Thursday, October 3, 2013
Kenyataan Media : Laporan Audit: Kerajaan Negeri maklum kelemahan kewangan KUIS
Kerajaan Negeri sememangnya maklum dengan kedudukan kewangan Kolej
Univesiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang lemah serta keperluan
untuk mengemaskini urustadbir kolej tersebut sepertimana yang dinyatakan
di dalam Laporan Audit Negara 2012. Sehubungan itu beberapa langkah
telah dikenal pasti untuk membantu KUIS agar keluar dari masalah
kewangan yang ditanggung sejak 2010 yang lalu.
Syarikat milik penuh kerajaan Selangor, Kumpulan Perangsang Selangor
(KPS) telah diminta untuk mengkaji situasi KUIS dan berbincang dengan
pihak pengurusan serta pihak-pihak berkenaan mengenai bentuk bantuan
yang boleh diberikan termasuk menyalurkan dana kepada Kolej Univesiti
Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang menanggung kerugian sebanyak
RM11.30 juta pada 2011.
KPS sedang dalam perbincangan dengan pemilik tunggal KUIS iaitu
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan hasil perbincangan mendapati KUIS
memerlukan sekurang-kurangnya RM238 juta bagi memulihkan kewangan KUIS.
Dana ini termasuk bayaran berjumlah RM152 juta untuk sekali bayaran
(one off payment) kepada syarikat pemegang konsesi; Redha Resources Sdn.
Bhd. (RSSB) manakala dana selebihnya pula akan digunakan untuk menaik
taraf kemudahan pendidikan di KUIS seperti perpustakaan, dewan kuliah,
asrama dan penyelenggaraan bangunan.
RSSB telah diberikan konsesi selama 33 tahun pada 2005 oleh kerajaan
Barisan Nasional di bawah pentadbiran mantan Menteri Besar, Dr Mohd Khir
Toyo. Sekiranya one off payment ini tidak dibuat, KUIS terpaksa
membayar lebih RM19 juta setahun kepada RSSB selama 33 tahun yang
mencecah RM600 juta. Setakat ini, KUIS telah membayar sebanyak RM50 juta
kepada RSSB.
Seperti yang dinyatakan dalam Laporan Audit Negara, kerugian ini
disebabkan proses penyusunan semula KUIS melalui pembangunan secara
Build Operate and Transfer (BOT) apabila terpaksa mula membayar sewa
asrama dan bangunan kepada RSSB mulai 2009. Pada tahun 2011, tanggungan
terhadap konsesi tersebut merupakan 14% dari keseluruhan kos operasi
KUIS.
Ironinya, KUIS dikehendaki membayar kos sewaan asrama berdasarkan
penginapan 100 peratus dan 300 hari kalendar akademik meskipun kadar
penginapan pelajar tidak pernah mencapai kadar 100 peratus dan kalendar
akademik adalah kurang dari 280 hari.
RRSB ialah sebuah syarikat yang dikuasai oleh Sulaiman Abdul Razak,
seorang pemimpin Umno Selangor yang juga ADUN Permatang. Beliau memiliki
saham sebanyak 7,200,000 saham bersamaan 51% pegangan di dalam RRSB,
sementara isteri beliau, Jamaliah Kamarudin pula memiliki 800,000 saham
bersamaan 6% pegangan. Baki 43% pegangan dimiliki oleh Bina Puri
Holdings Bhd iaitu syarikat sub-kontraktor yang menjalankan sepenuhnya
operasi pembinaan dan penyenggaraan asrama.
RRSB disokong sepenuhnya oleh Kerajaan Selangor di bawah Barisan
Nasional ketika itu. Malah Khir Toyo menjadi saksi pemeteraian
perjanjian pinjaman sebanyak RM125.8 juta di antara MAIS, RRSB dan
bank-bank pembiaya pada 3 Ogos 2007 untuk membiayai pembinaan asrama
pelajar KUIS ini. MAIS turut bertindak sebagai Penjamin dengan memberi
jaminan kepada bank-bank jika KUIS gagal membuat bayaran kepada pemegang
konsesi; RSSB.
Kontrak pembinaan ini kemudiannya diberikan kepada Bina Puri Holdings
Bhd dengan RRSB hanyalah menjadi orang tengah. Dengan kos RM125.8 juta
ini, RSSB diberi konsesi sehingga tahun 2039 dengan menerima bayaran
keseluruhan mencecah RM600 juta.
KUIS adalah contoh bagaimana pimpinan UMNO-BN mengambil kesempatan
sepenuhnya dari dasar memperniagakan pendidikan; akibatnya ditanggung
oleh pelajar dan ibubapa kerana terpaksa membayar yuran pengajian dan
kos asrama yang tinggi manakala pentadbiran KUIS terpaksa mengabaikan
kepentingan lain demi mengawal kedudukan kewangan dari terus menjunam.
Disebabkan ‘kesilapan’ pemimpin terdahulu memilih pembangunan secara
BOT dan menandatangani perjanjian konsesi yang berat sebelah, kerajaan
Selangor Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Dato’
Seri Abdul Khalid Ibrahim terpaksa mencari jalan menyelamatkan sebuah
institusi pendidikan kebanggaan rakyat Selangor.
Kerajaan sedang berusaha untuk mengambilalih semua kos prasarana dan
infrastruktur Kolej dan Universiti milik negeri Selangor agar
pentadbiran Universiti dan Kolej tidak dibebankan dengan kos tersebut
tetapi hanya mengurus kos operasi harian. Dengan cara ini dijangkakan
institusi tersebut akan dapat lebih menumpu kepada mutu pendidikan dan
pembelajaran.
FAEKAH HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK KEPADA
YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
SETIAUSAHA POLITIK KEPADA
YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
Selangor Di Pilih Tuan Rumah Sebagai Bulan Dakwah
SHAH
ALAM: Negeri Selangor terpilih sebagai negeri pertama di luar Kelantan bagi
penganjuran Bulan Dakwah Kelantan yang diadakan di Wisma Kumpulan Media
Karangkraf di sini bermula Jumaat hingga Ahad.
Inisiatif
itu dijalankan Kerajaan Kelantan dengan kerjasama Kerajaan Selangor bagi
mengeratkan hubungan antara dua negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR).
Tan
Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar dalam ucapan majlis perasmian penutup
majlis itu berkata, pihaknya merakamkan penghargaan terima kasih kepada
Kerajaan Kelantan di atas kesudian memilih negeri itu sebagai tuan rumah
program berkenaan.
“Walaupun
penganjuran program ini bertujuan untuk dimanfaatkan rakyat Kelantan yang
tinggal di Selangor dan Kuala Lumpur tetapi rakyat Selangor dan Kuala Lumpur
juga dapat bersama-sama mengambil manfaat daripada program ini,” katanya.
Hadir
sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; Exco Pembangunan Islam,
Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan; Datuk Mohd Nassuruddin Daud;
Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa Selangor,
Sallehen Mukhyi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Datuk
Hussamuddin Yaacob.
Datuk
Ahmad Yakob dalam ucapannya pula berkata, program tiga hari dilangsungkan itu
mencapai matlamatnya dengan sambutan menggalakkan daripada pengunjung.
“Saya
percaya ia telah memberi manfaat kepada semua pengunjung. Program kali ini buat
julung kalinya diadakan di luar Kelantan dengan Selangor menjadi lokasi
pilihan.
Ahmad
berkata, program itu seterusnya akan bersambung di Kelantan selepas ini
sehingga Oktober depan.
Sementara itu, Exco Hal Ehwal
Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa Selangor, Sallehen Mukhyi pula
ketika ditemubual pemberita melahirkan rasa terharu apabila negeri Selangor
telah terpilih sebagai tuan rumah untuk meluaskan dakwah kepada masyarakat.
“Saya ucapkan ribuan terima
kasih kepada pihak penganjur negeri Kelantan yang sudi memilih negeri Selangor
sebagai tuan rumah. Ini merupakan satu penghormatan dan penghargaan kepada
kami. Semoga dengan adanya majlis umpama ini mampu menarik masyarakat islam
tanpa kira umur mendekati majlis ilmu dan mendampingi alim ulama agar mereka
tidak tersasar jauh daripada landasan hidup yang sebenar”, kata Sallehen.
Editor : Khaulah Azwar
Tazkirah Jumaat: GARA-GARA TIDAK IKHLAS -::
Abu Hurairah berkata, Aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya tiga orang yang pertama kali diadili pada hari kiamat adalah:
*PERTAMA*
Seorang lelaki yang telah berjuang demi mencari mati syahid. Lalu dia dihadirkan dan ditunjukkan kepadanya nikmat-nikmat yang sekiranya akan diperolehnya, sehingga dia pun bisa mengenalinya. Allah bertanya kepadanya, “Apa yang telah kamu lakukan untuk mendapatkan itu semua?”. Dia menjawab, “Aku berperang di jalan-Mu sampai aku menemui mati syahid.”
Allah menimpali jawabannya, “Kamu dusta. Sebenarnya kamu berperang agar disebut-sebut sebagai pemberani, dan sebutan itu telah kamu peroleh di dunia.” Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk menyeretnya dalam keadaan tertelungkup di atas wajahnya hingga akhirnya dia dilemparkan ke dalam api neraka.
*KEDUA*
Seorang lelaki yang menimba ilmu dan mengajarkannya serta pandai membaca/menghafal al-Qur’an. Lalu dia dihadirkan dan ditunjukkan kepadanya nikmat-nikmat yang sekiranya akan diperolehnya, sehingga dia pun bisa mengenalinya. Allah bertanya kepadanya, “Apa yang telah kamu lakukan untuk mendapatkan itu semua?”. Dia menjawab, “Aku menimba ilmu dan mengajarkannya serta aku membaca/menghafal al-Qur’an di jalan-Mu.”
Allah menimpali jawabannya, “Kamu dusta. Sebenarnya kamu menimba ilmu agar disebut-sebut sebagai orang alim, dan kamu membaca al-Qur’an agar disebut sebagai qari’. Dan sebutan itu telah kamu dapatkan di dunia.” Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk menyeretnya dalam keadaan tertelungkup di atas wajahnya hingga akhirnya dia dilemparkan ke dalam api neraka.
*KETIGA*
Seorang lelaki yang diberi kelapangan oleh Allah serta mendapatkan karunia berupa segala macam bentuk harta. Lalu dia dihadirkan dan ditunjukkan kepadanya nikmat-nikmat yang sekiranya akan diperolehnya, sehingga dia pun bisa mengenalinya. Allah bertanya kepadanya, “Apa yang telah kamu lakukan untuk mendapatkan itu semua?”. Dia menjawab, “Tidak ada satu pun kesempatan yang Engkau cintai agar hamba-Mu berinfak padanya melainkan aku telah berinfak padanya untuk mencari ridha-Mu.”
Allah menimpali jawabannya, “Kamu dusta. Sesungguhnya kamu berinfak hanya demi mendapatkan sebutan sebagai orang yang dermawan. Dan sebutan itu telah kamu dapatkan di dunia.” Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk menyeretnya dalam keadaan tertelungkup di atas wajahnya hingga akhirnya dia dilemparkan ke dalam api neraka.”
(HR. Muslim [1903], lihat Syarh Muslim [6/529-530])
Astaghfirullah.
Semoga Allah memberikan karunia-Nya kepada kita berupa keikhlasan dalam beribadah dan beramal, dan Semoga Allah menerima setiap amal ibadah kita. Aamiin.
-Mari terus berbagi KEBAIKAN-
Bagikan/Share, Semoga menjadi KEBAIKAN Anda.
Rekomendasi Untuk semua sahabat : Dapatkan buku-buku bagus & bermanfaat, beragam tema penting untuk muslim & muslimah. Banyak Buku Best Seller. Pencinta Ilmu pasti SUKA insyaAllah.
PRK DUN Sungai Limau : Penamaan – 23 Oktober , undi – 4 November
SHAH ALAM 3 OKT : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23
Oktober 2013 adalah hari penamaan calon dan 4 November 2013 hari
pengundi untuk Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd.
Yusof mengumumkan demikian selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR di
Putrajaya hari ini.
Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin, dalam
reaksinya di twitter mempersoalkan tarikh itu yang penamaan calon dibuat
pada hari Rabu manakala hari pengundian pada hari Isnin yang merupakan
hari bekerja.
Seramai 27,222 pemilih berdaftar bagi PRK ini dengan 27,220 pemilih
berdaftar biasa dan dua lagi tidak hadir kerana berada di luar negara.
Tidak ada pengundi-pengundi awal bagi PRK kali ini.
PRK DUN Sungai Limau diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan
Sri Azizan Abdul Razak pada Khamis lepas setelah lebih empat bulan
mengalami masalah kesihatan serius.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lepas, Azizan yang juga
mantan menteri besar Kedah memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya,
Mohd Fazillah Mohd Ali daripada BN dengan
Subscribe to:
Posts (Atom)