Monday, October 19, 2009
KENYATAAN MEDIA - 16 OKT - DAKWAAN KHAIRY TERHADAP SELANGOR TUTUP KETIDAKADILAN BN
Lawatan Pst Khdmt Masyarakat DUN GMBK Setia bersama MPS ke Kg Changkat
19hb Oktober 2009 – Kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia (En. Kamarul Zaman dan En Tarmizi bersama beberapa kakitangan MPS yang diketuai oleh En. Yusri telah membuat lawatan ke Kg.Changkat & Kg Tengah jam 10:30 pagi. Kedatangan mereka telah disambut oleh Ketua Kg. Changkat.
Tujuan lawatan tersebut adalah penerimaan aduan daripada penduduk mengenai sistem longkang dan perparitan yang tidak sempurna lagi.
Berikut adalah foto longkang dan sistem perparitan untuk pihak MPS mengambil tindakan dengan menaik tarafkan sistem tersebut untuk memenuhi permintaan penduduk di kawasan ini. Besar harapan pihak Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia dan Ahli Majlis MPS agar pihak MPS dapat mengambil tindakan segera dan dapat memberi kerjasama dengan semua pihak.
Sistem Parit yang tidak terurus lagi, tersumbat, mudah sahaja ular, nyamuk dan lain-lain binatang membiak yang di bimbangi penduduk jika berlaku perkara tak diingini. Laporan gerakkerja ini telah diteliti dan di bawa Perbincangan bersama kakitangan En Omar dan kakitangan Ahli Majlis MPS (Khaulah Azwar).
Editor : Khaulah Azwar
PESTA TANGLUNG KELAB PENYOKONG PAS DUN GOMBAK SETIA
Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia dengan kerjasama Kelab Penyokong PAS dan Peniaga Pasar Moden Sri Gombak telah mengadakan Pesta Tanglung atau dikenali sebagai ”Moon Cake Festival”.
Majlis Perasmian Pesta Tanglung yang terdiri daripada Ahli Kelab Penyokong PAS telah dirasmikan oleh YB Dato’ Dr Hasan Bin Mohamed Ali dengan begitu meriah sekali. Majlis ini telah diadakan pada 16hb Oktober, 2009 di Pasar Moden Fasa 3 Sri Gombak pada 8:00 mlm dengan kehadiran berbagai bangsa dan agama.
Majlis ini telah diwarnai dengan berbagai warna – warni lampu Tanglung yang dibawa oleh berbagai peringkat umur samaada tua dan muda. Kelihatan Pesta Tanglung ini kelihatan meriah apabila majlis ini dihadiri oleh YB Dato’ Hasan bersama kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia, Kakitangan Ahli Majlis MPS/JKP Zon11, peniaga -peniaga pasar moden sri gombak dan persatuan Ibu tunggal. Semoga Pesta Tanglung ini akan dapat diraikan setiap tahun kerana dengan adanya Pesta tanglung ini akan memberi peluang dan ruang kepada semua bangsa dan agama di M’sia ini dapat mempelajari adat istiadat bangsa lain juga.
Ahli jawatankuasa Pesta Tanglung dilihat sangat bekerja keras dan memberi komitmen pada tahap maksimum demi kelancaran program. Pada pihak Pusat Khidmat DUN Gombak Setia sangat memuji atas kerjasama yang ditonjolkan antara ahli jawatankuasa itu sendiri dan mengharapkan sifat sebegini diteruskan dalam apa jua bidang yang diceburi melalui teamwork.
Tanglung yang berbentuk bulat mewakili setiap ahli dalam Pesta Tanglung ini menyerupai ahli sekeluarga, bersatu padu, menjayakan lagi Pesta Tanglung ini, dengan inilah semua kaum dapat bergaul bersama dengan penuh keharmonian tanpa mengira kaum atau agama.
KOLEKSI FOTO PESTA TANGLUNG (MOON CAKE FESTIVAL)
Editor : Khaulah Azwar
LABAIKALLAH, YA-ALLAH AKU DTG PDMU AKU RINDU RMHMU, PILIHLAH HAMBAMU MNJD TETAMUMU 1 HARI NANTI, MSJD AR-RAHIMAH
15hb Oktober, 2009 masjid Ar-Rahimah, Greenwood telah mengadakan program 3 in 1 iaitu bagi meraikan Jemaah bakal Haji, perlantikan AJK Masjid sesi 2009-2012 dan peyampaian watikah kepada AJK Masjid yang lama diatas perkhidmatan mereka didalam Masjid.
Jesteru itu YB Dato’ Hasan yang merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu , Insfrastruktur & Kemudahan Awam dan Adun Gombak Setia beliau merasakan adalah satu tanggungjawab yang berat dan besar bagi beliau untuk memastikan segala Hal Ehwal Agama di Masjid/surau program berjalan dengan baik.
Didalam majlis ini Beliau diminta merasmikan Majlis tersebut dan memberi sedikit suntikan semangat kepada Bakal Haji dan bagi AJK-AJK Masjid baru yang dilantik untuk menjalankan tanggungjawab diamanah diberikan oleh Penduduk.
YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali rasa amat bersyukur kerana sepanjang beliau memangku jawatan dalam Exco Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu dan Adun kini pihak-pihak JAIZ, MAIZ dan semua pihak Masjid dan surau telah banyak memberi kerjasama dan memainkan peranan yang baik dimana apabila dilihat dalam bulan Ramadhan tahun ini rumah-rumah ALLAH telah diimarahkan dengan majlis ilmu sehingga akhirnya bulan Ramadhan. Besar harapan semoga ibadat tersebut akan berkekalan tidak hanya bulan Ramdhan sahaja. Semoga dengan perlantikan AJK baru ini pihak Nazir dan AJK masjid dapat menghidupkan masjid dengan berbagai program dan insya-ALLAH pihak Pusat Khidmat Masyarkat Dun Gomak Setia akan memberi kerjasama untuk meraikan program – program yang telah disusun dengan baik.
Sehubungan itu YB Dato’ Hasan serta semua sahabat-sahabat seperjuangan di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia juga telah menyusun program anak-anak sempena cuti sekolah akan datang dengan mengadakan Program Daurah dimana program tersebut banyak mendekatkan anak-anak mencintai masjid, mengenali ALLAH, tasmik bacaaan Al-Quran, Talaqi, akidah dan lain-lain. Insya-ALLAH semoga apa yang dirancangkan akan dimudahkan oleh ALLAH swt hendaknya dengan kerjasama semua pihak samada Ibubapa/Guru-guru, semua AJK Masjid dan surau di seluruh Negeri Selangor.
Alhamdulilah Masjid Ar-Rahimah telah mengadakan Kursus Haji tahun ini dan bakal yang akan menunaikan Haji adalah seramai 82 orang. Semoga semuga jemaah Haji akan mendapat menunaikan Ibadat Haji dengan sempurna serta mendapat Haji Mabrur, doa kami semoga semua jemaah Haji selamat pergi dan balik, insya-ALLAH.
KOLEKSI PENYAMPAIAN WATIKAH AJK SESI 2006-2009, BAKAL HAJI dan AJK MASJID BARU SESI 2009-2012
Filed under: Uncategorized