Wednesday, May 5, 2010
1,000 kenderaan konvoi untuk Gaza
30 Minit Untuk Panel Khas Lawat Lokasi Tragedi Aminulrashid
SHAH ALAM 5 MEI: Hanya 30 minit diperuntuk Panel Khas yang memulakan siasatan kes Aminulrashid Amzah, remaja berusia 15 tahun yang mati ditembak polis, malam tadi.
Sistem Pembayaran Bil TNB, Pengguna Selangor Turut Merungut
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim meminta Tenaga Nasional Berhad (TNB) supaya lebih sensitif dengan kebajikan rakyat dengan tidak mengamal sistem bayaran bil penggunaan elektrik dua bulan sekali.
Merujuk masalah di Perak yang kian menular di Selangor, beliau berkata TNB tidak wajar menghantar bil tertunggak bulan pertama yang ditunda ke bulan kedua hingga membebankan pengguna.
Penggunaan sistem bacaan penggunaan elektrik dua bulan sekali mengundang rasa kurang senang di kalangan penduduk di Ipoh, Perak yang mendesak TNB menukar cara lama dengan menghantar bil setiap bulan.
Pengguna di Selangor juga semakin tertekan dengan pelaksanaan TNB ini dan rungutan mereka berhubung bil elektrik semakin bercambah.
“TNB tidak perlu menghantarkan bil dua bulan sekali, TNB ialah sebuah syarikat swasta di mana sahamnya diurusniagakan di pasaran saham Kuala Lumpur.