Dalam
Ucapan beliau, “Tema Hari Guru amat bersesuaian dengan tahun 2012 yang juga
merupakan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi di peringkat nasional.
Selain
itu, peranan guru amat penting dalam
melonjakkan prestasi pencapaian murid”, katanya.
“Malah
guru inovatif juga mampu melonjakkan transformasi terhadap murid dengan
berbekalkan ilmu dan kemahiran sains teknologi terkini.
Ini
membuktikan bahawa modal insan berinovasi menjadi prasyarat utama kepada
pertumbuhan produktiviti kearah penjanaan ekonomi berpendapatan tinggi”, kata
Hjh Surayah.
Sehubungan
itu, beliau menyeru para pendidik agar bersama-sama berusaha membuat anjakan
daripada daya upaya peralatan kepada daya upaya minda dan daripada pemudahcara
kepada pencetus invensi dan inovasi. Ini bertujuan melahirkan ramai pelajar
cemerlang.
Majlis
sambutan Hari Guru diadakan persembahan pelajar, guru dan jamuan, penyampaian
hadiah wakil kelas serta saf pimpinan Pengawas Sekolah bagi mengeratkan
siraturrahim antara pelajar dan Guru.
Editor : Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment