Wednesday, June 30, 2010
Kenapa rakyat perlu turun Kempen Tak Nak Judi 3hb Julai 2010?
Jadi penceramah buruan selepas digelar ulama muda Umno
Monday, June 28, 2010
Pengundi: Umno punca Melayu tidak daftar
Judi: Himpunan 3 Julai diteruskan di Masjid Negara dimulakan dengan solat Zuhur dan solat hajat
KUALA LUMPUR, 27 Jun: Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan keputusan kerajaan membantah judi sebagai keputusan Jemaah Menteri, bukan keputusan melibatkan Majlis Tertinggi Umno semata-mata. Pengerusinya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, GMJ bersyukur dan menyambut baik keputusan berkenaan namun ianya mesti diumumkan secara jelas kepada rakyat bahawa ianya merupakan keputusan kerajaan Barisan Nasional. "Kita menerima keputusan ini dengan menyatakan bahawa ia tetap perlu dilontarkan atau diumumkan daripada keputusan jemaah menteri, bukan daripada keputusan satu parti politik (Barisan Nasional) sahaja" katanya pada sidang media di Rumah Pena, di ibu negara hari ini. Azmi juga menegaskan, GMJ tidak akan dimansuhkan begitu sahaja walaupun kerajaan menarik balik pemberian lesen judi, sebaliknya akan meneruskan kempen membantah judi secara berpanjangan. Ini kerana, ujarnya keputusan menarik balik lesen judi itu hanyalah keputusan kecil sahaja sedangkan industri membabitkan perjudian sedang berkembang pesat di negara ini. "GMJ akan berterusan secara berpanjangan kerana keputusan yang diumumkan oleh Perdana Menteri hanya sebahagian daripada isu judi dan industri judi yang sangat besar dan ini tidak bermakna tamat GMJ ini. “GMJ akan diperkukuhkan di peringkat kebangsaan dan di peringkat negeri dan kita akan lanjutkan kempen dengan lebih agresif supaya hasrat dan matlamat kita tercapai," katanya lagi. Dalam pada itu, GMJ akan tidak akan membatalkan perhimpunan pada 3 Julai ini, cuma ianya tidak disertakan dengan perarakan bagi menyerahkan memorandum ke Istana Negara. Azmi memberitahu, perhimpunan akan tetap diadakan di Masjid Negara dimulakan dengan solat Zuhur dan solat hajat dan disusuli dengan ucapan daripada wakil-wakil parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantah judi. Perhimpunan itu dinamakan Himpunan Tak Nak Judi sebagai tanda bantahan rakyat pelbagai kaum terhadap segala jenis judi. "Kita telah buat keputusan hari ini bahawa perhimpunan 3 Julai ini akan diteruskan kerana berpandangan negara harus diselamatkan daripada judi. "Kita tidak akan berarak tapi akan berhimpun di pekarangan Masjid Negara selepas solat Zuhur dan solat hajat agar negara kita terselamat daripada musibah akibat judi. Pimpinan parti politik dan wakil NGO akan berucap dan kita sasarkan 10 ribu rakyat untuk hadir," katanya. Menurutnya juga, semua parti politik termasuk Umno sendiri dialu-alukan untuk menyertai himpunan itu. Sementara itu, jurucakap Sekretariat Wanita PR Membantah Judi (Sendi), Salbiah Abdul Wahab melahirkan rasa lega dengan keputusan itu kerana ianya sedikit sebanyak mengurangkan tekanan kepada wanita-wanita yang mempunyai suami kaki judi. "Kami bagi pihak wanita sedikit lega dengan keputusan ini kerana bagi mereka yang mempunyai suami yang kuat berjudi, sekurang-kurangnya aktiviti perjudian dapat dikurangkan atau dihentikan apabila tiada lesen judi dikeluarkan. Jika tidak wanita dan anak-amak terpaksa menanggung kesan akibat suami dan ayah yang menghabiskan wang untuk berjudi," katanya yang juga Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat. Turut bersama pada sidang media itu ialah Timbalan Pengerusi GMJ, Rahimi Abdul Rahim daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Setiausaha GMJ, Suhaizan Kaiat yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, bendahari, Nahar Md Nor daripada Jemaah Islam Malaysia (Jim) dan wakil-wakil NGO yang lain. |
Umno tipu, jatuh reputasi ulama muda
SHAH ALAM, 28 Jun: Empat ulama muda nafi menyertai Umno Jumaat lepas seperti dihebohkan media arus perdana sebaliknya mereka dijemput hadir kerana dikatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ingin bertemu dengan lepasan Jordan.
“Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escalator, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu.
“Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja,” jelasnya ketika ditemui selepas berucap pada majlis itu.
Hosni menamatkan pengajiannya di Markaz Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Selangor di Jugra pada 2003 dengan mendapat diploma dalam bidang itu.
Bermula 2004, beliau belajar di Universiti Al-Albayt, Mafraq, Jordan dan 2009 mendapat Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Usul di Kuliah Syariah dan kini bersedia menyambung pengajian Master di sebuah universiti tempatan.
Anak ketiga daripada empat beradik ini sangat kesal dengan kejadian menipu oleh Umno kerana masyarakat telah memandang serong dengan paparan media yang secara langsung menjatuhkan reputasinya sebagai pewaris ilmu.
“Saya dan tiga lagi sahabat lepasan Jordan, Mohd Fakhruzzaman, 37, dari Shah Alam, Mohd Akram An-Nazilin, 27, (Putrajaya) dan Mohd Jalaluddin Tahir, 26 (Sungai Petani) menafikan kami berbuat demikian sebaliknya Umno yang menipu,” tegasnya.
Majlis tersebut turut disertai Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat, Ketua DAPSY, Anthony Look dan Exco Selangor, Dr Yaakob Sapari.
Mengulas kejadian itu, Idris berkata, jika ulama pun Umno tipu, apatah lagi rakyat biasa sambil menegaskan PAS tidak gentar dengan penyertaan seberapa ramai ulama kerana rakyat lebih tahu sama ada PAS baik atau Umno sudah gelisah.
Sunday, June 27, 2010
Hubungan Kami Baik, Kata Azmin
Di sebalik pelbagai spekulasi media tempatan, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali menganggap hubungannya dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai baik.
Azmin Ketuai PKR Selangor, Zaid Ibrahim Teraju PKR Wilayah Persekutuan
Kehidupan Tuan Guru Nik Aziz setiap hari Jumaat
Tribute To TG Nik Aziz - Islam No.1
Azmin Letak Jawatan Buka Laluan Kepada Bakat Baru
Adun Bukit Antarabangsa Azmin Ali meletak jawatan sebagai pengarah di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor bagi membuka peluang kepada bakat-bakat baru untuk berkhidmat kepada Kerajaan Negeri Selangor.
Selepas setahun berkhidmat di PKNS, Azmin berharap sumbangannya telah membantu perkembangan sayap kerajaan negeri itu.
"Saya telah menyumbangkan beberapa idea bagaimana PKNS perlu memainkan peranan, dan saya fikir sekarang ini, kita perlu memberi peluang kepada orang lain untuk membantu kerajaan negeri," kata Azmin di Parlimen hari ini.
Beliau juga menafikan perletakan jawatan ini adalah protes terhadap Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Saya menyerahkan surat perletakan jawatan tengahari semalam. Saya percaya saya telah memainkan peranan dan membuat sumbangan," katanya.
Pada 20 Jun lalu, PKNS merangkul anugerah Agensi Pembangunan Ekonomi Negeri 2010 dari Jaringan IKS dan UKS Sedunia.
Sukar Ditangani, Kemelut Umno Rantau Panjang Berpanjangan
Umno Kelantan menyifatkan kemelut dalaman Umno Bahagian Rantau Panjang yang telah berlarutan hampir 20 tahun adalah serius dan perlu ditangani segera.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata satu mekanisme perlu dirancang bagaimana untuk menyelesaikan kemelut itu.
"Ini suatu peristiwa yang agak tidak menyenangkan dan keadaan di Rantau Panjang ini adalah serius yang sukar untuk kita tangani sejak 20 tahun dulu.
"Apa pun Umno Kelantan akan cuba menanganinya segera walaupun sukar dan untuk itu satu pendekatan akan diambil bagi mengatasi sebarang masalah di situ," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan staf Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, hari ini.
Lebih 200 staf USM hadir pada pertemuan itu termasuk Pengarah Kampus Kesihatan USM Prof Datuk Dr Mafauzy Mohamed dan Pengarah HUSM Datuk Dr Zaidun Kamari.
Semalam dua puak dalam Bahagian Rantau Panjang mengadakan persidangan perwakilan serentak iaitu yang diketuai Ketua Bahagiannya Abdullah Mat Yasin di Kolej Kemahiran Tinggi Mara dan satu lagi yang diketuai bekas ketuanya Datuk Mohd Zain Ismail di dewan Umno bahagian itu.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang merasmikan mesyuarat bahagian itu turut singgah di mesyuarat yang diketuai Mohd Zain atas arahan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mengatasi masalah tersebut.
Ahmad Zahid ketika ditemui semalam turut meminta pemimpin di bahagian itu mengelakkan perbalahan seterusnya bersatu demi perpaduan Umno yang akan menghadapi pilihan raya umum nanti.
Mengulas lanjut isu itu, Mustapa berkata beliau sudahpun mendapat laporan mengenai masalah bahagian itu dan seterusnya akan membuat laporan bertulis kepada ibu pejabat Umno.
"Di bahagian lain di Kelantan jika ada pun (masalah) tidak besar seperti di Rantau Panjang ini," katanya.
Wednesday, June 23, 2010
Berakhirnya Satu Penantian “Perparitan Monsoon Simen berbentuk ‘U’ Berjaya Di Naiktaraf
Gombak – Gembira tidak terkata yang dirasai oleh Penduduk Kg. Changkat apabila hasrat untuk mengecapi menaiktaraf perparitan yang boleh mengundang berbagai masalah seperti limpahan air longkang, kemalangan dan sebagainya dapat diatasi segera dibawah pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR).
Menurut Ketua Kg,. Changkat, En Zainal Abidin berkata “Walaupun 2thn lebih pemerintahan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR), namun penduduk disini merasa rasa bersyukur dan gembira apabila masalah kami disini dapat diatasi dengan segera.
Sudah hamper 50thn kami menunggu agar masalah perparitan disini dapat diatasi dengan segera semasa pemerintahan kerajaan UMNO/BN dahalu, tetapi mereka gagal melaksanakan tanggungjawab ini sebaiknya sehingga penduduk dan rakyat sekitar gombak merasa tertekan dengan segala masalah yang timbul tidak dapat diatasi secara professional”.
Tetapi kini berakhirnya sebuah penantian apabila kita dapati dibawah pemerintahan kerajaan Negeri Pakatan rakyat (PR) telah menunjukkan pimpinan kami telah melaksanakan tanggungjawab dan amanah ini sebaiknya dengan tulus dan membantu rakyat bukan membebankan rakyat .
Ini adalah kerana, segala kemulut masalah dan kerisauan di hati penduduk disini telah terubat apabila terlaksananya satu projek infrastruktur, iaitu menaiktaraf sebahagian daripada longkang monsoon di kampong ini, yang dinanti-nantikan semenjak berpuluh-puluh tahun lalu.
Longkang tanah sepanjang 174 meter ini telah lama tidak diselenggara, menyebabkan ia sebu dan cetek serta dipenuhi sampah sarap yang mencacatkan pandangan mata, lebih-lebih lagi ia terletak bersebelahan dengan jalan utama Kg. Changkat.
Beliau berkata lagi, Paling menyakitkan hati apabila tiba musim hujan. Kami menjadi mangsa banjir dan menghirup udara yang amat busuk dan menggelikan kami.
Tetapi Kini, longkang tersebut telah berubah menjadi longkang monsoon simen berbentuk ‘U’ dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR).
Dengan siapnya projek longkang monsoon ini kelak, inshaALLAH segala kebimbangan penduduk sekitar, mengenai banjir kilat, jalan runtuh dan kemalangan tentu akan berakhir.
Ketua Kampung, En. Zainal Abidin menjelaskan, seluruh penduduk kampung merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sehingga terlaksananya projek tersebut. Terutamanya kepada YB Dato’ Hassan Hj. Ali selaku Adun Gombak Setia dan Ahli Majlis Perbandaran Selayang Zon 7 Puan Maznah Ab Aziz dan semua Ahli Majlis MPS Zon Gombak yang telah turun padang bersama Y.B Dato’ Hasan pada bulan feb, 2010 yang lalu untuk menyaksikan sendiri masalah yang dihadapi penduduk. Alhamdulilah hasil turun padang mengikkut zon dalam memantau masalah rakyat setiap zon kita lihat, semua dapat diatasi dan kebanyakkan berjaya dilaksanakan.
Terima kasih juga diucapkan kepada Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Daerah Gombak, yang telah merialisasikan projek tersebut dan dijangkakan siap pada akhir bulan Jun 2010.
Selaku Ketua Kampung, saya mengharapkan lebih banyak pihak/organisasi termasuk Kerajaan Persekutuan, dapat memberikan perhatian terhadap kampung tradisi ini, yang rata-rata ketinggalan dari segi infrastruktur, walaupun ianya bersebelahan dengan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur dan di kelilingi oleh taman-taman perumahan.
Sementara itu, Y. B Dato’ Hasan telah melahirkan rasa syukurnya kepada ALLAH swt kerana segala urusan dimudahkan. Katanya, hanya 5 bulan sahaja kita sudah selesaikan masalah besar penduduk disini dan begitu juga dibeberap tempat yang diterajui oleh Ahli-Ahli Majlis MPS Zon Gombak telah berjaya kita jalankan tanggungjawab ini bersama dengan sebaiknya.
Gembira saya mendengar apabila kerja-kerja menaiktaraf telah dilaksanakan dengan sempurna pada awal April, 2010. Semoga akan datang kita akan cuba atasi masalah penduduk disekitar lain terutamanya di Gombak ini agar rakyat Gombak merasa senang hati untuk meneruskan kehidupan tanpa terkanan dengan menanggung risiko yang tinggi.
Berkata Ahli Majlis MPS Zon 7 Pn Maznah, beliau merasa gembira dan syukur kehadarat ALLAH swt kerana isu ini merupakan masalah besar semasa Kerajaan UMNO/BN memerintah dalam jangka 50thn, mereka tidak mengambil tindakan dan tidak merasa simpati keatas penduduk disini walaupun acapkali penduduk membuat permohonan dan aduan rakyat. Ini membuatkan penduduk disini merasa terkilan.
Namunpun begitu keperitan dialami selama ini telah diubat oleh tindakan Y.B Dato’ Hasan Mohd Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor / Adun Gombak Setia apabila tinjauan yang telah dibuat pada Feb, 2010 telah diambil tindakan segera. Alhamdulilah dan terima kasih diatas segala keperihatinan Y. B Dato’ Hasan dan semua pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang telah menjalankan tanggungjawab ini sebaiknya, katanya.
Beliau berkata lagi, insya-ALLAH di Kawasan Desa Minang, Perparitan disini juga dalam proses menaiktaraf begitulah juga di Kg Desa Gombak Ria. Semoga kerja pengurusan ini dapat dilaksanakan dengan baik dan tiada sebarang halangan.
Jelas terbukti apabila segala masalah – masalah yang dihadapi penduduk sekitar Gombak dapat diatasi dengan segera oleh pimpinan Pakatan Rakyat (PR) dengan kerjasama semua pihak (MPS, Ahli-Ahli Majlis MPS Zon Gombak, JPS, JKR Semoga kerjasama ini akan berterus dalam kita diberi amanah oleh rakyat tanpa mengira parti dan agama, katanya.
Editor : Khaulah Azwar
Saturday, June 19, 2010
Rintihan Ibu Tunggal “Bimbang Bahaya Selekoh Maut”
Gombak – Penduduk di Jln Baiduri Indah, Tmn Perwira disini mendakwa hidup dalam keadaan merbahaya apabila selekoh berdekatan dengan rumah mereka mengundang banyak kemalangan terutamanya penunggang motorsikal yang melalui Jalan tersebut.
Rintihan hati seorang Ibu tunggal, Pn. Hanisah Hanif yang baru kehilangan suaminya telah pulang kerahmatuallah berkata, lebih 300 kenderaan termasuk kereta, lori, van menggunakan jalan tersebut setiap hari dan lebih malang sikap segelintir pemandu yang tidak peka dengan memandu begitu laju apatah lagi kawasan ini berbukit.
Dahulunya Jln ini juga banyak mengalami kerosakan yang teruk tetapi alhamdulilah tahun 2009, apabila Y.B Dato’ Hasan . Mohd Ali bersama kakitangan PKM Dun Gombak Setia, JKP Zon 8 telah datang melawat kawasan ini berikutan apabila berlaku peristiwa Lori Simen meluncur daripada bukit tersebut telah melanggar rumah penduduk disini yang melibatkan 3 buah rumah hancur dan beberapa mangsa telah masuk hospital mengalami kecederaan yang teruk dan sehingga kini mangsa tidak boleh berjalan lagi.
Berkata Hamsiah, Y. B Dato’ Hasan, Adun Gombak Setia telah mengambil langkah positif dan akhirnya Jalan yang banyak mengalami kerosakan telah dibaik pulih. Penduduk merasa lega kini, namun masih ada lagi tindakan lain harus diambil tindakan segera atas permohonan penduduk agar Jln tersebut harus diluruskan/ dijadikan jalan sehala untuk mengelak berlakunya kemalangan.
Menurut Pn. Hamsiah, Aduan dari aduan telah dibuat semenjak pemerintahan kerajan UMNO/BN selama 50thn memerintah tetapi tiada tindakan diambil dan tiada jalan penyelesaian terbaik. Walaupun kerap dibuat aduan namun tiada tindakan positif.
Beliau berkata lagi, “Saya kini tinggal seorang diri, kalau dulu, arwah suami saya yang uruskan jika berlaku kemalangan disini dengan mengubat mangsa, tetapi kini saya tinggal seorang. Anak-anak semua duduk jauh, jadi saya amat bimbang sama sekali jika tindakan kerja-kerja menaiktaraf jalan disini lambat dilaksanakan”.
Saya tidak lena tidur dan solat didalam bilik hadapan rumah saya disini, memandangkan kenderaan banyak melalui jalan ini. Terlalu bising dan mengganggu. Saya sekarang menjadi fobia dengan apa yang berlaku kerana tahun lalu kenderaan yang membawa laju telah terbabas dan melanggar kenderaan dan rumah saya, jadi sehingga kini keadaan ini sentiasa bermain dalam ingatan.
Hampir 20thn kami hidup dalam keadaan tertekan, malahan golongan muda suka menjadikan laluan ini sebagai tempat berlumba walaupun mereka tahu kawasan ini merbahaya dengan selekoh jalan dan berbukit disini.
Kami sudah sekian lama bersabar dan berharap pihak terbabit segera dapat mengambil tindakan untuk mengatasi masaalah tersebut.
Sebelum ini pihak MPS datang membuat tinjauan selepas Y.B Dato’ Hasan turun padang untuk melihat keadaan disini. Hati kami merasa gembira dan lega sedikit bila tengok MPS sudah buat kerja -kerja mengukur. Pihak MPS berkata dan bercadang untuk membuat jalan baru disebelah kawasan kami namun selepas itu ia terus senyap begitu sahaja. Apakah kesudahannya, saya tidak tahu. Tiada guna juga kalau pihak berkenaan datang hanya datang sekejap tetapi tiada tindakan susulan.
“Saya tidak sanggup melihat masaalah ini berterusan dan mengancam nyawa penduduk disini, saya juga amat berharap dan merayu agar Y.B Dato’ Hasan dapat membuat tindakan segera dengan mendesak kepada pihak MPS dan JKR agar dapat melaksanakan kerja pengurusan tersebut bimbang akan berlakunya kemalangan yang semakin meningkat disini, katanya”.
Dalam pada itu, AJK JKP Zon 8, Amir Abdullah berkata, selain masalah selekoh jalan, dahulu jalan yang tidak rata, berlubang besar disinilah puncanya kerap berlaku kemalangan.
Menurutnya, setelah Y. B Dato’ Hasan meninjau kawasan terebut tahun lepas, Jalan tersebut telah diperbaiki dan insya-ALLAH kami akan meminta Y.B Dato’ sekali lagi datang melawat kawasan ini dan melihat kawasan-kawasan yang telah dibuat aduan yang masih tergendala kerjanya oleh pihak berkenaan dan meminta agar kerjasa menaiktaraf jalan dapat dilaksanakan segera untuk menjaga keselamatan penduduk disini, katanya.
Sementara itu, Pegawai Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia, Kamaruzzaman Ismail berkata, isu tersebut telah dibangkitkan dalam mensyuarat Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sebelum ini oleh ADUN Gombak Setia, Y.B Dato’ Hasan Ali dan kini dalam proses untuk diambil tindakan oleh pihak berkenaan.
Kerja-kerja mengukur dan sebagainya untuk memperbaiki insfrastruktur jalan tersebut telah dilakukan dan sekarang kita menuggu jawapan dari Pengarah Kejuruteraan MPS dan Jabatan lain yang terlibat.
“Apa yang kita harapkan jalan ini dapat dinaiktaraf segera agar penduduk tidak menanggung bahaya dan keselamatan penduduk disini selamat, katanya”.
Editor :Khaulah Azwar