungan PAS Perak petang ini ialah Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang; Menteri Besar, Dato'Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin; Pengerusi KeADILan Perak, Usaili Alias; Ahli Parlimen Bagan Serai, Mokhsin Fadzil; peguam Asmuni Awi, adun-adun Pakatan Rakyat dan saf kepimpinan pakatan yang lain.
Beliau memaklumkan bahawa Nizar melahirkan rasa terkejut dengan permainan BN ini yang mana kini MahkamahRayuan menggantung keputusan Mahkamah Tinggi berhubung pengesahan MB dipihak Nizar hanya dalam masa singkat.
Ujar Ahmad Awang, adalam proses rayuan afidavit sepatutnya dalam masa 40 hari namun mereka luluskan cepat hingga peguam Pakatan Rakyat tidak tahu dan terkejut dengan keadaan ini.
Keputusan ini tak kalau sebegini menjadikan rakyat marah dan mempunyai persepsi bahawa mahkamah suka-suka boleh buat keputusan,katanya.
"Benda ini tak pernah berlaku, gantung dengan cepat.Saya tidak nafikan bahawa rayuan boleh dibuat tetapi bukan kepoutusan dalam masa yang amat singkat ini mengejutkan,"katanya.
Sementara Khalil pula yang berang dengan permainan BN ini menyatakan bahawa kini rakyat mula sangsi dan bingung akan mudahnya mahkamah diperguna BN sewenangnya.
Malah keputusan mahkamah pada 11 Mei hanya diskripkan untuk sengaja memperlihatkan Nizar dan Adun-adun Pakatan Rakyat ini 'gila kuasa' mahu masuk sesegera mungkin ke pejabat MB, katanya.
Walhal,Nizar sudah tahu akan perkembangan ini kerana BN pastinya melakukan tindakan yang akan hanya menguntungkan politik mereka walau melanggar batas undang-undang.
Khalil juga menyatakan, rakyat hari ini sudah mula berang dengan tindakan BN yang sekali lagi memperolok hak rakyat dalam memilih kerajaan yang sah. Sifirnya mudah kata Khalil, ia terletak di tangan Sultan Perak yang seharusnya mendengar denyut nadi suara rakyat yang mahukan pembubaran Dun untuk membolehkan pilihan raya kecil diadakan secepat mungkin.
Mengulas isu yang sama, Adun Teja, Chang Lih Kang pula menyatakan keputusan Mahkamah Rayuan membenar dan meluluskan permohonan rayuan adalah 'tidak masuk akal'.
Bagi Adun Teja, beliau memaksudkan 'tidak masul akal' keputusan itu dibuat dalam masa yang amat singkat dan hanya merumitkan keadaan dimana Nizar tidak boleh bertugas kerana halangan 'stay order'.
Sementara Zambry pula sebenarnya terikat juga dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak mengesahkan Zambry selaku MB yang sah,katanya. Secara keseluruhannya, usaha melalui Mahkamah Rayuan ini hanyalah tindakan Umno/BN dalam menghalang Nizar bertemu Sultan Perak bagi membuka jalan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, katanya.
Sambil menyifatkan keputusan ini dipengaruhi dalang yang juga memprojekkan rampasan kuasa di Perak Februari lalu, Lih Kang menambah tindakan tidak demokratik ini akan hanya
menambah benci rakyat kepada BN./wann_

Monday, May 11, 2009

PERHEBATKAN AKTIVITI USRAH BARU ROHANI KITA KUAT JEMAAH JD KUAT


Doa seorg abid, Ya-ALLAH hdp dan matikanlah kami dlm landasan agamamu,m masukkan kami dlm golongan org2 yg telah kau pilih utk membantu agamamu, masukkanlah kami dlm golongan yg paling sedikit, amiin ya rab.
Melibatkan diri ke dlm sebuah jamaah Islam merupakan satu tuntutan ke atas seorang individu muslim..
Jamaah ini akan membimbing kita,membimbing diri,keluarga,masyarakat,negara dan akhirnya akan membimbing dunia agar sentiasa meletakkan Islam sebagai panduan utama dalam setiap tindak-tanduk seharian.
Tapi,ramai yg tersalah anggap setelah menyertai jamaah..Mereka fikir hidup mereka akan menjadi lebih tenang,lebih kuat dan lebih mudah memperoleh kesenangan hidup kerana telah dianggap membantu agama Allah,jadi Allah juga akan mudah membantu mereka..Inilah satu penafsiran yg sering disalah anggap.
Apabila kesalah tanggapan ini sering terjadi,maka inilah yg mencetuskan masalah dan akhirnya ramai yg akan lari dari jalan jamaah ini akibat tidak faham dgn apa yg dibawa.Bagaimana untuk faham? Di sinilah pentingnya usrah!Once kita telah melibatkan diri dgn jamaah,jgn diletakkan usrah pada posisi yg terkebelakang,tetapi usrahlah yg wajib diletakkan di hadapan.Usrah akan mengajar kita erti sebenar hidup berjamaah.Usrah diibaratkan seperti keluarga, kita lebih kenali hati shbt2 kita, 1 minggu kalau tak berjumpa shbt, kita akan merindui mereka krn hubungan hati dan doa sentiasa bersama, kdgkala ukhwah dlm jemaah lebih rapat dgn keluarga kita coz... Usrah yg kerap kali bertemu membuat kita lebih terbuka berkongsi sesuatu dgn shbt2 berbanding dgn famly kita sendiri yg kdgkala kita sukar untuk bercerita lebih2 kalu keluarga kita bukan org jemaah.. so dgn ada ada usrah inilah kita merapatkan ukhwwah fillah, ksh syg dlm jemaah semakin kuat..


Usrah akan mendidik kita erti sebenar perjuangan Islam.Usrah akan menguji tahap keimanan kita.Usrah akan menambahkan ilmu di dlm diri kita.Usrah akan menjadi panduan utk kita faham jalan perjuangan Islam through jamaah.Segalanya di dlm jamaah adalah bermula dgn usrah.

Utk kita faham ttg perjuangan Islam,kita perlu berusrah.Utk kita kuat jati diri,kuat keimanan,tetap pendirian dgn jamaah adalah melalui usrah..Jadi,perkukuhlah usrah kerana cara ini adalah cara terbaik untuk kita berikan kefahaman tentang perjuangan Islam.Perhebatkan aktiviti usrah.Barulah kita akan kuat!Barulah jamaah kita akan kuat! Hidupkan usrah dgn berbagai cara jgn jdkan usrah itu menjadi hambar, murung dll.. Ini sekadar peringatan buat kita semua.Ambillah apa yg baik drpd penulisan ini utk kita sama-sama fikirkannya..Wallahu'alam

ALHAMDULILAH NIZAR DISAHKAN MENJADI MB BESAR PERAK.TAKBIR!!!

Nizar Menteri Besar Perak^^ kepimpinan dan pentadbiran 4:38 PM
dari berita harian online... Note :Ceramah perdana 16/5/2009 Bersama MB Nizar , Utz Nasharuddin Md Isa, YB Siva Kumar di Stadium Melawati S.ALAM.. datang beramai2 untuk sokongan....

Kenangan bersama adk2 ku di Bukit Gantang, Minda dan pandangan ku beliau merupakan org yg berkelibier dlm semua bidang samada politik, agama dll.ada harapan jd PM.. Nyah BN.. Sebut betul....Tanda dengung & sabdu sebut betul2 dgn makrajnya... UMMMNO... Insya-ALLAH doa sentiasa bersama buat insan bergelar Pejuang ISLAM, AMANAH & HARAPAN RAKYAT.

Ya-ALLAH bantu kami dlm membawa & menyebarkan dakwahmu kurniakan kami pemimpin yg bertanggungjwb, berpandukan alquran dan alsunah,,, jauh dpd sifat2 tercel, amin ya rab..

Mahkamah Tinggi isytihar Nizar Menteri Besar Perak yang sah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini mengisytiharkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, bukannya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Keputusan itu dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Abdul Aziz Abd Rahim, di sini, sebentar tadi.

Dalam keputusannya, Abdul Aziz berkata jawatan Menteri Besar Perak tidak boleh dianggap kosong mengikut peruntukan Artikel 16(6) Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dan undi tidak percaya terhadapnya hanya boleh dibuat ketika persidangan Dewan Undangan Negeri.

Nizar sebelum ini mengemukakan semakan kehakiman untuk mendapatkan pengisytiharan mahkamah bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah.

Bagaimanapun, keputusan itu masih belum muktamad kerana pihak yang kalah boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Mohammad Nizar memfailkan semakan kehakiman itu pada 13 Februari lalu, memohon perintah injunksi bagi menghalang Zambry, yang dilantik Menteri Besar pada 6 Februari lalu, atau ejennya daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

Mohammad Nizar juga memohon perintah supaya Zambry memberikan tunjuk sebab bagaimana dan mengikut dasar atau kuasa apa beliau berhak memegang jawatan itu.

Beliau turut memohon perisytiharan mahkamah, Zambry bukanlah Menteri Besar Perak dan tidak berhak menjawat jawatan itu.

Selain itu, Mohammad Nizar juga memohon mendapatkan takrif mengenai Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UTKP) sama ada jawatan Menteri Besar boleh dikosongkan.

Pada 6 Februari lalu, Zambry mengambil alih pucuk pimpinan negeri Perak selepas Barisan Nasional (BN) mendapat sokongan 31 Adun berbanding 28 Adun bagi Pakatan Rakyat (PR).

Sokongan kepada BN bertambah selepas Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) keluar parti masing-masing untuk menjadi Adun Bebas serta menyokong BN.

alhamdulullah....kuasa Allah..membantu pentadbiran islam..

Jom sertai kami PERTANDINGAN BOWLING NISA'09,


Salam Ukhwwah buat semu pengujung yg ziarah blog ana.. disini ana wakil dpd Nisa Gombak menjemput semua shbt sahabiah utk bersama bowling Nisa. berbagai acara diadakan yg akan dirasmikanoleh Yb Dato' Dr. Hasan Ali..
Sila hubungi kami ditalian 013-6893185, Azwar untuk sebarang pertanyaan. Masih terbuka kepada yg berminat masukkan bola dlm longkang,.he,he, rapatkan ukhwwah dgn rabitah hati dgn adanya prg2 jemaah. EVERYBODY CAN PLAY.. BUT ONLY MUSLIMAH.

KASIHNYA ALLAH pd WANITA..



Kasihnya ALLAH pada wanita





"Keistimewaan yang Tuhan berikan kepada wanita terlalu banyaknya.Kasihnya Tuhan kepada wanita!" Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk menggambarkan 'layanan' istimewa terhadap wanita dalam Islam.
Sesungguhnya, tidak akan ada mana-mana ajaran, ideologi, isme atau agama lain yang dapat melayan wanita dengan sebegitu baik sepertimana Islam melayan wanitanya. Malah, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah SWT tawarkan buat seorang wanita di dalam Islam.

Namun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini. Lantaran itu kebanyakan mereka tertipu oleh nafsu sendiri dan merasa terkongkong dengan amalan atau larangan tertentu yang digunakan ke atas wanita Islam seperti amalan menutup aurat, larangan bergaul bebas, poligami, larangan wanita menjadi pemimpin dan lain-lain lagi. Mereka cukup takut dan gerun dengan kesemua amalan ataularangan yang dianggap sangat menindas wanita. Walhal kalau dikaji setiap satu amalan atau larangan itu, mudah sahaja untuk melihat hikmah dan kebaikannya kepada kaum wanita itu sendiri. Lalu kita melihat apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang hak wanita ialah mereka kalau boleh tidak mahu sebarang sekatan dikenakan ke atas mereka. Tentulah ini tidak munasabah. Sedangkan manusia sendiri banyak membuat peraturan-peraturan serta larangan itu dan ini, atas alasan hendak menjaga keselamatan diri atau masyarakat awam. Contohnya,dalam soal lalu- lintas, terlalu banyak peraturan dan larangan yang manusia buat seperti jangan memandu melebihi had laju, tidak boleh letak kereta di garisan kuning, mesti berhenti apabila ada isyarat lampu merah, mesti hidupkan lampu selepas pukul 7 malam dan berbagai-bagai lagi. Kalau dalam bidang sekecil ini pun perlu banyak peraturan dan larangan, sudah tentulah dalam bidang kehidupan lebih memerlukan lagi, dan lebih-lebih lagilah kalau skopnya itu jauh lebih luas iaitu untuk keselamatan dunia dan Akhirat.

Tuhan sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala suruhan dan larangan yang Tuhan kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat dan sekali-kali bukan untuk menyusahkan mereka. Tetapi, atas hujah dan alasan apa dakwaan ini dibuat? Mari kita lihat satu persatu pengiktirafan yang diberikan olehTuhan kepada wanita, sama ada setara langsung atau pun tidak.

i) Gelaran bagi `isteri' di dalam Al Quran>Perkataan yang Allah SWT gunakan di dalam Al Quran untuk menunjukkan suami atau isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa- bahasa lain, perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri menggunakan dua perkataan yang berbeza. Misalnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan untuk suami ialah`husband' manakala perkataan untuk isteri ialah`wife'.

Sementara dalam bahasa Perancis pula, perkataan untuk suami ialah `mari' manakala perkataan`femme' untuk isteri.Tetapi di dalam Al Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang berbeza `zaujuh' dan `zaujati'. Hanya satu perkataan yang digunakan untuk kedua-duanya iaitu `zaujuh' yang bermakna`pasangan'. Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, penutup dan juga pelindung buat yang lain. Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini bermakna yang kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanitanya. Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin atau sepasang baju, tentulah kita menganggap mereka setara dan tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap yang stokin kanan lebih hebat daripada stokin kiri atau kaca mata kanan lebih baik daripada kaca mata kiri. Begitulah tamsilannya sepasang suami isteri di dalam Islam seperti yang tercatat di dalam Al Quran.

Namun, gelaran zaujuh ini hanya diberikan kepada isteri yang sama beriman.Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut zaujuh. Contohnya, isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Di dalam Al Quran, mereka disebut 'imraah', kerana isteri sebegini tidak dianggap pelengkap, pelindung atau penutup kepada suaminya.

ii) Pembelaan Rasulullah SAW Terhadap Wanita> Rasulullah SAW ada banyak menyatakan Hadis-Hadis yang menunjukkan betapa wanita itu dimuliakan di dalam Islam. Antaranya:

a. "Syurga di bawah telapak kaki ibu." Apakah wanita tidak rasa mulia dengan Hadis ini? Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan "di bawah telapak kaki" dan bukan "di dalam tangan" atau "disisi" seorang ibu? Sudah tentu ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam Islam.

Seorang yang faham tentu akan sangat memandang mulia, menghormati,membela serta berlumba-lumba untuk berkhidmat dan meng'hamba'kan diri kepada ibunya (dengan syarat segala yang dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu di dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan, malah akan sentiasa dibela, dihormati dan dimuliakan oleh anak-anaknya.

b. "Orang yang paling baik dari antara kamu itu ialah yang paling baik kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu kepada isi rumahku."

c. "Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina akan perempuan-perempuan melainkan orang yang hina."(Hadis riwayat Ibnu `Asakir)

d. "Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak."

e. "Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang (isterinya yang) mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang dia suka."(Hadis> riwayat Ahmad dan Muslim) Demikianlah hak-hak istimewa seorang wanita yang diberi oleh Islam. Dalam satu masyarakat yang bertaqwa, kaum wanita tidak perlu bimbang yang mereka akan diperleceh, dipermain atau diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki, sebaliknya mereka boleh yakin bahawa pihak lelaki akan sentiasa melindungi,
menasihati, menegur dan membimbing mereka dengan ikhlas.

iii) Bahagian Tubuh Wanita Dianugerahkan Nama yang Mulia Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nana yang begitu mulia iaitu rahim. Perkataan ini diambil dari nama Tuhan, yang bermaksud `Maha Penyayang'. Sudah tentulah Tuhan tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi- Nya. Sudah tentuTuhan akan memilih sesuatu> yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Tuhan tidak berikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaanTuhan dan memberi makan kepada apa yang Tuhan ciptakan. Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Tuhan kerana memberi penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa boleh nafikan kepentingan rahim untuk kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan akan mulianya wanita di sisi Tuhan.

iv) Diberi Pahala yang Berterusan> Wanita disebut `kurang dari sudut agama', tetapi ini bukan bermaksud yang wanita itu kurang dari sudut iman dan taqwanya. Mereka cuma kurang bersolat ketika datang haid dan nifas. Namun, oleh kerana di waktu-waktu lain mereka sentiasa bersolat, maka sepanjang waktu haid dan nifas itu, Tuhan tetap memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya yang tidak selesa itu. Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak.Sudahlah digugurkan dosa-dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir, diberikan pula pahala solat percuma sepanjang dia dalam keadaan nifas. Dan kalau dia sabar menyusu, memelihara dan melayan kerenah anaknya pula, makin banyaknya pahala yang Tuhan sediakan untuknya.

Aduh! Maha Pemurahnya Tuhan kepada wanita. Maha Baiknya Tuhan kepada golongan yang sering dianggap lemah dan terpinggir ini! Kalaulah wanita-wanita pejuang hak asasi itu tahu begini sekali ganjaran- ganjaran yang Tuhan berikan kepada seorang wanita mukminah, pastilah mereka akan meninggalkan perjuangan mereka. Tidak ada apa-apa lagi hak yang perlu diperjuangkan oleh seorang wanita mukminah. Yang Tuhan tawarkan itu pun sudah terlampau banyaknya.>

Dalam sepotong ayat dan sepotong hadis ada menerangkannya: "Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong ."> (An-Nahl ayat 105) "Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka." (Hadith riwayat Az-Zahabi dalam Al-Kabair.)

Sunday, May 10, 2009

Sambungan SAT je Kenangan di Tmn Keramat Sempena Hari IBU, betuahnya ada 2 IBU



SAT JE...KEngan dan gelagat 3 serangkai sempena hari ibu bukan setakat 11mei, tp hari ibu untuk setiap hari,, cuma tarikh ni mnjd sejarah buat semua insan bergelar ibu utk diri mereka di hargai...
begitulah setiap insan yg hadir dlm hidup kita perlu dihargai..
Note : Imah, Yan syukran atas segalanya, sporting, fhm , bertolak ansur dlm ukhwwah ini..sudi memeriahkan majlis hari IBu tahun ini..

Salam buat semua shbt -sahabiah nak kongsi cerita sikit kenangan yg terpahat dihati bersama 3 serangkai (Yan, Imah & Ana-K.Sue), Terima SMS 5:3opm tgk sibuk mengaji quran terima SMS naughty girl :)

Naughty girl :Akak, mlm ni ada prog dkt TM ye?
Khaulah Azwar : Yop ada ceramah MB Nizar, Silvakumar dll, imah dh blk famly day ke/Trganu ke? nak g ke mlm ni?

Naughty girl : a'a baru blk trganu x jd g famly day.. nak g mlm ni tp x sure lg kalau ada transport nk gak..
Khaulah azwar : oo.. k siaple tp akak nak celebarate hr ibu utk mak akak, kalu nak ikut ti akak amik imah lepak dulu dkt masjid Tmn Amaniah @joint together dgn famly akak..
Naughty girl: k le tp akak nak dtg pkl brpa? Yan nak g tp dia ada mtg mlm ni.. tp rsa mcm nak skip.. (Alamak Nak skip.. ni tgjwb ).. ana xkp pk dulu ye...
Khaulah azwar : erm.. siap je le tggu dkt tgga besar, yan nak g tp ada mtg nanti bimbang pula ggu dia.. mcm run pula.. k jg bawa le yan ..sememangnya mana ana g akan bawa 2 brdik ni..akak nak cari brg utk 2 org mak..

Naughty girl.. hehe, 2 mak,.. sapa tu, mak mertua ke?? (Dlm Hati ana,, yele cana le kalu dh walimah kena bg masa sebaiknya... apa yg ana beri pd mak ana akan an beri pd bondaku jg.. sememangnya ana di ajar dgn mak. kena berlaku adil dlm apa jg.. so inilah yg ana pegang...

Khaulah azwar : heh.. adk2 ni.. nak je kena,.. mana ada mak mertua.. tp bunda kesayanganku kalau ikutkan hati nak je kumpulkan semua mak angkatku (Bentong, Maran) 2 hari lps kak di maran tel tp ana x sempat jwb nak ctc pun x sempat.. mesti famly di kg rindu sgt.. dh lama ana x balik kg.. ei. teruk betul ana ni.. insya-allah jika ada waktu ana akan balik..
so 6:3opm sampai UIA.. terus g tempah 2 kek & bunga utk 2 org ibu (Sarah kanu) dan Bondaku (Maimunah Ahmad).. erm.. sebenarnya x planning nak g keramat..yan & imah tanya, akak cana akak ada famlay angkat, yan teringin nak ada famly angkat, imah pun gitu jg tp imah ckp xpe akak dh ada 2 mak (Mak betul dan nenek yg jg akak).. ana diam & tersenyum gelagat adk2 ku,.. erm panjang ceritanya.. tp dimana kita pijak mhnle agar kt bertemu org2 yg soleh menyangi kita spt mrka menyayangi diri mereka krn ALLAH... tp hati ana dlm seminggu b4 hari ibu ingatan & telalu rindu dgn famly ni.. rasa dh lama x jumpa mak & adkku awaleen.. so ingat nak kejar masa, jumpa sekejap hantar brg coz terkenangkan yan ada mtg.. tp perancangan ALLAH adalah terbaik... so, kami bertiga mmg terlalu lapor.. nak g keramat kali k2 ana mai waktu mlm itupun adk ana asyik sesat jln rumah sendiri, tergelak ana dlm ht... lawak 2 mungkin sbb rabun mcm ana so memanjang sesat... so ana cadang yan & imah amik teksi akak follow belakang. depa x nak.. semua nak mengekor,, so kami sebulat suara teruskan perjalanan ana ingat2kan jln2 yg pernah dilalui.. akhirnya waktu mgrib dh tiba2... di tepi jln jumpa 1 famly dok tepi jln borak.. kami pun tumpang tnya Jln Enggang dimana. alhamdulilah dimudahkan urusan kami x sesat jln... so kami jumpa masjid al-ansar.. dkt sblh gerai makan.. alhamdulilah..

selangkah dimasjid ana layangkan SMS pd mak?

Selamat hari Ibu buat bonda dikasihi salam ingatan teramat rindu.. mak dimana?? sue ada dkt keramat dgn shbt2 UIA,rasa dh lama sgt x jumpa mak sekeluarga.. kalau diizinkan ALLAH ingin sekali bertemu mak mlm ni..

Bonda Maimunah : salam mak dkt HSPTL ziarah anak buah, insya-allah 8pm mak sampai, jemputlah dtg..

Khaulah azwar: alhamdulilah syukran mak.. moga allah berkati pertemuan hari ni:)

Yan & imah dah masuk masjid, ana terkontang kanting cari jln pintu masuk, yan lambai.. hehe.. terima pula SMS mutiara hati: Salam akak pe khabar, NBLH rindu sgt dkt akak.. nak sgt jumpa akak:)


Khaulah azwar : dlm hatiku menangis bila teringat adk sorg ni.. ya-allah betapa aku rasa lalai pdnya mjls walimahnya tak lama lg.. tp disbbkan 1 prkara buat kami terasa semakin jauh..tp ana sygkan ukhwwah ini..semoga ALLAH sentiasa pelihara ukhwwah kami sehingga akhirnya walaupun kami diuji,..insya-allah ana akan jlnkan tgjwb ana pdnya.. doaku mg urusan walimahnya dimudahkan..

ana reply. salam alhamdulilah sht, cuma bz dgn urusan j yg x lama lg kena bertugas di penanti pula.. erm.. moga urusan anti dmudahkan salam pd bakal zauj.

Mutiara ht : akak hrp sgt kt dpt jumpa, blh x bg alamat akak, hrp walimah ni akak hadir ye kak? lps betugas b4 bertugas akak dtg le famly tunggu akak.. menitis airmataku.. bg alamat nak hntr kad/ kt jumpa mkn mlm sama.. lama x keluar dgn akak.. :(

Khaulah Azwar : insya-allah jika allah izinkan ana akan g salam pd famly & bakal zauj ye..

masuk di masjid tiba2 dengar ceramah dpd seorg utz yg tak dikenali betul2 menjadi sayu ana mendengarnya ....


"Hidup kita hanya sementara waktu, kita akan tinggalkan org2 yg kita syang dan rapat *mak, ayah, kaum keluarga, shbt handai, harta kita dll* serapat mana kita dgn org 1 hari kita akan berpisah dgnnya, yg akan bersama kita adalah amal jariah kita.. sepanjang kehidupan kita apa yg kita dh buat untuk ISLAM...aduh. ya -ALLAH setakat mana amal ibadatku... amalan2 ku utk perjuangan ISLAM, ya-allah terlalu bnyk kelemahan ana disini.. ampunkan dosaku
ana bagitahu dgn adk2.. ya-ALLAH yan, imah kita masuk masjid yg penuh kesyaduan, bestnya majlis ILMU ni sapa utz yg sampai cermah ni..dpd lunak suaranya pun menyentuh hati yg mendengarnya.. kami teruskan ambil wudhu imah jd imam..

lps solat kami terus cari mkn semantara tunggu famly angkat ku balik dpd Hsptl,. gelagat2 yg mencuit hati ku yan & imah.. setiap kali bercakap ada je yg nak jd debat... yan le yg tukang mendamaikan kami.. merapatkan ukhwwah.. hehe..yan ckp akak ni mcm bdk2 le.. lps tu ana pun ckp le.. kita flaxible -mana2 le masuk bila berjumpa org sebaya korg ni,,, jd x matang tp bila masuk peringakat m.cik 2 & shbt2 ku perwatakanku berubah.. so mana2 le masuk... imah sokong.. so tazkirah seterusnya di sambung dlm blog imah ni dia...

Nak kongsi sedikit perihal semalam hasil terdengar tazkirah sedikit di masjid Ansar di Keramat.Tujuan nak bersolat maghrib sahaja,tapi kebetulan,masjid tu dah selesai solat maghrib dan sedang ada sesi tazkirah.Semalam satu lagi perancangan Allah yang tak terduga,tapi apa-apa pun sedikit mutiara kata yang saya dapat secara tidak sengaja(*_*)"Hal-hal dunia kita kena lihat orang di bawah kita,kalau rasa tak cukup mewah,cuba kita lihat ada orang lebih susah daripada kita,kalau rasa "result" teruk,ada orang lebih teruk daripada kita,sehingga kena "dismissed" daripada universiti,kalau negara tak cukup membangun,tak moden,ada negara lebih mundur dan masih berperang lagi,Manakala hal-hal akhirat pula sebaliknya,kita kenalah melihat orang yang lebih atas daripada kita,kalau tengok ada orang lebih banyak amalannya,ibadahnya,mudah bangun qiamnya,kita kenalah cuba untuk jadi lebih baik daripada orang tu,kalau kita lihat orang lebih banyak ilmu daripada kita,kena kena cuba bekejar-kejar untuk menggali ilmu sebanyak mungkin ilmu dan mengamalkannya"
Dalam perkara dunia,
lihatlah orang di bawah anda...
Dalam perkara akhirat,
lihatlah orang di atas anda...
So lps mkn kami bergegas g rmh famly angkat ku terubat segala rindu pelukan ksh seorg iBu, ya-allah terima ksh pertemukan diriku dgn bonda & adk2ku... tp kami mcm gelisah sikit coz ana teringat kan Yan ada mtg.. so betul2 mcm terkejar masa tp kami x nak mak terasa hati so kami bertiga buat2 cool walaupun ht dh berbelah bg.. yan pun dh mcm muka gelisah,, ana rasa bersalah pula.. tp yan ckp x de apa le akak.. x elok kita tinggalkan majliskan, kami borak dgn waleen, fifi, mak.. abah tgk TV..sambil tgk TV abah pun tanya perkembangan politik dan gerakkerja ku dlm J.. erm terubat rindu perbualan seorg ayah.. yele abahku dah tiada so disini tempat ana menumpang ksh,. mcmc2 le di tanya perkembangan j gombak.. respect abah..:) lama x jumpa.. mcm2 le dibualkannya.. mak buat hidangan yg ana bawakan 1st time dtg mak ckp nak makan satay tp xde. so hari ni ana belikan mak satay, so menu mlm ni satay, kek pencuci mulut , ala kadar je.. tgk jam dinding alamak dh pukul 10:30 pm.. HP ana berbunyi famly ana tel.. depa tggu kek ana... ana tunggu my sister & brother berkumpul tu yg balik lewat sementara tunggu depa lebih baik g rmh fmly angkat ana...

so mmg mlm tu kami bertiga dh terlalu kenyang.. rasa2 utk mkn sahur terus.. so sampai rmh celebrate hr ibu buat ibu yg melahirkan diriku.. pelukan ksh & ciuman utk dirinya.. kek, bunga, dan hadiah yg istimewa utk nya tp ana arasa x terbals itu semua kalu nak bandingkan pengorbanan ibuku, selama ini..moga allah merahmatimu mak...
Yan & imah dh terlalu kekenyangan.. so 12am ana hantar depa blik UIA..

1:00 am ana lps mengaji ana sms pd imah & yan mohon maaf atas kelemahan diri, kejahilan diri dlm pengurusan masa, rasa benar2 bersalah ambil masa yan sehingga x dpt attend mtg.. sdgkan kami just rancang nak g ceramah tp dh keluar planning jd lain.. ya-allah.. ampunlah dosaku..Yan pls smiles.. and pls 4 give me...

Yan reply: salam akak jgn le mcm ni,, yan xde pe cuma rasa bersalah sikit dgn shbt2.. bila x dtg mtg , akak x slh yan yang mengada2 nak ikut akak.. x pe.. its k.. dont wory, syukran bawa kami keluar, yan suka keluar dgn akak, tp rasa x best asyk akak je belanja kami... k le akak tido ye, esk qiam lambat... yan nak g site esk... sweet dream kak:)


Ni foto adkku awaleen, so muka dia sama dgn bondaku (Maimunah Ahmad).. x de rezeki nak tgkp foto sekeluarga mlm tu coz dsbbkan HP ana masuk hospital ,,insya-allah kenangan xkan lupa..

ana doakan moga urusan adk2 j ana dimudahkan,dan kini adkku jg dh masuk 4year, huda x lma lg dh nak hbs, tinggal 1 sem je.. erm ya-allah terima taubat ku ini, berilah kebahagian pd ibu2 ku, kaum keluarga dan shbt2 ku berikan kami kejayaan dunia ahirat..amiin ya rab..terima ksh tuhan atas segalanya...

Saturday, May 9, 2009

UNTUKMU IBU KU

*****UNTUK IBU*****

Sejenak hatiku mula tersentuh
Bila terkenang ibuku nun jauh
Aku di rantauan penuh kerinduan
Bersama harapan pulang ke pangkuan
Biarpun anakmu jauh di mata
Namun di hati tak pernah kulupa
Wajah manis ibu, tutur kata
Menjadi penyubur semangat jiwaku
Walau selaut kucurah baktiku
Walau segunung kutabur jasaku
Namun takkan dapat kubalas
Pengorbananmu waktu kecilku
Untukmu ibu salam sayangku
Doa dan restu kupohon darimu
Agar dimudahkan laluan hidupku
Menempuh dugaan di medan ilmu
Alangkah rindunya belai kasihmu
Alangkah indahnya mutiara katamu
Ingin rasanya bertemu kembali
Kenangan dahulu yang harum mewangi

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI