![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgskBUCP-CTl85TTZlyf21R0Xs16DRSTLrJN0mi7_AMf1yPbBt7gaG2Rx5zmQy6Gh6VkFVPRS66OQbFFJLZN_BUJxujcAe5iC_SR7Y9lHDH0h4Gw-usbax4dvwBEtkfJg-Eyl8pekIDDKA/s280/nabi2.jpg)
Tuesday, August 25, 2009
Bln Rmadhan Bln KEMENANGAN..JANJI ALLAH yg PASTI AKAN BERLAKU JG.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgskBUCP-CTl85TTZlyf21R0Xs16DRSTLrJN0mi7_AMf1yPbBt7gaG2Rx5zmQy6Gh6VkFVPRS66OQbFFJLZN_BUJxujcAe5iC_SR7Y9lHDH0h4Gw-usbax4dvwBEtkfJg-Eyl8pekIDDKA/s280/nabi2.jpg)
Peratus merosot, SPR digesa ubah hari mengundi ke hari cuti
Wed | Aug 26, 09 | 8:51:10 am MYT | |
BUKIT MERTAJAM, 26 Ogos: Pengarah Pilihanraya PAS Permatang Pasir Dato' Mahfuz Omar meminta Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) mengambil pengajaran dan mengkaji semula pemilihan hari mengundi pada hari bekerja berikutan kemerosotan peratus keluar mengundi pada pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir semalam. Beliau yang juga Naib Presiden PAS dalam satu sidang media di markas induk malam tadi berkata, kesannya telah mengakibatkan kesukaran mereka yang bekerja untuk pulang membuang undi. "Saya minta supaya ini menjadi pengajaran kepada SPR untuk melihat pada masa akan datang sebarang bentuk pilihanraya khususnya pilihanraya kecil perlu dibuat pada cuti hujung minggu.Dan ini juga merupakan satu faktor yang menyebabkan kekurangan majoriti yang kita perolehi," katanya pada sidang media selepas SPR mengumumkan kemenangan calon PAS. Jumlah keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008. Sementara itu, Ustaz Salleh Man dengan kemenangannya itu berjanji akan memberikan khidmat terbaik kepada rakyat yang telah memilihnya sebagai wakil mereka dan menganggap kemenangannya hasil kerja kuat Pakatan Rakyat berhadapan dengan jentera Umno dan juga jentera kerajaan. "Terima kasih kepada seluruh jentera PAkatan RAkyat dari seluruh negara yang bertungkus lumus bekerja melawan jentera BN.Kita InsyaAllah akan meletakkan satu tanggungjawab yang baik dan bekerjasama di semua pihak," katanya. Pengerusi PKR Pulau Pinang Dato' Seri Zaharin Hashim pula berkata, kemenangan Pakatan Rakyat kali ini sekali lagi membuktikan parti-parti dalam Pakatan dapat bekerjasama dengan baik, tidak seperti yang digembar-gemburkan media milik BN selama ini bahawa Pakatan Rakyat semakin rapuh dan sering bertelagah sesama sendiri. Ujarnya,kemenangan itu juga menggambarkan rakyat kini menaruh harapan terhadap Pakatan Rakyat dan tidak dapat lagi diperbodohkan BN setiapkali dalam kempen pilihanraya mereka. "Ini membuktikan bahawa rakyat memang menolak Barisan Nasional. Mereka menaruh harapan kepada parti Pakatan Rakyat dan kita telah tunjuk kepada rakyat di Permatang Pasir bahawa Pakatan Rakyat boleh bekerjasama dengan padu," katanya. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, menewaskan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi. Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882 dari majoriti yang diperoleh Bekas ADUN Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman yang mendapat majoriti 5,433 undi. Ini merupakan kemenangan PAS buat kali ketiga di kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999._mna _ |
Di Permatang Pasir, PAS kekalkan kemenangan besar
Harakahdaily Tue | Aug 25, 09 | 7:16:13 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 25 Ogos:PAS mengulangi kemenangan besar yang dicapai dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac tahun lalu apabila kiraan undi rasmi menunjukkan calonnya, Mohd Salleh Man mengatasi pesaing daripada Barisan Nasional, Rohaizat Othman dengan majoriti melebihi 4,551. Kiraan rasmi menunjukkan PAS mendapat 9,618 undi berbanding 5,067 diperolehi BN, menambahkan lagi pukulan kepada BN yang belum pernah memenangi pilihan raya kecil di Semenanjung sejak selepas pilihan raya umum lebih setahun lalu. Kerusi Dun Permatang Pasir dimenangi wakil PAS Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dengan majoriti 5,433 undi dalam Pilihan Raya Umum-ke 12, kemenangan ketiga dan dengan majorit terbesar dalam tiga pilihan raya dimenangi PAS sejak 1999. Kemenangan ini menyaksikan majoriti merosot diperolehi PAS dipercayai akibat hari pengundian yang dilakukan pada hari bekerja. Jumlah keluar mengundi merosot kepada 73.1 peratus daripada 82.57 peratus pada pilihan raya umum yang lalu. PAS telah menjalankan kempen dengan lancar sejak hari pertama kempen ekoran masalah peribadi calon BN berhubung salah laku melibatkan wang anak guamnya berjumlah RM161,000. Umno yang berharap untuk mengulangi peningkatan undi diperolehi di Manek Urai gagal mencapai matlamat tersebut dalam menghadapi PAS di kubu kuatnya yang juga kerusi tunggal PAS di Pulau Pinang. Walaupun diuji dengan berbagai menhnah dan tomahan UMNO semaasa menjalankan tugasan pihak petugasa dan penoyokong PAS sentiasa bersabar daam melayani kerenah mereka |