Tuesday, December 25, 2012
Hubungi Kami Untuk Atasi Serangan Serangga Perosak
Video streaming by Ustream
Salam, jika sahabat2 mempunyai masalah serangan serangga perosak anai-anai, tikus, semut, lipas, hubungi kami 013-6893185 di Terminex Pest Control Sdn Bhd.
Masalah anda kami akan selesai segera.
Wednesday, December 19, 2012
TGNA-Tukar Dasar Maaf UMNO Baru Di Terima
KUALA LUMPUR: Umno boleh dimaafkan atas segala kesalahannya selama ini dengan syarat Umno harus tukar dasarnya terlebih dahulu kata Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Katanya, Umno harus tukar dari dasar berjuang atas nama kebangsaan Melayu kepada Islam yang syumul selari dengan tuntutan biro Ulama Umno tahun 1951 dulu.
Nik Aziz berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak meminta maaf atas segala kesalahan dilakukan sebelum ini, dalam Perhimpunan Agung Umno 2012 yang berakhir baru-baru ini.
Syarat kedua, kesemua peruntukan pembangunan hendaklah disalurkan kepada kerajaan negeri bukannya Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).
Dan syarat ketiga, hak rakyat Kelantan hendaklah ditunaikan dengan membayar royalti kepada kerajaan negeri, ujar Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.
"Jika tidak sanggup buat tiga perkara ini, maka tiada maaf bagimu," katanya dalam satu kenyataan melalui Setiausaha Politiknya Wan Nik Wan Yussof.
Beliau turut menyifatkan Perhimpunan Agung Umno kali ini dijadikan medan memaki hamun apatah lagi ucapan perwakilannya yang bernada permusuhan, kebencian dan mengguris perasaan kaum lain.
"Persidangan kali ini jadi medan segala maki hamun. Lagak dan isi ucapan perwakilannya 'sikit habuk' orang tak boleh tumpang. Apatah lagi masyarakat bukan Islam, lebih-lebih masyarakat Cina, kerana ada ucapan bernada permusuhan, kebencian dan mengguris perasaan kaum lain. Yang pasti akhlak Islam sudah diketepikan," katanya.
Malah dalam ucapan pimpinan Umno sewaktu penggulungan juga mengajak rakyat mengenang jasa-jasa Umno selama ini.
Bagaimanapun soal Nik Aziz, apakah Umno sahaja yang berjasa? Seolah-olah memberi gambaran Umno sahaja yang berjasa.
Katanya, PAS di Kelantan pun banyak berjasa antaranya pengurusan kewangan kerajaan Kelantan yang acap kali mendapat pujian Ketua Audit Negara.
Sekali gus katanya, membuktikan jasa PAS yang mentadbir amanah rakyat tanpa ketirisan, rasuah dan penyelewengan apatah lagi menerusi pendekatan pentadbiran Islam, PAS berjaya mengubah pemikiran rakyat Kelantan berpandukan agama iaitu "orang-orang yang diberi nikmat oleh Allah" (allazina an'am ta'alaihim)
"Kesannya ramai wanita sudah mengamalkan ajaran agama termasuklah Wanita dan Puteri Umno pun sudah ramai bertudung (tutup aurat), berkat jasa Kerajaan Negeri di bawah PAS melaksanakan kempen berpakaian menutup aurat. Seharusnya pemimpin Umno bersikap terbuka, kenanglah juga jasa pihak lain," katanya.
Editor : Khaulah Azwar
Pembinaan Projek Kondominium Bt Caves, 5 Profesional Di Lantik
SHAH ALAM : Kerajaan Negeri Selangor melantik seramai Lima profesional untuk menganggotai jawatankuasa bebas bagi meneliti kelulusan projek pembinaan kondominium di Batu Caves dan kawasan sekitarnya.
Mereka yang terlibat adalah Orang Besar Daerah Klang, Datuk Setia Diraja Datuk Abdul Ghani Pateh ; Pakar bedah neuro, Dr M Nachiappan ; bekas Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ranita Hussein ; pakar undang-undang pembinaan, Harbans Singh dan Pakar Geologi, Tan Boon Kong.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besarnya berkata tujuan melantik jawatankuasa itu untuk mengkaji isu tersebut dengan bebas dan profesional. Disamping itu bagi mendapat nasihat tentang isu itu.
Dalam masa terdekat, Jawatankuasa tersebut akan memulakan mesyuarat rasminya pertama.
“Kerajaan Negeri berterima kasih kepada lima profesional ini kerana kesediaan mereka untuk membantu menyelesaikan perkara ini,” kata Abdul Khalid dalam sidang media selepas mesyuarat exco Selangor di ibupejabat SUK di sini.
Sebelum ini, Projek Dolomite Park Avenue oleh pemaju Dolomite Properties Sdn Bhd di Batu Caves mendapat tentangan yang behat kerana kawasan tersebut merupakan tumpuan masyarakat Hindu beribadat.
Ekoran itu, ratusan penganut dan aktivis Hindu mengadakan perhimpunan untuk membatah pembinaan tersebut.
Manakala, sesetengah pihak menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor meluluskan pembinaan kondominium itu.
Bagaimanapun, Majlis Perbandaran Selayang (MPSp) kemudiannya mendedahkan minit mesyuarat penuh bulanannya yang menunjukkan projek tersebut diluluskan pada 2007 ketika pentadbiran Umno-BN lagi.
Editor : Khaulah Azwar
Monday, December 17, 2012
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Jangan Berat Sebelah
SHAH ALAM : Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) diingatkan supaya bersikap adil terhadap semua mahasiswa bertanding dalam pilihan raya akan datang.
Aktivis Mahasiswa, Adam Adli berkata, banyak kejadian sebelum ini KPT memberi layanan yang tidak adil khususnya kepada mahasiswa yang terlibat menyokong pembangkang.
Secara peribadi beliau tidak mempunyai sebarang masalah terhadap beberapa mahasiswa yang menyertai dan menjadi ahli kelab penyokong mana-mana parti politik.
Tambah beliau lagi “bagi saya apa yang sedang berlaku kini adalah KPT tidak faham apa tujuan dan tuntutan sebenar pelajar iaitu membebaskan mahasisiwa itu untuk berpolitik.
“Kita boleh lihat hari ini apabila yang menyertai kumpulan-kumpulan menyokong lebih kepada pembangkang (Pakatan) mereka ini selalunya akan didiskrminasi dan menjadi satu kesalahan kepada mereka berada di dalam parti tersebut.
“Tetapi kalau berada didalam kumpulan yang menyokong kerajaan ini adalah satu kelebihan buat mereka,” katanya ketika dihubungi media.
Minggu lalu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, mengumumkan kerajaan membenarkan mahasiswa bertanding dalam PRU-13 sebagai mengiktiraf fungsi dan sumbangan serta kematangan daya pemikiran mahasiswa di negara ini sekarang.
Menurut Khaled, perkara ini juga selari dengan langkah kerajaan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) baru-baru ini yang membenarkan mahasiswa aktif dalam aktiviti dan parti politik di luar kampus tanpa sebarang sekatan.
Sebelum ini, kebangkitan mahasiswa menyaksikan beberapa pelajar menzahirkan suara mereka melalui demonstrasi bagi mendesak kerajaan memberikan perhatian kepada mahaiswa yang ingin aktif dalam politik termasuk meminda AUKU.
Editor : Khaulah Azwar
Saturday, December 15, 2012
Najib, Rosmah, Datuk Nazim Perlu di Disiasat Kes Bunuh Altantuya
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor serta adiknya Datuk
Mohammad Nazim Razak disiasat mengenai pendedahan terbaru yang dibuat
ahli perniagaan Deepak Jaikishan.
Ini kerana Deepak dilaporkan mendakwa ketiga-tiga individu tersebut
terlibat dalam usaha merangka Akuan Bersumpah Kedua (SD2) yang dilakukan
penyiasat persendirian P Balasubramaniam.
SD2 merupakan satu dokumen yang berkait rapat dengan kes pembunahan wanita Mongolia Altantuya Sharibuu pada Oktober 2006.
Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, satu siasatan wajar
dilakukan berkaitan pendedahan Deepak mengenai penglibatannya untuk
membuat SD2 yang bertujuan untuk menyekat pendedahan yang lebih besar.
Oleh itu Fariz berkata Polis dan Peguam Negara didesak supaya membuka
balik kes pembunuhan yang ternyata wujud saksi baru di dalam kes itu.
“Penglibatan Najib dan Rosmah dalam kes tersebut perlu diambil tindakan dengan serius oleh pihak polis.
“Satu tindakan salah guna kuasa dan rasuah bagi tujuan perbuatan
menutup jenayah yang dilakukan oleh mereka,” dakwa NGO Jingga 13 ketika ditemui di
luar Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi disini dalam sidang media.
Beberapa portal berita telah menyiarkan pendedahan terperinci Deepak
yang mengatakan beliau mengaku bercakap dan bertemu Najib dan Rosmah di
kediamannya bagi mencari jalan untuk berjumpa Balasubramaniam.
Perjumpaan tersebut bertujuan membatalkan pengakuan bersumpahnya yang pertama (SD1).
Deepak mendakwa Nazim dihantar bagi mewakili Najib dan perbincangan
dilakukan termasuk merasuah Balasubramaniam bagi membatalkan SD1 dan
membuat SD2 di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Selain itu, Deepak turut memaklumkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil beliau untuk disiasat namun beliau
menyatakan SPRM lebih berminat untuk menutup kes tersebut dan tiada
tindakan diambil.
Editor : Khaulah Azwar
Tazkirah : Jujur Dalam Semua Perkara
Tazkirah
tanyalah utz hanafi pendakwah bebas. Renungan utk semua insan lebih2
yang bergelar yb2, datuk, datin, semua hamba Allah yang sentiasa
berurusan dengan insan yang lemah.
Sahabat Nabi SAW begitu hairan mengapa umar r.a dipilih Allah org yg mudah masuk syurga.
sahabat tersebut sering mengitip waktu malam apakah amalan baginda
sehingga di pilih masuk syurga. nak dikatakan berqiammulail se
tiap hari tidak sama sekali.
Baginda tidak puas hati lalu ditanya wahai sahabat apa amalanmu sehingga kamu di pilih masuk ahli syurga.
Jawab sahabat tersebut. Demi Tuhan aku tidak mempunyai amalan lain
melainkan setiap hari apabila aku terjaga daripada tidur selepas solat,
membuat kebaikan, menjaga siraturrahim, tidak niat utk menipu orang
lain dalam apa juga aku lakukan. (amalan ini juga antara utk umur yang
panjang.
Moga kita juga ikutilah sunah tersebut utk mendapat
keredhaan Allah SWT. Alhamdulilah sedikit ilmu utk dikongsi bersama utk
mengenali diri sendiri betapa kita adalah hamba Allah yg lemah.
Jangan sekali kita menindas, menipu orang. Di dunia berbagai kita boleh
buat tetapi di hari pembalasan semua akan di lihat amalan kita..
wallahhualam.
Ittaquallah.
Baginda tidak puas hati lalu ditanya wahai sahabat apa amalanmu sehingga kamu di pilih masuk ahli syurga.
Jawab sahabat tersebut. Demi Tuhan aku tidak mempunyai amalan lain melainkan setiap hari apabila aku terjaga daripada tidur selepas solat, membuat kebaikan, menjaga siraturrahim, tidak niat utk menipu orang lain dalam apa juga aku lakukan. (amalan ini juga antara utk umur yang panjang.
Moga kita juga ikutilah sunah tersebut utk mendapat keredhaan Allah SWT. Alhamdulilah sedikit ilmu utk dikongsi bersama utk mengenali diri sendiri betapa kita adalah hamba Allah yg lemah.
Jangan sekali kita menindas, menipu orang. Di dunia berbagai kita boleh buat tetapi di hari pembalasan semua akan di lihat amalan kita.. wallahhualam.
Ittaquallah.
Friday, December 7, 2012
Thursday, December 6, 2012
Politik Samseng : UMNO Lepas, PR Terus Di Buru
SHAH ALAM, 7 DIS : Penasihat Undang-undang PAS, Hanipa Maidin menyifatkan fenomena Politik Malaysia adalah politik samseng yang kini semakin berleluasa.
Katanya, kejadian ini berlaku kerana pihak berkuasa tidak mengambil tindakan tegas
terhadap penyokong Umno-BN yang melanggar batasan undang-undang.
Banyak aduan yang telah Pakatan Rakyat (PR) laporkan kepada polis berkenaan kejadian
samseng politik yang dilakukan oleh penyokong Umno-BN.
Akan tetapi tiada tindakan daripada Polis terhadap aduan-aduan
tersebut. Sebaliknya tindakan yang cepat dan tegas diambil oleh Polis
terhadap penyokong PR.
Ujarnya lagi, insiden membaling cat ke Bas milik PKR semasa
Jelajah Merdeka Rakyat di
Melaka, di mana seorang pemuda di rakam dalam
perbuatan itu.
Begitu juga dengan insiden “senaman punggung” di hadapan rumah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan.
Sebaliknya tindakan pula diambil terhadap mereka yang menyertai siri
perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur sehingga diburu dan ditahan oleh
Polis.
Begitu juga dengan beberapa pemuda yang diburu sehingga terpaksa
meminta maaf secara terbuka kerana memijak gambar Perdana Menteri, Datuk
Seri Mohd Najib Razak pada satu perhimpunan Ogos lalu.
Politik samseng adalah satu keadaan di mana mereka yang
terlibat tidak bersedia dengan kepelbagaian idea dan akhir sekali
mencetuskan pertembungan fizikal.
“Sewajarnya politik adalah pertukaran idea dan kebebasan serta diberi ruang untuk melontar pendapat.
“Pihak yang terlibat dengan samseng ini apabila idea mereka ditolak oleh golongan masyarakat,” katanya.
“Apabila idea mereka tidak boleh diterima dan ditolak oleh masyarakat
maka (mereka) tidak senang dengan keadaan ini serta iri hati dengan
idea-idea yang dikemukan sesuatu pihak maka di situ timbulnya politik
samseng,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Wacana Sinar kali ke-16 yang mengetengahkan topik ‘Politik Samseng Di Mana Maruah Kita’.
Kira-kira 500 hadirin hadir dalam wacana itu yang diadakan di
Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di Seksyen 15 di sini.
Turut tampil dalam wacana ini, Presiden Institut Integriti Malaysia,
Datuk Dr Mohd Tap Salleh, Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan
dan Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Editor : Khaulah Azwar
Airmata Ayahanda Mengugat Jiwa
Siapa yang akan mengerti setiap titisan airmata para ulama, para pejuang islam yang mengalir sehingga kadangkjala mengugat hati naluri yang melihatnya.
Mengenang perjuangan islam yang sentiasa mengharapkan ada kesinambungannya dalam memastikan Kalimah Allah tertegaknya dimuka bumi Allah SWT.
Ya-Allah rahmati setiap langkah, usaha murninya. amiin
Mengenang perjuangan islam yang sentiasa mengharapkan ada kesinambungannya dalam memastikan Kalimah Allah tertegaknya dimuka bumi Allah SWT.
Ya-Allah rahmati setiap langkah, usaha murninya. amiin
Jelajah Rakyat Lembah PANTAI..Moh Ke Sana.
Salam
semua, Jemputan ke Program Jelajah Mesra Rakyat. Akan Hadir DS Dr Wan Azizah, Presiden KEADILAN,
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar di lokasi :Tarikh : 9 Dis, 2012 (Ahad)
8pg: Pasar tani Pantai Permai
9.30pg: Mini-market Balaji, Kondo Rakyat
10pg: Sesi mesra rakyat di Surau Pantai Permai
Kalau berkesempatan, silalah datang :),
Suara Editor : Moga Allah melindungi mama dan adikku izzah dalam menyebarkan informasi rakyat.. Barakaallhumma.
8pg: Pasar tani Pantai Permai
9.30pg: Mini-market Balaji, Kondo Rakyat
10pg: Sesi mesra rakyat di Surau Pantai Permai
Kalau berkesempatan, silalah datang :),
Suara Editor : Moga Allah melindungi mama dan adikku izzah dalam menyebarkan informasi rakyat.. Barakaallhumma.
Tuesday, December 4, 2012
Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat Tercemar dengan Pergaduhan
GOMBAK 5 Nov. - Cermah Jelajah Merdeka Rakyat
melibatkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di kawasan Parlimen
Gombak malam tadi berlakunya insiden pergaduhan yang melibatkan Penyokong UMNO dan Pakatan Rakyat
(PR) ketika ceramah berlangsung.
Media di fahamkan kejadian tersebut berlaku setelah berlaku pertembungan program di antara pihak Pergerakan Pemuda UMNO dan PKR yang masing-masing menganjur di lokasi yang sama di Batu 8 Gombak.
Keadaan dilihat semakin tidak terkawal apabila kedua-dua penyokong
parti tersebut bertembung dan didapati penyokong dan pemuda UMNO mula membaling batu yang akhirnya mencetuskan pergaduhan.
Bagaimanapun keadaan terkawal apabila pihak polis dan Pasukan Keselamatan Persekutuan (FRU) berjaya mengawal keadaan.
Bagaimanapun keadaan terkawal apabila pihak polis dan Pasukan Keselamatan Persekutuan (FRU) berjaya mengawal keadaan.
![]() |
Di dapati 4 penyokong BN termasuklah salah
seorang Ahli Jawatankuasa UMNO Cawangan Batu 10 Gombak Mohd Faizaruddin
telah mengalami kecederaan di bahagian kepala, manakala 2
penyokong PR turut menerima nasib yang sama.
"Demokrasi apakah ini? Sudahlah takut berhujah, upah samseng pula untuk ganggu program Pakatan Rakyat. Undang-undang apakah ini?
"Ia seolah-olah dihalalkan malah pihak ini seperti kebal dari tindakan," katanya sambil menyebut beberapa lagi siri serangan serupa yang berlaku sebelum ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian serangan malam tadi yang menyebabkan seorang penyokong Pakatan Rakyat cedera di bahu dipercayai ditikam dengan objek tajam.
"Ia seolah-olah dihalalkan malah pihak ini seperti kebal dari tindakan," katanya sambil menyebut beberapa lagi siri serangan serupa yang berlaku sebelum ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian serangan malam tadi yang menyebabkan seorang penyokong Pakatan Rakyat cedera di bahu dipercayai ditikam dengan objek tajam.
Editor : Khaulah Azwar
Sementara itu, Ketua penerangan PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor berkata, tindakan tersebut mencerminkan betapa terdesaknya UMNO.
Kita kesal pergelutan kecil berlaku dan salah seorang penyokong Pakatan didakwa ditikam ketika kumpulan samseng tersebut cuba merempuh sekatan benteng manusia yang dibuat oleh petugas.
TU DIA. PUAK PENYOKONG UMNO BUAT HURU HARA CERAMAH PAKATAN GOMBAK
Sekarang zaman moden, hangpa jangan ingat tak boleh buat rakaman. petik jari je noh..
Monday, December 3, 2012
Tiada Pilihan Lain Jika Parlimen Di Bubar Bulan Mac, 2013
SHAH ALAM:Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan Kerajaan Negeri tidak mempunyai pilihan lain
selain turut membubarkan Dewan Negeri Selangor (DNS) sekirannya Kerajaan
Pusat memilih membubarkan Parlimen pada Mac 2013.
Menurut Abdul Khalid, beliau tak nampak Parlimen dibubarkan pada Disember ini. Jadi kalau
dibubarkan pada Mac depan Selangor tiada pilihan lain.
Terdahulu, Abdul Khalid dalam satu kenyataannya berkata, Kerajaan
Negeri tidak ikut membubarkan DUN sekiranya Parlimen dibubarkan sebelum
keputusan kajian dari program ‘Selangorku Bersih’ diperolehi.
Program Selangorku Bersih merupakan satu program yang mengkaji kesahihan pengundi-pengundi yang berdaftar di Selangor.
Sementara itu, Speaker, Datuk Teng Chang Kim ketika menutup
persidangan berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi dan kerjasama
yang ditunjukan Adun-adun Negeri Selangor.
Editor : Khaulah Azwar
Subscribe to:
Posts (Atom)