Gombak : Dalam melahirkan
pemimpin Islam yang cemerlang seimbang akademik dan islamik ia bermula daripada
ibubapa dalam mencorakkan kehidupan anak-anak.
Alhamdulilah hasrat kami tercapai tubuhkan Mahad Tahfiz. doakan urusan kami. |
Fenomena hari ini amat
membimbangkan seluruh masyarakat umum dan pimpinan apabila jenayah semakin meningkat di peringkat usia
muda.
Kajian menunjukan perkara ini berlaku berpunca kegagalan ibubapa mencorak kehidupan
anak-anak mengenal Allah SWT , menerapkan nilai-nilai murni, pendidikan di
rumah serta sekolah , kata Pengetua Sekolah Mahad Tahzif Sains Fatimah
Az-Zahrah (MTSFAZ), Nazratun Nafizah Akhtar Husin kepada pemberita.
Menurut beliau, pelbagai tindakan
telah diambil pihak berwajib dalam mengatasi masalah gejala sosial dikalangan
pelajar namun isu ini masih tidak dapat
diselesaikan dengan sebaiknya.
Anak ibarat kain putih kita yang mencorak mereka jd ISLAM, Yahudi @ Nasrani |
Justeru, pihak MTSFAZ mengambil
inisatif untuk membantu pimpinan dan masyarakat menyelesai masalah ini dengan
menubuhkan Sekolah Mahad Tahfiz Sains yang bukan sahaja fokus pada pendidikan
islamik namun menitik berat dalam
akademik juga.
Tambah Nazratun, saya percaya
apabila pelajar dibentuk sejak dari kecil mengenal Allah SWT, Rasul mengamalkan
Al-Quran, Al-sunah dalam kehidupannya serta menitik berat dalam bidang akademik
insya-Allah sedikit sebanyak masalah ini selesai juga.
Ujarnya lagi, selain itu Ibubapa juga harus memberi
kerjasama dengan sekolah serta memberi perhatian terhadap anak-anak agar mereka
tidak merasa kehilangan tempat mengadu kerana kesibukan ibubapa dalam kerjaya.
Ustz Zahazan dan Utz Mohamed Amin menyampaikan Forum Hal Rumahtangga. |
Bagi pihak MTSFAZ, dalam membantu
menyelesaikan masalah ini kita telah adakan Forum Hal Ehwal Rumahtangga sempena perasmian
MTSFAZ Majlis Makan Malam Amal di Dewan
Komuniti, Taman Koperasi Polis Fasa 2, Gombak.
Antara Penceramah yang diundang
Ustaz Dr Zahazan Mohamed dan Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin. Ibubapa pelajar
diberi peluang untuk mengemuka pelbagai soalan kepada penceramah, katanya.
Pemberita difahamkan oleh
Pengetua MTSFAZ, pihak sekolah memerlukan dana pembangunan, dan kelengkapan
alat membantu mengajar yang berteknologi multimedia dan efisien untuk memberi
keselesaan kepada semua pelajar.
Menurut Nazratun, MTSFAZ memerlukan dana sebanyak RM100,000. Sumbangan
boleh di salurkan kepada The sritifaz
global. Akaun nombor 562405603814
maybank.
Pendafataran pelajar baru sesi
2013 tahun 1 telah dibuka. Masyarakat yang berminat untuk menghantar anak-anak ke
MTSFAZ, boleh menghubungi talian 013-6893185, Che Sue, Ketua Pengurus Projek Pemasaran MTSFAZ.
Editor : Khaulah Azwar
http://www.suarapakatandaily.com/index.php?option=com_content&view=article&id=1498:-sekolah-tahfiz-sains-az-zahra-menjana-pendidikan-muslim-terbaik&catid=105:berita-kanan&Itemid=509
No comments:
Post a Comment