.
Tuesday, June 26, 2012
Kelantan Bebas Rasuah- UMNO B-End Harus Ikut PAKATAN Rakyat
SHAH ALAM : Tiada pegawal peribadi, memakai hanya satu kereta
rasmi, mendiami rumah sendiri dan memakai perabot yang tidak ditukar
selama 20 tahun.
Ini antara langkah yang diambil Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik
Aziz Nik Mat bagi menerapkan amalan hidup sederhana bagi memerangi
rasuah selama lebih 20 tahun beliau mentadbir Kelantan.
“Selain mengamalkan cara yang dianjurkan Islam, kecekapan menguruskan
wang juga penting demi memastikan setiap perbelanjaan itu tidak
sia-sia.
“Wang rakyat mestilah dibelanjakan secara berhemah dan perbelanjaan
perlu dilakukan secara berjimat-cermat tetapi tidak sampai dilihat
seperti kedekut,” Nik Aziz berkata ketika mengulas langkah-langkah yang
beliau amalkan sehingga Kelantan dinobatkan sebagai bebas rasuah.
Beliau berkata demikian di dalam satu sidang media sejurus selesai
ucaptama Wacana Buku Rasuah yang diadakan di Dewan Jubli Perak, bangunan
SUK pagi semalam.
Dalam sidang media yang sama, beliau yang juga Mursyidul Am PAS mengkritik amalan demokrasi Malaysia yang dilihat tidak adil.
“Contohnya dalam isu royalti minyak di Kelantan, walaupun Tuanku
Sultan Kelantan sendiri sudah titahkan dalam Dewan Undangan Negeri namun
perkara itu langsung tidak diperdulikan Kerajaan Pusat.
“Sehingga kini, rakyat Kelantan tidak merasa walau seringgit pun
hasil minyak yang diambil dari Kelantan,” luahnya dengan kecewa.
Sementara itu, Exco Negeri, Dr. Halimah Ali menjelaskan program hari
ini diadakan khusus untuk berkongsi pengalaman dan kecemerlangan Negeri
Kelantan sebagai sebuah negeri Kerajaan Pakatan yang bebas rasuah.
“Kita ingin memastikan bahawa negeri-negeri Pakatan bebas rasuah dan
kita serius bekerja untuk menghapuskan gejala tidak sihat ini di negeri
Selangor pula.”
Beliau berkata Kerajaan Selangor memperuntukkan RM 15 juta di bawah
Geran Selangorku untuk diberi sebagai insentif kepada rakyat bagi
membantu memerangi rasuah.
Alhamdulilah, Buku Politik, Tarbiyah PAS di Usung Artis.
Lihat Teman, betapa eratnya beliau memeluk
buku kami itu. Alhamdulilah.. bagaimana dengan diri kita yang berkecipung dalam jemaah Islamiah??
Dah berapa banyak buku sudah di telaah?? berapa banyak buku kita kepit macam K. Habby.. (huhu.. soalan2 untuk muhasabah diri sendiri dan semua para pejuang,,
Alhamdulilah, terima kasih ya-Allah, Engkau berikan hidayah kepada ramai artis untuk beruzlah.. ramai yang dah semakin hampir kepadamu..
Sejuk mata memandang bila ana lihat K. Habby pakai tudung labuh, di tangannya penuh dengan buku-buku tarbiyah dan dakwah. satu hari nanti doaku agar dia akan menjadi murabbiyah pada muslimat kami.. Qun Fa Yakun.
Respond fb:
- Mohd Fairuz Alias promosi2... buku terhebat... rugi siapa lum memilikinya11 minit yang lalu · · 1
- Ahmad Arrora Salwa Nurhidayah Jaafar : amboiiii ayat... manis mulut barmain kata, syahdu ku membacanya...
- Kamalulhysham Farhan boleh join muslimat gombak rumah hulu kelang jer au5.dun hk parlimen gombak
Mimpikan Pentadbiran Kerajaan Yang Tulus, dan Amal ISLAM
Mohon doa daripada sahabat-sahabiah yang berada di MALAYSIA khususnya untuk sama-sama berdoa kememenangan gerakan ISLAM iaitu PAS dalam memenangi PUTRAJAYA..
Kalian sudah lihatkan kemenangan ISLAM di negara yg bergolak?? nak tunggu apa lagi, must to be change for election coming soon.
Sedikit suntikan tazkirah daripada TGNA yang di kasihi.