Sunday, November 11, 2012
Kerajaan UMNOlah harus disalahkan dalam isu murtad
SHAH ALAM, 12 NOV : Kerajaan Umno-BN seharusnya menyalahkan diri
sendiri berhubung isu umat Islam murtad kerana sejarah membuktikan ia
berlaku di zaman pentadbirannya apabila permohonan sebahagian umat Islam
diluluskan bagi tujuan berkenaan.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kes
murtad di sisi Islam adalah satu kesalahan besar yang tidak sewajarnya
dibenarkan.
Menurutnya, kenyataan dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
pada tahun lepas terdapat sejumlah 168
permohonan murtad diluluskan, perlu direnung secara serius oleh kerajaan
Umno-BN sebelum menyalahkan pihak lain dengan isu yaang belum pasti
kesahihannya.
“Kita pun rasa pelik macam mana majlis agama boleh meluluskan untuk
orang murtad kerana kalau dilihat dalam peraturan Islam, murtad ini satu
kesalahan besar dan tidak sepatutnya jabatan agama atau menteri yang
bertanggungjawab membuat kelulusan.
“Sepatutnya mereka yang nak murtad itu dibimbing dan dipertahankan
akidah melalui majlis bimbingan atau dihantar ke program pemantapan
akidah. Kita rasa dukacita dengan kenyataan tersebut apabila permohonan
mereka diluluskan, maka apa sebenarnya kita perlu mendapat penjelasan
lanjut daripada beliau (Jamil Khir),” katanya dalam sidang media hari ini.
Tuan Ibrahim berkata, bagi pimpinan PAS isu berkaitan Naib Presiden
PKR, Nurul Izzah Ibrahim secara tiba-tiba diperbesarkan oleh pemimpin
Umno-BN dengan laporan di media arus perdana kawalannya.
Beliau berkata, isu tersebut tidak seharusnya dipolitikkan dan
maklumbalas daripada Nurul Izzah sendiri perlu bagi penjelasan
sebenarnya terhadap apa dinyatakan.
“Apa sebenarnya yang diucap? Bila kita mengulas laporan Utusan
Malaysia sebab Utusan Malaysia memang memfitnah dan memutarpelitkan
kenyataan sebenar.
“Saya fikir isu ini bukan untuk mencegah dan menyelamatkan soal
akidah kerana sebelum ini Datuk Seri Chua Soi Lek yang menghina Islam,
langsung tidak dikritik oelh pemimpin Umno-BN pun dan juga kenyataan
Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) yang menolak hukum hudud,”
katanya.
Dalam forum bertajuk “Islamic State: Which version? Whose
responsibility?”yang berlangsung baru-baru ini, Nurul Izzah selaku
penalis didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa kebebasan beragama
seharusnya terpakai kepada semua termasuk orang Melayu.
Nurul Izzah bagaimanapun menafikan perkara itu dan hadir membuat
penjelasan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Sabtu lepas.
PAS Malaysia Hantar Memorandum Sebar Fitnah LGBT
“Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan satu perhimpunan aman dan
penyerahan memorandum membantah kenyatan YB Nurul Izzah berhubung isu
menyamakan Islam dengan agama-agama lain dan tindakan beliau menyokong
LGBT….”
Dewan Pemuda PAS Malaysia menerima beberapa panggilan dan pertanyaan dari pihak media berkenaan kenyataan di atas yang disebarkan melalui pesanan ringkas [SMS] kepada wartawan-wartawan.
Untuk pengetahuan semua, kenyataan di atas yang disebarkan melalui pesanan ringkas [SMS] adalah sama sekali tidak benar dari Dewan Pemuda PAS Malaysia. Sesiapa jua individu yang terlibat dalam menyebarkan fitnah ini adalah merupakan individu yang tidak bertanggungjawab.
Dewan Pemuda PAS Malaysia percaya ianya merupakan satu usaha daripada pihak-pihak tertentu yang cuba menangguk di air yang keruh untuk menyerang YB Nurul Izzah bahkan cuba mengeruhkan hubungan parti kompenan di dalam Pakatan Rakyat.
Bagi Dewan Pemuda PAS Malaysia, individu yang mencetuskan fitnah ini bahkan yang menyebarkan fitnah ini adalah individu yang tidak bertanggungjawab yang tidak mempunyai akhlak yang mulia.
Membuat satu-satu kenyataan dengan menggunakan nama orang
lain itu adalah satu penipuan manakala menyebarkan kenyataan tanpa
bertanya kepada sumber itu pula adalah kesalahan dan kedua-duanya
termasuk di dalam perkara mungkar yang dimurkai Allah.
Justeru, Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta agar individu yang terlibat dengan kegiatan yang tidak bermoral ini untuk beliau menginsafi dan memuhasabahkan diri. Tanyalah kepada diri, apakah keuntungan yang diperolehi sekiranya kamu berjaya menimbulkan persengketaan ?
Sekali lagi, Dewan Pemuda PAS Malaysia menafikan kenyataan tersebut dan mengecam individu yang bertanggungjawab membuat dan menyebarkan fitnah tersebut dengan menggunakan nama Dewan Pemuda PAS Pusat.
NASRUDIN HASSAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Justeru, Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta agar individu yang terlibat dengan kegiatan yang tidak bermoral ini untuk beliau menginsafi dan memuhasabahkan diri. Tanyalah kepada diri, apakah keuntungan yang diperolehi sekiranya kamu berjaya menimbulkan persengketaan ?
Sekali lagi, Dewan Pemuda PAS Malaysia menafikan kenyataan tersebut dan mengecam individu yang bertanggungjawab membuat dan menyebarkan fitnah tersebut dengan menggunakan nama Dewan Pemuda PAS Pusat.
NASRUDIN HASSAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Demi Rakyat : Kerajaan Selangor Beri Notis 14 Hari Tanggal Kamera AES
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjJofJmJDiDWL_JcsOIjNve7IehtwbUWacImC5uoCOxrjWvoYXp267C0y2lDEztpC86Tep5i8ehWFbZ4INoV9hqn0Es6OZioiZMwqRzkXC0K89_sXxu1Uh32e4HjjOW0R_7mwDUcuSnVwI/s280/320344_421529117910290_182883473_n.jpg)
Exco Negeri Selangor, Ronnie Liu, berkata pihak berkuasa setempat akan "membantu" menanggalkan kamera tersebut sekiranya kementerian gagal berbuat demikian.
Liu semalam dilaporkan berkata, pemasangan dua kamera tersebut di Kajang tidak mendapat kelulusan majlis perbandaran termpatan, seperti ditetapkan undang-undang.
Beliau seterusnya menggesa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Pengangkutan Datuk Ser Kong Cho Ha supaya merujuk Akta Kerajaan Tempatan 1976.
“Kerajaan Selangor (juga mengharamkan pelaksanaan) AES di negeri itu.. kerana sistem berkenaan mengandungi banyak kelemahan," katanya.
Selangor menjadi negeri pertama yang menentang AES dengan alasan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan gagal menjelaskan kelebihan sistem tersebut.
Editor : Khaulah Azwar