Tuesday, January 19, 2010
Mereka yang tidak diberi cahaya oleh Allah
Adun – Ziarah Jenazah Warga Emas di Bt 9
Gombak- Lawatan Kematian YB Dato’ kepada seorang warga Emas berusia 64thn di Bt 9. Beliau adalah Pn. Noriyah Mohd Tahir yang mengalami sakit tua telah pulang kerahmatuallah pada 17/01/2010.
YB Dato’ telah menyerahkan sumbangan khairat kematian kepada suami beliau sebanyak Rm1000. Baki RM1500 akan disampaikan dalam satu majlis khas dalam tempoh 60 hari berikutnya oleh Pej. Daerah.
Tujuan manfaat ini diberikan adalah membantu keluarga ahli yang meninggal dunia dalam urusan-urusan yang berkaitan seperti menyelesaikan bayaran keseluruhan/sebahagian kos pengebumian, menyelesaikan hutang dan sebagainya.
Jelas kelihatan suasana yang menyedihkan kepada penghuni rumah tersebut apabila kehilangan orang yang dikasihi. Semoga kedatangan YB DHMA bersama kakitangan PKM Dun Gombak Setia dapat memberi sedikit kekuatan dan menenangkan keadaan.
KOLEKSI FOTO
Editor : Khaulah Azwar
Takziah daripada ADUN Gombak Setia – Bertemu dengan keluarga Allahyarham Mohd Zihni Zulkifli
Gombak- Lawatan YB DHMA bersama kakitangan PKM dan nazir masjid Ar-Rahimah di Kg Bolton baru-baru ini yang melibatkan kematian seorang penduduk iaitu En Mohd Zihni B. Zulkifli, 22thn yang telah pulang kerahmatuallah pada 16/01/2010.
Kehadiran YB Dato’ telah disambut oleh kerluarga arwah dan penduduk sekitarnya. Keluarga arwah telah menerangkan kejadian kemalangan tersebut sehingga meragut nyawa anak mereka.
Kenderaan yang dinaiki oleh beliau telah terbabas dan beliau telah meninggal ditempat kejadian. Ucapan takziah daripada YB Dato’ bersama kakitangan PKM dan Nazir Masjid Ar-Rahimah terhadap keluarga beliau. Semoga rohnya ditempatkan didalam golongan para solihin. Al-Fateha.
KOLEKSI FOTO
Editor : Khaulah Azwar
Kesakitan Rakyat turut dirasai - YB DHMA
Gombak – Tidak pernah mengenal erti penat. Beginilah rutin kehidupan YB DHMA setiap hujung minggu. Menziarahi penduduk sekitar gombak tiada hentinya selagi menerima berbagai jemputan dan perkhabaran daripada penduduk yang ditimpa musibah dan kematian.
Selepas mengadakan 2 program besar bersama rakyat untuk meraikan pelajar miskin dan masyarakat india, beliau terus menjalankan tanggungjawabnya untuk melawat penduduk daripada satu tempat ke tempat yang lain.
YB DHMA telah menziarahi sebuah keluarga di Lorong Anggerik 1, Tmn Bolton yang melibatkan 2 orang adik beradik diuji dengan penyakit kanser. Beliau adalah En Zahri B. Abdul dan Kakak beliau iaitu Pn Azizah Bt. Abdul yang menderita sakit kanser Rahim.
Apabila melihat keadaan mereka sebagai saudara semuslim YB DHMA turut merasai penderitaan dan kesakitan yang mereka tanggung selama ini. Untuk meringankan bebanan mereka YB DHMA telah memberi sumbangan kepada mereka bagi membantu kos perubatan. Semoga mereka sabar dan redha dalam hadapi ujian kesakitan yang diberi oleh ALLAH swt untuk menguji kesabaran & keimanan kita.
Perkhabaran terkini pihak PKM Dun GS telah menerima berita bahawa En Zahri Abdul telah pulang ke rahmatullah semalam 17/01/2010 akibat daripada derita sakit yang dirasai. Semoga Roh Allahyarham ditempatkan didalam golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.Al-Fateha.
KOLEKSI FOTO :
Editor: Khaulah Azwar
Jentera Pilihanraya PAS diminta bantu SPR Daftar 4.39 juta pengundi
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengesa Jentera Pilihanraya PAS disemua peringkat Parlimen dan DUN untuk membantu Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) bagi mendaftarkan 4.39 juta pengundi yang belum mendaftar sebagai pemilih. Jumlah yang dilaporkan oleh SPR semalam adalah baki 28 peratus dari jumlah pemilih yang layak tetapi masih belum dapat mendaftar. Ini bermakna hampir satu pertiga pengundi dinegara ini belum mendaftar.Rekod Pilihanraya Umum Mac 2008 menunjukan 72 peratus iaitu 7,878, 875 pemilih keluar mengundi dari 10,922,139 pemilih berdaftar diseluruh negara. Secara kasarnya jika dicampur jumlah yang tidak mengundi dan belum mendaftar, maka jumlah keseluruhan mereka adalah 7.49 juta atau lebih dari separuh pemilih yang layak mengundi tidak menyertai Pilihanraya 2008.Oleh itu PAS menawarkan satu kerjasama serius digerakan antara SPR dan diperingkat akar umbi PAS bagi memberikan kefahaman kepada rakyat tentang pentingnya mereka melibatkan diri serta besarnya nilai undi mereka dalam menentukan hala tuju negara. Demi memastikan negara ini dapat dipimpin oleh Kerajaan yang lebih baik dimasa hadapan, program-program kempen pendaftaran pengundi baru perlu digerakkan dan disusun secara berjadual.PAS melihat inilah peluang untuk memberikan sumbangan kepada demokrasi dan memimpin rakyat untuk memahami hak mereka sebagai pengundi. Jentera PAS perlu serius untuk mengambil peluang dalam menyampaikan dakwah dan juga hasrat perjuangan sebagai mengalakkan rakyat keluar mengundi kelak.PAS juga berharap agar pengundi dalam Pilihanraya akan datang dapat membuat penilaian dan keputusan yang berani demi mengubah landskap pemerintahan negara yang sudah 12 penggal ditadbir oleh Kerajaan yang korup dan zalim.Ust. Idris AhmadKetua Penerangan PAS PusatUNDI ANDA AMAT BERHARGA..BERTINDAKLAH SEGERA..