Sunday, June 3, 2012
Amanat Presiden PAS, Himpunan Hijau
Dengarlah apabila Para Ulama' meninggalkan amanat.
Subhanaallah, tersentap hati, membakar semangat mendengar amanat para ulama beri peringatan. Pls sebarkan..
Himpunan Hijau Capai Sasaran 100,000 Menuju Putrajaya
ALOR SETAR: Program Himpunan Hijau ke Putrajaya yang berlangsung di Stadium
Darul Aman Alor Setar Kedah malam tadi berjaya menghimpunkan hampir 100,000
ahli PAS, penyokong dan rakyat yang datang dari seluruh negara.
Pengarah program, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan program kali ini berjaya mencapai matlamat penganjuran untuk memberi amanat pilihan raya kepada seramai mungkin ahli PAS.
“Alhamdulillah program yang berlangsung sejak pagi tadi berjalan lancar yang bermula dengan Amanat Khas Presiden di Kompleks PAS dengan kehadiran hampir 3,000.
“Dan malam ini kehadiran keseluruhan saya kira hampir 100,000 orang di dalam stadium dan tak sempat masuk ke stadium,” katanya selepas program berakhir kira-kira 11.45 malam tadi.
Selepas majlis Amanat Khas Presiden di sebelah pagi, program disambung dengan Xpresi Anak Muda oleh Dewan Pemuda PAS Pusat kira-kira jam 4 petang.
Program bermula dengan konvoi 200 buah motosikal dari Masjid Perwaja, Gurun ke Alor Setar dengan diketuai sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hassan dengan diiringi barisan exco.
Sejurus konvoi tiba di Stadium Darul Aman, program diteruskan dengan bacaan Ma’thurat dan solat Asar berjemaah.
Selepas itu acara pentas bermula dengan pidato oleh Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-His.
Ia kemudian disusuli dengan pelancaran maskot dan animasi Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), Hadi dan Huda.
Pentas kemudian menampilkan Pengerusi Ameerah Fareedah Samad menyampaikan pidato sebelum Sketsa Kopi Amal membuat persembahan.
Program kemudian diteruskan dengan pidato oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Puluhan ribu hadirin kemudian dihidangkan dengan kuliah oleh penceramah tersohor Ustaz Azhar Idrus selama 40 minit.
Acara kemuncak program Xpresi Anak Muda petang tadi adalah pidato oleh Nasruddin sendiri selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.
Dalam program itu juga menyaksikan buku Siapa Menganut Ajaran Sesat terbitan Dewan Pemuda PAS dilancarkan bagi menjawab tomahan Umno.
Selain itu, hadirin turut dihidangkan dengan persembahan sketsa khas oleh selebriti Bob Lokman yang sekaligus melancarkan Kopi Amal.
Program tersebut berakhir sebelum solat Maghrib.
Pada malamnya program Himpunan Hijau ke Putrajaya bermula dengan solat Maghrib berjemaah disusuli solat hajat dan munajat perdana yang diterajui Tuan Guru Haji Saleh Musa Sik sehingga masuk waktu Isyak.
Solat isyak kemudian diimamkan sendiri oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Sejurus selepas itu bermula acara di pentas ceramah yang dipengerusikan Datuk Mahfuz Omar.
Turut mengisi pentas malam tadi, ucapan aluan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, ucapan oleh tokoh wakil masyarakat seperti penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah, Bekas Pengarah Siasatan Jenayah PDRM, Dato Fauzi Shaari dan bekas selebriti tv al-Hijrah Mohd Zaid Abdullah.
Paling menarik, kelainan gimik perasmian malam tadi dengan membawa masuk bekas tujuh pemain bola sepak kebangsaan yang telah bersama PAS ke tengah-tengah padang dan menendang 13 biji bola berwarna hijau kepada penonton dengan diiringi lagu Hijau Kuning.
Sasterawan negara Datuk A Samad Said pula turut mendeklamasikan puisi khas bertajuk Generasi yang Gagah.
Majlis kemudian menyaksikan bacaan ikrar baiah oleh semua ahli PAS yang hadir diketuai Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali.
Kemuncak malam tadi menyaksikan pengumuman bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi Prof Datuk Dr Nik Mohd Zain Mohd Yusof menyertai PAS.
Beliau menyerahkan borang PAS kepada Tuan Guru Abdul Hadi di atas pentas sebelum dijemput memberi ucapan.
Turut berucap malam tadi Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, presiden PAS dan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang membacakan doa penutup.

UMNO dalam Bahaya PRU13-PAKATAN jangan Leka.
UMNO-BN DALAM BAHAYA? WAHHH.BIAR BETUL KENYATAAN NI.TAK PASAL2 PM KITA BUNGKUS KAIN BAJU LARI KAT NEGARA GO HEAD. .hahahahaha.
Anyways ana harap semua petugas jentera PAKATAN RAKYAT jangan terbuai dengan kata-kata ini. Jangan leka, kita bimbang ianya satu muslihat.
Terus kan usaha jangan terleka walaupun sesasat. Jika terleka, musuh ISLAM akan masuk mana-mana lubang.
Jika ini berlaku kelak kita sendiri akan disalahkan. Apakah tanggungjawab kita sudah terlaksana?? Takbir ... Allahuakhbar...ya-Allah bantulah kami.
PASTI Bercambah DI Bwah Pengurusan PAKATAN RAKYAT
Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI)
Pusat telah ditubuhkan 26 tahun semenjak 2004.
Selama 26 tahun PASTI ditubuhkan
berbagai onak dan duri dilalui semua warga PASTI bagi memastikan pendidikan
PASTI yang berpegang kepada Al-Quran dan Al-Sunah dapat diteruskan dalam
membentuk generasi Al-Quran.
Ikuti wawacara Wartawan, Khaulah Azwar bersama Pengarah PASTI Selangor, Hasbullah Ridzuan berkongsi
pengalamannya dalam hadapi pelbagai cabaran sehingga banyak lapisan masyarakat telah menerima PASTI.
1)
Ustaz berapa
ramai pelajar dan Guru PASTI sekitar negeri Selangor?
Pelajar 1800 dan
guru 1100
2)Boleh ustaz terangkan
PASTI dibawah pengurusan organisasi mana, dan kita sering dengar ada pihak menyatakan PASTI mengaut keuntungan.
PASTI adalah satu organisasi yang
tidak mengaut keuntungan. Ia sebuah organisasi yang ditubuhkan bawah organisasi
PAS.
Kita tetap akan beri kefahaman
kepada masyarakat bahawa pasti bukan sebuah tadika yang ditubuhkan akta
perniagaan.
Kita operasi di bawah pertubuhan PAS. Dengan adanya dibawah
PAS, PASTI banyak ditubuhkan dan banyak program diadakan.
3) Bagaimana PASTI mendapat dana untuk menubuh lebih banyak pasti?
Alhamdulilah,
dengan peranan yang dimainkan oleh semua pengasas PASTI, Guru-guru PASTI serta
ibubapa pelajar, PASTI tetap beroperasi.
Ramai ibubapa
pelajar dan masyarkat luar sentiasa menghulurkan bantuan kepada PASTI bagi
memastikan pendidikan di peringkat awal kanak-kanak yang dibawa oleh PASTI
tercapai.
Walaupun PASTI
tidak pernah menerima bantuan daripada badan-badan berwajib.
4) Bagaimana pula Yuran yang dikenakan kepada setiap pelajar?
Yuran pelajar bergantung tempat. Paling rendah
RM 45, dan paling tinggi RM70 berdasarkan
kedudukan geografi PASTI setiap kawasan.
5 ) Berapa
buah PASTI di Selangor?
Di Selangor kita
ada sebanyak 1700 buah pasti.
6) Bagaimana sudut silibers pendidikan PASTI?
Alhamdulillah, silibers PASTI
adalah yang terbaik. Hal ini diakui ramai pihak. Kita akan pastikan silibers PASTI
sentiasa dikemas kini mengikut peredaran masa.
PASTI menggunakan sistem tahfiz,
KAFA, kokurikulum 4 tahun, K14 dan banyak lagi yang telah membukti semua
pelajar PASTI mampu mengikuti silibers tersebut.
Dalam masa terdekat, PASTI akan
melancarkan beberapa program dan produk terkini di Kedah bagi menarik ramai
masyarakat supaya menjadikan PASTI sebagai pilihan utama.
7) Apakah kemudahan yang PASTI terima daripada
mana-mana pihak?
PASTI tidak pernah menerima geran
daripada mana-mana pihak. Semua usaha daripada pengasas-pengasas pasti, dan
sumbangan ibubapa yang mahukan pendidikan
pasti perlu di tingkatkan.
8) Bagaimana kebajikan guru-guru PASTI?
Kebajikan guru adalah satu priority.
PASTI Pusat sentiasa berusaha
mempertingkatkan dari semasa ke semasa menjaga kebajikan semua guru.
Seperti contoh setiap tahun semua
guru PASTI akan menerima elaun hari raya RM250, hadiah sempena hari guru dan
banyak lagi.
Ini adalah bertujuan bagi
memastikan jasa keringat semua guru PASTI dikenang.
9) Semenjak negeri Selangor di ambil alih kerajaan Pakatan
Rakyat, bagaimana nasib PASTI?
Semenjak PR memerintah, kita tidak nafi, Exco Pendidikan
kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali banyak membantu PASTI. Beliau begitu
komited memastikan pendidikan PASTI tercapai misi dan visinya.
PASTI bangunan lama. |
Antaranya diadakan latihan
guru-guru. Ia sangat penting untk tingkatkan tahap kemahiran guru-guru supaya
mereka dapat tingkatkan pembelajaran di PASTI.
Exco pendidikan juga banyak membantu meningkatkan
prasarana di pasti-pasti yang dhaif dari sudut infrasturktur.
Terkini PASTI telah menerima
sumbangan sebanyak RM200,000 dan setiap pasti akan menerima RM1000 bagi
memastikan keselesaan guru-guru dan semua pelajar.
Memandangkan PASTI bukan profit
organisasi sememangnya PASTI menghadapi masalah untuk menaiktaraf PASTI.
10) Apakah halangan PASTI semenjak di tubuhkan?
Semasa pemerintahan kerajaan
terdahulu (UMNO), pasti banyak hadapi cabaran terutamanya dari sudut undang-undang, pelbagai ugutan
politik diberikan kepada guru-guru dan pelajar.
Tetapi masalah ini sudah
berkurangan apabila kerajaan PR Selangor mengambil alih pentadbiran.
PASTI berwajah baru dibawah pengurusan PAKATAN RAKYAT |
Walaupun PASTI sering dicabar
dengan undang-undang, alhamdulilah PASTI berjaya atasi masalah tersebut secara
professional.
Semakin hari PASTI bercambah
seperti cendawan yang subur di negeri Selangor apabila diambil alih kerajaan Pakatan Rakyat. Ini jelas membuktikan
masyarakat luar pelbagai bangsa menerima PASTI.
RM10 Juta Untuk Pendidikan Islam-Dr Halimah Ali
Shah Alam : Exco Pendididikan Tinggi Pembangunan Modal Insan,
Dr Halimah Ali mengumumkan kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sejumlah
RM10,000 kepada Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa Pendidikan Islam
Malaysia (Mappim).
Beliau berkata kepada pemberita dalam Majlis Konvensyen
Pendidikan Islam 2012 dan pelancaran MAPPIM di Pusat Konvensyen Shah Alam, di
sini baru-baru ini.
Kata Dr
Halimah, “menerusi ‘Geran Selangorku’ insentif itu disifatkan sebagai permulaan
khusus buat MAPPIM melaksanakan aktiviti pertubuhan tersebut yang akan
diserahkan dalam tempoh seminggu lagi.
“Untuk peruntukan selanjutnya, saya beri tempoh
selama sebulan kepada MAPPIM bagi membuat kertas kerja secara rapi meliputi
perancangan, aktiviti dan latihan yang akan dilaksanakan khususnya di Selangor.
Kerajaan negeri mengambil inisiatif untuk
memartabatkan peranan guru dan ibu bapa di negeri ini”.
Beliau merangkap
ADUN Selat Klang menambah lagi, “selain itu, ia bagi melaksanakan perkongsian
ilmu dan persefahaman di antara PIBG sekolah kelolaan Kementerian Pelajaran
Malaysia dan PIBG sekolah kelolaan Jabatan Agama Islam (Jais) negeri”.
Dalam pada itu, Dr Halimah meminta agar semua
pihak termasuk ibu bapa dan guru dapat memainkan peranan mendidik generasi muda
khusunya belia supaya tidak terjebak dalam gejala sosial tidak sihat.
Ini kerana menurutnya, pembentukan sahsiah dan
jati diri yang baik akan melahirkan generasi berhemah tinggi.
“Gabungan ibu bapa dan guru ini mestilah diatur
dengan sistematik supaya matlamat kerajaan Selangor untuk melahirkan modal
insan yang berjaya dunia akhirat akan tercapai,” ujarnya.
Difahamkan majlis itu bertujuan untuk
menghimpunkan para guru, ibu bapa dan ahli PIBG serta individu dalam satu forum
ke arah memberi dan menerima idea-idea serta resolusi bersama dalam
memperkasakan pendidikan Islam di Selangor.
Hadir sama, ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman dan
Presiden MPPIBGS dan MAPPIM, Misswadi Sarbini.
Editor : Khaulah Azwar
Subscribe to:
Posts (Atom)