Kedua-dua kenderaan yang sedang dibaiki di Taman Seri Lanchang itu, terapung beberapa meter dari bumi, sebelum dialihkan oleh puting beliung tersebut antara 20 hingga 30 meter dari tempat ia diletakkan untuk dibaiki di bengkel berkenaan.
Ketika diterbangkan puting beliung yang berlaku antara pukul 6 hingga 6.15 petang itu, van milik sebuah syarikat keselamatan itu berputar-putar di udara beberapa kali sebelum terhempas berhampiran pintu masuk ke bengkel Abau Motor.
Pemilik bengkel terlibat, Kelean a/l Eim, 45, memberitahu, dia melihat pusaran puting beliung putih telah menerbangkan kedua-dua kenderaan berkenaan bermula kira-kira pukul 6 petang.
"Saya nampak satu putaran angin berbentuk tajam iaitu besar di atas dan mengecil (tirus) ke bawah. Ia berwarna putih. Putaran itu pula secara bergulung. Takut ketika itu hanya Tuhan saja yang tahu.
"Apatah lagi ketika van keselamatan di bengkel saya diterbangkan kira-kira 30 meter dari tempat ia dibaiki. Sebuah lori kilang gula di bengkel ini juga diterbangkan kira-kira 20 meter.
"Turut rosak akibat puting beliung tersebut ialah sebuah kereta kerana pecah cermin, begitu juga sebuah bas yang cerminnya pecah akibat terkena objek terbang," ujarnya ketika ditemui di bengkel itu di sini malam tadi.
Sewaktu kejadian, Kelean juga memberitahu, dia sempat melihat pelbagai objek seperti papan ikan besar, tiang besi, papan tanda arah jalan dan batang-batang kayu diterbangkan secara berpusing-pusing.
"Demi langit yg mempunyai jln2 sgh kami benar2 dlm keadaan berbeda2 pendapat dipalingkan darinya (Al-Quran & Rasul) org yg dipalingkan. Terkutuklah org2 yg banyak berdusta iaitu org2 yg terbenam dlm kebodohan & kelalaian, mereka bertanya, (Bilakah hari pembalasan itu?), hari pembalasan itu ialah pd hari ketika mereka di azabdi dalam api neraka". (Az-zariyat 7-13)
Seorang lagi mangsa ribut di Taman Seri Lanchang, Rozana Abdul Rahman, 52, memberitahu, sebahagian daripada bumbung dan pintu utama rumahnya pecah akibat puting beliung tersebut.
"Kira-kira pukul 6 petang ketika sedang memasak, saya terdengar bunyi bising yang agak pelik di hadapan rumah. Apabila keluar ke ruang tamu saya melihat satu gumpalan putih merempuh cermin pintu utama rumah sehingga pecah.
"Selepas itu, terdengar pula satu rempuhan kuat di tingkat atas. Apabila naik saya dapati bumbung telah rosak. Syukur kepada Allah kerana saya selamat," ujarnya.
Empat kampung yang dilanda puting beliung itu ialah Kampung Alor Lanchang, Kampung Pulau, Kampung Kubang Gajah dan Kampung Padang Petani manakala sebuah taman perumahan pula ialah Taman Seri Lanchang.
"Dikatakan kpd mereka rasakanlah azabmu ini. Inilah azb yg dahulu amu minta agar disegerakan. Sesungguhnya org2 yg bertaqwa berada dalam tmn2 syurga & mata air mereka mengambil yg diberikan oleh tuhan mereka sblm itu (didunia) adalah org2 yg berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur pd waktu malam & pd akhir malam mereka mohon keampunan kepada ALLAH." (Az-zariyat 14-18)
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kebajikan, Hal Ehwal Pengguna, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Tugas-Tugas Khas negeri, Mansor Jusoh serta Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri, Abdullah Ali turut bergegas ke tempat kejadian malam tadi.
Mansor memberitahu, puting beliung kali ini mengakibatkan lebih 30 rumah rosak, tetapi ia tidak mencederakan mangsa.
"Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Bancian JKM menunjukkan 30 rumah terlibat. Jumlah kerugian belum diketahui. Bantuan berkenaan akan disampaikan tidak lama lagi kepada keluarga yang layak," ujarnya.