Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menyifatkan penganugerahan itu sebagai satu tindakan adil dan bijak daripada baginda Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Menurutnya, semenjak tampuk pemerintahan diambil alih oleh PR, baginda Sultan pada setiap tahun menganugerahkan pangkat darjah kebesaran kepada ahli-ahli parti komponen dalam Pakatan Rakyat.
Pada tahun pertama, anugerah pangkat Tan Sri telah diberikan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat.
Pada tahun kedua gelaran Datuk dianugerahkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Teng Chang Khim dari parti DAP.
"Tahun ini iaitu pada tahun ketiga pemerintahan PR di Selangor, maka diberikan pingat Datuk Mahkota kepada Datuk Dr Hassan Ali selaku mantan Pesuruhjaya Pas yang menjadi sebagai EXCO terkanan bagi Pas dalam kerajaan Pakatan Rakyat."
"Mengikut interpretasi saya, ini merupakan pengiktirafan yang diberikan baginda untuk mewakili parti-parti komponen di dalam Pakatan Rakyat,"katanya.
Hassan merupakan exco kanan Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.
Editor : Khaulah Azwar
Alhamdulilah, semoga Allah sentiasa berkatimu ayahandaku, walaupun dirimu sentiasa diuji dengan berbagai ujian..
No comments:
Post a Comment