Batu Caves : Sikap pembuangan
sampah oleh pihak tidak bertanggungjawab
ke kawasan yang dilarang diselar oleh ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari.
ADUN Batu Caves bersama MPS melawat kawasan Tanah Gantian. Jln dah cantik. |
Walaupun berbagai tindakan telah
diambil oleh pihak berwajib dalam mengatasi
isu sampah namun masih ada yang berdegil.
Terdahulu pembuangan sampah haram
utama di sekitar Sungai Tua
sehingga berlakunya kebakaran telah kita selesai dengan menutup kawasan
tersebut. Mereka yang menceroboh kawasan
larangan telahpun diambil tindakan undang-undang.
Masalah ini telah selesai sepenuhnya,
namun kita kesal dalam usahaha kerajaan negeri Selangor menyelesaikan isu
sampah masih ada pihak tidak bertanggungjawab telah cuba membuang sampah yang
berbentuk barangan konkrit.
“Saya dapati terdapat banyak lori
melalui kawasan Tanah Gantian dengan meninggalkan lori-lori haram di tepi laluan
utama. Kita akan siasat lori tersebut”, katanya.
Menurut Amiruddin, pihaknya
bersama Majlis Perbandaran Selayang, Ahli Majlis MPS akan ambil tindakan segera
dengan mendapatkan maklumat penduduk kemasukan lori haram dengan membusang ampah
konkrit di kawasan itu yang baru berlaku. Kontraktor yang bermasalah akan
dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berwajib.
Lori Haram tersadai tepi jalan dengan tinggal bahan2 konkrit. |
Beliau berkata, insya-allah dalam
masa terdekat kita akan selesaikan masalah ini dengan mendapat kerjsama semua
pihak. Besar harapan agar semua pihak dapat memberi
kerjsama dengan kita. Aduan berserta maklumat waktu pembuangan sampah
serta foto boleh di berikan kepada Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batu
Caves.
Hasil tinjaun dalam lori terbabit
hanya bahan sisa konkrit, tiada masalah pembuangan sisa-sisa sampah yang
mengeluarkan bau busuk sekaligus tidak disenangi penduduk.
Amiruddin kata demikian dalam
lawatan turun padang bersama Jurutera MPS, Ahli Majlis Perbandaran Selayang Zon
13, Azizul Abu Bakar ke kawasan
sekitar Tanah Gantian, Batu Caves,
disini.
Sementara itu, Ahli Majlis MPS
Zon 13, Azizul Abu Bakar pula berkata, MPS dan Ahli Majlis sentiasa membuat
pemantauan ke kawasan-kawasan yang sering di cerobohi oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Insya-Allah hasil lawatan turun
padang hari ini bersama MPS dan ADUN tindakan segera akan kita buat dan akan
diusul dalam mesyuarat MPS, ujarnya.
Editor : Khaulah Azwar
http://www.suarapakatandaily.com/index.php?option=com_content&view=article&id=1507:lori-sampah-haram-akan-di-kenakan-tindakan-undang-undang&catid=105:berita-kanan&Itemid=509