![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgvCJcH6yyDiRfP1WjZWXZI0cb9R5fJVP6J7Ukxdp35CDh6EOwd_DT9Qw54zbAnUyKS_1pIIDhwC2iP7dROvb9-88jC6poUNgk2iAGtKi6oup1XtTA6W4HBSCiVF8oWFvfw0903pjj8xHw/s320/DHA+JOM+SHOPPING+GIANT+BOARD+BARU+SAMPAI.jpg)
Sumbangan yang diberikan kepada semua warga emas adalah bagi memberi peluang kepada warga emas untuk membeli-belah apa sahaja terutamanya membeli barangan dapur atau barang keperluan mereka sempena bulan Ramadhan
Baru-baru ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Dr Halimah Ali telah meluangkan masa untuk membawa seramai 100 orang warga emas untuk menemankan mereka membeli belah di pasaraya Giant.
Beliau berkata, “Pejabat ADUN Selat Klang sejak akhir-akhir ini dihadiri warga emas bersama ahli keluarga mereka untuk merebut peluang mendapatkan baucar RM100 yang diberikan oleh Kerajaan Negeri”.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj6o5c5EAtOFkAgJmZb9OT_NXfPukPbv54HAM8hJMv6VT5f750kCjl17aWrHBkwJNJI-R-15IwsMjuXhHlzcMWwBzjiFLtmNSy_I4PNWavpr8JzzhKt9XqYZt4Wj-tCvlEXEonERWwjN9Q/s320/dha+JOM+SHOPPING+depan+pej+adun+nak+naik+bas.jpg)
“kalau terdahulu pimpinan PAS, AJK JKKK dan penyokong (PR) banyak membantu menguar-uarkan bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri seperti SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE) berupa khairat kematian berjumlah RM2500 yang akan diberi kepada waris si mati tetapi dengan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Besar (MB) Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sekaligus warga emas mendaftarkan diri mereka dalam skim SMUE. Melalui program ini, kita juga akan mengesan maklumat warga emas yang masih belum mendafarkan diri mereka untuk sertai SMUE. Kita akan terus mendaftarkan mereka skim ini”, kata Halimah.
Kita juga dapati, semua warga emas yang membeli - belah nampak seperti janggal sebab sudah lama tidak ke pasaraya. Mungkin mereka sudah tidak mampu untuk berjalan jauh dengan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, atau anak-anak tidak berkesempatan untuk membawa mereka membeli-belah kerana kesibukan urusan kerjaya. Pemberian ini membuatkan semua penerima melahirkan rasa syukur dan gembira kerana mendapat perhatian daripada ADUN, JKKK dan semua petugas PAS.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgsiZoLnhvcCCKSXyiMNXfodZIvOs8qU5A8NDEPVgMXfwJlpMvISMZZ0U-9OmsDprMj4fu84JKiLfpyJ5n91om1UuExMTuKF0fQ-4Nz_CMLhn3k9sE98ON8PdKdsLKzUPDP3TbjjQqANno/s320/DHA+JOM+SHOPPING+LAYAN+2+WARGA+EMAS+INDIA+CINA+GIANT.jpg)
Jelas terukir kegembiraan dihati semua penerima warga emas lebih-lebih lagi ditemani oleh ADUN mereka yang juga merupakan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Kerajaan Negeri Selangor. Peluang ini sekaligus merapatkan ukhwah antara pimpinan dan rakyat tanpa mengira ideologi parti dan perkauman yang tidak terpikir oleh kerajaan UMNO dulu untuk menghargai golongan tersebut.
Editor : khaulah azwar
No comments:
Post a Comment