Tuesday, November 6, 2012
Nurul Izzah Akan Saman Media UMNO Putar Belit Kenyataan Akidah
SHAH ALAM, 6 NOV : Saya akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita
Harian dan beberapa blog media berkaitan laporan isu kebebasan beragama,
yang didakwa berunsur fitnah, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dalam sidang medianya.
Izzah dalam satu kenyataan media menegaskan, beliau mengarahkan dua
peguamnya, Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah untuk melaksanakan
tindakan tersebut.
“Saya telah mengarahkan peguam saya, Hanipa Maidin dan Sulaiman
Abdullah untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia,
Berita Harian, serta kemungkinan beberapa media termasuk blog-blog,
berkaitan laporan berunsur fitnah aqidah yang memutar belitkan
sebahagian dari kenyataan penuh saya tempoh hari.
“Saya tidak merelakan fitnah aqidah sebegini diteruskan dan tidak
teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan
kebenaran dan demi keadilan,” katanya.
Semalam, muka depan Utusan Malaysia menyiarkan artikel bertajuk
‘Melayu Bebas Pilih Agama?’ dengan memetik laporan portal Malaysiakini
berhubung kenyataan Izzah.
Laporan itu berkata, pada forum ‘Negara Islam: Versi Mana; Siapa
Bertanggungjawab’, Nurul Izzah didakwa menegaskan bahawa setiap rakyat
di dalam negara ini tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama-agama
tertentu.
Editor : Khaulah Azwar
Nik Aziz: Tak Perlu Ulas lagi Isu Akidah yang dimainkan media Pro UMNO
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar)
berkata, beliau tidak bercadang untuk mengulas kenyataan naib presiden
PKR, Nurul Izzah Anwar kerana ia disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia.
"Saya ditanya tentang isu kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah berhubung isu bebas untuk memilih agama.
"Saya lihat akhbar yang meletakkan isu ini di muka hadapan ialah akhbar yang sudah berkali kali kalah di mahkamah kerana menyiarkan laporan palsu dan tidak tepat.
"Justeru, saya kira amat tidak wajar memberikan ulasan hanya semata-mata berasaskan laporan akhbar ini," katanya.
Nik Aziz berkata demikian melalui kenyataan ringkas yang disiarkan dalam facebooknya hari ini. Dalam masa sekejap sahaja beribu-ribu pengikut facebook beliau share kenyataan beliau itu dalam facebook mereka.

Hampir 2,000 pula memberikan komen mereka mengenainya.
Utusan menjadikan berita Nurul Izzah tentang kebebasan agama di muka depannya.
Nurul dalam kenyataan balasnya menafikan laporan Utusan itu dan akan menyaman kedua-dua akhbar yang memutarbelitkan kenyataan itu.

Subscribe to:
Posts (Atom)