Sunday, April 1, 2012
Exco Gesa Kementerian Pendidikan Atasi Tidak Cukup Guru SJKC Seluruh Malaysia
EXCO Pendidikan, Pendidikan, Tinggi
Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali menggesa kementerian Pelajaran Malaysia
mengkaji mana-mana sekolah yang kekurangan guru termasuk di sekolah agama mesti
diisi segera.
“Tindakan ini adalah wajar supaya tidak berlaku gangguan
kepada guru lain,selain itu bagi memastikan silibus dapat diselesaikan mengikut jadual yang telah
ditetapkan. Pelajar perlu diberi
bimbingan oleh guru khusus agar dapat
memberi perhatian mencukupi”, katanya dalam satu kenyataan media.
Tambah Dr Halimah, “pengumuman
Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong baru-baru ini tentang PENGISIAN
SERTA MERTA kekosongan guru di 1294 SJKC di seluruh negara dengan guru interim,
sangat dialu-alukan”.
“Semoga dengan tindakan pantas itu
mampu menyelesaikan masalah proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah
aliran Cina ini”.
Namun, saya berpendapat Kementerian
Pelajaran Malaysia sepatutnya bertindak
dengan cara yang lebih professional dan sistematik.
“Bukan kerana setelah dibuat bantahan besar-besaran oleh persatuan-persatuan aktivis sekolah Cina barulah
Kementerian Pelajaran bertindak. Tindakan ini benar mengecewakan semua aktivis
dan ibubapa pelajar sekolah cina seluruh Malaysia”.
“Saya sendiri mendapat jemputan
rasmi dari Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina
Malaysia mewakili PAS Pusat”, katanya.
Menurut beliau kewibawaan
kementerian pelajaran dibawah ppengurusan Timbalan Perdana Menteri sentiasa dipertikaikan dalam mengatasi isu-isu utama mengenai
pendidikan di Malaysia yang tidak diurus dengan baik. Hal ini telah diakui oleh banyak
pihak sebagai perkara yang memerlukan ‘overhaul’/kajian tuntas bukan sentiasa
‘fire fighting’ yang membuang masa dan wang rakyat”, Jelas Dr Halimah.
Contoh Apabila pelbagai pihak membuat
bantahan dan ada yang pro PPSMI, barulah kerajan
membuat kajian dan berdialog dengan menjemput pelbagai pihak.
“Seharusnya, kementerian perlu
membuat kajian secara menyeluruh tentang segala keperluan
dalam pendidikan sebelum pelbagai pihak membuat bantahan”, kata Dr Halimah yang
juga merangkap Ahli Dewan Undangan (ADUN) Selat Klang.
Justeru, ekoran dengan bantahan yang
dibuat pelbagai pihak, saya mendesak agar kerajaan Malaysia bedah siasat secara
jujur sistem pendidikan yang diguna pakai selama ini. Adakah berkesan? Adakah
relevan? Paling penting hasil pendidikan itu sendiri. Mana hala tuju mahu
dibawa rakyat Malaysia? Ada ‘roadmap’. Ada visi yang jelas. Ada misi mahu
mencapai mercu kejayaan, ujar beliau.
“Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian
Pendidikan, mesti mengambilkira realiti dan kegagalan supaya tindakan tepat
boleh diambil".
“Hakikat sistem pendidikan nasional
tidak diterima oleh pelbagai kaum hingga semakin jauh daripada sistem sekolah
kebangsaan perlu diterima dengan fikiran terbuka dan berlapang dada.
Kementerian juga harus matang
menerima kritikan membina daripada semua pihak tanpa dibatasi oleh fahaman dan
ideologi politik yang berlainan”.
“Ini adalah bertujuan untuk
melahirkan satu formula mendidik rakyat kementerian mesti bersifat
inklusif dan memahami keperluan dan sensitiviti pelbagai golongan dalam Negara,
jika guru kurang ianya faktor kritikal untuk menjayakan proses
pendidikan masyaraka”, katanya.
Editor : Khaulah Azwar
Peruntukan RM3 Juta Untuk Taska
Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat , menyediakan bantuan
sebanyak RM3 juta untuk semua pelajar pra sekolah (tadika).
“RM100 sebulan kepada anak-anak dari golongan
berpendapatan kurang dari RM1,500 bagi tujuan pendidikan”, kata Rodziah Ismail,
Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail
di SUK, Shah Alam.
Beliau
merangkap Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Batu Tiga berkata, “peruntukan tersebut dikhaskan kepada
anak-anak berusia antara 2 bulan hingga 4 tahun”.
“Bantuan akan di berikan kepada ibu-ibu tunggal,
bapa tunggal dan juga mereka yang berpendapatan kurang dari RM1,500 sebulan
yang akan dilancarkan April depan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim”.
Jelasnya bantuan tersebut merupakan salah satu
dari dua program baru yang akan diperkenalkan dibawah program Merakyatkan
Ekonomi Selangor (MES).
Ini menunjukan kerajaan negeri mengambil berat
pendidikan anak-anak Selangor.
Salah satu lagi program yang akan dilancarkan
bulan depan adalah program Micro credit Wanita Ladang yang diperuntukan
sebanyak RM5 juta.
Program Micro Credit ini diperuntukkan kepada
wanita-wanita yang terlibat dalam bidang perladangan atau baru meninggalkan
bidang perladangan.
Editor : Khaulah Azwar
Subscribe to:
Posts (Atom)