Shah Alam :Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi
dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali menjawab propaganda yang dimainkan
UMNO-BN mengenai isu keputusan merobohkan asrama Tun Dr Ismail dan Toh Puan
Norashikin milik Yayasan Selangor yang terletak di Kampung Pandan.
Beliau
berkata , “keputusan yang telah dibuat sudah
mengambil kira pelbagai aspek dan telah dikaji dengan telitik.
Penyerahan
memorandum oleh pihak Gerakan Selamatkan Asrama Yayasan Selangor (SAYS) yang
diterajui oleh Badrulzaman Baharudin. kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri
Abdul Khalid Ibrahim untuk membantah cadangan merobohkan asrama terbabit”.
"Dakwaan
bahawa keputusan merobohkan adalah untuk tujuan komersil dan keuntungan
semata-mata adalah tidak tepat kerana kita masih mengambil kira faktor
pencapaian akademik, kebajikan serta keselamatan pelajar. Mereka adalah
kepentingan utama.
Saya
harap pihak yang mencari populariti murahan tidak perlu mempolitikkan isu ini demi
melahirkan pelajar yang beriman, berilmu dan berakhlak mulia serta berjaya
dunia akhirat," katanya ketika ditemubual media di SUK, Shah Alam, disini.
Dr
Halimah juga memaklumkan, terdapat perancangan bagi memindahkan pelajar-pelajar
ini ke sekolah sekitar kawasan Kuala Lumpur yang mempunyai asrama harian. Pihak
yayasan juga akan memberikan derma siswa kepada pelajar-pelajar terbabit.
"Yayasan
Selangor tidak pernah lari dari matlamat asal. Ia masih lagi mengutamakan
pendidikan namun kini keadaan sudah berubah. Kedudukan Kuala Lumpur itu sendiri
bukan lagi di bawah negeri Selangor.
"Dari
segi pencapaian akademik, untuk dua tahun terakhir ini, pencapaian terbaik
pelajar Yayasan Selangor bukan lagi dari sekolah-sekolah di kawasan Kuala
Lumpur sebaliknya di kalangan pelajar-pelajar sekolah agama bantuan kerajaan
(SABK) di sekitar Selangor," ujar Dr Halimah.
Selain
itu, Dr Halimah menerangkan bahawa peranan dan tugas Yayasan Selangor
menyemarakkan nilai pendidikan di negeri ini adalah menerusi dana yang dijana
sendiri oleh yayasan tanpa menerima bantuan kewangan kerajaan negeri.
"Yayasan
Selangor perlu memikirkan cara untuk mendapatkan sumber kewangan bagi menjana
segala bentuk bantuan yang disalurkan bagi tujuan pendidikan termasuk memberi
bantuan kepada pelajar-pelajar miskin yang berpotensi dalam akademik,''
katanya.
Difahamkan,
kedua-dua asrama itu menempatkan lebih kurang 465 orang pelajar sekolah sekitar
Kuala Lumpur seperti Convent Bukit Nenas, S.M Victorian, S.M Aminudin Baki dan
S.M.P Sri Aman. Kebanyakan pelajar-pelajar ini berasal dari kawasan luar bandar
dan dari keluarga miskin.
No comments:
Post a Comment