SHAH
ALAM : Kerajaan Selangor akan menaiktaraf lebih banyak lagi surau-surau di
seluruh negeri bagi membolehkan lebih ramai penduduk Islam menunaikan Solat
Jumaat.![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjNTG1ILdNC7S8GzX385TJwFK_ZKbJ25D_TBiOW2i_5quWSd-UZXHwGE1ZEtwXfVUYgoxO8K2qm_oTs4R5cVktj_KSQlu1vT_yJOgHrh3Zaw3ctY52m9nfOQRFy-3X5HfytJNQxqaukdR8/s280/DSC_0502.JPG)
Exco
Hal Ehwal Agama, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi
berkata, masjid-masjid yang sedia ada belum dapat menampung kira-kira tiga juta
penduduk Islam Selangor untuk menunaikan Solat Jumaat dalam keadaan selesa.
Katanya,
masjid di Selangor tidak dapat menampung jumlah umat Islam yang besar
sehinggakan ada yang solat di luar kawasan masjid dalam keadaan kurang selesa.
“Rakyat
yang berugama Islam di Selangor adalah kira-kira 3 juta orang dengan lelakinya
adalah 1 juta maka setiap masjid secara puratanya perlu menampung lebih 1,800
orang.
“Jika
sesuatu kawasan itu kurang kemudahan maka kerajaan Selangor akan membina masjid
bagi memudahkan jalannya untuk pembinaannya.
“Maka
jika di sesuatu kawasan itu juga ada surau yang boleh dinaiktaraf menjadi
masjid maka kerajaan negeri akan membantu usaha itu bagi memudahkan
masyarakat,” kata beliau kepada pemberitadi Masjid Negeri selepas solat jumaat
bersama Sultan Selangor.
Editor : Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment