Monday, July 9, 2012
Kerajaan Negeri Akan Bina Sekolah Taman Medan Walaupun Kerajaan Pusat Enggan kerjasama
SHAH ALAM : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Abdul Ibrahim
memberi amaran kepada Kerajaan Pusat sekiranya enggan bina sekolah kebangsan di Taman Medan Petaling
Jaya , kerajaan Pakatan Rakyat Selangor
akan membina sendiri sekolah tersebut.
Abdul Khalid berkata ketika ditemubual oleh
wartawan dalam Program Penerangan Geran Selangorku.
Menurut Abdul Khalid, projek tersebut boleh
dijalankan di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana populasi kawasan
tersebut sudah melebihi 40,000 penduduk.
Abdul Khalid berkata, “Kerajaan negeri telah meminta untuk sebuah sekolah
kebangsaan dibina di situ tiga bulan lalu dan tanah juga telah diperuntukan
bagi tujuan tersebut.
Ini sekaligus menyangkal dakwaan Timbalan Menteri
Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi bahawa Kerajaan Negeri tidak memberi
kelulusan tanah bagi pembinaan sekolah di Selangor”.
“Kita sediakan tanah, bukan kata satu sekolah
malahan mana-mana sahaja Kerajaan Pusat minta untuk dibangunkan sekolah kita
memang ada peruntukan tanah.
“Jadi mengapa timbul kenyataan berbaur
pembohongan dari seorang Timbalan Menteri? Saya pun tidak pasti kerana
kenyataan beliau ternyata tidak benar dan beliau juga tahu ia tidak benar,” soal Abdul Khalid.
Beliau mengulas lagi katanya,“sebenarnya Kerajaan
Pusat yang enggan membina sekolah walaupun tanah sudah diperuntukkan untuk
pembinaan.
Setiap 100 ekar pembangunan, pemaju akan beri
tanah untuk Kerajaan Negeri wartakan bagi pembangunan sekolah dan lain-lain”.
“Tetapi masalah yang kita hadapi dalam kes ini,
Kementerian Pelajaran tidak mahu buat dan ini adalah perkara yang amat
mengecewakan kerana ia melibatkan keperluan pendidikan anak-anak kita,”
katanya.
Justeru, saya mendesak agar Kementerian Pelajaran menyediakan senarai
lokasi yang diperlukan untuk pembinaan sekolah di seluruh Selangor.
“Berikan kita senarai, kita akan cari tanah untuk
Kerajaan Pusat bina sekolah kerana kita sememangnya komited dan sangat
menggalakkan wang rakyat disalurkan kepada pendidikan,” tegasnya.
Terdahulu, Dr. Puad mengeluarkan kenyataan
meminta Kerajaan Negeri memperuntukkan tanah kepada kerajaan pusat bagi
membolehkan lebih banyak Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil (SJKT) dibina di Selangor.
Menurut beliau, keengganan Kerajaan Negeri
bekerjasama memberikan kelulusan tanah menyekat usaha Kerajaan Pusat membina
lebih banyak sekolah di negeri ini.
Editor : Khaulah Azwar
UMNO Berani Lempar Tuduhan Tapi Tak Berani Berdepan
SHAH ALAM 10 JULAI : Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali menempelak Sulaiman Abdul
Razak berhubung tuduhan pemilikan akaun RM 3 Bilion oleh Ketua Umum PKR,
Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bercakap di dalam sidang Dewan Negeri Selangor hari ini, Azmin ( ADUN Bukit
Antarabangsa-PKR) berkata tuduhan Sulaiman (Permatang-BN) itu merupakan
tuduhan liar dan tidak bertanggungjawab oleh Umno-BN.
Beliau menegaskan fitnah terbabit ditaja oleh Mantan Perdana Menteri,
Tun Dr Mahathir Mohamad ketika Anwar berada dalam penjara Sungai Buloh
di antara 1999 ke 2004.
Jelasnya, dalam kertas siasatan yang dibuat oleh bekas Pengarah
Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), Abdul Razak Idris, kes tersebut
tiada bukti.
“Siasatan itu dijalankan dengan menyeluruh dan teliti termasuk akaun
di luar negara dan dalam negara, tiada asas untuk mendakwa beliau
(Anwar).
“Siapa Permatang untuk tampil dalam dewan, nak jadi juara konon,
sudah sampai masa untuk kita dedah siapa Adun Permatang ini,” katanya.
Bagaimanapun, Sulaiman tidak berada dalam dewan ketika penjelasan dari Azmin.
“Inilah kekuatan yang ada pada Umno-BN, apabila lontar tuduhan tetapi
‘lari’ untuk mendengar fakta, tidak berani untuk berdepan dengan
fakta,” katanya.
Sebelum ini, bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad
Khalid mendakwa Anwar memiliki 20 akaun induk membabitkan aset, saham
dan wang bernilai RM3 bilion pada 1999.
Jemputan Xpresei Anak Muda, Ikrar Utk Mara Ke Putrajaya
Selangor Peruntuk RM1.33 Juta Bina Pusat Wanita Berdaya
GOMBAK : Masa depan golongan wanita Selangor akan
terbela di bawah kerajaan Pakatan Rakyat (PR), kata Exco Kebajikan, Hal Ehwal
Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Rodziah Ismail.
Kata Rodziah, “kerajaan negeri akan menubuhkan Pusat Wanita Berdaya (PWB) meningkatkan taraf socio-ekonomi wanita di
seluruh Selangor.
Rancangan ini akan dijayakan dengan peruntukan RM
1.33 juta dari Geran SelangorKu bagi membina 35 PWB baru”.
Menurut beliau, setakat ini Kerajaan Negeri sudah
membina 21 PWB di sekitar Selangor.
Rodziah merangkap ADUN Batu tiga menambah lagi “
PWB akan menjana kreativiti dan inovasi ke arah meningkat kualiti hidup wanita,
keluarga dan masyarakat di sekeliling mereka,” ujar beliau dalam majlis
penyampaian cek Geran Selangorku untuk PWB berjumlah RM 1.33 juta yang telah di
sampaikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Abdul Ibrahim.
Misi Pemberdayaan Wanita Selangor akan
menyaksikan PWB menjadi Hub aktiviti wanita yang akan menghubung jalinan wanita
setempat dan di seluruh Selangor.
Ujarnya, “Insya-Allah
dalam masa tiga bulan, setiap kawasan Dewan Undangan Negeri di Selangor akan mendapat
Pusat Wanita Berdaya (PWB).
Selain berperanan meningkatkan taraf
socio-ekonomi wanita di seluruh Selangor. Ia juga memberi peluang wanita
menceburi bidang-bidang kemahiran seperti menjahit, memasak dan membuat
kraftangan bagi menjana pendapatan tambahan bagi keluarga mereka.
Beliau kata demikian dalam Program Penerangan
Geran Selangorku di Dewan Majlis Perbandaran Selayang Taman Gombak, Greenwood
di sini kelmarin.
Editor : Khaulah Azwar