Siri peringatan ini telah disampaikan oleh Y. B Dr Hasan Mohamed Ali /ADUN Gombak Setia dalam kuliah maghrib baru-baru ini.
Beliau berkata "Kesibukan bekerja bukan menjadi alasan kepada orang mukmin sehingga tidak mempunyai waktu untuk meluangkan masa beribadah kepada allah swt".
Kita sentiasa berkira-kira dengan allah swt, tetapi allah tidak pernah berkira-kira dengan umatnya.
Kadangkala allah beri ujian kepada hambanya melalui berbagai cara. Mungkin kesibukan kita dalam bekerja sehingga tidak mempunyai waktu untuk solat apatah lagi untuk mengimarahkan masjid dan surau. Ini juga merupakan ujian allah pada kita. Diuji dalam bentuk dunia sehingga lupa untuk bekalan akhirat.
Dato' Dr Hasan juga mengajak mereka yang hadir dalam kuliah tersebut untuk muhasabah diri seketika iaitu dengan cara "mungkin kita lihat ada diantara mereka tidak solat tetapi mereka diberikan harta, kekayaan begitu cukup mewah berbanding pula dengan orang yang beramal soleh yang menjaga solatnya kehidupan mereka sederhana tetapi ada juga diberi berbagai bentuk rezeki iaitu melalui kesihatan, kesenangan, keluarga sakinah dan sebagainya".
Kadang-kala kita sering merungut itu dan ini tanpa berterima kasih diatas apa yang allah berikan.
Allah minta kita jaga solat kerana amal yang pertama dihisab adalah solat kita.
Oleh itu jangan kita salahkan takdir bila diuji dalam kesusahan. Solat, imarahkan masjid merupakan amalan yang sangat dicintai oleh allah swt dan nabi saw dan para sahabat. Jika kita mengakui mencintai nabi saw maka harus contohi akhlak, peribadi dan sunnahnya, katanya dalam kuliah tersebut.
Editor : khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment