Kampung Baru Batu Caves : Isu
masalah sampah yang di politikkan oleh Kerajaan Pusat di sekitar negeri
Selangor bakal selesai setelah pencapaian kata putus dibuat oleh Menteri Besar
Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tahun ini tidak mahu menyertai Skim
Penswastaan Perkhidmatan oleh Kerajaan Pusat melalui Alam Flora Sdn Bhd.
“Keputusan dibuat berdasarkan
pelbagai aduan diterima kesal sikap lepas tangan Alam Flora tidak mengutip
sampah sedangkan rakyat dikenakan cukai pintu setiap tahun”, kata AhlI Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shaari.
Tambahnya lagi, “begitu juga
masalah sampah yang tidak dikutip oleh Alam Flora secara berkala. Akibatnya
terdapat bau yang tidak menyenangkan, lalat, tikus menjadi raja dikawasan
perumahan penduduk sehingga terdapatnya demam denggi dan malaria.
Masalah yang diberikan Alam Flora
sedikit sebanyak mencemarkan imej negeri Selangor. Saya beranggapan ianya satu
sabotaj antara kerajaan Pusat yang melantik Alam Flora Sdn Bhd terhadap negeri
Selangor”, ujar beliau.
Menurut Amir, isu masalah sampah
di DUN Batu Caves telah selesai sebanyak
tujuh puluh peratus sebaik sahaja menerima aduan rakyat.
Katanya, “antara tindakan kita
lakukan mengadakan mesyuarat dengan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) untuk
memungut sampah dan sisa domestic secepatnya”.
Justeru, untuk memupuk kerjasama
dalam mengatasi kebersihan setempat, maka kita adakan Gotong Royong Perdana,
Bersih dan ceria,beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Gotong Royong
Perdana, Ceria dan Bersih peringkat Kawasan Kampung Baru Batu Caves dengan
kerjasama Surau Al-Ehsan.
Ujar beliau lagi, program Bersih dan ceria telah kita adakan setiap
tahun semenjak kerajaan Pakatan Rakyat (PR) memerintah negeri Selangor.
Gotong royong kali ini amat
berbeza kerana kita adakan pertandingan bagi menggalakkan semua rakyat setempat
rasa sikap bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan persekitaran mereka.
Harapan saya semoga usaha murni ini untuk memastikan DUN
Batu Caves terpilih kawasan bersih dan ceria dapat kerjasama semua pihak tanpa
kira pemahaman poliktik”, kata Amir.
Di fahamkan, antara yang dinilai adalah Hiasan dalaman, Ladskap,kreativiti
dan kebersihan kawasan persekitaran setiap kawasan, ziro sampah, bebas nyamuk
aedes. Tempoh diberikan dua bulan.Keputusan
akan kita umumkan dalam satu majlis Program ceria dan bersih.
Hadir sama, Ahli Majlis
Perbandaran Selayang Zon 13, Azizul Abu Bakar.
Editor : Khaulah
Azwar