Kompleks Sukan Wanita IIUM, Gombak- Aspek sukan dan kesihatan fizikal merupakan antara aspek yang penting dalam kehidupan kita terutamanya golongan belia dan remaja.
Sukan boleh menjadi antara alternatif utama dan daya penarik untuk golongan belia remaja daripada mereka terlibat dengan pelbagai aktiviti gejala soaial yang tidak sihat.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgP3IKw-77lkKo4NSp3oTdzFe_EayR4hXVjJmfRu3CzmMMrumu8aNRsfREmacyxhaUUXWsz_ao4ZE8-GCZc-Ewp2Ys7JDRfbowik_28icqb3-tfzdeSTBkWGgYxGyCCbPEdteuQBxGe5QI/s400/dato+hasan+baju+kod.jpg)
Oleh itu, saya dengan kerjasama Nisa' Gombak dan Nisa Wilayah Persekutuan bersetuju untuk mengadakan aktiviti sihat ini kerana ia merupakan 1 kreativiti untuk mendekati golongan tersebut. Harapan saya agar mereka tidak terasa terasing /rendah diri apabila bertemu dengan golongan yang berpakain muslimah dan bertudung.
Seperti sedia maklum, golongan remaja yang semakin hari usia mereka yang semakin meningkat mereka inginkan kebebasan kehidupan dan masih mencari erti kehidupan yang sebenar.
Semoga usaha yang murni ini insya-Allah beliawanis ini mampu menjadi seorang muslim yang disegani masyarakat dan tidak melakukan perkara yang dilarang oleh Allah swt, ujarnya.
Sementara itu Pn. Nurul (Pengarah program melahirkan terima kasih kepada Y.B Dato' Dr Hasan dan semua yang telah memberi sokongan sepenuhnya bagi menjayakan program ini.Alhamdulilah sebanyak 12 kumpulan telah menyertai perlawanan ini dengan jumlah seramai 120 orang peserta. Penyertaan pasukan tersebut terdiri daripada 6 kumpulan kawasan Gombak dan 6 daripada kawasan Wangsa Maju.
Pasukan My Tnet Legend telah menjadi johan dengan mendapat RM700, medal dan sijil penyertaan, Fair Ladyz tempat ke 3 mendapat RM500, medal, sijil penyertaan, dan Sri Semarak tempat ke 4 mendapat RM300, medal dan sijil penyertaan.
Bagi kumpulan yang tidak memperolehi kemenangan mereka semua tidak hanya pulang tangan yang kosong tetapi telah menerima cenderahati daripada penaja.
Sepanjang program di adakan pihak urusetia juga membuka Kaunter pendaftaran Nisa' untuk memberi peluang kepada beliwanis mendekati dan menjadi ahli Nisa'. Diharap pada masa akan datang mereka yang telah bersama kita dalam program ini akan menyertai lain-lain program yang akan dianjurkan oleh Nisa', ujarnya.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiSQEiJ2FGGTQREoemmccziN2cm-zcaCzhn2Jvfqvz-PcelhElbsV09_WERaDFH6Fabgc1K5gYV2OWFwV3p_3-d2c-ENfMcr0WtOBqRftzps-r6sw7noLMNmEZt50FomSGlCyD-sAShzck/s400/nurul.jpg)
Alhamdulilah Nisa' Gombak kerap membuat pelbagai program samaada peringkat kawasan ataupun diperingkat Negeri Selangor. Setiap tahun berbagai program sukan diadakan seperti Nisa' Games, X-Plorance Jambori Nisa', Bowling Nisa dan majlis-majlis ilmu juga diberi bagi memantapkan tarbiyah ahli.
Didapati semua program yang dianjurkan oleh Nisa' mendapat sambutan amat baik sekali yang diberikan oleh peserta dan ahli keluarga yang menghantar anak-anak mereka untuk bersama dengan Nisa'. Program jambori Nisa' yang julung kalinya dibuat dinegeri selangor juga telah memecah rekod sehingga sasaran penyertaan telah melebihi quater iaitu hampir 600 lebih peserta sedangkan kami hanya terhad untuk 300 peserta tetapi atas permintaan rakyat maka kami menerima penyertaan tersebut demi untuk membantu anak -anak mereka menjadi anak-anak yang soleha.
Oleh itu kami berbesar hati bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih dalam lagi tentang Nisa' sila layari web kami http://nisagombak.blogspot.com/. Insya-allah pihak kami sentiasa menerima golongan remaja/beliawanis yang berusia 15thn - 40thn, katanya.
Editor :khaulah azwar
No comments:
Post a Comment