Kuala Selangor 4 Jun : Presiden PAS
Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti Islam itu akan terus bertahaluf
siyasi bersama Pakatan Rakyat (PR) selagi ia tidak bercanggah dengan panduan
Al-Quran dan Sunnah.
Aspek tahaluf siyasi atau kerjasama politik
merupakan dasar yang sudah melalui satu perbincangan para ulama dan diterima
oleh parti itu sejak berpuluh tahun lalu, kata Hadi.
“Sejarah
membuktikan PAS bukanlah sebuah parti tertutup, atau juga bukan parti yang
hanya menghafal hukum fikah semata-mata sehingga tidak memahami politik negara.
“Namun semua ini dilakukan melalui
kaedah yang dibenarkan syarak dan syarat tidak mengikat kita untuk membawa
Islam.
Kita perlu ingat, apa sahaja persepakatan
yang mengikat PAS untuk meninggalkan perjuangan dan agenda Islam tidak boleh
diikuti sama sekali,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar di Muktamar PAS
kali ke-61 di Kuala Selangor pagi tadi.
Tambah beliau
lagi, bagi mendepani pelbagai mehnah, ujian, kekalahan dan kejayaan di
sepanjang perjalanan PAS pada waktu ini, ada 3 sudut yang ingin ditekankan
dalam hala tuju parti untuk tempoh setahun akan datang.
Katanya, 3 hala
tuju itu ialah:
Istiqamah PAS dengan dasar; sebagaimana yang
dijelaskan sebelum ini; menegaskan PAS membawa mesej Islam, di mana semua
urusannya berkait dengan Islam; dan mengadakan semua pendekatan dengan pihak
lain mengikut panduan Al-Quran dan Sunnah, seperti tahaluf siyasi, ta’awun,
dialog dan lain-lain.
“Maka di sinilah
penghujung wawasan yang menentukan kemenangan yang besar sekiranya kita
beristiqamah, bukan sekadar wawasan 2020 dan bukannya berhenti sekadar di
Putrajaya.
“Wawasan kita
ialah kemenangan dunia yang dekat dan kemenangan paling besar di akhirat.
Inilah juga perbezaan kita dengan semua pihak lain sama ada kawan atau lawan,”
katanya.
Beliau berkata
sepanjang sejarah tahaluf, pemimpin PAS sering diperingatkan agar memelihara
batas tahaluf, menjaga prinsip dan dasar perjuangan dan memelihara ketaatan
kepada parti agar tidak terlalu ghairah sehingga meninggalkan prinsip dan dasar
perjuangan.
Ujarnya , Allah menguji kita dengan sedikit kemenangan,
namun jangan kita terlalai dengan kemenangan sehingga lupa amanah untuk
menegakkan agama dan memastikan dunia diurus tadbir dengan peraturan agama.
“Sebagaimana yang
berkali-kali diperjelaskan sebelum ini, PAS melaksanakan tahaluf siyasi bersama
PR ini adalah dalam perkara dipersetujui bersama, seperti - menentang
kezaliman, rasuah, ketirisan, urus tadbir telus dan lain-lain yang menjadi
titik pertemuan.
“Manakala
perjuangan yang menjadi agenda yang berbeza yang sudah tentunya tiada dalam
Polisi Bersama, adalah perjuangan parti masing-masing.
“Sebab itulah,
walaupun kita tahu parti kawan kita memperjuangkan perlembagaan sekular, yang
tentunya sangat bercanggah dengan dasar PAS, tetapi PAS tidak pernah minta
mereka mengkaji dan membawa dasar sekular ini dalam perbincangan,” katanya.
Editor: Khaulah Azwar
Presiden
PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti Islam itu akan terus
bertahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat (PR) selagi ia tidak bercanggah
dengan panduan Al-Quran dan Sunnah.
Hadi berkata, aspek tahaluf siyasi atau kerjasama politik merupakan dasar yang sudah melalui satu perbincangan para ulama dan diterima oleh parti itu sejak berpuluh tahun lalu.
“Sejarah membuktikan PAS bukanlah sebuah parti tertutup, atau juga bukan parti yang hanya menghafal hukum fikah semata-mata sehingga tidak memahami politik negara.
“Namun semua ini dilakukan melalui kaedah yang dibenarkan syarak dan syarat tidak mengikat kita untuk membawa Islam. Perlu kita ingat, apa saja persepakatan yang mengikat PAS untuk meninggalkan perjuangan dan agenda Islam tidak boleh diikuti sama sekali,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar di Muktamar PAS kali ke-61 di Kuala Selangor pagi ini. Hadi berkata, bagi mendepani pelbagai mehnah, ujian, kekalahan dan kejayaan di sepanjang perjalanan PAS pada waktu ini, ada 3 sudut yang ingin ditekankan dalam hala tuju parti untuk tempoh setahun akan datang.
Katanya, 3 hala tuju itu ialah istiqamah PAS dengan dasar; sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini; menegaskan PAS membawa mesej Islam, di mana semua urusannya berkait dengan Islam; dan mengadakan semua pendekatan dengan pihak lain mengikut panduan Al-Quran dan Sunnah, seperti tahaluf siyasi, ta’awun, dialog dan lain-lain.
“Maka di sinilah penghujung wawasan yang menentukan kemenangan yang besar sekiranya kita beristiqamah, bukan sekadar wawasan 2020 dan bukannya berhenti sekadar di Putrajaya.
“Wawasan kita ialah kemenangan dunia yang dekat dan kemenangan paling besar di akhirat. Inilah juga perbezaan kita dengan semua pihak lain sama ada kawan atau lawan,” katanya.
Beliau berkata sepanjang sejarah tahaluf, pemimpin PAS sering diperingatkan agar memelihara batas tahaluf, menjaga prinsip dan dasar perjuangan dan memelihara ketaatan kepada parti agar tidak terlalu ghairah sehingga meninggalkan prinsip dan dasar perjuangan.
Katanya, Allah menguji kita dengan sedikit kemenangan, namun jangan kita terlalai dengan kemenangan sehingga lupa amanah untuk menegakkan agama dan memastikan dunia diurus tadbir dengan peraturan agama.
“Sebagaimana yang berkali-kali diperjelaskan sebelum ini, PAS melaksanakan tahaluf siyasi bersama PR ini adalah dalam perkara dipersetujui bersama, seperti - menentang kezaliman, rasuah, ketirisan, urus tadbir telus dan lain-lain yang menjadi titik pertemuan.
“Manakala perjuangan yang menjadi agenda yang berbeza yang sudah tentunya tiada dalam Polisi Bersama, adalah perjuangan parti masing-masing.
“Sebab itulah, walaupun kita tahu parti kawan kita memperjuangkan perlembagaan sekular, yang tentunya sangat bercanggah dengan dasar PAS, tetapi PAS tidak pernah minta mereka mengkaji dan membawa dasar sekular ini dalam perbincangan,” katanya. – 4 Jun, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-akan-terus-bersama-pakatan-kata-hadi#sthash.gvYaXDxj.dpuf

No comments:
Post a Comment