Wednesday, July 24, 2013
ADUN Mohon Syabas Pertimbang Rayuan Ibu Tunggal dan Pesakit Kanser Sambung Bekalan Air Dan Saman
Batu Caves : Pesakit kanser dan
merupakan ibu tunggal merayu agar pihak Jabatan Penguatkuasaan Syarikat Bekalan
Air Selangor (Syabas) memasang kembali meter air No. KES:GBK/13/ES045 di alamat
no B-2-12 Blok Bayu Taman Putri Laksamana.
Pushpagantha a/p Sumbaramainan
berkata, bekalan air telah di potong oleh Syabas kerana saya tidak mampu
membayar bil air yang tinggi selepas
kematian anak saya yang telah diserang sekumpulan samseng pada 5 Mei, 2013.
Saya akui kesilapan saya dengan
menyambung meter air tanpa kebenaran pihak Syabas. Saya lakukan kerana sangat
terdesak selain tidak dapat membayar bil sebanyak RM10,300 yang dikenakan saman,
sewa rumah juga tidak dapat di bayar, katanya.
Menurut Pushpagantha semenjak
bekalan air di potong beliau terpaksa menumpang rumah orang lain memandangkan
beliau tidak mampu bekerja kerana keadaan kesihatan yang tidak mengzinkan.
Tambahnya lagi, untuk atasi
masalah yang saya hadapi ini adalah
dengan meminta bantuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin
Shari.
Saya sangat berterima kasih
kepada ADUN Batu Caves kerana menolong saya untuk memberi sumbangan bagi atasi
kemelut yang dihadapi.
Sumbangan wang di berikan
sekurang-kurangnya dapat menampung makan harian dan membeli ubat, katanya.
Sementara itu, Amiruddin Shari
pula berkata insya-Allah dalam masa terdekat saya akan bantu beliau yang hadapi
masaalah kewangan dan kesihatan.
Kematian yang berlaku keatas anak
beliau merupakan pengajaran kepada generasi muda agar tidak mempersia-siakan
kehidupan. Memilih kawan adalah penting agar tidak merosak masa depan.
Saya juga berharap agar pihak
Syabas dapat mempertimbangkan rayuan sambung bekalan air dan mengurangkan saman
yang di kenakan kepada beliau yang
merupakan ibu tunggal dan pesakit kanser. Saman yang tinggi akibat kecuaian
beliau sebanyak RM10,300 benar-benar memberi tekanan kepada beliau. Saya juga terkejut melihat bil yang di tunjukkan kepada saya.
Justeru, saya harap kerjasama
dengan pihak Syabas agar dapat memberi kelonggaran kepada rakyat yang susah, katanya
di Pejabat PKM DUN Batu Caves, disini
baru-baru ini kepada pemberita.
Editor : Khaulah Azwar
Exco Tanam 500 anak Pokok Berembang Mahu Rakyat Bekerjasama Mempertingkatkan Kesedaran Melindungi Dan Memulihara Ekosistem
Sungai Pakeh Sungai Panjang: Hal Ehwal Islam,
Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi telah merasmikan program ke arah meningkatkan kualiti alam persekitaran.
Dalam ucapannya beliau berkata, Agenda 21 Selangor merupakan pelan tindakan
pelaksanaan pembangunan mampan Selangor yang telah dilancarkan secara rasminya
pada 15 Februari 2001. Kerajaan Negeri menyokong sepenuhnya usaha melaksanakan
program pembangunan mampan bagi mewujudkan persekitaran hidup yang lebih
berkualiti.
Menurut beliau, Ini juga merupakan komitmen daripada Kerajaan Negeri untuk
menginstitusikan konsep dan prinsip pembangunan mampan dalam pentadbiran dan
pembangunan Negeri Selangor khususnya.
“Saya difahamkan bahawa program pemuliharaan alam
semulajadi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor (JPBD) Selangor
bersama Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB)
ini diadakan bagi mempertingkatkan kesedaran mengenai kepentingan melindungi dan memulihara
ekosistem untuk menjamin kesejahteraan sosio ekonomi dan persekitaran fizikal
setempat. Ini amat bertepatan dengan peranan JPBD sebagai penyelaras
pelaksanaan Agenda 21 Selangor”, katanya.
Selain itu ia juga dapat menyumbang ke arah memulihara khazanah alam untuk kepentingan
generasi semasa dan generasi akan datang, memulihkan habitat semulajadi untuk
pemuliharaan kepelbagaian biologi serta meningkatkan kesedaran masyarakat
tentang kepentingan memelihara alam sekitar serta kesannya ke atas
kesejahteraan hidup dan kestabilan ekologi setempat. Ini sekaligus mampu meningkatkan tahap kehijauan alam semulajadi
yang menyumbang kepada persekitaran yang sihat, selamat dan indah sejajar
dengan Program Penghijauan Negara dan Kempen Tanam Pokok Negeri Selangor.
Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada JPBD
Negeri Selangor kerana telah memilih kawasan Konservasi Kelip-Kelip, Sungai
Pakeh, Sungai Panjang Sabak Bernam untuk program di bawah LA 21 pada kali ini.
Sallehen merangkap ADUN Sabak menambah lagi, matlamat utama program ini dilaksanakan adalah bagi
mempertingkatkan kesedaran mengenai
kepentingan melindungi dan memulihara habitat kelip-kelip yang dilihat
berpotensi untuk dijadikan sumber pelancongan bagi Daerah Sabak Bernam. Usaha
yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dan penduduk untuk menjadikan
kawasan ini sebagai tarikan pelancongan perlu dilaksanakan secara berterusan,
katanya.
“Usaha ini perlu dilakukan bersama bukan sahaja terletak di atas
tanggungjawab MDSB. Jika dilihat dari sudut lokasi kawasan ini, ianya
bersempadan dengan Daerah Hilir Perak di Negeri Perak. Penyelarasan pembangunan
diantara MDSB dan MDHP perlu ada bagi memastikan pembangunan di persekitaran
kawasan ini mengambilkira sensitiviti setempat. Ini dapat meningkatkan suasana persekitaran
eko pelancongan setempat, malah ia berupaya untuk menjadi satu aktiviti untuk
menjana ekonomi penduduk di kawasan ini.
Saya berharap MDHP juga akan menyahut usaha ini diseberang sana
supaya habitat yang indah ini dapat dikekalkan untuk kebaikan bersama dari segi
eko pelancongan di kedua-dua negeri ini, ujarnya”.
Sebanyak 500
anak pokok berembang telah ditanam dalam
Majlis Perasmian oleh beliau bagi
meningkatkan persekitaran yang lebih kondusif untuk pengekalan habitat
kelip-kelip tersebut.