Thursday, August 30, 2012

SAMM Sambut Baik Dataran Merdekar Tidak Di Tutup


Gombak , 30 OGOS: Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard itu mengalu-alukan saranan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib agar Dataran Merdeka tidak ditutup bagi memberikan laluan kepada sambuatan ambang kemerdekaan malam ini.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, SAMM berharap agar Ahmad Phesal mempertahankan pendirian beliau dari tekanan pemimpin Umno-BN yang dianggap berfikiran sempit dan takut kepada perubahan.

Dalam kenyataan media sama, SAMM mempertahankan pendirian hak rakyat negara ini untuk menyambut kemerdekaan tanpa mengira apa warna pakaian yang dipakai untuk tujuan tersebut.

“Merujuk kepada kenyataan Ketua Balai Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad yang tidak memberikan ‘lampu hijau’, SAMM juga menegaskan bahawa tiada keperluan ‘lampu hijau’ dari mana-mana pihak untuk mana-mana rakyat yang ingin menyambut hari kemerdekaan.

“Rakyat punya hak untuk sambut kemerdekaan dengan apa warna sekalipun. Menutup Dataran Merdeka pada malam merdeka adalah satu malapetaka buat regim pemerintah.

“Apakah rasionalnya Dataran Merdeka ditutup bagi menghalang rakyat menyambut ambang kemerdekaan? Soal Chegu Bard”

Sebelum ini dalam satu kenyataan, ACP Zainuddin dipetik Bernama berkata, tiada sebarang kebenaran diberikan oleh pihak polis kepada penganjur kerana Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2011 mensyaratkan penganjur memberi notis 10 hari sebelum perhimpunan diadakan kepada polis, namun perkara itu gagal dilakukan oleh penganjur.

Gabungan Janji Bersih bakal mengadakan himpunan semasa ambang merdeka selama dua jam mulai jam 10 hingga 12 malam ini bagi meraikan ulangtahun ke 55 kemerdekaan negara.

Dalam perhimpunan yang tidak mendapat ‘restu’ pihak keselamatan itu, penganjur turut menggalakkan orang ramai agar mengenakan pakaian serba kuning bagi menyatakan tuntutan rakyat negara ini yang ingin melihat negara ini bebas dari cengkaman demokrasi palsu termasuk mengadakan pilihanraya yang bersih dan adil.


Editor : Khaulah Azwar

 http://www.suarapakatandaily.com/index.php?option=com_content&view=article&id=1480:dataran-merdeka-tidak-ditutup-samm-sambut-baik&catid=105:berita-kanan&Itemid=509

Wednesday, August 29, 2012

Jom Pakat meriah Malam Kemerdekaan Bersama PAKATAN Rakyat Selangor

SHAH ALAM 30 OGOS : Sempena Sambutan Malam Kemerdekaan ke-55 dan Hari Malaysia peringkat negeri, Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat akan meraikan sambutan tersebut pada Khamis, 30 Ogos di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Bertemakan Sebangsa, Senegara, Sejiwa, sambutan itu akan berlangsung bermula pada jam 8.30 malam.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pelbagai acara disediakan kepada orang ramai antaranya perbarisan dan perarakan 56 kontinjen yang terdiri daripada pasukan tentera, jabatan kerajaan serta badan bukan kerajaan.

Katanya, Kerajaan Negeri juga menyediakan persembahan kebudayaan dan keseniaan serta persembahan istimewa iaitu kawad senyap oleh pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Sambutan itu  akan diserikan dengan kehadiran Penasihat Ekonomi Negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga akan menyampaikan ucapan sempena sambutan kali ini.

Justeru, "orang ramai khususnya rakyat Selangor dijemput datang bagi memeriahkan sambutan ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Abdul Khalid mewakili barisan pimpinan Kerajaan Negeri juga mengucapkan Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan dan Selamat merayakan Hari Malaysia yang ke-49 kepada seluruh bangsa Malaysia di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.



Editor : Khaulah Azwar

Tingkatkan Diri Cinta Kepada Allah daripada Cinta Manusia


Bukti Graduan UNISEL Paling Laris Dalam Sektor Pekerjaan



SHAH ALAM –Universiti Selangor (Unisel) berjaya membuktikan keunggulannya apabila berjaya melahirkan graduan berkualiti untuk pasaran pekerjaan Negara walau dihimpit pelbagai spekulasi.

Naib Cancelor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad berkata, sepanjang tempoh enam majlis konvokesyen diadakan bermula pada tahun 2006 sehingga tahun 2011, Unisel sudah melahirkan 14,626 graduan dari pelbagai bidang pengajian yang ditawarkan. 

“Peratusan pelajar Unisel yang bekerja di syarikat-syarikat antarabangsa dan GLC adalah tertinggi jika dibandingkan dengan keseluruhan IPT,” katanya.

Ini dibuktikan berdasarkan statistik yang dikeluarkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) apabila hanya 23.3 peratus graduan lepasan Unisel masih belum mendapat pekerjaan selepas menamatkan pengajian.

Angka ini adalah yang paling rendah berbanding dengan semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang lain.

Antara graduan Unisel yang berjaya mendapat pengiktirtafan badan profesional adalah Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan, Sufi Habibullah Roslan yang mendapat pengiktirafan pelajar terbaik daripada Institut Kejuruteraan Malaysia (IEM), di Majlis Anugerah 2012 kali ke-53 IEM baru-baru ini.

Sufi mendapat keputusan Penilaian Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) cemerlang serta kejayaan projek  tahun akhir yang melayakkannya menerima pingat emas IEM.

Anuar mengakui, kejayaan ini dipengaruhi oleh peningkatan kemasukkan pelajar untuk setiap sesi pengajian kesan daripada beberapa kontroversi yang melanda Unisel.

“Saya beranggapan semua ini ada hikmahnya. Di sebalik semua spekulasi atau dakwaan selama ini membawa kebaikan kepada universiti.

“Tanpa disangka-sangka, jumlah kemasukan pelajar untuk semester pendek Unisel pada April tahun ini berjaya mencatatkan jumlah kemasukan cukup tinggi iaitu 1,400 orang pelajar berbanding kemasukan yang sama pada tahun lepas iaitu hanya 400 orang pelajar,” katanya.

Tambahnya, perkara ini berlaku sebelum keputusan UPU dikeluarkan untuk kemasukkan IPTA.

Jelasnya, keadaan ini membuktikan Unisel merupakan pilihan utama pelajar sekaligus menafikan dakwaan kononnya Unisel merupakan pilihan terakhir pelbagai pihak bagi melanjutkan pengajian selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Editor : Khaulah Azwar

Monday, August 27, 2012

Dr Haron Din: Dalam Al-Quran Tiada Istilah Malaikat Lebih Buruk Berbanding Syaitan

Gombak, 28 OGOS : Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din  hari ini mengulas kenyataan dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya www.chedet.cc pada 22 Ogos lalu yang berharap rakyat tidak memberi mandat kepada Pakatan Rakyat (Pakatan) dalam pilihan raya akan datang

Beliau ketika dihubungi  wartawan  hari ini  di minta membuat penjelasan malaikat itu lebih buruk berbanding syaitan,

 "Tiada istilah atau ayat di dalam Al Quran yang menjelaskan  begitu", kata nya.

Dr Mahathir menulis “Better the devil you know than the angel you don’t” yang membawa maksud “Lebih baik syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang anda tidak kenali”.

Dr Haron seterusnya berkata, kenyataan dibuat Dr Mahathir itu ternyata memakan diri sendiri dan Umno-BN kerana umum terutamanya umat Islam mengetahui syaitan itu adalah makhluk Allah yang paling kejam dan derhaka.

Sebagai bekas pemimpin tertinggi negara dan pernah mengetuai Umno-BN untuk tempoh yang lama, tambahnya, adalah amat tidak wajar Dr Mahathir membuat kenyataan sedemikian rupa dengan melabelkan sesuatu pihak atau pertubuhan dengan nama seburuk itu.

“Di dalam Al Quran juga tidak terdapat ayat yang mengatakan malaikat sama ada dikenali atau tidak dikenali sebagai makhluk Allah yang lebih buruk atau derhaka kepada perintah Allah. Malaikat dijadikan Allah sebagai makhluk yang patuh dan tidak derhaka akan perintah-NYA. Mereka akan kekal begitu sejak dari awal hingga ke akhirnya.

“Ia berlawanan dengan sifat syaitan kerana mereka memang diakui sebagai makhluk yang jahat dan derhaka kepada perintah Allah,” katanya.


Editor : Khaulah Azwar


Respond rakyat :



 

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI