Selayang : Rata-rata
semua guru KAFA dan SRA berpuas hati dengan pemberian elaun kenaikan guru yang
telahpun di terima seperti yang
dijanjikan oleh kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) sebanyak RM1300.
Elauan
dibayar beserta tunggakan dari bulan Januari, 2011 (4
bulan) seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid
Ibrahim.
“Pemberian elaun kepada semua guru KAFA, SRA di negeri Selangor menyebabkan Negeri-negeri lain merasa irihati kerana kami telah menerima elaun sebanyak 2 kali semenjak kerajaan PR Selangor memerintah”, kata Mohd Hafiz Tajudin, 25, yang telah berkhidmat sebagai guru di Sekolah Rendah Agama (SRA) Nurul Iman, Masjid Al-Taqwa Bandar Baru Selayang.
“Justeru, saya merakamkan terima kasih kepada semua pucuk pimpinan kerajaan negeri Selangor kerana membela nasib semua guru KAFA dan SRA. Pemberian ini merupakan satu penghargaan kepada kami sebagai pendidik.

Sikap
keperihatinan kerajaan PR, telah
membuktikan negeri Selangor mengamalkan konsep negeri berkebajikan”.
Ujarnya
lagi, “rata-rata ramai sahabat saya yang mengajar di SRA dan
KAFA dinegeri lain rasa tidak puas hati dan mempertikaikan “mengapa tempat mereka
tidak menerima kenaikan seperti negeri Selangor berikan kepada semua guru”.
Sehubungan itu, saya juga mengharapkan agar pihak JAKIM dapat
memberi contoh terbaik seperti yang ditonjolkan oleh kerajaan Negeri Selangor membantu
guru-guru.
Ini disebabkan kita merasa kesal kerana
guru-guru telah dikenakan mengambil ujian terlebih dahulu bagi membolehkan
mereka untuk mendapatkan kenaikan elaun tersebut.
Ramai guru-guru merungut apabila dikenakan ujian sedangkan tidak dinyatakan oleh Perdana Menteri (PM), Datuk Sri Najib Tun Razak ketika mengumumkan pemberian kenaikan elaun guru KAFA dan SRA dalam pembentangan budget tahun lepas.
“ PM tidak menyatakan semua guru perlu ambil ujian terlebih dahulu sekiranya mereka ingin mendapatkan kenaikan elaun, tetapi mengapa tiba-tiba kami perlu menduduki ujian kelayakan, soal Hafiz?”.
“Sepatutnya ujian seperti membuat tahsin Al-quran tidak perlu dilakukan kerana sebelum kami dilantik menjadi guru, rata-rata kami semua telah menduduki ujian terlebih dahulu. Kami sebagai pendidik mempertikaikan tindakan mereka”.
Pada masa yang sama “kita berterima kasih dan puji atas tindakan yang diambil oleh Pejabat Agama Daerah Gombak (PAID) dengan kerjasama Persatuan Guru Besar Agama Daerah Gombak telah membuat bantahan mengenai perkara tersebut terhadap kerajaan Pusat dan akhirnya bantahan diterima.
“Tindakan Kerajaan Pusat sekaligus memberi tekanan kepada semua guru dan diharap mereka tidak menambahkan bebanan kami dengan memanjang waktu kerja.

Jika mereka tambah waktu kerja dibayar tidak
mengapa, tetapi bayaran tidak diberikan”, kata hafiz kepada wartawan jejak
ilmuan.
Editor : khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment