![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhTtTxFlirttgkJhaDGpe3UNIeV_wNYvc1XCcyYfnON5CHMXClNoj3HEco6meb37wVhillG5QK1X8U5Nbwr9mbzHprft1yiEexFTNEDZpLte5yyKDx_hXkXa4WmN3Gj9kd4uT7ihzwzdefw/s400/bismillah1.gif)
Thursday, July 23, 2009
TAZKiRAH Jumaat : Harus memilih kawan"Alangkah susah mencari KWN kebaikan kita disoroknya bahkan digantinya pula KEJAHATAN Di canang Melata"
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhTtTxFlirttgkJhaDGpe3UNIeV_wNYvc1XCcyYfnON5CHMXClNoj3HEco6meb37wVhillG5QK1X8U5Nbwr9mbzHprft1yiEexFTNEDZpLte5yyKDx_hXkXa4WmN3Gj9kd4uT7ihzwzdefw/s400/bismillah1.gif)
Zina itu biasa? ITTAQUALLAH
Ini adalah petikan kata-kata ayah kepada seorang setiausaha politik yang meninggal kerana terjatuh di bangunan SPRM selepas ia mengetahui bakal menantunya itu sedang mengandung dua bulan hasil perhunbungan dengan anaknya.
Sememangnya perhubungan seks sebelum perkahwinan bagi masyarakat cina sudah menjadi kebiasaan dan tidak dianggap menjadi kesalahan yang besar. Malah tiada batasan dalam pergaulan lelaki dan perempuan yang tanpa hubungan perkahwinan.
Budaya pergaulan bebas ini bukan hanya menular di kalangan masyarakat cina sahaja, malah ianya sudah menjangkiti masyarakat Islam. Di mana-mana kita dapat melihat remaja-remaja kita berpeleseran dengan pasangan masing-masing tanpa rasa segan silu. Bahkan ramai yang merakam perhubungan intim mereka melalui telefon dan menyebarkannya kepada orang lain tanpa rasa malu dan bersalah.
Berkasih sayang sebelum kahwin ini sedikit demi sedikit telah menjadi budaya kita umat Islam di Malaysia. Ianya seolah-olah diterima sebagai sebahagian lumrah hidup yang tidak dapat di elak. Ini dapat dilihat melalui arus perkembangan media semasa. Kebanyakan drama dan filem sekarang dilihat mempromosikan budaya cinta dan kasih sayang, begitu juga rancangan-rancangan realiti, iklan-iklan, majalah dan sebagainya.
Allah Taala telah memberi panduan melalui firmannya:
"Jangan kamu dekati zina (perbuatan yang menjurus kepada zina) sesunggunya (zina) itu adalah perbuatan yang keji dan jalan kehidupan yang buruk"
Budaya zina ini telah diingatkan oleh Allah sebagai budaya buruk dan hubungan seks tanpa kahwin itu adalah perbuatan keji dan berdosa besar. Tetapi malangnya ianya telah semakin berakar umbi dalam masyarakat kita. Sudah ramai yang tidak segan silu mengamalkan budaya zina ini di mana sahaja.Bahkan kita sendiri yang sedar tentang kemungkaran ini pun tidak dapat melakukan sesuatu untuk mengubah budaya ini. Hanya dengan sekadar mengadakan ceramah dan kuliah agama yang hanya terbatas dalam kelompok kecil sahaja.
Sedangkan promosi budaya zina amat meluas dan tidak terkawal malah memasuki rumah-rumah kita meresapi jiwa anak-anak muda kita setiap masa dan ketika.
Poster filem hasil karya saudara kita seislam, Apakah yang ada dalam pemikiran mereka?
Promosi yang meluas pergaulan bebas tanpa batasan. Kita hanya mampu melihat ianya masuk ke sanubari anak-anak kita.
Apakah yang perlu kita lakukan? Kita sebagai umat Islam perlu melakukan sesuatu lebih ampuh untuk mengatasi masalah ini. Bukan hanya sekadar mengeluh dan meletakkan kesalahan ke atas bahu orang lain.
Sirah Bilal bin Rabah r.a
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiagShMjQ3YDJra6D-ySIurST5LRQSBcTPDhSgkhZeqZg880b_8TUiTrr6PEl4T52-gWwzV0TUoR4syHgfSXIgd9Kr0h_0gPTVcPJVBxZbOhfw_KHFpi2PfcztpeJ7NJvCDU14jLh_MGuA/s400/rasuallah+bermuamalah.jpg)
Bilal bin Rabah r.a dilahirkan di Kota Mekah sekitar tahun 43 Sebelum Hijrah(ada pendapat yang mengatakan beliau dilahirkan di Habsyah atau kini disebut negara Ethopia). Bilal r.a dibesarkan di Kota Mekah sebagai seorang hamba anak-anak yatim Bani Abdul Dar yang berada di bawah jagaan Umaiyyah bin Khalaf. Setelah Rasulullah s.a.w dibangkitkan menjadi Nabi dengan membawa risalah Islam, Bilal adalah terdiri dari kalangan orang-orang yang paling awal memeluk Islam.
Sirah Pengislamannya
Ketika beliau memeluk Islam, hanya terdapat beberapa orang sahaja yang memeluk Islam di atas permukaan bumi ini iaitu: Khadijah binti Khuwailid, Abu Bakar As-Siddiq, Ali bin Abi Talib, Ammar ibn Yasir serta ibunya Sumaiyyah, Suhaib Ar-Rumi dan Miqdad Al-Aswad. Beliau menerima Islam melalui sahabatnya yang bernama al Fadl dan dilihat beliau begitu bersungguh-sungguh untuk mendalami ajaran agama Islam sehingga sanggup berulang-alik ke rumah Arqam bin Abi Al-Arqam secara rahsia supaya kegiatannya menerima Islam sebagai sebahagian daripada hidupnya tidak diketahui oleh tuannya.
Namun akhirnya Umaiyah mengetahuinya dan memujuk Bilal agar meninggalkan Islam dan kembali ke ajaran asalnya, tetapi Bilal berkeras untuk mempertahankan Islam sebagai agama dunia dan akhiratnya. Umaiyah pernah berkata,
“Aku berkuasa ke atas tubuh dan jasadmu.”
Tetapi Bilal lantas menjawab,
“Fikiranku, imanku dan kepercayaanku bukan milikmu.”
Setelah gagal memujuk Bilal, Umaiyah nekad untuk bertindak kejam ke atas Bilal dengan mengikat batu besar di tubuh Bilal yang tidak berpakaian, mengheret ke tengah padang pasir yang panas membakar dan memukul tanpa belas kasihan.
Jasad Dan Perjuangannya
Beliau meninggal dunia pada tahun 23 Hijrah di negeri Syam dan dikebumikan di Damsyik. Sepanjang hayatnya beliau diakui sebagai seorang yang patuh dan rajin terhadap tanggungjawabnya, ikhlas, amanah, berani, tabah, dan sanggup menghadapi risiko demi mempertahankan kebenaran. Beliau juga pernah menyertai barisan tentera Islam dalam beberapa peperangan dan dilantik sebagai juruazan oleh Rasulullah dan kerana itulah namanya kini diabadikan kepada setiap juruazan atau bilal.
Isu Wahabi mengapa masih berlarutan?
Dicatat Oleh Ahmad Baei Jaafar ke Fikrah Islamiah di 7/23/2009 02:27:00 PM
Pecutan 5A akhir peperiksaan UPSR 2009
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi40U2gYfTYXNYpZUTRM3NdcRTw6IHHbxo3b-2WmYD-3W-WM-2e-MQ-i7dnuQOhHpGTWl9wt50SJfDYCrqEsANQhpU7FE2KotKiPrXy5jw9G2vBA28BLllp__Nqjz0tl6uHdQy2Pb4tzKY/s400/IMG0005A.jpg)